Masih ramai yang kurang peka bab menjaga mesin basuh agar tak mudah rosak dan bersih sebelum digunakan.
Malahan, ada dalam kalangan kita kurang arif tentang cara mengendalikan peralatan ini sehinggakan ia cepat rosak meskipun baru dibeli.
Boleh stres jadinya jika mesin basuh ‘buat hal’ dan lebih ralat lagi jika harganya mahal.
Justeru adalah lebih baik untuk kita mengambil tahu mengenai penjagaan mesin basuh agar jangka hayatnya tahan lebih lama.
Seorang pengguna Facebook, Ridzuan Al-Fattani yang mempunyai pengalaman dalam bidang penyelenggaraan, mekanikal dan elektrikal berkongsi tip penjagaan mesin basuh untuk panduan bersama.
Tip Jaga Mesin Basuh Bagi Tahan Lama
Ads
Berikut adalah tip yang dikongsikan beliau:
1) Jangan bebankan mesin dengan terlalu banyak pakaian setiap kali membasuh. Ikut rekomendasi syarikat pengeluar mesin.
2) Sesekali matikan suis soket selepas menggunakan mesin basuh. Ini kerana sekiranya terlalu lama di dalam keadaan standby, computer board akan menjadi semakin panas. Seeloknya, selepas keluarkan baju yang siap dibasuh, matikan suis pada soket.
3) Dalam sebulan sekali, masukan air panas ke dalam tub mesin. On mesin dalam mode basuhan minima bagi mencuci tub dan saluran buang air. Langkah ini untuk mengelakkan masalah tersumbat yang boleh merosakkan injap buang.
Ads
4) Jika putaran mesin semakin lemah daripada sebelumnya, bermakna belting telah longgar. Boleh cuba baiki dengan menggunakan spanar untuk tegangkan belting di bahagian bawah mesin. Namun, jika tidak, boleh upah tukang sahaja dengan kos sekitar RM20.
5) Jika air masuk semakin perlahan ke dalam tub mesin, buka bahagian paip air masuk, berkemungkinan ada penapis (filter) yang tersumbat.
Ads
6) Jika air masuk tiada masalah tetapi tidak boleh mengalir keluar, bermakna injap buang air ‘stuck’. Ini berkemungkinan kerana objek tersangkut seperti duit syiling atau sebagainya.
Siapa sangka, Ella Aminuddin yang terkenal dengan keletah manja dan bersahaja kini sudah meniti usia 57 tahun, namun dia kekal ampuh dalam liga sendiri tanpa tergugat oleh sesiapa.
Selain memiliki wajah tidak dimamah usia, pemilik nama sebenar Nor Zila Aminuddin itu memiliki aura dan masih mempunyai stamina yang kuat selain sangat aktif serta lincah setiap kali beraksi di atas pentas.
Ditanya rahsia kekal awet muda dan bertenaga, Ratu Rock Malaysia berkongsi, dia hanya mengamalkan rutin normal sama seperti orang lain. Bahkan tanpa ada sebarang petua ataupun amalan yang khusus.
“Saya cuma amalkan rutin senaman ringkas dan jaga pemakanan, tetapi paling penting ialah kena sentiasa positif dan gembira.
“Pemakanan amat penting dan perlu teratur kerana mampu mengekalkan kesihatan yang baik untuk tubuh kita,” katanya.
Biarpun begitu, sama juga seperti orang lain, isteri kepada juruterbang, Azhar Ghazali itu mengakui adakalanya dia melanggar ‘pantang’ gaya hidup sihat apabila sesekali ‘cheat day’ (hari ponteng).
“Seperti manusia biasa, saya juga ada cheat day iaitu hari menikmati makanan bergoreng.
“Tetapi pada hari lain saya mengambil makanan yang sihat seperti sayur-sayuran hijau dan juga buah-buahan,” katanya lagi.
Begitulah amalan pemakanan dan gaya hidup Ella apabila usianya semakin meningkat. Namun tetap dilihat jelita dengan auranya tersendiri. Jom lah, amalkan tip macam Ella, barulah awet muda!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rupanya ada cara kalau nak elak bahan serbuk minuman tak jadi keras atau ‘masuk angin’, kena ambil tahu cara simpan dengan betul dan beli sesuatu ini.
Kebanyakan serbuk minuman macam kopi, susu atau coklat akan disimpan dalam bekas, tetapi jika salah caranya tetap akan cepat keras dan berketul.
Jadi anda boleh cuba idea yang dikongsi oleh Puan Fasz Nadiah atau Nad, yang mana dia menggunakan oxygen absorber iaitu serbuk iron penyerap oksigen bagi mengatasi masalah berkenaan.
“Pernah tak serbuk Milo, Nescafe dan Horlicks korang jadi keras? Dah simpan dalam bekas kedap udara masih jadi macam tu juga walhal tarikh luput lama lagi.
“Hari tu ternampak kat Facebook orang kongsi mereka guna oxygen absorber (food grade) ni dekat dalam bekas coklat, kopi atau apa-apa serbuk.
“Jangan guna silica gel (non food grade) sebab tak sesuai letak dalam bekas makanan. Nak cari, carilah jenis yang food grade macam ni, dijamin selamat,” ujarnya menerusi perkongsian di Instagram.
Menurut wanita itu, oxygen absorber yang dijual dalam paket berwarna kuning sesuai diletakkan di dalam bekas berisi serbuk coklat, tepung, serbuk rempah, ikan bilis, serbuk bawang putih atau serbuk teh.
Paket berwarna hijau (food desiccant) pula sesuai untuk simpanan makanan seperti kekacang, biskut serta kerepek.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa sangka sejenis ketulan bersaiz guli yang tumbuh dipergelangan tangan rupanya mengundang bahaya.
Seperti perkongsian wanita ini yang menyedari ada benjolan sebesar guli di bahagian berkenaan hingga menyebabkan tidak selesa untuk melakukan aktiviti rutin fizikal.
Walaupun benjolan ini tidak mendatangkan rasa sakit, namun akhirnya terpaksa melakukan pembedahan bagi membuang benjolan atau dipanggil ganglion.
Menjelaskan apa sebenarnya benjolan ganglion ini yang sebelum itu dia tidak pernah endah kerana tidak rasa sakit.
Namun dek kerana terlalu aktif melakukan kerja menyebabkan tangan menjadi sakit. Ayuh ikuti perkongsiannya untuk jadi panduan bagi mereka yang ada masalah sama.
Biasanya selalu kita dengar cerita, pengalaman bersalin anak pertama, pengalaman bersalin anak kembar, kali ni…saya nk cerita lain dari yang lain,.pengalaman menjalani pembedahan pembuangan ganglion.
Sebelum mulakan cerita, mesti ada yang tertanya tanya, apa itu ganglion. ok, sila rujuk rajah dibawah.
Ganlion ini didefinisinkan sebagai satu penyakit yang disebabkan oleh kebocoran pada pembungkus cecair pada sendi. cecair ini sebenarnya berfungsi melumurkan sendi supaya tidak merosakkan tulang rawan bila berlaku pergerakan pada sendi.
Cecair ini kemudian akan membentuk gelembung seperti benjolan yang menolak kulit sehingga ternampaklah di permukaan kulit (ok, ni hasil carian di google)
Definisi yang diterangkan oleh doktor pakar dari Hospital Putrajaya pula…, ganglion ni.., berlaku mungkin disebabkan trauma, atau pernah cedera dikawasan tersebut sehingga menyebabkan ganglion ni.., lebih kurang sama la kan..tapi ganglion ini boleh tumbuh / muncul kat mana-mana tempat yang dia nak..contohnya kat lengan tangan.., siku, dan paling common sekali kat pergelangan tangan.
Macam saya sendiri, saya kena kt pergelangan tangan..(sebab tu saya boleh cerita pasal ganglion ni..hehe)
Ok, habis bab definisi. masuk bab nak bercerita.
Macam mana saya boleh kena?
Tak tau la…macam mana ntah.., tapi dulu sebelum kahwin…dah ada dah benda itu..tapi tak sakit, tak menganggu, so takde la amek endah sangat la kan.., kemudian dia hilang sendiri..agaknya sebab tangan kiri saya ini jenis tak duduk diam..asyik nak menggodek benda tu je kan…,
Nak dijadikan cerita…sebelum bulan puasa hari itu dia muncul balik…, tempat yang sama..pergelangan tangan belah kanan. Mula-mula itu tak la sakit sangat. so..bila lepas raya..agaknya masa raya aktif sangat.., SAKIT…., nak gerakkan tangan one degree ke atas or ke bawah pon punya lah sakit…, last-last husband suruh bandage je tangan tu…,
Esok pagi, jumpa doktor kt tempat keje ni.., PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI, UPM, doktor bagi surat reffer, saya minta buat ke HOSPITAL PUTRAJAYA, bahagian orthopedik.
Cepat, pantas…, dalam masa sebulan lebih je..dah dapat tarikh pembedahan.
Warded daycare. maksudnya, masuk pagi, buat pembedahan, pastu petang balik.
Jenis bius, saya mintak local bius je..,sebab bila bius satu badan..semua organ dalam badan berhenti berfungsi sekejap. nak ke..? Padahal nak buang benda itu kat pergelangan tangan je…, so tak payah la mengada nak ambil bius satu badan.
Masa nak masuk Operation Theatre(OT) , ko jalan kaki je dari daycare ward tu. Pastu dia suruh baring kat katil, then diaorang sorong la ko ke OT, sampai sana, nanti doktor akan pasang ECG, Bleeding Stopper, pastu baru la start bius.
Nama pon bius local kan…sakit la sikit.., lepas dari tu..tak sakit dah..serius..sampai dah siap jahit..lepas siap bedah pun…, memang tak sakit pun tempat jahit tu.. cuma akan nampak la jari tu bengkak sikit.., sebab kesan dari luka pembedahan itu…
Tapi jangan risau.., sepanjang pembedahan tu..boleh berbual dengan doktor.., tanya lah apa yang ko nak tanya..
Lepas buka bandage…ramai tanya..kenapa tak gam je..? Kenapa jahit. Ok..jawapan dia.., sebab, bila gam.., pergelangan tangan kita tak terlepas untuk bergerak.., bayangkan bila tengah tidur..sekali ko terbengkokkan tangan tu.., bentuk huruf L ke…, tak ke terbuka nanti? haa..,sebab itu la dia tak gam, dan tak pakai benang yang boleh hadam sendiri..
Ini la dia ganglion yang selamat dikeluarkan…, alhamdulillah…, dah tak sakit lagi tangan.., cuma post-operation ini..kena rajin buat fisioterapi sendiri la kat rumah… Contohnya genggam bola yang lembut.., pasang butang baju..gerakkan tangan atas bawah.., sampai la ok.
By the way, korang akan diberi MC seminggu, 3 hari lepas operation, kena buat wound inspection kt mana-mana klinik,cukup 10 hari, benang akan dibuka.
Post ini dibuat sebab dulu sebelum buat operation puas mengoogle pengalaman pembedahan pembuangan ganglion..tapi tak jumpa., so bagi mereka yang sama nasib seperti saya, mungkin cerita ni boleh jadi rujukan pada orang lain
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.