Kulit Glowing Dan Parut Hilang, Ini Kelebihan Sapu Masker Aloevera Campur Kunyit

Share

Jika anda mahukan kulit glowing dan parut hilang pada wajah, anda boleh mencuba salah satu petua cantik yang menggunakan tiga bahan alami.

Perkongsian oleh Puan Puteri Kasim ini merupakan masker buatan sendiri untuk sihat dan kulit glowing, anda boleh guna bahan simple sahaja, tetapi 100% semula jadi.

Sesuai untuk anda yang ada masalah jerawat, kulit kusam, tona tak sekata, kulit berparut dan yang nak glowingkan kulit.

Kulit Glowing Dan Parut Hilang, Ini Kelebihan Sapu Masker Aloevera Campur Kunyit

Apa yang bestnya boleh jadikan sleeping mask, bawa tidur dan boleh digunakan setiap hari.

Bahan bahan untuk sekali guna:

2 sudu aloevera

1 sudu kecil madu

1/2 sudu kecil kunyit serbuk

Cara Buat:

Gaul semua bahan dan tepek pada muka sebagai masker atau krim malam. Kalau nak pakai nipis pun boleh. Kemudian bawa tidur. Tak payah pakai produk mahal-mahal. Dijamin selamat.

Kelebihan Bahan Masker

Kunyit bukan sahaja digunakan dalam masakan tetapi ia adalah bahan semula jadi yang mampu mencerahkan kulit wajah selain menjadi agen mencegah penuaan, mengurangkan hiperpigmentasi dan mengatasi jerawat.

Kandungan curcumin iaitu pewarna kuning pada kunyit adalah paling bermanfaat kerana bersifat antioksidan yang baik dalam mengurangkan radikal bebas, anti radang dan anti bakteria yang baik untuk kulit wajah.

Madu adalah antiseptik semula jadi yang menyembuhkan kulit dengan cepat. Sifat antibakteria membantu menghilangkan bakteria dan kuman pada kulit. Sifat anti-inflamasinya mengurangi peradangan kulit yang menyebabkan jerawat.

Lidah buaya kaya dengan pelbagai nutrisi seperti natrium palmat, sorbitol, gliserin dan sodium karbonat. Jadi sekadar disapu pada kulit pun sudah membawa pelbagai kebaikan dan keajaiban pada kulit wajah.

Jom cuba, rawat secara semula jadi dari luar. Lagi best buat untuk 2-3 hari terus simpan dalam peti ais dan pakai waktu sejuk-sejuk. Boleh kembali dara pori pori awak nanti  dan pastikan simpan dalam bekas bertutup ya.

IKLAN