
Isi Kandungan
ToggleTular satu video tentang penjagaan wajah dengan menggunakan bedak sejuk moden, cara ini terbukti boleh mencerahkan wajah.
Jadi kalau kalau sesiapa nak kulit cerah, putih dan bersih, cuba tip ini ya.
Kelainan bedak sejuk ini ialah menggunakan air sengkuang, yang mana sudah ada kajian memang boleh mencerahkan wajah.
Bedak Sejuk Moden, Tip Ini Boleh Buat Kulit Cerah Dengan Selamat
Okay, jom tengok macam mana teamonmalaysia buat bedak sejuk moden ini dengan mudah.
Bahan-bahan yang diperlukan:
Beras
Sengkuang
Cara nak buat bedak sejuk moden ini senang sahaja, mula-mula rendam dulu beras satu malam (12 jam) untuk bagi kembang. Kemudian anda boleh kisar atau tumbuk sampai halus.
Selepas itu ambil sengkuang tadi dan potong halus-halus. Tumbuk untuk dapatkan dia punya air, kalau nak mudah kisar sahaja (masukkan sedikit air).
Biarkan selama 6 jam sehingga ia mendap dan asingkan air sengkuang, ambil bahagian yang sudah mendap sahaja. Masukkan 2 sudu air sengkuang ke dalam bekas beras yang sudah ditumbuk dan bulatkan menjadi kecil-kecil.
Anda boleh jemur dulu dalam 3-4 jam ikut cuaca, dan anda boleh pakai setiap hari. Serius, nanti anda dapat tengok kulit jadi jauh lebih cerah dan bersih hasil pakai bedak sejuk moden ini, tau!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
3 Minuman ‘Jahat’ Elak Minum. Rupanya Penyumbang Kadar Kolesterol Tinggi Dalam Badan!

Isi Kandungan
TogglePengambilan makanan yang sihat mampu memberi tubuh badan yang sihat dan cergas.
Malah tubuh juga akan terhindar dari dijangkiti serangan penyakit kronik seperti jantung, diabtes datau mengundang sejumlah kolesterol jahat.
Kolesterol merupakan lemak yang berada di dalam darah. Tubuh sememangnya memerlukan kehadiran kolesterol dalam badan, tetapi dengan jumlah optimum. Hal ini kerana organ manusia, hati turut menghasilkan 1 gram (g) kolesterol pada setiap hari.
Memetik Kompas.com, satu kajian kesihatan telah mendapati individu yang kerap mengambil minum berkarbonat dan protein mengandungi 4 kalori per g.
Dianggarkan kandungan satu tin minuman berkarbonat sebanyak 250 mililiter bersamaan 250 g. Sekitar 250 g itu didarab dengan 4 kalori, ini bermaksud korang sudah mengambil 1000 kalori untuk satu tin minuman.
Penambahan jumlah kalori dalam badan secara tidak langsung akan menyebabkan berlakunya peningkatan berat badan.
Justeru kita perlu berhati-hati dengan pengambilan tiga jenis minuman ini bagi mengelak peningkatan kolesterol dalam badan.
1. Susu Kocak
Tidak dinafikan kanak-kanak dan remaja amat menggemari minuman susu kocak atau dipanggil milkshake. Bagaimanapun, golongan dewasa juga tidak ketinggalan untuk menikmati minuman ini.
Namun, kekerapan mengambil minuman ini akan menyebabkan kadar kolesterol berada pada tahap berbahaya. Disebabkan kandungan lemak yang tinggi, susu kocak tergolong dalam senarai kolesterol jahat atau Low Density Liporotein (LDL).
Lebihan kolesterol LDL akan berkumpulan dalam pembuluh darah dan mengakibatkan radang. Sebaiknya gantikan minuman susu kocak dengan jus buah-buahan yang lebih segar atau campuran yogurt rendah lemak.
Berbeza dengan High Density Lipoprotein (HDL) yang merupakan kolesterol baik yang akan membuang LDL di saluran darah sekali gus menjaga memelihara jantung.
2. Kopi Tanpa Penapis
Sebahagian kita menjadikan minuman kopi sebagai sumber tenaga pada setiap hari. Namun, air kopi yang tidak ditapis dipercayai turut menyebabkan kadar kolestrol meningkat. Jadi sebaiknya tapis dahulu kopi tersebut.
3. Minuman Ringan Atau Berkarbonat
Amalan minum minum berkarbonat akan menyebabkan kandungan kolesterol dalam badan meningkat dengan mendadak. Jadi bagi mengelakkan hal itu, tinggalkan atau kurangkan tabiat tersebut.
Berdasarkan kajian Persatuan Jantung Amerika Syarikat, individu yang mempunyai kadar kolesterol tinggi berpunca daripada sikap mereka yang gemar mengamalkan minuman ringan.
Artikel Berkaitan:
Kekal Cergas & Fit Di Usia 59 Tahun. Pak Nil Kongsi Rahsia Kerap Berpuasa, Cara Kawal Nafsu Makan!
Individu 40 Tahun Ke Atas & Berkomorbiditi Layak Diberi Dos Penggalak. KJ Pesan Hadir Janji Temu!
Ada Makanan Sebabkan Perut Berangin. Pakar Kimia Kongsi Tip Sistem Penghadaman Yang Baik!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Jaga Rambut Elak Gugur dan Kelemumur, Wanita Bertudung Kena Betulkan!

Isi Kandungan
ToggleSebelum anda tukar syampu terbaik, ambil peduli dulu macam mana cara jaga rambut dengan betul untuk elakkan gugur dan ada masalah kelemumur.
Ya, sekali pun pakai tudung anda kena pastikan cara anda betul. Jika jarang dicuci, kerak kepala seperti kelemumur dan peluh mula berdaki di kulit kepala membuatkan berbau dan kesihatan rambut juga terjejas.
Jadi ini cara yang sempurna bagi seorang wanita berhijab menjaga mahkotanya.
Cara Jaga Rambut Elak Gugur dan Kelemumur
1. Cuci rambut selang sehari atau basuh sahaja ketika kulit kepala sudah terasa berminyak. Jangan cuci setiap hari kerana rambut basah akan menjadikan risiko keguguran lebih tinggi. Pastikan anda menyampu kulit kepala, mengurut serta menggaru lembut kulit kepala buat beberapa ketika.
2. Sebelum mencuci rambut, pastikan anda menyikat rambut terlebih dahulu agar rambut mudah dicuci dan tidak kusut. Rambut kusut akan menyukarkan proses syampu seterusnya dikhuatiri akan membuatkan rambut gugur apabila ditarik-tarik dalam keadaan basah.
3. Guna syampu yang sesuai. Sila dapatkan nasihat pakar jika perlu kerana kulit kepala sangat sensitif. Sebaiknya, manfaatkanlah syampu yang khas dirumus untuk wanita bertudung, pilih mengikut kesesuaian tahap kerosakan rambut.
4. Elak cuci rambut dengan air panas kerana ia hanya akan menjadikan tekstur rambut kasar, kering serta mengerbang. Mandi sahaja dengan air sejuk.
5. Jangan sanggul rambut dalam keadaan basah. Pastikan rambut sudah benar-benar kering sebelum memakai tudung. Rambut yang tertutup dalam keadaan basah akan membiak kelemumur, menjadi kusut dan buat hujung rambut berbuah serta bercabang. Kulit kepala juga akan berminyak!
Kalau Bertudung, Betulkan Bab Ini
6. Sila pakai anak tudung yang berasaskan material kapas serap peluh, jika tidak kepala anda akan berkuap seterusnya menyebabkan rambut berbau kurang enak.
7. Pakai material tudung yang nipis dan ringan. Praktikan ikatan atau lilitan tudung yang tidak terlalu ketat melekap di kepala. Ini bagi memberi pengaliran udara yang sempurna buat rambut dan kulit kepala.
8. Gunakan getah yang diperbuat daripada fabrik baldu mahupun satin. Jangan sesekali mengikat rambut ketat menggunakan getah sayur mahupun getah yang keras kerana akan menarik kuat rambut dari permukaan kulit kepala seterusnya melemahkan akar umbi sehingga menjadi punca masalah keguguran.
9. Jaga pemakanan kerana khasiat makanan sedikit sebanyak mendorong kesihatan dan kecantikan rambut. Ambillah makanan tambahan seperti vitamin yang mengandungi biotin, silika, Vitamin B, C dan E serta zat besi dan omega 3.
10. Memakai tudung berwarna lembut mampu membebaskan wap yang terpenrangkap di kawasan kepala sepanjang hari. Ini akan buat kulit kepala selesa berbanding pemakaian tudung berona hitam dan warna gelap lain.
11. Tiga hingga enam bulan sekali, kunjungilah salon berdekatan untuk memotong sedikit hujung rambut. Cara ini akan membuatkan rambut kekal sihat tanpa sebarang kerosakan hujung rambut.
12. Waktu malam, belai rambut dengan minyak perapi mahupun serum. Sebaiknya setiap kali selepas mandi. Ini akan bantu rambut dan kulit kepala menyerap nutrien agar kesihatannya terjamin untuk jangka masa berterusan.
13. Untuk mengelak rambut kusut selepas bangun tidur, dandan dan tocangkan rambut secara longgar (tocang lipan) supaya ianya rapi dan kesannya, rambut gugur yang disebabkan geselan kepala pada bantal juga bakal berkurangan.
Selamat beramal!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Pakai Sunscreen, Ini Kuantiti Tepat Yang Patut Anda Sapu

Masih ramai yang kurang jelas tentang cara pakai sunscreen, walau cuma boleh pakai jari tetapi belum tentu kuantiti yang disapu itu cukup!
Seperti yang anda tahu, pemakaian krim pelindung matahari mempunyai banyak manfaat selain menjaga lapisan kulit dari pancaran terik matahari.
Paling penting boleh selamatkan kulit wajah anda daripada masalah pigmentasi, mengurangkan garisan halus, tompok hitam dan iritasi kulit.
Jadi sunscreen sememangnya wajib dipakai walau cuma duduk di rumah, bukan sekadar sebagai rutin kecantikan semata-mata.
Cara Pakai Sunscreen, Ini Kuantiti Tepat Yang Patut Anda Sapu
Namun begitu masih ramai keliru cara pemakaian sunscreen yang tepat. Terutamanya kuantiti yang diperlukan untuk keseluruhan wajah, leher dan dada.
Haaa… ada pelbagai cara untuk mengukur kuantiti sunscreen. Untuk lebih jelas boleh rujuk perkongsian daripada Lisa Beautify ini.
Lisa menunjukkan cara tepat dan mudah untuk menyapu sunscreen;
Merujuk video tersebut, anda kena pastikan kuantiti sunscreen dengan menggunakan jari sahaja.
Jari kelinking untuk kawasan dahi, jari tengah untuk bahagian leher dan dada, terakhir jari telunjuk pada pipi, hidung dan telinga.
Ingat ya, jangan pakai kurang daripada dua jari! Kemudian, anda patut menyapu semula sunscreen pada setiap dua hingga tiga jam untuk kesan terbaik.
Selamat mencuba!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI