Tidak dinafikan cara paling mudah untuk tanggal mekap untuk solat adalah dengan menggunakan tisu basah.
Sekali sapuan saja mekap sudah dibersihkan dan memudahkan untuk urusan cucian wajah.
Namun sebenarnya sikap ini boleh membawa padah kerana menggunakan tisu untuk mencuci wajah boleh cetuskan pelbagai kesan sampingan.
Amalan ini sangat tidak digalakkan kerana tisu basah tidak diformulasikan untuk menghilangan solekan dan mengekalkan kulit wajah yang sihat.
Menurut Dr Astrid Wulan Kusumoastuti, tisu basah biasa berlainan dengan ‘makeup remover’ yang biasanya mengandungi campuran minyak untuk menghilangkan solek dan kalis air.
Tekstur tisu basah juga boleh memberi kesan buruk kepada kulit jika digunakan terlalu kerap.
Dan inilah antara kesan buruk boleh berlaku pada kulit wajah jika kita menggunakan tisu basah untuk menanggalkan mekap.
1. Kulit Kering
Tisu basah mempunyai beberapa bahan kimia di dalamnya seperti alkohol dan bahan pengawet yang menjadikannya tahan lebih lama.
Dilaporkan oleh Life Health, bahan kimia yang terdapat di tisu basah juga dianggap berkesan untuk menghilangkan bakteria, kulat dan kuman lain.
Ads
Inilah yang menjadikan tisu basah kering dan kasar. Oleh itu, setiap kali menggunakan tisu basah untuk membersihkan wajah, cuci muka segera dengan sabun dan air.
2. Menjadikan Produk Penjagaan Kulit Muka Tidak Berkesan
Tisu basah mengandungi banyak bahan kimia yang dapat menghilangkan kesan produk penjagaan kulit.
Oleh itu, seseorang harus mengelakkan penggunaan tisu basah pada wajah semasa menggunakan produk penjagaan kulit.
3. Muncul Garis Halus
Satu lagi bahaya tisu basah untuk wajah adalah risiko mewujudkan garis halus pada wajah. Ini disebabkan oleh tekanan berlebihan yang muncul ketika menggunakannya.
Sekiranya digunakan secara berkala dan berulang kali, garis-garis halus di wajah akan muncul, terutama di kawasan mata. Selain daripada garis halus, keanjalan wajah juga berkurang, menjadikan kulit tampak kendur.
4. Kerengsaan Kulit
Sebilangan bahan kimia pada tisu basah juga boleh menyebabkan kerengsaan, terutama bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif.
Ads
Biasanya, kerengsaan akan dirasai dengan kemerahan yang muncul dan rasa kulit terbakar pada beberapa kawasan di wajah.
Sekiranya kerengsaan kulit berlaku, segera berhenti menggunakan tisu basah dan berjumpa doktor untuk menangani dengan betul.
5. Memudaratkan Kulit Di Sekitar Mata
Mata adalah bahagian yang sensitif. Menyapu wajah dengan tisu basah sebenarnya boleh menjengkelkan mata dan menjadikan kulit di bawah mata jadi lebih kendur. Kesannya, mata kelihatan lebih suram, hitam dan mengantuk.
6. Buruk Untuk Kesihatan Kulit Keseluruhan
Kerana tidak dapat menghilangkan kotoran secara optimum, tisu basah hanya menyebabkan masalah jerawat dan bintik hitam muncul.
Kotoran yang tertinggal dan tidak dibuang dengan baik akan meresap ke kulit dan menyebabkan jerawat dan bintik hitam.
Ads
Perkara terbaik adalah terus menggunakan air dan sabun untuk membersihkan wajah, terutamanya jika baru selesai melakukan aktiviti di luar.
Sekiranya anda mahu menggunakan tisu basah untuk wajah, pilihlah yang dirumus khas dan mempunyai bahan penghilang solekan.
Namun selepas itu, terus membersihkan wajah dengan sabun dan air. Pilihlah sabun mengikut jenis kulit.
Semakin menonjol rekaan Teh Firdaus dalam bidang fesyen, jelas kelihatan unik dan cantik busana yang dipakai oleh Dayang Anisha Rosnah Adam dalam Majlis Istiadat Perkahwinan Diraja baru-baru ini.
Pasti anda mahu kenali lebih dekat personaliti Teh Firdaus dan kenapa Dayang Anisha memilih mengenakan busana yang dihasilkan pereka fesyen ini.
Cantik Dan Kemas Rekaan Teh Firdaus
Penampilan pertama Dayang Anisha pada Majlis Khatam Al-Quran, 3 Januari lalu, yang anggun dengan persalinan kurung moden menggunakan kain songket tenunan Brunei rona putih, benar-benar memukau setiap mata yang memandang.
Begitu juga persalinan semasa Majlis Menerima Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja pada 9 Januari, Dayang Anisha tampil memukau apabila mengenakan busana baju kurung pendek yang sarat dengan sulaman renda bertatahkan mutiara serba putih.
Kedua-dua busana berkenaan adalah hasil sentuhan pereka dari Malaysia, Teh Firdaus.
Pasti ramai yang tertanya-tanya, siapakah gerangan di sebalik nama Teh Firdaus ini?
Berikut trivia mengenai dirinya:
1) Merupakan graduan Rekaan Fesyen dari UiTM Seri Iskandar, Perak.
2) Mula membina nama dengan mengambil tempahan busana pengantin (bridal) dan baju yang ditempah khas oleh klien (custom made) dari sebuah studio kecil di Seri Kembangan, Selangor.
3) Jenama Teh Firdaus perlahan-lahan berkembang sehingga menjadi pilihan dalam kalangan selebriti dan kerabat diraja.
4) Firdaus, Pengarah Kreatif bagi jenama Teh Firdaus yang dipetik Harpers Bazaar Malaysia berkata, dia pertama kali bertemu dengan Dayang Anisha pada Jun tahun lalu apabila wanita tersebut memintanya untuk mereka pakaian untuknya.
5) Kagum dengan sentuhannya, Dayang Anisha ‘melamar’ Teh Firdaus untuk mereka busana sempena Majlis Istiadat Perkahwinan Diraja.
6) Menurut Teh Firdaus, busana Dayang Anisha semasa Majlis Menerima Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja mengambil masa selama tiga bulan untuk disiapkan.
7) Signature rekaan Teh Firdaus adalah simple, effortless namun tetap mengekalkan ciri feminin yang elegan dan classy.
8) Antara selebriti yang mendapat sentuhan Teh Firdaus adalah Raysha Rizrose, Mira Filzah, Janna Nick dan Qalisha Ray.
9) Butik Teh Firdaus bukan sahaja menerima klien untuk busana pengantin dan custom made, tetapi turut menghasilkan busana sedia dipakai (ready to wear).
10) Butik Teh Firdaus terletak di Zeva Boulevard Retail Center, Taman Pinggiran Putra, Seri Kembangan, Selangor.
Teruja melihat hasilnya dalam setiap busana yang dihasilkan oleh Teh Firdaus. Hebat dan tumpang bangga dengan pencapaian pereka fesyen muda ini, layak dijadikan inspirasi dan moga terus terbang tinggi dalam bidangnya.
Haa… inilah yang Scha amalkan untuk kekal cantik di usia 40-an!
1. Sama ada menggunakan mekap atau pun tidak, penting untuk anda cuci wajah terlebih dahulu menggunakan makeup remover atau cleansing oil/milk. Seperti Scha, dia akan cuci wajah menggunakan cleansing milk bagi menanggalkan mekap. Gosok dengan lembut selama beberapa minit.
2. Selepas selesai, cuci wajah dengan menggunakan pencuci wajah. Ini bertujuan untuk kurangkan penghasilan minyak dan sebum yang boleh menghasilkan jerawat.
3. Kemudian bilas wajah dengan bersih dan oleskan skrub (sebesar syiling 20 sen) yang mengandungi sumber mineral bagi menanggalkan kotoran dan sel kulit mati.
Pastikan anda skrub wajah sebanyak 2-3 kali seminggu supaya wajah nampak sekata dan tak kusam.
4. Setelah selesai mencuci dan skrub, dab wajah yang basah menggunakan tisu bersih. Seterusnya dab toner untuk berikan kebersihan yang maksimum dan kekalkan kelembapan wajah.
5. Seterusnya oleskan serum untuk kunci kelembapan dan mengurangkan jerawat, jeragat dan bintik hitam. Pastikan kuantiti serum yang digunakan cukup-cukup saja, atau sebesar kacang pis.
6. Akhir sekali, kunci rutin skincare dengan oleskan pelembap (moisturizer) serta sunscreen di waktu siang. Malam cukup dengan serum dan pelembap sahaja.
Semoga bermanfaat!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memiliki senyuman cantik tiap kali tersenyum, Tun Laila Tun Rafaee, 26, semakin popular di media sosial malah memiliki ramai pengikut di TikTok sejak mula aktif pada September 2022.
Layak digelar beauty with brain, dia yang berkerja sebagai peguam muda ini merupakan graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor.
Cara Cantik Tun Laila, Patutlah Lawa!
Kalau ikutkan dia sendiri tidak menyangka bahawa ramai orang di luar sana berminat dengan kandungan (content) yang dikongsi.
Haa… pengikut Tun Laila mesti perasan kan mukanya yang selalu nampak berseri tapi tetap flawless.
Tanpa memerlukan macam-macam produk, Tun Laila rupanya memilih qaleR Cosmetic on her daily basis kerana terjamin selamat dan merupakan jenama vegan-friendly / mesra vegan & cruelty-free.
Caranya mudah, Tun Laila menggunakan Niacinamide Rosy Glow sebagai primer diikuti Vegan Foundation Stick yang merupakan salah satu produk favourite Tun Laila!
Lip Glow Dua Dalam Satu, Boleh Jadikan Blusher
A little goes a long way, jadi tak perlu spray Niacinamide Rosy Glow banyak-banyak pun.
Bagi Vegan Foundation Stick pula, Tun Laila menyukai kod Warm Beige. Calit pada wajah dan ratakan dengan built-in brush, siap!
Sebagai pelengkap, pilihlah qaleR-Ful Vegan Lip Glow dalam kod Hot Crimson Dusk. Selain dipakai pada bibir, ini juga boleh digunakan sebagai blusher.
Itu sahaja perkongsian cantik daripada Tun Laila, anda pun boleh melawa dengan cara simple ini. Mudah sahaja nak naikkan seri dan jaga penampilan, yang penting rajin!
Sekadar info, Tun Laila berkongsi banyak maklumat tentang undang-undang di Malaysia dan perkongsian maklumatnya mungkin telah memberi manfaat kepada ramai orang dari segi pengetahuan.
Sebagai anak ketujuh di antara lapan orang adik-beradik, wanita ini turut menasihati generasi muda untuk mengikut kata hati.