Kecantikan

Cara Dahlia Rizal Jaga Wajah, Patutlah Cantik Kulitnya

Share

Pempengaruh terkenal, Dahlia Rizal mendedahkan cara jaga wajah untuk jadikan kulit kelihatan glowing dan sihat sewaktu majlis pernikahannya sebelum ini.

Sempat Dahlia berpesan, buat pasangan yang bakal melangsungkan perkahwin, penjagaan mental dan fizikal harus dititikberatkan.

Cara Dahlia Rizal Jaga Wajah

“Dari segi fizikal, saya buat sesi rawatan muka dua kali seminggu sebelum nikah. Makan pada waktu siang sahaja. Malam puasa. Hari-hari lembabkan kulit dan banyak minum air.

“Dari segi mental pula, tak tipu, masih tak berapa okay masa nikah tapi saya kena jadi kuat. Tak dilupakan juga, saya banyak istigfar,”

tulisnya.

Buat Rawatan Laser Bawah Mata

Perkongsian itu merupakan respon Dahlia terhadap pertanyaan seorang pengikutnya di aplikasi X.

 

Pada masa sama, Dahlia juga memaklumkan dirinya ada melakukan rawatan laser di bahagian bawah matanya.

“Saya tak pernah bagitahu sebelum ini tapi tak mengapalah sebab ramai yang tanya. Saya buat pico laser di bawah mata. RM2,000 tak silap untuk empat sesi,”

kongsinya lagi.

Terdahulu, Dahlia dan suaminya yang juga merupakan pelakon dan penyampai radio, Imran Aqil telah selamat bergelar suami isteri dengan hanya sekali lafaz.

Kredit gambar: Dahlia Rizal

 

IKLAN