Punca masalah jerawat disebabkan oleh beberapa faktor dan antaranya tersilap menggunakan produk penjagaan wajah, kulit wajah kotor dan juga perubahan hormon dalam badan.
Usah bertangguh jika mengalami masalah jerawat kerana jika dibiarkan akan berlarutan hingga meyebabkan wajah jadi breakout.
Pelbagai cara dilakukan dan salah satunya perkongsian dari Nur Aireen Safiya, yang baru berusia 17 tahun.
Tidak mahu masalah jerawat berlarutan dia mencuba memakai poduk dari drugstore dan setelah beberapa bulan wajahnya sembuh dari alami jerawat teruk.
SebelumSelepas
Gunakan rutin penjagaan wajah ketika siang dan malam
Toner sesuai untuk semua jenis kulit
Ads
Tidak jadikan kulit terlalu berminyak guna pelembab ini
Jangan lupa untuk sapu sunscreen, walaupun hanya duduk di rumah
Untuk kecutkan jerawat, sapu di bahagian jerawat saja
Ini pula penggunaan ketika malam untuk pudarkan bekas jerawat
Mesti ada ibu hamil yang keliru tentang kemampuan nak puasa pada bulan Ramadan nanti.
Sayang nak tinggal tetapi kalau mudarat pada bayi dalam kandungan, itu tak selamat ya!
Seperti selebriti terkenal, Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor yang sedang hamil anak kedua, pasti rasa serba salah untuk berpuasa walau kandungan sudah besar.
Risau pula timbul kes yang melibatkan kesihatan ibu hamil terganggu dan menyebabkan kehilangan janin dalam kandungan.
Jangan risau, anda boleh membuat keputusan yang tepat selepas baca perkongsian daripada Dr. Izzat yang merupakan pakar sakit puan menjelaskan ada beberapa golongan ibu hamil yang tidak dibenarkan berpuasa kerana alasan tertentu.
“Sebenarnya ramai ibu mengandung tanya saya di klinik, boleh tak dia berpuasa nanti?”
Secara amnya, ibu mengandung yang TAK digalakkan untuk berpuasa adalah seperti berikut :
1) Ibu yang ada GDM dengan kawalan insulin.
2) Ibu yang berisiko tinggi untuk dapat darah beku ( Venous thromboembolism ), atau pernah kena VTE dan sedang diberikan ubat cucuk cairkan darah Clexane.
3) Ibu yang ada Ovarian hyperstimulation syndrome (OHSS) – ni untuk ibu yang mengandung dengan ubat kesuburan.
4) Ibu yang ada muntah-muntah teruk, tak kira pada awal pregnancy atau pada trimester lain.
5) Ibu yang ada pendarahan.
6) Ibu yang tak sihat – demam atau sedang dijangkiti covid.
7) Ibu yang bayinya ada masalah tumbesaran ( IUGR ).
8)Ibu yang mengandung kembar.
Atau apa jua keadaan yang doktor fikirkan bila berpuasa boleh memudaratkan kesihatan ibu. Untuk ibu mengandung yang boleh berpuasa, setelah dinilai oleh doktor, ada beberapa tips untuk anda :
1) Makan lebih dari 2x antara masa berbuka dan sahur. Pilih makanan seimbang dan berkhasiat untuk elak sembelit, masalah penghadaman, heartburn.
2) Untuk berbuka takda plan pemakanan khas tapi boleh try this :
Buka dengan 3 biji tamar + Jus buah ( boleh ganti dengan sup atau yogurt rendah lemak ). Sambung dengan makanan seimbang-ada salad, ulam-ulaman, ada protein dan complex karbohidrat. Food high fat and oily best to avoid!
3) Jangan tinggal sahur.
4) Elak minum teh/coffee masa sahur – caffeine boleh sebabkan you terkencing banyak and sekaligus senang kena dehydration. Nak puasa takleh minum air dah kan?
5) Pastikan minum air masak yang mencukupi sepanjang tempoh berbuka dan sahur.
Pesanan doktor: Jangan tanya saya sama ada anda boleh berpuasa ke tak di social media, masa jumpa Dr untuk check up/follow up tu boleh tanya doktor memasing. Bila saya tak periksa saya tak boleh cakap you selamat untuk berpuasa atau tak.
Selamat berpuasa mak-mak berbadan dua!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak mudah nak cari barang baik yang membantu masalah kulit kering dan kusam. Nak-nak kalau anda pernah menggunakan produk yang langsung tak serasi dan akhirnya masalah lain pula muncul pada wajah.
Jadi untuk kesan terbaik, perlu sedikit kerajinan kerana rutin penjagaan harian perlukan penggunaan pelbagai produk bermula dengan pencuci wajah hinggalah krim pelembap.
Seperti perkongsian Puan Siti Shairah, sebelum ini dia mempunyai masalah kulit wajah dehidrat, kusam, kering dan menggelupas. Setelah menggunakan produk bersesuaian, hasilnya kulit wajah jadi lembut danlembap.
Menurutnya, jerawat juga tidak muncul di wajahnya dan kulit juga menjadi cerah. Apa yang penting walaupun tidak putih, tetapi kulit sudah tidak jadi kusam, cerah sekata dan tidak menggelupas.
Antara basic set penjagaan wajah yang dipakai ialah…
Skintype: Dryskin/Dehydrate
Problem: Dehydrate, Dullness, Dryskin sometimes mengelupas certain area.
Product: Hada Labo Trial set (for dryskin)
1.Hada Labo Trial set
Price: RM60++ for 1 bottle
RM20++ for trial set
Hydrating facial wash
Hydrating lotion(toner)
Hydrating cream(moisturizer)
Dalam dua minggu percubaan, memang kulit jadi lembap. Langsung tak kering!
Kalau dulu, waktu bangun pagi muka kusam, nampak lah macam tak sekata tu. Dengan kering tak berminyak langsung! But now, after using HL bangun tido skin lembut je.
Kemudian sambung lagi. Masa itu tak ada kesan putih.
Tapi naik jerawat kecil-kecil. Jadi ingat purging. Tapi macam nak berhenti guna pencuci muka dia tukar balik pencuci muka yang biasa sebelum ini. Cuma teruskan guna toner dan pelembap.
Ya, saya berjaya jumpa jalan keluar dan keputusannya lagi best. Tengok feedback pun ramai tak ngam dengan pencucinya. Tapi yang the others memang best dan good review.
Alhamdulillah, tak naik jerawat dah. Skin makin cerah. Yang penting walaupun tak putih menyerlah tapi dah tak kusam, cerah sekata, tak kering mngelupas, dan nak keluar sekarang lagi lagi yakin tak perlu pakai foundation/cream.
Tapi sunblock WAJIB tau! Nanti naik jeragat pula.
HL memang serius, best!
Jadi ini antara yang lulus dan selamat untuk wajah anda.
*Pencuci muka fair&lovely mmg daripada sekolah pakai
*HL Hydrating lotion
*HL cream moisturizer
*HL perfect UV cream moist (sunblock)
2.Shower Scrub Watsons
Price: RM14
Haa… yang ini untuk mandian. Sabun mandi dah siap scrub. So sesuai la sesiapa nak buat kulit mati, kulit yang bersisik tu boleh cuba. Bau pun lekat tau kat badan! Dan biji scrub dia tak kasar.
3.Scrub St. Ives Greentea (Blackhead/Pores)
Price: RM20++
Scrub ni best for dryskin. Sebab? Sebab biji-biji scrub ni halus sangat. Sesuai untuk kulit kering. Sebab jenis yang lain scrub kasar-kasar memang rasa agak kasar pada skin. So untuk orang jenis kulit kering tak sesuai, anda kena pakai yang ni sebab kulit anda kering. Scrub ini halus dan jangan pakai setiap hari. Nanti makin kering.
Apa pun kalau anda jenis kulit kering, setiap kali tukar produk tu jangan putus ada dan pastikan anda baca bahan-bahan yang diguna dulu. Jangan lupa sunscreen juga!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak mudah nak turun kilo tanpa mengambil sebarang produk, apatah lagi kalau anda jenis yang suka makan macam-macam.
Nak-nak bulan Ramadan, pasti juadah pemanis mulut sangat menggoda. Semua akan nampak sedap dan ‘seksi’.
Namun kalau anda selongkar perkongsian daripada Nur Izzani, pasti anda juga akan rasa mahu nekad turunkan berat sebelum raya.
Apa yang menarik, dia dapat hapuskan banyak kilo selepas menjaga gaya pemakanannya. Haaa… nak tahu macam mana, jemput baca ya.
Slowly but surely and consistent is the key. Diet jaga makan sahaja buat suku-suku separuh. Tak bersenam sebab malas. Nasib baik nak kurus tak perlu bersenam tapi kalau nak fit, lebih baik anda bersenam juga ya.
Mula diet bulan 7 tahun lepas. Diet sebab nak sihat. Gemuk tu tak sihat undang banyak penyakit. Gemuk buat badan cepat penat and berjalan pun semput. Gemuk susah nak cari baju cantik-cantik dan gemuk nampak tua!
Bulan pertama cut gula dan air manis dulu. And surprisingly berat banyak turun. Elakkan makan berkuah banjir.
Makan real food sahaja no fast food. Tetapkan cheatday seminggu sekali untuk makan fast food atau kek yang manis-manis tu. Pernah dalam fasa berat statik tak turun-turun.
Itu maknanya kena ubah lagi cara pemakanan. Sebab badan dah boleh terima cara pemakanan kita. Selebihnya sabar dan konsisten . Pernah je diet kelaut. Tapi cepat-cepat start over. Sebab yang gemuk tu bila kita makan banyak hari-hari.
Okay, jangan putus asa ya! Pastikan anda dapat berat idaman yang anda mahu dan ambil peluang Ramadan ini untuk amalkan gaya pemakanan sihat sampai bila-bila.
Semoga berjaya capai impian nak kurus!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.