Ada petua mudah untuk hilangkan jerawat, melembabkan kulitkan dan mencerahkan kulit wajah. Sesuai untuk anda yang tak rajin nak pakai banyak produk, cukup cuma amalkan sembur air timun ini sahaja.
Dikongsikan oleh Puan Nur Anis Najme, anda boleh dapatkan tiga bahan yang diperlukan ini dahulu.
Petua Hilangkan Jerawat
Bahan bahannya:
Botol
Timun batang
Lemon
Ads
Cara buatnya:
Kisar timun dengan campur sedikit air dalam bekas blender. Kemudian tapis dan campurkan air perahan lemon ke dalamnya dan kacau sebati.
Dah siap, nanti pati lemon anda boleh letak dalam peti ais.
Ads
Boleh guna pada waktu malam atau bila-bila masa bila anda ingat.
Best sangat, kuli jadi sihat tanpa jeragat dan yang penting tak kering.
Doktor dedah silap cuci luka diabetes boleh hilang kaki. Ini punca sebenarnya! Bergelar seorang doktor pastinya seseorang itu terdedah dengan pengalaman pelbagai penyakit daripada pesakit datang mendapatkan rawatan.
Matlamat utama adalah untuk membolehkan pesakit yang mempunyai masalah dapat dirawat dengan sebaiknya.
Seperti perkongsian Dr. Arisman MD yang berdepan dengan pesakit datang ke kliniknya dengan pelbagai macam-macam jenis penyakit.
Salah satu pesakit diabetes dan cara untuk mencuci luka berkenaan.
It’s a wrap! Hari ini agak superbusy berbanding hari-hari kelmarin. Dari pada awal masuk kerja sampailah lewat petang, berbagai kes saya jumpa hari ni. Tak sempat langsung untuk menjamah makanan tengah hari.
Antara kes yang boleh dijadikan pembelajaran adalah luka diabetes.
Seorang wanita berusia yang mempunyai penyakit diabetes (kencing manis) datang untuk membuat rawatan cuci luka pada kaki (pertama kali datang). Pada asalnya luka itu hanya disebabkan luka lecur, tapi kerana selama 2 minggu luka tidak semakin baik, maka luka menjadi ulser.
Pada awalnya saya memang mahu lakukan rawatan wound dressing biasa seperti yang dia nak tetapi apabila nampak luka ulser begitu, saya perlu lakukan prosedur debridement iaitu membuang kulit atau tisu mati / rosak supaya penyerapan ubat dan penyembuhan luka lebih baik dan cepat.
Sudah pasti yang mempengaruhi penyembuhan luka adalah bacaan kadar gula dalam darah pesakit. Oleh kerana bacaan gula darah beliau masih tidak terkawal, saya perlu tambahkan ubat kencing manis yang baharu. Dan itu perlu penjelasan panjang. Hampir 30 minit untuk sesi konsultasi sahaja.. Saya harap luka beliau cepat sembuh dan teruskan untuk rawatan berikutnya.
Ubat makan antibiotik saya berikan dan itu mesti. Jangkitan luka ulser turut disertai cellulitis.
Cuci luka perlu dilakukan dengan teknik sterile supaya tidak mengundang jangkitan kuman lain semasa prosedur. Sebaiknya dilakukan di klinik tetapi jika ada isu atau masalah pengangkutan dan sebagainya, sekurang-kurangnya setiap 2-3 hari perlu buat dressing lagi kemudian jika luka semakin baik, barulah kita jarakkan lebih masa.
Luka kencing manis memang lambat untuk sembuh terutamanya jika bacaan gula sangat tidak terkawal.
Bagaimana nak tahu? Perlu periksa bacaan gula atau periksa HbA1C. Dapatkan ubat kencing manis untuk turunkan paras gula secepat dan semaksimal mungkin.
Jika merokok, sudah pasti perlu berhenti merokok hari itu juga. Takde istilah berhenti perlahan-lahan. Kerana kita risaukan, apabila tidak mahu berhenti, kaki pula yang berhenti berfungsi kerana dipotong. Menyesal kemudian.
Jika sebelum ini penjaga tidak dibenarkan untuk menemani pesakit di hospital, tetapi bermula Sabtu ini Kementerian Kesihatan Malaysia memutuskan untuk membenarkan pesakit di wad ditemani penjaga.
Bukan itu saja, pesakit juga boleh menerima pelawat berdasarkan kriteria-kroteria tertentu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pelaksanaan polisi penjaga dan pelawat di hospital KKM tersebut berkuat kuasa pada 23 April 2022.
“Tatacara pelaksanaan arahan tersebut adalah tertakluk kepada kapasiti dan kemampuan hospital dan wad masing-masing.
“KKM ingin memaklumkan bahawa polisi dan garis panduan yang digunapakai dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan di fasiliti kesihatan KKM semasa pandemik Covid-19 sentiasa disemak dan dikemaskini berdasarkan perkembangan terkini kejadian jangkitan.
“Berdasarkan analisa trend terkini kes Covid-19 kategori tiga hingga lima dan kadar penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes Covid-19 yang rendah, KKM telah meneliti semula dan mengemaskini polisi lawatan untuk penjaga dan pelawat di hospital.
“Langkah ini diambil setelah mengambil kira kepentingan sokongan psikososial terutama daripada ahli keluarga pesakit dalam membantu proses penyembuhan pesakit,” katanya dalam satu kenyataan.
Dr Noor Hisham berkata, secara umumnya, pelawat atau penjaga yang dibenarkan untuk melawat dan menemani pesakit mestilah berumur 12 tahun dan ke atas, telah lengkap vaksinasi Covid-19, tidak tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan seperti mempunyai pelbagai komorbiditi atau sistem imuniti yang lemah.
Beliau berkata, bagi penjaga kepada kategori pesakit tertentu yang perlu menjalani ujian RTK-Ag kendiri, ujian perlu dijalankan dalam tempoh 24 jam sebelum ketibaan ke hospital dengan tarikh dan masa ujian beserta gambar dinyatakan sebagai bukti.
Siapa tidak mengenali doktor muda yang kini menetap ddan bertugas di luar negara, Dr Amalina Che Bakri, 33 tahun.
Selain bertugas sebagai doktor bedah, dia juga merupakan personaliti media sosial cukup popular seantero dunia.
Baru-baru ini Dr Amalina selamat melangsungkan perkahwinan dengan seorang jejaka tampan, Alexander Charles, 33 tahun.
Apa yang menjadi kegembiraan berganda buat dirinya apabila majlis perkahwinannya disiarkan di majalah fesyen majalah fesyen terkemuka, Vogue Britain.
Ternyata bukan calang-calang orang yang dapat tempat di majalah berkenaan. Selain Dr Amalina yang berasal dari Johor, beliau merupakan rakyat Malaysia kedua yang diberi ruang dalam majalah Vogue selepas penyanyi Yuna yang tampil sebagai penghias wajah Vogue Singapura dan Vogue Arabia.
Dalam majalah berkenaan telah menyiarkan beberapa keping gambar Dr Amalina mengenakan baju kurung semasa upacara pernikahannya baru-baru ini.
Busana kurung moden rekaan pereka dari Malaysia, Cosry yang disarungnya menjadi bualan ramai dan semestinya paparan pakaian tradisional itu dalam majalah global berkenaan menjadi kebanggaan kita semua.
Menerusi artikel yang disiarkan Vogue Britain, Dr Amalina antara lain menceritakan detik-detik bagaimana perkahwinannya terpaksa ditunda sehingga dapat direalisasikan meskipun tanpa kehadiran ibu tercinta, Sabariah Hassan.
Memang cantik dan sopan sekali busana digayakan Dr Amalina yang sememangnya menjadi kesayangan ramai. Malah walaupun jauh diperantauan tetapi sering berkongsi ilmu kesihatan kepada followernya di media sosial.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.