Bosan Pakai Skincare, Wanita Ini Kongsi Tip Buat Masker Kunyit Telur Hilangkan Parut. Antara tip cantik yang paling glamour dikongsi ramai adalah, cara buat masker.
Memang zaman dulu pun, wanita suka tepek masker buat sendiri kat muka untuk jaga kulit wajah.
Masker Kunyit Telur
Haa… kali ini anda boleh belajar cara nak buang parut jerawat dengan menggunakan petua yang dikongsikan Puan Suraya Abdul Wahab, hanya perlukan tiga bahan yang mudah nak dapat.
Bahan bahan:
Putih telur
Serbuk kunyit
Span muka
Ads
Cara-caranya:
Caranya cukup senang, anda cuma perlu gaulkan serbuk kunyit dan putih telur itu dalam satu bekas.
Ads
Kemudian ambil span dan celup untuk sapu pada kulit wajah. Selepas itu biarkan sampai masker itu kering dan boleh bilas dengan air suam.
Ads
Kalau ada yang tak habis, anda boleh simpan dalam peti dulu.
Kunyit ini bagus, salah satu yang paling popular sebab mempunyai sifat antioksidan yang boleh melambatkan penuaan.
Malah kunyit ini mampu untuk memudarkan parut jerawat yang hitam setiap kali selepas masalah jerawat itu sudah mula sembuh.
Ya, sebab itulah orang dulu-dulu memilih kunyit untuk dijadikan masker!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada petua mudah untuk hilangkan jerawat, melembabkan kulitkan dan mencerahkan kulit wajah. Sesuai untuk anda yang tak rajin nak pakai banyak produk, cukup cuma amalkan sembur air timun ini sahaja.
Dikongsikan oleh Puan Nur Anis Najme, anda boleh dapatkan tiga bahan yang diperlukan ini dahulu.
Botol
Timun batang
Lemon
Kisar timun dengan campur sedikit air dalam bekas blender. Kemudian tapis dan campurkan air perahan lemon ke dalamnya dan kacau sebati.
Dah siap, nanti pati lemon anda boleh letak dalam peti ais.
Boleh guna pada waktu malam atau bila-bila masa bila anda ingat.
Best sangat, kuli jadi sihat tanpa jeragat dan yang penting tak kering.
Kalau nak lagi mudah, boleh rujuk video ini, senang sangat nak buat dan anda boleh guna setiap hari.
Nanti cuba, ya!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jom ketahui rejim kecantikan pelakon cantik, Bella Dowanna Halim, kulitnya nampak sihat walau tanpa mekap. Ramai yang suka tengok!
Bukan hanya kerana bakat lakonannya tetapi kecantikan yang dimilikinya juga menjadi perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya di kaca televisyen.
Menerusi portal Eh!, Bella berkongsi beberapa produk kecantikan yang diamal dan setakat ini sangat membantu buat kulit wajahnya sihat tanpa cela. Haa.. pastikan anda rajin ikut 5 langkah ini kalau nak cantik!
Bella memulakan rutin cantiknya dengan memastikan wajahnya bersih dari sisa solekan. Dia memilih remover pad dari Hatherine, yang di anggap lebih mudah dan berkesan. Dengan jadual kerjanya yang padat, Bella merasakan penggunaan toner pad lebih praktikal, membantu menghapuskan solekan dengan cepat, saiznya yang kecil, mudah untuk dibawa kemana-mana.
Memiliki kulit sensitif dan kombinasi, Bella berhati-hati dalam memilih produk pembersih muka. Dua pencuci muka kegemarannya adalah Avocado Ceramide Moisture Barrier Cleanser dari Glow Recipe dan Vinopure dari Caudalie. Bella menggunakan secara bergilir mengikut ‘mood’ pada hari tersebut.
Avocado Ceramide Moisture Barrier Cleanser terkenal dengan kemampuannya untuk membekalkan kelembapan, manakala Caudalie Vinopure pulaberfungsi untuk membersihkan rajah secara lembut sambil merawat pori-pori.
Serum adalah komponen penting dalam rutin penjagaan kulit Bella. Dia mempunyai tiga serum kegemaran yang digunakan bergantung pada keperluan kulit pada hari tertentu. Apabila kulit terasa kering, dia memilih serum dengan tekstur lebih pekat seperti Caudalie Vinoperfect atau Estée Lauder Advanced Night Repair.
Sebaliknya, pada hari-hari lain, dia menggunakan serum yang lebih ringan seperti Innisfree Vitamin C Green Tea Enzyme Brightening Serum yang membantu mengekalkan kelembapan sepanjang hari.
Memiliki kulit wajah kombinasi, Bella memerlukan penjagaan khusus untuk menyeimbangkan kawasan kering dan berminyak pada wajahnya. Bella berpendapat, jangan selalu menukar sesuatu produk jika kulit kita sudah serasi dengannya.
Pelembap harian kegemaran yang digunakannya adalah, Dr Jart+ Cicapair yang memberikan kelembapan mendalam pada kulit. Dia juga sering melakukan teknik layering bersama produk lain seperti Dr Jart+ Vital Hydra Solution untuk menambah kelembapan pada kulitnya.
Pelindung matahari adalah langkah terakhir dan penting dalam rutin kecantikan. Bella memilih sunscreen dari Dr Dennis Gross kerana teksturnya yang ringan dan cepat menyerap ke kulitnya, memberikan perlindungan yang diperlukan tanpa rasa berat.
Dia juga sering bergilir-gilir bersama sunscreen dari Melixir Vegan Airlift untuk memastikan kulitnya sentiasa terlindung dari sinaran UV.
Ya, itu sahaja rutin kecantikan kulit wajahnya buat masa ini. Jika anda masih mencari set penjagaan wajah yang selamat untuk kulit, mungkin boleh cuba 5 produk ini juga.
Pernah tak apabila sedang anda berehat bersama keluarga tiba-tiba muka jadi senget seperti terkena stroke.
Adakah ini sipmtom ‘bell’s palsy’ atau jangkitan dari gigitan serangga yang tidak ketahui dari mana datangnya.
Perkongsian Dr Mohd Shaiful Nizam di twitter memberitahu satu kejadian di sebuah klinik di mana muka seorang wanita jadi senget seperti terkena stroke disebabkan gigitan kutu babi dalam telinga.
Mengalami gejala sakit & kurang dengar secara tiba-tiba di telinga sebelah kiri berserta bunyi berdesing menyebabkan pesakit ini menjadi rimas.
Memasuki hari ketiga setelah gejala awal tiada tanda pulih, tiba-tiba muka menjadi senget seolah-olah seperti pesakit stroke
Dengan terjadinya gejala baru ini membuatkan pesakit ini terus ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan & rawatan selanjutnya.
Ringkas cerita, setelah pemeriksaan secara menyeluruh dibuat, termasuk pemeriksaan endoskopi telinga, terlibat seekor kutu babi berada di dalamnya.
Pesakit ini di masukkan ke wad untuk rawatan selanjutnya. Alhamdulillah setelah beberapa hari, pesakit dibenarkan pulang setelah semua gejala asal telah tiada. Pesakit diberi temujanji susulan di klinik & rawatan fisioterapi muka untuk mengembalikan mimik muka yang comel.
Nota balik rumah a.k.a take home message:
Jika anda atau anak anda sakit telinga secara TIBA-TIBA, cepat2lah dapatkan pemeriksaan telinga kerana kebarangkalian dimasuki serangga sangatlah tinggi.
Sekadar info tambahan, antara komplikasi yang boleh terjadi jikalau terkena gigitan kutu babi/pirah/cekenit/ di dalam telinga adalah keradangan saraf muka seterusnya menyebabkan muka senget a.k.a facial palsy.
Nak peha lebih kemas dan punggung yang mantap? Ketahui kenapa senaman squats adalah rutin wajib untuk setiap wanita yang mahukan bentuk badan impian secara semula jadi dan efektif.