Satu cara paling mudah nak jadikan kulit anjal dan bebas jerawat, pastikan anda ada sebotol toner timun homemade di rumah.
Kulit Anjal Dan Bebas Jerawat, Guna Toner Buat Sendiri Je
Haaa… anda perasan tak ada banyak keluaran pencuci muka, losyen, masker atau apa-apa prodak kecantikan mesti tak lari dari bahan yang berasaskan timun?
Selain nak kurangkan lingkaran hitam dan eye bag, ramai tak tahu khasiat timun untuk kulit wajah.
Kandungan air, Vitamin C, Vitamin B1, Vitamin A, biotin dan potasium yang ada pada timun boleh atasi masalah kulit wajah berminyak, kering, dan sensitif.
Ads
Sel kulit mati dan kulit berminyak penyebab pori-pori tersumbat dan menyebabkan jerawat. Timun memiliki sedikit sifat astringen yang dapat mengecilkan pori-pori wajah.
Manfaat timun untuk wajah:
1) Cegah dan kurangkan bintik hitam pada wajah
2) Kekal remajakan dan anjalkan kulit
3) Rawat dan hilangkan jerawat
4) Kecikkan pori-pori terbuka dan kurangkan kedutan kulit
5) Atasi sunburn akibat pancaran sinar matahari
Ads
Timun boleh diguna sebagai toner semulajadi. Bukan sekadar untuk dimakan je tau.
1) Basuh bersih timun. Hiris nipis dan blend bersama sedikit air sekadar nak mudahkan kisaran.
2) Oleskan ke seluruh wajah secara merata sehingga kering
4) Cuci degan air biasa, lapkan wajah dengan tuala lembut dan boleh rasai kelembutan dan toink toink je kulit bila di pegang.
5) Lebihannya, simpan di bekas kecil. Boleh disimpan selama 3 hari di chiller, 3 bulan peti ais beku. Bila nak guna ambik je dalam peti sesiap.
Kepada yang alami muka breakout atau bermasalah akibat salah pemilihan skincare disyorkan cuba ya. Pasti terkejut dengan kesannya dan mesti jatuh cinta punya lah.
Selamat mencuba ya.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Senang melihat penampilannya yang ringkas, penyanyi, Najwa Latif tetap kelihatan cantik dengan menggayakan tudung yang senang dipakai dan mencerminkan penampilannya tampak sopan sebagai status seorang isteri.
Menyentuh tentang keputusan Najwa Latif berhenti bekerja sebagai pensyarah buat sementara waktu untuk fokus kepada pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) menggambarkan dia seorang wanita yang layak digelar beauty with brain.
Menerusi portal Harian Metro, Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif, 28, berdepan kesulitan untuk melakukan kedua-duanya dan nekad ambil masa berehat buat masa sekarang.
“Ya, saya berhenti kerja sebab nak fokus PhD sebab PhD saya tak bergerak, kerja pun terus-menerus. Memang rasa berat hati sangat sebab saya tak pernah tak kerja.
Isteri kepada Akwa ini tidak berhajat untuk menganggur lama, masih akan teruskan mencari peluang dalam kerjaya pensyarah selain aktif dengan kerjaya muziknya.
Pernah berkongsi perihal kecantikan diri, Najwa bukanlah obses dengan kecantikan. Tetapi untuk penjagaan kulit wajah, dia hanya mengenakan solekan nipis. Kemudian selepas itu, dia akan pastikan kuli wajah bersih dari solekan dengan menggunakan remove makeup.
Bab makan pula, cukup mengamalkan minum air putih dan makan semua jenis makanan. Dan mengenai fesyen pula, Najwa lebih gemar memilih pakaian yang sopan dan selesa dipakai.
Terdahulu, Najwa yang memiliki Sarjana Pengajian Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Malaya (UM) bertugas sebagai pensyarah Universiti Selangor (Unisel).
Ketika ini, dia masih dalam proses menjalani pengajian PhD dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masih ramai yang tak tahu kelebihan guna retinol dan vitamin C pada kulit wajah. Sebenarnya bila dah memasuki usia 30-an, rutin penjagaan wajah juga perlu dilakukan dengan rapi.
Bermula daripada membuang kotoran muka sehinggalah ke penggunaan krim malam untuk mendapatkan kulit wajah bersih dan bersinar, malah tambahan kepada anti-penuaan juga.
Sekiranya anda ada masalah penjagaan kulit, mungkin dah tiba masanya untuk tukar dan tambah rutin kecantikan harian.
Ini langkah-langkah penjagaan kulit untuk wanita atas 30-an menurut doktor pakar pembedahan plastik Anthony Youn, MD.
Ramai skip melakukan proses pengelupasan kerana khuatir akan merosakkan lagi keadaan kulit. Kulit rosak terjadi apabila anda menggunakan skrub dari bahan yang tak sesuai dengan masalah kulit.
Semasa muda, kulit mengelupas atau bertukar setiap enam hingga lapan minggu. Sayangnya, proses ini lambat ketika kita semakin berusia. Jadi, kulit kita mengumpul sel-sel kulit mati, menjadikannya kusam dan kadang-kadang terasa sukar disentuh.
Pakar bedah plastik ini mengesyorkan pengelupasan wajah dua kali atau tiga kali seminggu jika anda mempunyai kulit normal. Tetapi jika mempunyai kulit sensitif, pengelupasan seminggu sekali sudah cukup.
Tips Doktor
Elak menggunakan lulur wajah yang keras. Untuk pengelupasan yang lebih lembut, cubalah produk berasaskan asid seperti produk yang disuntik dengan glikolik atau serum vitamin C.
Pendedahan cahaya matahari menyebabkan kulit kendur dan berkedut sebelum waktunya. SPF 30 adalah pelindung matahari yang sesuai untuk digunakan.
Doktor memberitahu agar anda tidak menggunakan pelindung matahari yang mengandungi oxybenzone, yang merupakan “gangguan hormon yang diketahui.”
Guna serum yang mengandungi vitamin C dan E setiap pagi
Vitamin C adalah ramuan popular yang ada dalam banyak serum, dan untuk alasan yang baik: antioksidan melindungi kulit dari radikal bebas – penyebab lain penuaan kulit pramatang. Doktor mengatakan ia berfungsi lebih baik apabila digabungkan dengan vitamin E, daripada digunakan sendiri.
Doktor menjelaskan retinol adalah krim anti-penuaan terbaik yang diketahui secara saintifik. Bahan ini pada dasarnya berfungsi untuk mengelupas kulit, mengurangkan penampilan garis-garis halus dan membantu penghasilan kolagen pada kulit.
Kita sedia maklum, makin bertambah usia, makin berkurang kolagen. Jadi, gunakan krim berasaskan retinol setiap petang.
Sekarang dah jelas, jadi sama-sama kita menjaga kulit agar kekal bersih. Bila kulit bersih, hati pun senang!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketika hamil seseorang itu ada kalanya berdepan dengan pelbagai masalah alahan atau sakit lain yang datang menyerang.
Antaranya adalah mengalami demam dan situasi akan jadi lebih teruk jika berlaku di akhir kehamilan.
Apakah risiko bakal ibu dan bagaimana untuk mengatasi masalah ini jika diuji dengan masalah demikian.
Perkongsian Dr Zubaidi Ahmad memberitahu kesannya jika wanita hamil diserang demam di awal dan di akhir kehamilan.
Demam yang dihadapi oleh wanita yang hamil, memang merisaukan. Demam ketika hamil adalah sesuatu yang cuba dielakkan namun apabila diuji dengan gejala demam, mahu atau tidak, wanita yang hamil harus menerima dengan hati yang redha.
Demam sebenarnya tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan kuman dan penyakit-penyakit lain. Ia bukanlah satu penyakit tetapi gejala yang selalunya menandakan seseorang mempunyai sesuatu penyakit.
Suhu badan normal bagi seseorang yang sihat ialah 37°C. Jika melebihi tahap ini, anda akan dikira sedang mengalami gejala demam.
Adakah demam memberikan kemudharatan pada wanita yang hamil? Setakat ini belum ada kajian yang sahih mengenai kemudharatan demam dan suhu panas terhadap bayi dalam rahem.
Cuma saya mahu menarik perhatian pada satu penulisan di dalam Journal of Paediatric and Perinatal Epidemiology, yang mengatakan bahawa secara amnya, demam yang dialami oleh wanita hamil tidak memberikan apa-apa risiko kepada anak yang dilahirkan.
Ada kajian yang menunjukkan jika seorang wanita hamil mengalami demam melebihi 39.0 darjah Celcius sekurang-kurangnya tiga kali, yang disebabkan oleh jangkitan kuman pada pundi kencing (urinary tract infection), maka terdapat kemungkinan bahawa risiko bagi bayi yang dilahirkan mudah mengalami sawan adalah tinggi. Namun kajian ini agak lemah.
Walau bagaimanapun, janganlah terlalu risau kerana demam yang rendah (kurang dari 100.4 darjah Fahrenheit) adalah selamat dan tidak perlu dirisaukan walaupun masih lagi di awal kehamilan.
Namun demam yang agak tinggi (melebihi 103 darjah Fahrenheit atau 39.5 darjah Celcius) mungkin boleh memberikan kesan mudaharat pada bayi.
Ini kerana demam yang tinggi pada awal kehamilan, akan menjejaskan proses pembentukan fizikal bayi dan bayi yang dilahirkan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat bayi yang mengalami masalah neural tube defects seperti spina bifida terutama jika demam itu berlaku ketika pembentukan saraf tunjang yang berlaku pada hari ke 20 hingga 28 selepas telur ovum disenyawakan.
Malah ada beberapa kajian yang agak lemah menunjukkan bahawa suhu badan terlalu tinggi akibat demam boleh menyebabkan keguguran. Hal ini juga boleh berlaku pada wanita yang mandi di dalam hot tubs atau sauna ketika hamil.
Di akhir kehamilan, perkembangan fizikal bayi telah terbentuk dengan lebih sempurna, maka gejala demam yang tinggi selalunya tidak membawa mudharat kecuali demam yang disebabkan oleh jangkitan dalam rahem (intrauterine infection).
Saya mencadangkan wanita hamil yang mengalami demam agar mengambil bacaan suhu yang betul. Adalah sukar untuk mengatakan seseorang wanita mengalami demam hanya dengan meletakkan belakang tapak tangan di dahi. Oleh itu gunakanlah thermometer agar dapat mencatat bacaan dengan lebih tepat.
Minumlah air suam kosong yang banyak. Demam akan membuatkan seseorang akan merasa cepat letih dan haus akibat dehidrasi. Oleh itu harus menambah jumlah air yang diambil ketika mengalami demam.
Jika demam bersama-sama dengan loya dan muntah, bolehlah minum air secara sedikit demi sedikit menggunakan sudu.
Selain itu, wanita hamil yang mengalami demam boleh menuam dengan tuala basah. Letakkan tuala basah pada dahi dan dada, membantu haba dari badan dikeluarkan dari tubuh dan mengurangkan demam.
Berjumpa dan berbincang dengan doktor yang merawat. Adakalanya punca demam dapat dikesan dengan pemeriksaan darah dan air kencing. Untuk meredakan demam dengan cepat, doktor mungkin akan memberikan ubat paracetamol yang selamat digunakan oleh wanita hamil dengan dos yang ditetapkan.
Bersabarlah ketika menghadapi ujian demam. #HealthDrZubaidi
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.