Ketabahan pelakon wanita, Zarina Zainuddin dalam membesarkan dua orang anak yang menghidap Autisme sewajarnya harus dipuji.
Zarina Zainuddin Bangga Jaga Anak Autisme
Pelbagai momen pahit dan manis dalam membesarkan dua anaknya ini termasuk dihentam dengan kata-kata kesat netizen. Namun, itu semua tidak menjadi halangan buat Zarina untuk terus sabar dan cekal menjaga anak kembar lelakinya.
Nasihat terbaik yang Zarina boleh berikan kepada ibu yang mempunyai anak autisme,
Ads
“kita kena selalu dekat dengan anak kita, terima mereka seadanya dan cuba bawa mereka keluar kenalkan dengan dunia luar.”
Ibu Kena Belajar Faham Dan Bantu Tenangkan Anak
Perkara terbaik yang Zarina pelajari menjadi seorang ibu adalah satu tanggung jawab dan kita ditugaskan untuk menjaga keluarga kita dan menenangkan dan cuba membantu mereka dalam apa jua keadaan.
Ads
Sedikit pesanan kepada semua ibu yang mempunyai anak autisme, “kita kena cuba belajar untuk faham anak ini. Kita bawa dia keluar dia jalan-jalan. Kita kena selalu ada dengan dia, bila kita ada dengan dia biar kita memang spend masa dengan dia. Dan kita cuba belajar bahasa jiwa dia. Sebab anak autisme ini dia terlalu sensitif.”
Patutnya Anda Bangga
Ads
Sambungnya lagi, “anak autisme ini penyayang dan takut tentang perubahan, jadi kita kena belajar memahami mereka. Jangan kita takut, segan dan malu sebab anak kita macam itu. Patutnya kita bangga kerana kita ada anak istimewa dan kita ada peluang mendapat pahala yang percuma bila-bila masa.”
Seberat mana pun nak membesarkan anak-anak autisme, pasti ada hikmah. Hanya orang terpilih yang dititipkan anak istimewa. Anak-anak itu ladang pahala dan boleh jadi satu ujian. Namun kita kena ingat, Allah tidak menduga hambaNya melebihi kemampuan mereka. Berlapang dadalah menempuh dugaan yang ‘dikirimkan’. Moga ujian ini membuatkan kita lebih cekal.
Wajib Minum Green Tea Sebelum Sarapan. Rahsia Berat Badan Turun Dalam Masa Singkat! Lain orang lain cara dietnya. Ada mengambil masa bertahun-tahun dan ada pula mengambil masa hanya beberapa bulan untuk diet bagi memastikan mendapat berat badan diingini.
Apa yang penting konsisten dan tahu pengambilan portion dalam setiap pemakanan yang diambil.
Siapa sangka dalam masa singkat iaitu cuma 4 bulan sahaja lelaki ini, Putra berjaya melenyapkan 16KG. Berat asalnya sebelum ini adalah 97KG dan kini sekitar 81 KG.
Masih tidak berpuasa hati dengan penurunan itu dan berazam mahu menurunkan lagi berat badannya menjadi 75KG.
Dalam perkongsian di Grup Diet Suku-Suku Separuh, dia memberitahu mengamalkan diet yang lebih kurang seperti diet suku-suku separuh, tetapi mengira kalori yang diperlukan badannya.
Bukan itu sahaja, dia juga turut mengira kalori defisit. Putra juga turut menghentikan pengambilan makanan/minuman yang berasaskan gula dan bertepung.
Tetapi menggantikan pemakanan yang lebihkan protein seperti pengambilan ayam, ikan, tauhu, telur dan tempe. Bukan itu sahaja dia juga turut mengambil sayuran dan buahan yang banyak.
Pun begitu dalam perjalanan dietnya dia tetap minum kopi dan wajib mengambil green tea. Selain itu Putra turut memastikan pengambilan air mencukupi iaitu 4 liter air sehari (nisbah 25kg berat badan untuk 1 liter).
Manakala pengambilan gula yang diamalkan pula adalah jenis ‘O’ dari satu jenama popular. Dia juga turut mengamalkan ambil cuka epal (2 sudu besar 500 ml) dan akan mengambilnya sebelum sarapan pagi.
Tidak hanya mengutamakan pemakanan, dia juga turut melakukan senaman workout di gym di rumahnya sahaja untuk 2 atau 3 kali seminggu. Ini kerana disebabkan empat tahun lepas, dia juga seorang yang sangat aktif melakukan senaman di gym.
Berkat hanya empat bulan diet dia berjaya mendapat berat sekitar 81KG dan masih perlu terus bergerak sehingga mencapai berat yang diimpikan. Pesannya kepada yang sedang diet, jangan putus asa dan teruskan berusaha hingga mencapai matlamat utama.
Sikap tidak berputus asa dan mencuba sehabis baik menjadikan impiannya untuk mendapat berat badan ideal tercapai.
Biarpun pada mulanya seakan mustahil, tetapi kesungguhan dengan mengamalkan diet disarankan akhirnya berjaya menjadikan gadis ini Ku Nur Zawani mencapai berat idaman.
Melakukan Diet Suku-Suku Separuh (DSSS) perjalanan dietnya bermula sepanjang awal tahun 2019 hingga berjaya menghilangkan lebih separuh dari berat badan asal.
Jika sebelum ini beratnya 124 kg dengan ketinggian 165 cm dan Februari tahun lalu beratnya sekitar 78 kg.
Menurut gadis berusia awal 20 an ini perjalanan masih jauh dan mahu berusaha untuk menghilangkan 20 kg lagi bagi mendapat berat 62 kg.
Buat masa ini berat terkini dirinya yang masih menuntut di tahun akhir Universiti islam Antarabangsa (UIAM) adalah sekitar 68 kg -71 kg. Malah Nur Zawani juga gembira kerana kini dia boleh memakai baju saiz L/XL berbanding 5 XL dulu.
Walau apa pun, ayuh kita lihat perjalanan dietnya yang dikongsi setahun lalu untuk dijadikan inspirasi buat wanita di luar sana.
Assalamualaikum, first time post pasal diri di facebook. Minta maaf kalau tak memenuhi syarat yang diletakkan admin, tapi saya berkongsi agar dapat jadikan pembakar semangat buat sahabat yang lain dan juga buat diri untuk teruskan perjuangan.
Dan mungkin ada terjumpa di posting saya di tempat sebelah. Tapi perjalanan saya mengamalkan dssp cuma carbohidrat saya tukar kepada roti wholemeal (purple/hijau) atau saya ambik ubi keledek/sweet potato macam dalam running man tu
Doakan saya supaya berjaya capai bmi yang normal yaa demi capai cita-cita impian saya
Hasil dari saya diet calori, eat clean dan suku-suku separuh.
Berat asal : 124kg
Berat 2019(tiada gambar) :88kg
Berat sebelum pkp(feb 2020) : 88kg (naik turun sebab leka serta sibuk study dan main-main tak jaga pemakanan sgt)
Berat sekarang :78kg
Berat target : 62kg
Tinggi saya :165cm
Lebih kurang 20kg lagi. Jauh perjalanan semoga saya istiqamah, terima kasih
Minta maaf tak dapat reply semua. Terima kasih atas kata-kata semangat dan doa. Minta maaf juga baru perasan admin approve. Buat yang tanya saya kongsi cara saya. Lain badan lain penerimaan dan kadar metabolisme yang berbeza. Jenis badan saya inverted triangle shape (segi tiga terbalik)
Contoh cara pemakanan saya.
*kalau dirumah*
Pagi :air kosong + buah (slalunya apple hijau)
Tengahari : roti wholemeal 1@2 keping, apa jenis masakan sayur, protein (ayam/ikan rebus) / goreng ( goreng bagi saya lagi bagus dari sambal atau rendang sb minyak boleh lap pakai tisu, tapi skrg boleh guna airfryer)
Petang merangkap malam: bergantung jugak sama ada saya makan sup sayur tadi atau buah + yogurt
** Air saya ambil 4.6liter (1liter untuk 25kg brt bdn) ini paling penting sb mmg kenyang
** wajib ada buah untuk emergency time (saya tak ambik sgt kekacang, elakkan jerawat)
Kalau di hostel:
Pagi : minum teh hijau + air kosong + jacob yg ada grain/ roti wholemeal/ instant oat
Tengah hari : buah/roti (sb xsempat kejar nk masuk kelas)
-Saya betul-betul lebihkan buah dan sayur. Protein pun dalam kadar yg diperlukan badan. Air kunci utama. Carbo jujur saya elakkan nasi. Tapi saya tak tinggal roti wholemeal. Kalau jemu saya ambik ubi keledek atau rolled oat. Mmg konsep suku² separuh
-Kadang-kadang saya suka rebus air halia dan serai.
-Sebelum exercise kalau rajin saya sapu losyen mustajab. Sebab saya rasa lemak saya kategori lemak paling degil didunia. Lambat sangat2 nak kecut
– Ya saya ada exercise. Awal-awal dulu saya suka zumba. Lepastu stop, saya berjinak dgn joging sikit-sikit ja. Pkp ni baru nak kenal workout. Selebihnya saya banyak aktiviti fizikal macam bergerak ke kelas.
** Semangat saya ada naik turun. Hampir give up, tapi saya cuba letak target dan azam nak capai ssuatu. InshaaAllah nak tak nak kena cuba juga usaha. Cuma perjalanan saya lambat sikit berbanding yang lain.
Terima kasih admin. Terima kasih semua ahli. Doakan saya ya
Cukup jelita dan bertenaga pada usia melangkaui angka jubli emas, pelakon wanita, Datin Sofia Jane tak kedekut kongsi rutin kecantikannya pada orang ramai.
Kalau nak tahu, antara tip cantik yang dikongsikan pelakon ini termasuklah berhenti mengambil makanan berproses.
Menurut Sofia atau nama sebenarnya Sofia Jane Hisham, 52, sesiapa sahaja boleh kekal awet muda asalkan terus menjaga pengambilan hidangan harian serta menjalani gaya hidup sihat dengan bersenam.
“Setiap hari bila saya bangun, saya akan pergi ke gimnasium untuk bersenam dan mengangkat beban.
“Saya juga amalkan makanan yang sesihat mungkin. Sudah lama saya tidak ambil makanan berproses dan makanan segera.
“Pada saya untuk mencapai semua ini hanyalah asas dan sangat mudah tapi ramai yang tidak percaya,” katanya lagi.
Dalam masa sama, pelakon drama Nenek Bongkok Tiga itu memberitahu, dia menggalas tanggung jawab untuk menjaga kesihatan bagi membolehkannya kuat bekerja.
“Ketika ini, seperti menjadi satu obsesi orang ramai bila kita bercakap soal pengekalan kecantikan.
“Saya merasakan pada usia saya sekarang apa yang membuatkan saya terus melangkah adalah tahap kesihatan saya sendiri.
“Kalau saya ingin bekerja lebih lama lagi, saya mesti sihat secara mental dan fizikal. Pada ketika ini, itulah yang menjadi keutamaan saya,” ujarnya.
Selain itu, Sofia turut menitipkan nasihat terutamanya kepada pelakon wanita untuk sentiasa menjaga kesihatan kerana perlu menggunakan tenaga tanpa mengira waktu.
“Buat wanita seusia saya terutamanya yang berkecimpung dalam dunia seni, tahap kesihatan kita kena sentiasa berada di tahap terbaik.
“Waktu kerja kita bukan dari 9 pagi hingga 5 petang. Kita kerja siang dan malam serta waktu yang tidak menentu.
“Malah, kesedaran terhadap kesihatan mental juga penting. Kerja kita memerlukan belajar, membaca dan memahami skrip, ada banyak perkara yang perlu diproses,” jelasnya.
Sebelum ini, Sofia digelar ‘vampire’ daripada sebilangan peminat kerana wajahnya yang tidak berubah walaupun menjangkau usia 50-an.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.