Kalau nak cuba tester mekap di drugstore, ada cara yang betul anda boleh lakukan. Jangan pula main calit terus ke bibir dan wajah ya.
Jika pernah buat, cara itu boleh ‘jemput’ bahaya sebenarnya. Jadi ikuti tips ini kalau nak cuba mekap di drugstore.
Guna Tips Ini Kalau Nak Cuba Tester Mekap Di Drugstore, Elakkan Bawa Pulang Bakteria!
1) Elakkan cuba tester yang tekstur lembab contohnya lipstick, lipbalm, concealer, atau mascara.
Ads
Bakteria suka tempat yang lembab.
2) Elakkan cuba tester direct pada kulit muka, bibir dan mata. Sebaiknya cuba di bahagian belakang tangan atau pergelangan tangan.
Ads
Area muka adalah area yang sensetif yang dapat beri reaksi secara langsung terhadap bakteria.
Ads
3) Bersihkan permukaan tester yang dah diguna, bersihkan juga kawasan kulit anda yang dah terkena tester tu serta merta. Boleh gunakan makeup wipes.
Haa.. kalau anda memang suka masuk untuk cuba-cuba mekap di drugstore, sila ikut cara ini untuk elakkan bawa pulan bakteria ke rumah. Yang paling risau, takut bibir dan wajah anda pula rosak.
Jadi, hati-hati ya!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menurut Pakar Kecantikan & Spa Tradisional Safah Herbs, Puan Foziah Mohd Foad atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Gee berkongsi teknik urutan sengkak wajah yang dikatakan mampu menjadikan wajah berbentuk tirus dan runcing, menaikkan pipi sekaligus tampil awet muda.
“Sebenarnya ramai yang bertanya boleh ke muka kita ini disengkak atau ada ke rawatan untuk itu. Sebenarnya muka kita ini sama juga seperti anggota badan.
“Yang mana kita akan rasa penat, lesu, letih. jadi facial sengkak adalah satu satu teknik rawatan paling bagus untuk kembalikan seri wajah untuk kekal awet muda,” katanya yang turut menunjukan teknik rawatan ini yang mengambil masa hampir sejam bermula dengan pembersihan dan penyentalan wajah.
Ini adalah untuk membuang kotoran, sisa mekap serta mendapat minyak pori, bahan yang digunakan adalah cleansing milk serta scrub kacang bijan.
Proses seterusnya dilakukan adalah pengewapan untuk melembutkan urat saraf limfatik dan melembutkan kulit wajah.
Kemudian dilakukan pula proses laser frequency yang bertujuan untuk matikan kuman dan bakteria pada muka.
Puan Foziah juga turut menunjukkan proses berikutnya iaitu proses pembuangan bintik hitam/putih bagi memastikan wajah licin dan memastikan pori tidak tersumbat.
Dan langkah berikutnya adalah jurus sengkak wajah yang bertujuan untuk mengaktifkan saraf di titik limpatik pada wajah agar berseri dan segar.
Turut dilakukan proses jurus pipi membutlat bagi melancarkan aliran darah sekitar wajah terutama pipi. kemudian dilakukan pula jurus pipi bersilang untuk membentuk dan menaikkan tulang pipi.
Selain itu turut dilakukan jurus rahang bersilang bagi memastikan dapat membentuk muka tirus dan runcing.
Manakala jurus pipi berkait pula adalah untuk membentuk tulang pipi yang tinggi dan montok. Sementara jurus sinaran mata pula dilakukan bertujuan untuk mengurangkan lingkaran gelap, bengkak dan sembap mata.
Akhir sekali dilakukan jurus sengkak bertaut untuk mengaktifkan saraf limpatik, sel kulit dan kolagen pada wajah.
Dan proses ini ditutup dengan proses berpupur wajah bagi membantu mengembalikan vitamin kulit, menganjal dan mencerahkan kulit wajah. Tidak dilupakan jurus tepuk getar untuk membangkitkan saraf, menyegar dan menegang otot wajah.
Kena Lebih Peka, Kaum Wanita Rupanya Lebih Mudah Diserang Penyakit Autoimun Seperti SLE. Ramai tidak tahu sebenarnya kaum wanita adalah golongan yang sangat mudah mendapat penyakit autoimun berbanding lelaki.
Namun begitu, ramai yang tidak begitu arif dan faham apa sebenarnya penyakit ini yang biasanya menyerang kaum wanita sahaja.
Pakar Perundingan Perubatan Hospital Columbia Asia Puchong, Dr. Muhammad Bin Shahruddin berkata secara umumnya penyakit autoimun ini adalah di mana badan manusia itu menghasilkan antibodi sendiri yang menyerang sel-sel badan atau organ manusia itu sendiri.
Sepatutnya sistem keimunan dan antibodi kita ini adalah untuk menyerang penyakit seperti contohnya bakteria, fungus dan virus dari luar.
Tetapi dalam kes penyakit autoimun ini, badan kita menghasilkan antibodi yang sama dan menyerang organ dalam diri sendiri.
Ini kerana sistem imun badan tidak dapat membezakan sel atau tisu badan sendiri dan menganggapnya sebagai sel atau tisu asing.
Ada banyak jenis penyakit autoimun yang dikenalpasti setakat ini. Jumlah penyakit adalah lebih 80 jenis di dalam spektrum penyakit autoimun ini. Biasanya dalam sesuatu penyakit autoimun itu dari segi insidennya 80 hingga 90 peratus dihidapi oleh wanita.
Kebiasaanya penyakit autoimun ini akan menyerang umur wanita yang sedang dalam jangka waktu subur.
Contohnya di antara usia 15 hingga 45 tahun. Namun, ada juga kes yang melibatkan wanita berusia 45 tahun dan ke atas, tetapi ia jarang berlaku.
Ia masih dalam kajian yang dilakukan oleh para saintis. Salah satu teori yang saintis terangkan adalah wanita ini sistem keimunannya lebih kuat sedikit daripada lelaki.
Oleh itu dari segi jangkitan penyakit berjangkit, lelaki lebih senang mendapat kuman berbanding wanita.
Mungkin juga disebabkan keimunan wanita itu lebih kuat daripada lelaki itu telah menyebabkan risiko mendapat penyakit autoimun lebih tinggi.
Tetapi kebanyakan saintis mengatakan bahawa penyebab autoimun ini adalah kombinasi dari faktor genetik dan persekitaran.
Selain daripada itu, penyakit autoimun itu juga berkait rapat dengan genetik.
Sebagai contohnya jika ada ahli keluarga seperti ibu dan nenek menghidap penyakit autoimun, seorang wanita itu boleh mendapat penyakit yang sama.
Bagi mengesan secara genetik, tidak ada ujian khusus yang boleh dilakukan. Secara asanya, bila doktor bertemu pesakit, dia akan bertanya sejarah penyakit yang menyerang keluarganya.
Genetik itu bukannya semestinya mendapat penyakit yang sama. Ia boleh menghidap penyakit dalam spektrum penyakit autoimun itu.
Dalam penyakit autoimun ini, contohnya jika ibu menghidap penyakit tiroid, tidak bermakna anaknya akan mendapat penyakit tiroid.
Ada kemungkinan jika ibu mendapat penyakit SLE, anaknya mungkin akan mendapat penyakit yang lain berkaitan dengan autoimun contohnya penyakit tiroid, psoriasis atau rheumatoid arthritis.
Apabila penyakit autoimun berlaku, antibodi ini akan menyerang organ tubuh badan yang tertentu.. Contoh-contoh adalah seperti berikut;
1. Sendi-Sendi
Sendi-sendi akan sakit dan membengkak. Contoh penyakit sendi ini adalah rheumatoid arthritis.
2. Systemic Lupus Erythematosus atau SLE
SLE ia boleh memberi kesan pada lebih dari satu organ dalam seluruh badan dan di antara jenis yang paling kerap di diagnosa.
Ia akan menyerang sendi tetapi tidak seteruk rheumatoid arthritis. Ia juga boleh menyerang kulit sehinggakan kulit naik ruam-ruam, ruam-ruam pada muka, rambut gugur.
Paling teruk apabila SLE ini menyerang buah pinggang. Apabila buah pinggang telah diserang dan kita tidak dapat mengesannya terlebih awal, ia boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang jika tidak dirawat.
SLE juga boleh menyebabkan serangan antibodi ke bahagian otak sekaligus menyebabkan radang otak.
3. Penyakit tiroid
Penyakit tiroid lebih banyak menyerang wanita. Puncanya adalah antibodi menyerang organ tiroid. Dua jenis penyakit tiroid ini adalah Graves disease dan Hashimoto disease.
Graves disease berlaku apabila hormon tiroid berlebihan manakala Hashimoto disease berlaku apabila hormon tiroid terlalu rendah. Punca-punca berlaku adalah sama tetapi rawatan yang akan dilakukan adalah berbeza.
4. Penyakit Psoriasis
Penyakit psoriasis juga adalah penyakit autoimun. Ini berlaku apabila antibodi badan menyerang kulit sehinggakan kulit menggelupas.
Cara untuk mengesahkan penyakit psoriasis ini adalah dengan mengambil sampel dan hantar ke makmal untuk diuji. Cara rawatan adalah untuk menurunkan sistem imum dengan rawatan tertentu oleh pakar kulit.
5. Immune thrombocytopenic purpura (ITP)
ITP ini adalah masalah darah. Apabla berlaku, antibodi menyerang platelet dan menyebabkan bacaan bilangan platelet menjadi rendah.
Ia membuatkan seseorangan itu mudah lebam. Ia juga boleh menyebabkan pendarahan hidung dan pendarahan gusi.
Bahaya ITP ini pada ibu mengandung adalah jika bacaan platelet itu rendah, ia boleh menyebabkan pendarahan. Penyakit ITP ini biasanya dirawat oleh pakar hematologi (darah).
Selain dari penyakit yang disebut di atas, banyak lagi penyakit autoimun lain yang wujud. Contohnya Celiac disease, Addison’s disease, scleroderma, Myasthenia gravis dan Type 1 Diabetes mellitus.
Permulaanya, simptom-simptom tidak spesifik dan tidak jelas. Antaranya adalah seperti berikut;
1. Biasanya simptom-simpton itu akan bermula dengan rasa letih, lemah dan badan atau otot-otot rasa sakit.
2. Selepas itu kebiasaanya seseorang itu akan mula demam yang tidak tinggi (suhu badan 37.5 dan 37.8 Celsius). Tetapi demam ini agak lama dan berterusan lebih kurang seminggu hingga dua minggu.
3. Sendi-sendi juga akan rasa sakit dan bengkak. Sukar untuk bergerak sebaik bangun tidur pada waktu pagi.
4. Keguguran rambut yang berlebihan
Mereka yang menghidap simptom-simptom ini agar tidak menganggap simpton-simpton ini normal. Segeralah bertemu doctor bagi memeriksa apa sebenarnya yang berlaku pada tubuh anda.
Sebaik bertemu doktor perubatan atau doktor pakar, pemeriksaan akan dilakukan. Antaranya;
1. Doktor akan melihat simptom-simptom yang pesakit alami
2. Doktor akan membuat pemeriksaan fizikal yang lengkap
3. Doktor membuat ujian darah yang asas
Jika kemungkinan pesakit menghidap penyakit autoimun, doktor perubatan akan merujuk kepada doktor pakar yang berkaitan.
Rawatan penyakit autoimun akan bergantung kepada gejala dan jenis penyakit tertentu.
Untuk mendapat berat badan ideal perlukan usaha yang sangat tinggi. Bukan sekadar omongan kosongtanpa melakukan apa-apa usaha.
Ini kerana sepanjang perjalanan mendapatkan berat badan ideal, pasti berlaku pelbagai halangan.
Seperti perkongsian gadis ini yang sebelum itu mengalami obesiti terlampau, tetapi berkat usaha berjaya mendapatkan berat badan ideal.
Dikenali dengan Airias Suzue dari grup Diet Suku-Suku Separuh memberitahu kisahnya yang tidak menggunakan sebarang produk kurus untuk mendapatkan berat idaman.
Sebaliknya dia mengutamakan pengambilan pemakanan yang sihat akhirnya menjaya menurunkan sekitar 101 kg daripada berat asal iaitu 215 kg.
Alhamdulillah, perjuangan saya selama setahun ni.. jaga makan dan senaman… kurus tanpa produk-produk kurus…. Moga-moga saya capai target hujung tahun ni inshaAllah….
Selagi kita masih di beri peluang untuk hidup teruskanlah perjuangan keluar dari obesiti… saya tahap obesiti morbid… macam-macam saya lalui sepanjang proses ni…
Terima kasih buat keluarga dan sahabat-sahabat yang support saya selama ni… dan terima kasih juga admin dan rakan-rakan dalam group diet ni banyak beri ilmu dan inspirasi.. buatkan saya tekad dan nekad untuk berubah.. perjalanan saya masih jauh lagi .. doakan saya..
Sebelum itu dia mengakui keadaanya yang sukar bergerak menyebabkan tekad untuk mengamalkan gaya hidup sihat sejak Januari tahun lalu.
Menurutunya sebelum diet dia hanya mampu berjalan setakat keliling kampung sahaja kerana disebabkan berat badan membuatkannya sukar bergerak ke sana ke mari.
Tambahnya dia pernah ambil ubat kurus tetapi selera makan jadi makin naik, makan banyak dan badan mula naik tanpa sedar.
Disebabkan itu dia tidak percaya dengan semua ubat kurus dan selepas mendengat cakap dktpr yang melarangnya untuk mengambil ubatan berkenaan. Daripada situ dia tekad dan nekad beriubah ke arah kehidupan yang lebih baik.
“Selama 10/11 bln saya tak makan semua makanan berkaitan karbohidrat.Seperti nasi, mee,mihun, maggi, makanan segera dan makanan yang diproses semua tak makan.
“Sebaliknya saya hanya makan buah, sayur dan lauk yang bakar dan kukus. Air manis pula dah 2 tahun saya tinggal dan saya juga turun lakukan senaman (workout, gym, zumba),” katanya lagi.
Jadi kepada mereka di luar sana yang mengalam masalah seperti ini, boleh cuba lakukan kaedah diamalkan dengan mengambil pemakanan sihat dan tolak terus air manis. Semoga kisahnya jadi inspirasi buat anda semua.
Sering sakit pinggang selepas seharian bekerja? Jangan biarkan ia melarat! Ketahui 3 regangan mudah yang boleh dilakukan di mana-mana sahaja untuk melegakan kesakitan dan mengekalkan keselesaan tulang belakang anda.