Terpesona melihat kulit Lufya yang cantik gebu tanpa sebarang cela, nak-nak dia sudah mempunyai anak. Masih anggun sesuai dengan gaya wanita berstatus ibu.
Melihatkan kecantikan Lufya, pasti ramai yang ingin tahu apa amalan Lufya dalam menjaga kecantikan kulitnya.
Kulit Lufya Cantik Sungguh
Haaa… rupanya dia hanya menggunakan sebiji tomato sahaja untuk menjaga kecantikannya.
“Ambil sebiji tomato dan buat begini…” kongsinya di media sosial.
Menjadi salah satu petua kecantikan kegemarannya, Lufya mendedahkan buah ini membuatkan wajahnya semakin segar dan glowing berbanding dahulu.
Kongsinya lagi, petua kecantikan menggunakan sebiji tomato itu dilakukan begini:
- Sebiji tomato yang dibasuh bersih, dipotong kepada empat bahagian.
- Kemudian letakkan dalam bekas yang bersih dan bekukan di bahagian beku dalam peti sejuk.
- Selepas potongan buah tomato menjadi keras, ambil satu potongan dan oleskan pada seluruh wajah, dijadikan sebagai skrub.
- Biarkan seketika selepas itu dalam beberapa minit dan bersihkan dengan air.
Owh ya, sebiji tomato yang dipotong empat bahagian itu boleh digunakan selama empat hari, yang mana sehari menggunakan sepotong bahagian tomato. Lakukan setiap hari dan anda boleh nampak keberkesannya.
Jangan lupa cuba, ya!
Kredit gambar: Lufya
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI