Perasan tak, ada arahan untuk sapu Micellar Water guna kapas, kemudian baru gosok pada muka? Haa… ada sebabnya kenapa anda kena guna kapas.
Sebenarnya membersihkan wajah tidak cukup hanya menggunakan pembersih yang dibilas dengan air. Kadang anda perlukan cucian tambahan dengan melakukan double cleansing untuk memastikan kulit bebas daripada sisa kotoran dan mekap.
Double cleansing boleh dilakukan dengan memakai cleansing oil atau micellar water sebelum pembersih wajah. Pemakaian kedua jenis pembersih yang tidak dibilas itu memang selalu jadi isu pun.
Tidak hanya memberikan keselesaan pada kulit, tetapi pakai micellar water guna kapas juga dikatakan beri kesan pada kulit wajah. Kononnya pemakaian micellar water yang diusap menggunakan kapas ke wajah akan membuatkan garisan kecil pada wajah. Eh, betul ke?
Katanya geseren yang dibuat secara rutin akan memberikan kesan buruk kepada kulit. Malah menurut pakar kulit, Yessica Tania, geseran kapas yang terlalu kasar pada kulit sama dengan pemakaian physical exfoliator seperti skrub.
Jangan risau, kesan sampingan itu masih boleh dielak dengan pemakaian kapas yang lembut.
“Jangan terlalu tekan kapas itu, tapi cukup sapu manja dalam beberapa minit beberapa untuk hilangkan mekap. Then let it glides on your skin,” jelas Yessica dalam komen Instagram.
Sebenarnya, efek sampingan geseran yang disebabkan pada pemakaian micellar water dan kapas juga boleh berlaku ketika tidur.
Kulit anda akan bergeser dengan permukaan tilam atau bantal, sehingga menyebabkan kedutan dan tanda penuaan jika dibiar setiap hari.
Apa yang menariknya tentang Micellar Water ini dan kenapa lebih bagus berbanding air biasa atau sabun, dia attract minyak dan minyak effortlessly. Juga selamat biarkan atas muka, tak perlu bilas dan hydrating. Lepas lap, tak perlu bilas pun. Tapi ikut kulit juga.
Kalau muka sangat sensitif, kena pilih bahan yang betul. Ada juga Micellar Water yang campur dengan additional oil and ingredients which boleh buat kulit muka tak ngam. Boleh buat patch test dulu, try and make sure serasi baru guna okay. Try and error itu lumrah.
Micellar water bukanlah pencuci muka jadi jangan wipe pakai ni je and dah tak buat apa-apa lagi. Tetap kena amal cuci muka, moisturizer, lindungi dengan sunscreen dan minum air yang cukup. Sekarang tengah panas terik. Kurangkan terdedah dengan matahari dan jaga diri okay!
Kesimpulannya, pemakaian micellar water dan kapas atau cleansing oil tetap memiliki manfaat. Anda boleh memilih pembersih yang paling sesuai untuk digunakan agar kulit tetap bersih dan terhindar dari masalah kulit.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ini petua rambut cepat panjang dengan menggunakan amalan nenek moyang terdahulu yang cuma memerlukan beras.
Nak tahu macam mana nak buat, jom baca perkongsian Puan Suzy Honey tentang kelebihan guna air rendaman beras.
Menurutnya, beras perlu direndam semalaman dalam air biasa bagi melalui proses penapaian. Kaedah ini membuatkan rambut semakin bersinar kerana mengandungi bahan anti oksidan, penguat dan pemelihara kulit kepala.
Ini satu rahsia untuk dapatkan rambut cepat panjang, sihat dan kuat. Semestinya resipi yang dikongsikan ini berasaskan daripada bahan semula jadi dan mudah didapati.
Hanya dari dapur je sis. Jimat dan mudah!
1 cawan beras
3 cawan air
Campurkan air ke dalam beras tadi dan biarkan selama 1 malam.
Ini adalah proses fermentation atau dipanggil penapaian.
Sebelum mandi dan shampoo rambut. Basahkan keseluruhan rambut dengan air beras tadi.
Lebih mudah, masukkan dalam botol spray. Spray ke seluruh rambut dan pastikan ia basah pada setiap helaian rambut sambil buat urutan ke serata kulit kepala.
Ramai tak tahu rahsia ini. Sebenarnya, hasil rendaman tersebut itulah yang menjadikan sangat bagus untuk rambut.
Mengandungi bahan anti oksidan, penguat dan pemelihara kulit kepala. Bila rambut sihat sudah pasti buat rambut bertambah sinar.
Secara amnya air beras selamat untuk semua jenis dan tekstur rambut. Air beras pekat dengan kanji. Jadi sesuai untuk semua jenis kulit kepala. Jadi, apa tunggu lagi. Jom kita amalkan.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
‘Makin cantik & berisi’ – Pilih gaya ‘Puteri Elsa’ Frozen, penampilan Bella jadi tumpuan. Sebelum ini viral kisah remaja ini di media sosial apabila dikatakan didera di sebuah rumah yang menempatkan dirinya.
Ketika ditemui remaja bernama Bella ini kelihatan sangat tidak terurus, seperti takut-takut dan penampilan sangat comot dan kusut.
Tetapi semalam, penampilan remaja Sindrom Down yang hadir ke Mahkamah Sesyen untuk beri keterangan dalam kes perbicaran pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa mengabai dan menganiayanya sangat berbeza dari sebelumnya.
Kehadiran Bella dengan berpakaian seperti watak Puteri Elsa dari animasi kegemarannya dalam filem Frozen ternyata amat menarik perhatian ramai.
Malah susuk tubuh Bella juga dilihat sedikit berisi dengan senyuman tak lekang di bibirnya.
Aksi Bella ini dikongsi oleh Aktivis Masyarakat, Mona Din di hantaran Facebook miliknya. Beliau turut memberitahu hasratnya bertemu Bella untuk menghadiahkan sepasang baju kurung berwarna merah jambu kepada remaja Kelainan Upaya (OKU) ini.
Aktivis ini juga terkesima kerana melihat seorang puteri sedang berjalan menuju ke ruangan mahkamah.
Dalam ruangan komen pula, ramai yang turut memuji penampilan Bella di ruang kompleks mahkamah berkenaan.
Syim Bakry Sebak dan gembira melihat Bella.. Masyallah… Comel je dia jadi Elsa
Norhakimah HanafiMasyaAllah, cantiknya princess Bella. Berseri-seri, bersih dan muka bercahaya. Semoga mendapat keadilan dan kemenangan berpihak pada Bella.
Najihah Sulaiman Cantiknya…berbeza wajahnya semasa dalam jagaan org dulu…allahuakbar…nampak hati dan jiwa bella juga tersenyum
Mimi HzrnAlhamdulillah..Bella makin cantik bila berisi. Macam tu lah bila ada orang yang betul menjaga dengan ikhlas