Viral semalam apabila pelakon Rita Rudaini menyelar tindakan seorang pengacara yang menganggap dirinya anti vaksin dan menganggap Covid-19 adalah iluminati.
Ini disebabkan gara-gara melihat perkongsian dia yang merebus herba seperti bunga lawang dan serai di laman Instagramnya.
Namun ibu kepada dua anak lelaki ini menafikan dia anti vaksin sebaliknya mengamalkan alternatif lain untuk menjaga kecergasan diri dan menguatkan imunisasi badan.
Dalam pekongsian lain, Rita juga turut memberitahu khasiat herba yang direbus berkenaan menurut pandangan Pakar Mata dan Motivasi, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad.
Khasiat Air Rebusan Herba
Kehadapan individu yang kata dia jiran saya. Terima kasih kerana ambil berat dengan kehidupan seharian saya termasuk apa saja dikongsikan di Instagram. Nampak gayanya, dia tahu segala sudut dan inci mengenai saya.
Apa ingin saya cakap adalah, apa bukti dia mengatakan saya anti vaksin? Besar dan berat sangat tuduhan tu. Boleh jadi fitnah.
Ads
Saya nak tanya kepada semua rakyat Malaysia orang Melayu terutamanya, adakah dengan membuat rebusan herba dan meminum airnya salah? Adakah ia haram? Adakah ia boleh memudaratkan kesihatan?
Sedangkan Rasulullah SAW juga mengamalkan pengambilan herba seperti Habbatussauda, Zaitun, Henna, Siwak untuk tujuan perubatan. Malah dalam al-Quran juga menjelaskan perkara ini.
Adakah menjadi kesalahan untuk seseorang yang mengamalkan pengambilan herba sebagai satu alternatif untuk menjaga kesihatan diri? Adakah itu boleh dilabel anti vaksin?
Ads
Malah, Pakar mata dan motivasi, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad ada memberikan tips berkenaan amalan air rebusan rempah ratus tertentu dipercayai baik untuk kesihatan tubuh bagi kecergassn diri dan menguatman imunisasi badan.
Antara rempah ratus itu adalah bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga, kunyit hidup, halia, serai dan kayu manis.
Jadi, saya nak bertanya sekali lagi kepada jiran yang ambil berat itu, adakah perbuatan salah?
Umum sudah mengetahui penyanyı cantik Elyana dilihat sangat kuat melawan penyakit kanser limfoma yang dihidapinya sejak 11 tahun lalu.
Dan terbaru dia memuat naik perkembangan terkini dirinya yang sedang menjalani rawatan di sebuah hospital.
Menerusi ruangan Insta Story, pelantun lagu Tak Tercapai Akalmu berkenaan berkongsi bahawa dia mungkin perlu menjalani rawatan radioterapi selama 10 hari.
Biarpun berada dalam keadaan lemah, pemilik nama Erneelya Elyana Emrizal masih dilihat positif dengan keadaan yang menimpa dirinya.
Melalui beberapa siri Insta Story, Elyana bercerita tentang proses memasukkan darah dan susu ke dalam badannya sepanjang di hospital.
Menurut bintang drama Misi Dania Cun itu, badannya perlu dimasukkan 2 pek darah serta susu memandangkan berat badannya hanya seberat 35 kilogram.
“Assalamualaikum semua. Sekarang saya tengah masukkan darah. Ini baru first bag darah dan saya kena masukkan dua bag. Satu bag sekitar tiga jam. Kemudian, akan disambung dengan susu kerana saya tak cukup berat. Berat saya kini sekitar 35 kilogram.
“Selepas treatement ini, kemungkinan besar saya kena buat radioterapi sebab doktor tahu saya tak nak ‘chemo’. Rawatan tersebut akan dibuat pada bahagian dada,” katanya.
Di samping itu, dalam video lain Elyana berharap orang ramai dapat mendoakan kesembuhan dirinya dan semoga segala urusan berjalan lancar.
“Hopefully semua berjalan lancar. Saya harap anda dapat doakan kelancaran dan kesihatan saya. Semoga cepat sembuh,” tutur penyanyi berusia 34 tahun itu.
Dia juga turut berterima kasih kepada suami, anak dan seluruh ahli keluarga serta rakan-rakannya yang sentiasa memberi semagat dan mendoakan kesihatan dirinya.
Selain di ruangan komen ramai yang mendoakan kesejahteraan dirinya dan terus kuat melawan penyakit yang dideritanya itu sejak sekian lama. Sebelum itu juga rupanya sel kanser sudah merebak ke bahagian rahim, hati dan pangkal paha.
Kulit sawo matang kalau jaga dengan cara yang betul akan lebih lawa daripada orang kulit cerah, percayalah bukan warna kulit tak cantik tapi anda tak tahu macam mana nak buat kulit glowing dengan warna yang sedia ada.
Malah, jeragat langsung tak kelihatan dek kerana keunikan warna kulit anda itu. Nampak bersih dan pastikan natural beauty walau tanpa solekan yang tebal.
Cukup jika anda amalkan set penjagaan wajah yang betul, pasti punya kulit yang bersih tanpa cela. Macam yang dikongsikan oleh saudari Cirasso ini, mudah!
Ini Rahsia Kulit Sawo Matang Nampak Cerah
1. Exfoliate Kulit Setiap Minggu
2. Pakai Sunscree dan reapply
3. Tak tinggal pakai retinol
Cukup Naikkan Seri Dengan Lipstik
Memilih lipstik juga jadi salah satu hal tricky. Untuk memilih lipstik sebaiknya jangan cari warna yang terlalu muda. Kalau suka bibir warna pink, campurkan sedikit dengan warna peach. Pasti naik serinya.
Jadi, selepas ini anda yang mempunyai kulit sawo matang jangan rasa anda tak cantik, tau!
Amalkan sahaja 3 tip di atas, nanti anda nampak kelainan pada wajah dan bebas daripada masalah kulit kusam.
Selamat bercantik-cantik!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Oleh kerana sering mengikuti page di media sosial Diet Suku-Suku Separuh memberi kesedaran kepadanya untuk menurunkan berat badan cara lebih sihat.
Setelah lima bulan melakukan diet, wanita ini akhirnya berjaya meleyapkan hingga 18 kg berat badan berbanding sebelum ini.
Malah dia juga kini sudah boleh menukar size baru dari 42 kepada 36 saja. Bukan itu saja badan juga jadi ringan dan lebih penting dapat dukung anak tanpa rasa penat.
Ayuh ikuti perkongsian sahabat Diet Suku-Suku Separuh, Siti Farah yang mengamalkan cara lebih sihat.
Terima kasih sangat2 group ni SBB menyedarkan saya. Best rupanya diet ini. Bila follow dsss ni..
Alhamdulillah ada sedikit perubahan sepanjang 5bulan ++ .Ada penurunan Dari weight Dan banyak jugak fat/inch loss.
Sebelum
Seluar Dari saiz 42 sekarang dah tukar ke 36 now dah rasa longgar Sikit 36 Pon. Syukur Alhamdulillah badan Pon Rasa ringan sangat.
Bila berjalan dah boleh dukung anak kecik. Dulu memang kalau boleh tak mahu dukung anak sambil jalan Sebab memang tak larat,penat, dan mengah bila jalan..
Banyak lagi nak kena buang lemak ini. Moga saya dan kita semua yang sedang berjuang terus bersemangat untuk terus sihat
Ada perubahan
Edit post: – Senaman yang hari-hari saya buat Zumba,skipping,brisk walk – Pagi, petang kadang-kadang Malam Pon buat sekejap – Makan memang follow dsss ini kadang-kadang eat clean,Ada Hari kelaut jugak kadang-kadang – Air Manis memang cut terus, air yang ada caffeine pun memang tak ambik langsung – Ini saja yang saya amalkan. Jangan fokus dekat loss weight tapi fokus dekat inch/fat loss – Yang penting Jangan stress-stress. Diet santai dann enjoy ja..nak makan apa makan saja ikut calories badan masing-masing ok..