Nampaknya Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) berjalan lancar seperti yang dirancang sebelum ini.
Setiap hari semakin ramai yang menerima suntikan mengikut pusat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang disediakan. Dan lebih 11 juta sudah menerima vaksin masing-masing.
Walaupun selepas menerima suntikan seseorang itu akan menerima kesan sampingan seperti, demam, mengantuk atau lapar, namun setakat ini tiada kes membimbangkan dilaporkan.
Jutsteru bagi mereka yang baru saja menerima suntikan diingatkan agar tidak melakukan aktiviti fizikal yang berat bagi mengelak sebarang kemudharatan.
Perkara ini dikongsi oleh Doktor Perubatan, Dr. Arisman Wenge Abdul Raman di laman sosial Facebook memberitahu khususnya kepada golongan lelaki muda berusia 30 tahun ke bawah, elakkan melakukan aktiviti fizikal yang berat sehingga badan betul-betul berasa ada tenaga untuk melakukannya.
“Kenapa nak elakkan aktiviti berat selepas vaksin? Kenapa baru sekarang bagi nasihat??”
Sebelum kenyataan ini dikeluarkan oleh KKM kelmarin, rata-ratanya kami para doktor akan menasihatkan kepada individu selepas vaksin untuk tetap berehat di rumah dan elakkan melakukan aktiviti berat sehari atau hingga tiga hari. Sehingga badan betul-betul merasa ada tenaga untuk melakukannya.
Setelah berjuta vaksin disuntik di seluruh dunia dan beberapa data yang dilaporkan akibat dari kesan sampingan vaksin tertentu. Begitu juga dengan negara jiran kita Singapura yang melaporkan bahawa terdapat 1 kes remaja yang meninggal selepas vaksin Pfizer diberikan apabila individu itu sedang melakukan senaman berat. Punca kematian masih belum diputuskan.
Tetapi ada kemungkinan disebabkan oleh peradangan teruk pada dinding otot jantung, iaitu acute severe myocarditis yang boleh menyebabkan jantung tiba-tiba berhenti(cardiac arrest) semasa melakukan senaman berat.
Sehingga 30 jun kelmarin, Singapura melaporkan lebih kurang 12 individu mengalami masalah pada jantung sama ada myocarditis (peradangan dinding otot jantung) dan pericarditis (peradangan pada selaput pembungkus jantung) yang dikaitkan dengan vaksin Covid di negara itu. Terutamanya golongan usia 30 tahun ke bawah.
Beberapa kes juga turut dilaporkan di negara US dan Israel.
Oleh demikian, KKM mengambil langkah berhati-hati dan belajar dari data tersebut untuk menasihatkan individu penerima vaksin supaya tidak melakukan beberapa senaman berat selepas menerima suntikan sama ada dos pertama atau kedua. Bagi setiap jenis vaksin.
1. Berenang
2. Berbasikal
3. Berlari atau jogging
4. Angkat berat
5. Bermain bola/ sukan
6. Competitive sports
1. Berjalan kaki
2. Senaman regangan (Stretching)
3. Buat kerja rumah.
Oh ya, selepas menerima vaksin, badan kita akan dirangsang untuk membentuk antibodi melalui sistem imun tubuh. Keadaan ini hampir pasti akan menyebabkan individu tersebut mengalami gejala demam, sakit badan, sakit kepala dan lemah atau lenguh seluruh badan. Terutamanya orang muda kerana sistem imuniti mereka masih kuat berbanding dengan warga emas.
Dalam keadaan sedemikian, disarankan untuk berehat dan dapatkan tenaga yang semaksimalnya dengan meminum cukup air dan memakan diet yang sihat.
Nasihat saya kepada mereka golongan muda selepas menerima vaksin, “please listening to your body. Don’t push yourself. Recovery is part of exercising too.”
Kalau anda nak sangat muka jadi glowing teruk dengan cara yang jimat tanpa perlu masuk Spa, boleh amalkan cara orang dulu-dulu pakai bahan alami.
Haa… ada banyak bahan alami yang boleh dijadikan toner, masker dan buat bedak homemade. Jom cuba!
1) Minum air putih secukupnya
Tubuh badan anda memerlukan air bersih untuk membantu menggantikan sel-sel yang mati di dalam badan anda. Anda seharusnya minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari bagi memastikan sistem dalaman badan anda dapat berfungsi dengan baik.
Apabila tubuh badan mendapat air yang cukup, kulit juga akan kelihatan lembap, bersih dan cerah secara semulajadi. Tips ini memang harus diamalkan pada setiap masa dan waktu.
2) Air Beras
Air beras merupakan air daripada mencuci beras sebelum ia dimasak dan kebiasaannya ia dibuang semasa proses mencuci beras. Apa kata untuk kali ini jangan dibuang air cucian beras itu, sebaliknya tadahkan dan simpan di dalam bekas air yang berasingan, seperti baldi atau sebagainya.
Tahukah anda bahawa air beras mempunyai pelbagai khasiat untuk kecantikan? Air bilasan dari mencuci beras itu dikatakan dapat mampu menghaluskan serta memutihkan kulit. Caranya adalah untuk megambil air bilasan ini dan amalkan berendam dalam air bilasan tersebut selama 15-20 minit setiap hari.
3) Beras Pulut Sebagai Masker
Gorengkan ia tanpa menggunakan minyak sehingga warna beras pulut tersebut menjadi kekuningan. Selepas proses menggoreng, tumbuk atau kisarkan beras pulut tersebut supaya menjadi seperti serbuk bedak.
Apabila proses kisar atau tumbuk selesai, bancuh dengan air dan sapukan kepada wajah. Biarkan ia kering untuk seketika waktu dan basuh dengan air bersih. Amalkan tips muka glowing dan flawless secara semulajadi ini untuk mendapatkan kulit muka yang cantik, gebu, anggun dan bergaya.
4) Yogurt Asli
Untuk tips muka glowing dan flawless secara semula jadi ini, caranya adalah untuk ambil yogurt asli dan lumurkan di wajah dan leher dan dibiarkan kering sebelum dibilas dengan air bersih.
Amalkan tips ini 3 kali seminggu anda pasti akan terkejut dengan kesannya nanti.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baik perempuan atau lelaki, ramai yang berperang dengan perasaan nak kurus tetapi ada masalah suka makan. Kadang niat atau azam nak kurus itu di bawa dari tahun ke tahun lain. Eh, susah sangat ke?
Tidak… kita hanya perlu mengubah cara kita makan dan tabiat pemakanan harian setiap hari. Dan sebenarnya ada cara diet yang sangat mudah untuk anda yang nekad mahu kurus.
Jom, Kurus!
Cuba teliti dulu cara ini dan jika mampu buat anda pasti akan mendapat hasilnya. Lambat tak apa, tetapi yang penting berkesan.
1. Makan on time
Andai kata hari ini anda sudah mulakan sarapan pada jam 8.00 pagi, tengah hari pula jam 1.00 petang, dan makan malam seawal jam 6.00 petang, maka anda kena mengulangi waktu yang sama untuk keesokkan harinya. Tak boleh langgar peraturan ini ya, awas!
2. Cut gula
Suka atau tidak, anda kena perlahan-lahan kurangkan pengambilan gula. Kalau sebelum ini anda terbiasa pilih kek atau kuih manis, selepas ini boleh gantikan gula dengan buah-buahan atau madu. InsyaAllah proses penurunan berat badan yang anda impikan selama ini akan tercapai. Kemudian boleh minum air kosong dengan banyak untuk menggantikan air manis yang anda minum selama ini. Dalam masakan pula, carilah stevia atau madu asli untuk dapatkan kemanisan di dalam masakan.
Jangan buat serentak terus ya, boleh cut perlahan-lahan. Mungkin boleh mula dengan berhenti minum air manis dulu. Yang kek dan kuih muih kemudian. Andai kata rindu sangat nak minum teh atau kopi, boleh amalkan minum tanpa gula.
3. Kuantiti sedikit dan berulang
Elakkan makan dalam kuantiti yang banyak dalam satu hidangan atau sekali makan. Makan dengan banyak akan memberi beban besar kepada perut. Ini boleh menyebabkan kembung dan menurunkan paras tenaga tubuh sementara sistem pencernaan sangat bekerja keras untuk mencernakan makanan.
Tahukah Anda:
Perut untuk proses penghadaman selama 1-3jam
Usus kecil untuk proses pencernaan kimia selama 6-8 jam
Usus besar (kolon) untuk proses pencernaan akhir & pemeraman selama 12-47 jam
Purata keseluruhan proses penghadaman dan pencernaan makanan mengambil masa lebih kurang 53 jam
4. Banyakkan aktiviti keluar peluh
Nak keluar macam leceh, jadi anda boleh buat aktiviti di rumah sampai keluar peluh. Kalau mampu, sesekali buat senaman mudah depan TV. Pasang YouTube, kemudian anda nak zumba pun boleh. Paling mudah, buat kerja dalam rumah saja. Mop lantai, alih perabot atau mungkin basuh kereta. Semua itu boleh keluarkan peluh.
5. Beli baju saiz kecil
Untuk bakar semangat anda, elakkan beli baju saiz besar. Bila besar, anda akan rasa selesa dan selamat tanpa sedar berat emakin meningkat. Haa… bila saiz baju dah muat elok, cuba target lain pula.
Kebanyakan yang niat nak kurus bukan nak bertanding saiz badan tetapi untuk selesa dan sihat. Sekurang-kurangnya kaki tidak sakit untuk berdiri lama semasa beribadah dan tiada masalah kejang kaki atau sakit tumit. Semoga anda yang sudah lama pasang niat nak kurus akan berjaya untuk kurangkan KG dan kekal sihat.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nak peha lebih kemas dan punggung yang mantap? Ketahui kenapa senaman squats adalah rutin wajib untuk setiap wanita yang mahukan bentuk badan impian secara semula jadi dan efektif.