Hilangkan Blackhead Dan Whitehead, Terus Kulit Licin Bagai Telus Dikupas!

Share

Ada tak yang nak hilangkan blackhead dan whitehead dengan cara jimat dan berkesan tanpa perlu pergi Spa?

Haaa… jika anda berniat mahu cantikkan kulit wajah daripada masalah blackhead dan whitehead, boleh cuba tip yang dikongsi oleh Sarini Zainal ini.

Okay cara ini untuk buang Blackhead / Whitehead tanpa menyakitkan, tanpa membesarkan lagi pori, tanpa tools mahal. Kalau konsisten, memang dah tak ada hidung berbiji-biji dan berbintik hitam lepas ni.

Sejak akhir-akhir ini ramai pula mengadu banyak blackhead, ramai juga suka picit blackhead, tapi tetap ada balik. Sampai merah-merah hidung dipicitnya.

Hilangkan Blackhead Dan Whitehead

Saya guna Cleansing Oil. Cleansing Oil yang diurut perlahan sehingga menghasilkan sedikit haba boleh mencairkan segala minyak, kotoran, membersihkan pori tersumbat dengan baik.

Step 1:

Pilih Cleansing Oil kegemaran anda. Di dalam gambar ini, saya gunakan Skin Reset. Saya lebih sukakan non-emulsifying Cleansing Oil untuk tujuan urutan, kerana lebih lembut dan kekal lama di wajah.

Kalau nak pakai yang emulsify, pastikan muka kering, tangan kering, jangan berpeluh. Sebab nak urut ni lama, nanti berpeluh habis oil itu jadi bersusu dan tak dapatlah nak capai tujuan asal kita.

Step 2:

Urut pada muka yang kering. Urut selama 5-10 minit. Lenguh? Teruskan. Jika mampu, sehingga 20 minit atau apabila anda terasa wajah sedikit ‘suam’ dan timbul biji-biji halus. Paling elok, 15 minit.

Step 3:

Bersihkan tangan anda. Tangan sahaja, jangan muka tau. Kalau tangan rasa berminyak boleh bilas dengan sabun, lap.

Step 4:

Ambil air suam, celupkan tangan, dan urut wajah. Ulang step ni beberapa kali sampai rasa berminyak itu dah berkurangan. Berkurangan ya, bukan hilang sepenuhnya.

Step 5:

Ambil Cotton Pad atau kain lembut, lapkan wajah anda. Jika bahagian hidung itu banyak whitehead/blackhead, tekan perlahan. Anda akan dapati blackhead serta whitehead sangat mudah keluar dengan banyaknya.

STEP 6:

Setelah berpuas hati, ambil pencuci muka, gosokkan di tapak tangan sehingga berbuih, kemudian urut muka. Bilas dengan air, sehingga tiada rasa berminyak.

Boleh buat seminggu sekali. Malas? 2 minggu sekali pun boleh.

Istilah muka licin bagai telur dikupas tu tak mustahil. Asalkan konsisten dan rajin. Tak perlu produk mahal.

 

Satu sahaja pesanan saya, jangan picit! Nanti dah lekuk, jadi lubang, pori membesar.

Susah sangat nak hilang. Bila umur 30an, kolagen dah kurang, makin besar lekuk dan pori tu nampak. Waktu muda, jaga elok-elok.

Tak perlu barang mahal, cuma elakkan harsh chemical, jangan sentuh muka atau picit muka terutama bila kuku panjang, jaga pemakanan, kebersihan, rutin asas – insyaAllah akan okay.

Selamat mencuba!

Published by
Nadia