Jerawat dianggap musuh paling ditakuti setiap wanita. Kehadirannya boleh menyebabkan seseorang itu hilang keyakinan.

Lebih-lebih lagi jika jerawat tumbuh di bahagian Tzone seperti hidung dan dahi.

Mulalah tangan akan bertindak untu memicitnya. Namun sebenarnya perbuatan ini salah dan jangan tak tahu salah picit boleh undang masalah lain.

Memetik laporan artikel Dr Latif Saad dari TheDiagnosa, terdapat risiko memicit jerawat terutamanya pada bahagian Dangerous Triangle atau segitiga bahaya di muka.

Jangan Sesekali Picit Jerawat Di Zone Segitiga Wajah, Bahayanya Boleh Ancam Nyawa

Ia boleh menyebabkan nyawa anda terancam jika memecahkan jerawat dibahagian tersebut

Menurut perkongsiannya seorang pesakit dibawa ke jabatan kecemasan disebabkan tidak sedarkan diri.

Pesakit ini berumur 28 tahun, seorang wanita. Dimukanya terdapat jerawat muka yang besar dan merah menyala.Jerawat tersebut terletak dibahagian pangkal hidung iaitu diantara mata.

Tekanan darah normal. Cumanya, pesakit sedang demam dengan suhu 39 darjah. Sampai di zon merah, pesakit mula sawan.

IKLAN

Penyiasatan di dalam wad mendapati pesakit mengalami jangkitan selaput otak dan bakteria yang terlibat adalah Staphylococcus areus.

Perlu diketahui bahawa jangkitan staphylococcus areus pada kawasan selaput otak adalah satu yang jarang berlaku kecuali jika terdapat jangkitan ketika pembedahan dilakukan ataupun ia berasal daripada jangkitan kulit.

Tetapi bagi pesakit ini, ia berasal daripada jangkitan jerawat dibahagian muka pesakit. Ahli keluarga pun mengakui bahawa pesakit cuba untuk mengeluarkan jerawat di bahagian hidung tersebut sebelum insiden ini berlaku.

Segitiga bahaya di bahagian muka

Segitiga ini bermula daripada pangkal hidung dan ia membawa kepada hujung bahagian mulut. Kesemua kawasan ini akan membawa darah terus ke satu kawasan yang dinamakan sebagai Cavernous Sinus.

Kawasan segitiga yang berbahaya

IKLAN

Cavernous Sinus ini pula akan membawa darah terus ke bahagian otak. Jika terdapat jangkitan dibahagian Segitiga yang dikatakan ini, maka jangkitan tersebut boleh masuk ke dalam ruangan ini dan mendatangkan beberapa kesan.

Jangan Sesekali Picit Jerawat Di Zone Segitiga Wajah, Bahayanya Boleh Ancam Nyawa

Kawasan Cavernous adalah kawasan yang berwarna biru (rujukan: EBM Consult)

1. Cavernous Sinus Thrombosis

Dimana terdapat pembentukan darah beku di dalam kawasan sinus. Darah beku ini boleh bergerak ke bahagian otak dan menyebabkan strok

2. Jangkitan Otak

Saluran darah ini akan membawa darah berdekatan dengan otak dan menyebabkan jangkitan pada otak dan selaput otak. Disebabkan lokasinya yang sangat dekat dengan otak, ia boleh menyebabkan kesan yang cepat seperti pesakit yang saya ceritakan ini

IKLAN

3. Lumpuh Saraf

Di dalam Cavernous sinus ini pun menjadi laluan beberapa jenis saraf. Jangkitan kuman dalam kawasan sinus ini akan menyebabkan saraf ini lumpuh. Hasilnya otot dibahagian mulut akan terjejas dan penglihatan akan menjadi kabur.

Cara Pengecahan

Jadi untuk anda mengelakkan masalah yang kami ceritakan ini, elakkanlah diri daripada menekan atau memecahkan atau mengeluarkan jerawat yang berada dibahagian segitiga yang kami katakan ini.

Jika anda mempunyai jerawat yang besar, pergilah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan terlebih dahulu.

Jangan Sesekali Picit Jerawat Di Zone Segitiga Wajah, Bahayanya Boleh Ancam Nyawa
Elak picit.

Artikel Berkaitan:

Selain itu:  Salad Buah Kudapan Terbaik Bantu Turunkan Berat Badan Cara Sihat. Semak Khasiat Lain Nutrisi Ini!

Jangan Sesekali Skip Cuci Muka Setiap Pagi, Cara Terbaik Cegah Jerawat Timbul Di Wajah

Guna Tomato Beku, Cara Mudah Kecutkan Jerawat Bernanah. Wanita Kongsi Buat Untuk Stok Seminggu!

Buat Detoks Campuran Lemon & Air Panas. Hasilnya Kulit Wajah Lebih Flawless, Bebas Jerawat & Jeragat!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI