Nak cegah kulit berminyak di wajah, anda kena rajin pakai set penjagaan wajah atau paling mudah guna petua orang lama yang jimat poket.
Sebenarnya ketidakseimbangan hormon boleh menyebabkan sebum berlebihan pada kelenjar minyak pada kulit muka. Pori-pori muka akan jadi tersumbat dan menjadikan jerawat tumbuh makin banyak.
Cegah Kulit Berminyak, Cukup Sapu Putih Telur Dan Lemon
Untuk anda yang ada masalah kulit berminyak tu, jom cuba petua terbaik untuk cegah kulit berminyak.
Ads
Bahan-bahan:
Lemon
Putih Telur
Cara-caranya:
1. Pecahkan telur dan ambil putihnya sahaja
2. Perahkan beberapa titis lemon kedalam putih telur
3. Kacau hingga berbuih
4. Tunggu hingga 15 minit atau sehingga kering
5. Bilas dengan air bersih.
6. Kulit akan rasa sedikit tegang lepas cuci. Jangan lupa apply moisturizer untuk jaga kelembapan kulit.
Ads
2 gabungan bahan ni sangat terbaik untuk pori terbuka. Sebab apa?
Ads
Astrigen semula jadi dalam putih telur ni mengecut dan mengetatkan liang pori yg terbuka dan seterusnya bantu kawal pelepasan sebum yang berlebihan. Lagi satu putih telur ni akan keluarkan minyak berlebihan dan kotoran jauh kedalam liang pori kita supaya tak tersumbat.
Gabungan dengan jus lemon yang akan membersihkan liang-liang pori dan juga berfungsi sebagai astringen. Kandungan asid dlm jus lemon menyerap minyak pada wajah dan mencuci pori tanpa menggangu tahap keseimbangan wajah berminyak.
Sebenarnya kulit kita ni ada berjuta-juta liang pori. Dan di dalam setiap liang pori itu ada kelenjar minyak. Bila tersumbat, itu terjadinya jerawat lebih teruk.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tular baru-baru ini apabila dikatakan vaksin covid-19 boleh dibeli di laman sesawang dengan harga yang cukup murah.
Ia dijual oleh individu tidak bertanggung jawab dengan menggunakan platform e-dagang popular, Shopee.
Biarpun tidak diketahui kesahihan penjualan ini dan ramai bimbang jika ada yang terpedaya dengan penjualan ini.
Malah harga dijual juga agat murah iaitu RM63.88 dengan hanya dibeli secara online di Aplikasi berkenaan.
Namun begitu, bimbang orang ramai akan tertipu, Shopee telah tampil menafikan penjualan vaksin Covid-19, Pfizer palsu tersebut, seperti mana gambar yang tular di media sosial.
Shopee dalam satu kenyataan mengesahkan tidak menemui senarai yang serupa seperti di dalam gambar tersebut.
“Gambar itu sebenarnya telah diubahsuai seolah-olah penjualan vaksin berkenaan disenaraikan di dalam laman jualan kami tetapi sebenarnya ia palsu dan sama sekali tidak wujud.
“Isu penyebaaran foto penjualan vaksin Pfizer Covid-19 di Shopee menerusi Twitter dan WhatsApp sedang dalam perhatian kami. Kami boleh mengesahkan bahawa kami tidak menemui senarai berkaitan di Shopee.
“Imunisasi Covid-19 adalah masalah kesihatan negara yang tidak boleh dianggap remeh,” menurut Shopee dalam satu kenyataan.
Sementara itu Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) turut mengingatkan penyebaran maklumat palsu mengenai vaksin ini dan sedang dipantai pihak berkuasa.
Jadi sebagai pengguna kita perlu berhati-hati dengan sebrang penipuan jualan seperti ini.
Apa perlu kita lakukan daftar segera untuk penerima vaksin ini secara percuma dengan mengisinya di aplikasi MySejahtera.
Jom ketahui rejim kecantikan pelakon cantik, Bella Dowanna Halim, kulitnya nampak sihat walau tanpa mekap. Ramai yang suka tengok!
Bukan hanya kerana bakat lakonannya tetapi kecantikan yang dimilikinya juga menjadi perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya di kaca televisyen.
Menerusi portal Eh!, Bella berkongsi beberapa produk kecantikan yang diamal dan setakat ini sangat membantu buat kulit wajahnya sihat tanpa cela. Haa.. pastikan anda rajin ikut 5 langkah ini kalau nak cantik!
Bella memulakan rutin cantiknya dengan memastikan wajahnya bersih dari sisa solekan. Dia memilih remover pad dari Hatherine, yang di anggap lebih mudah dan berkesan. Dengan jadual kerjanya yang padat, Bella merasakan penggunaan toner pad lebih praktikal, membantu menghapuskan solekan dengan cepat, saiznya yang kecil, mudah untuk dibawa kemana-mana.
Memiliki kulit sensitif dan kombinasi, Bella berhati-hati dalam memilih produk pembersih muka. Dua pencuci muka kegemarannya adalah Avocado Ceramide Moisture Barrier Cleanser dari Glow Recipe dan Vinopure dari Caudalie. Bella menggunakan secara bergilir mengikut ‘mood’ pada hari tersebut.
Avocado Ceramide Moisture Barrier Cleanser terkenal dengan kemampuannya untuk membekalkan kelembapan, manakala Caudalie Vinopure pulaberfungsi untuk membersihkan rajah secara lembut sambil merawat pori-pori.
Serum adalah komponen penting dalam rutin penjagaan kulit Bella. Dia mempunyai tiga serum kegemaran yang digunakan bergantung pada keperluan kulit pada hari tertentu. Apabila kulit terasa kering, dia memilih serum dengan tekstur lebih pekat seperti Caudalie Vinoperfect atau Estée Lauder Advanced Night Repair.
Sebaliknya, pada hari-hari lain, dia menggunakan serum yang lebih ringan seperti Innisfree Vitamin C Green Tea Enzyme Brightening Serum yang membantu mengekalkan kelembapan sepanjang hari.
Memiliki kulit wajah kombinasi, Bella memerlukan penjagaan khusus untuk menyeimbangkan kawasan kering dan berminyak pada wajahnya. Bella berpendapat, jangan selalu menukar sesuatu produk jika kulit kita sudah serasi dengannya.
Pelembap harian kegemaran yang digunakannya adalah, Dr Jart+ Cicapair yang memberikan kelembapan mendalam pada kulit. Dia juga sering melakukan teknik layering bersama produk lain seperti Dr Jart+ Vital Hydra Solution untuk menambah kelembapan pada kulitnya.
Pelindung matahari adalah langkah terakhir dan penting dalam rutin kecantikan. Bella memilih sunscreen dari Dr Dennis Gross kerana teksturnya yang ringan dan cepat menyerap ke kulitnya, memberikan perlindungan yang diperlukan tanpa rasa berat.
Dia juga sering bergilir-gilir bersama sunscreen dari Melixir Vegan Airlift untuk memastikan kulitnya sentiasa terlindung dari sinaran UV.
Ya, itu sahaja rutin kecantikan kulit wajahnya buat masa ini. Jika anda masih mencari set penjagaan wajah yang selamat untuk kulit, mungkin boleh cuba 5 produk ini juga.
Usaha menurunkan berat badan dengan mengawal pemakanan atau diet sering menemui jalan buntu apabila gagal mencapai sasaran.
Biasanya diet dilakukan adalah dengan menghindarkan pengambilan nasi, tanpa karbohidrat atau mengawal kemasukan lemak ke dalam tubuh.
Kegagalan ini mungkin berpunca apabila terpaksa mengelak makanan kegemaran dan mudah lapar kerana nutrien yang masuk ke tubuh telah diserap menjadi tenaga.
Apa kata cuba diet Intermittent Fasting.
Intermittent Fasting adalah cara mengatur pola makanan dengan cara berpuasa dalam tempoh tertentu. Namun, diet cara ini membenarkan pengamalnya untuk minum air.
Diet cara ini bukan mengurangkan pengambilan jumlah makanan tetapi mengatur bila perlu makan dan bila boleh mengelak pengambilan makanan seperti berpuasa.
Diet cara Intermittent Fasting lebih mudah kerana boleh makan apa sahaja termasuk makanan kegemaran cuma perlu mengikut waktu yang telah ditetapkan.
Namun, keistimewaan intermittent fasting ini adalah pelakunya boleh memilih waktu yang sesuai dengan gaya hidupnya untuk berpuasa. Antara kaedah yang popular dan sering diamalkan adalah;
Kaedah ini dilakukan dengan membahagikan masa 16 jam berpuasa dan 8 jam masa untuk makan. Contohnya boleh memulakan hari dengan mengambil sarapan pada pukul 7.00 pagi dan boleh makan sehingga pukul 3.00 petang. Kemudian boleh mula berpuasa sehingga 16 jam lamanya. Ini bermakna anda boleh makan semula ketika sarapan esok harinya pada pukul 8.00 pagi.
Diet dengan cara ini Nampak lebih mudah tetapi pelaksanaanya mungkin sedikit mencabar. Kaedah ini dilakukan dengan berpuasa iaitu tidak mengambil sebarang makanan selama 24 jam tetapi boleh minum air.
Sebagai contoh boleh menikmati makanan sehingga pukul 7.00 petang pada hari Sabtu. Kemudian berpuasa sehingga pukul 7.00 petang hari Ahad keesokannya. Selepas berpuasa boleh kembali makan seperti biasa dengan mengambil 2,000 kalori sehari untuk wanita dan 2,500 sehari untuk lelaki.
Kaedah ini tidak menggalakkan berpuasa sehari atau dua hari dalam seminggu dan tidak boleh lebih daripada dua kali seminggu. Tidak juga dibenarkan melakukan amalan berpuasa ini dua hari berturut-turut.
Walaupun hanya mengamalkan amalan berpuasa sehari seminggu dapat mencipta difisit kalori sebanyak 10 peratus. Buat permulaan jika tidak mampu melakukan selama 24 jam boleh cuba dengan cara berperingkat mengikut kemampuan tubuh.
Diet mengikut kaedah ini pula tidak mengehadkan pengambilan makanan seharian sebaliknya mengurangi jumlah pengambilan makanan dengan hanya 25 peratus daripada jumlah pemakanan biasa.
Sebagai contoh, dua hari dalam seminggu, anda makan 25 peratus daripada rutin makan harian. Secara teknikalnya wanita hanya boleh makan dalam 500 kalori manakala lelaki pula dalam 600 kalori. Baki lagi 5 hari boleh meneruskan pola pemakanan yang biasa anda amalkan.
• Banyak minum air kosong untuk mencegah dehidrasi sepanjang masa Intermittent Fasting.
• Dicadangkan untuk mula diet puasa ketika waktu malam yang memudahkan untuk berpuasa dalam waktu tidur.
• Sentiasa berpesan berpuasa bukan bermakna menahan lapar tetapi memberi tubuh berehat daripada sebarang aktiviti pencernaan.
• Digalakkan untuk mula diet puasa ketika anda sedang sibuk dengan tugasan agar dapat melupakan sebentar tentang pengambilan makanan.
• Usaha lebih efektif apabila diiringi dengan senaman yang bersesuaian.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.