Tidak dinafikan, bukan mudah untuk seseorang itu menurunkan berat badan. Walaupun hanya sedikit penurunan berlaku tetapi memberi kegembiraan atas usaha dilakukan sebelum itu.
Apatah lagi jika usia masih muda, dan tidak mahu berterusan menanggung berat badan berlebihan.
Seperti perkongsian Siti Aishah melalui Grup Diet Suku-Suku Separuh, memberitahu bagaimana dia berjaya menurunkan berat sehingga 11 kg hanya dalam masa 2 bulan.
Berkat disipln dengan amalan dilakukan, wanita ini akhirnya berjaya mendapat berat ideal diimpikan.
Bukan itu sahaja, jika sebelum ini ketika berat badan berlebihan mengalami sakit kaki dan lutut, tetapi kini badannya rasa lebih sihat dan mudah untuknya melakukan kerja rumah terutama senang dalam melakukan ibadah.
Mempunyai wajah yang cantik mulus, Sophia AlBarakbah bertuah kerana raut wajahnya cukup sempurna dan tidak jemu dipandang. Cantik dengan auranya tersendiri.
Berdarah kacukan, pelakon berusia 30 tahun ini pernah dilanda kontroversi berkait dengan tersuka suami orang, namun kisah tular itu tenggelam dek kerana dia bijak mengawal keadaan. Tidak cepat melatah malah berani melafaz kata maaf.
Menyentuh sedikit soal asal usulnya, Sophia memaklumkan, dia dibesarkan dengan latar belakang bangsa dan budaya yang berbeza-beza.
“Ibu saya orang Cina, ayah pula Arab-Melayu. Datuk saya asal dari Yemen dan ibu bapa mereka datang dari Yemen dan Persia.
“Nenek saya orang Malaysia. Dari Kelantan,” katanya.
Tidak hanya menjual rupa paras jelita, Sophia juga seorang yang boleh dikatakan ‘beauty with brain’. Dia merupakan graduan Diploma Bioteknologi dari sebuah universiti swasta.
“Saya belajar bioteknologi dan selepas itu, saya belajar bidang dietetik. Diploma bioteknologi dan lepas itu, saya buat latihan amali selama tiga bulan untuk bidang itu.
“Kemudian, saya sedar yang saya suka belajar bidang itu (bioteknologi) tapi tak suka nak kerja dalam industri tersebut.
“Sebab kebanyakan masa saya habiskan masa dalam makmal. Agak membosankanlah dalam ‘lab’,” ujarnya.
Disebabkan itu ujar Sophia, 30, dia kemudian mengambil jurusan dietetik namun dalam hati punya impian bekerja sebagai veterinar kerana dirinya seorang yang sukakan haiwan.
“Sebenarnya nak jadi veterinar sebab saya suka haiwan. Tapi, ibu tak bagi.
“Dia tak suka haiwan sangat. Jadi, saya macam ‘okay fine’. Nak jadi doktor tapi ibu pun tak suka. Nanti tengok darah lah, orang mati lah.
“Saya pun macam ‘yelah okey’. Jadi, saya pun ambil jurusan dietetik sekurang-kurangnya bidang perubatan juga (sikit),” katanya.
Melihat kejayaan Sophia AlBarakbah setakat ini, dia layak dijadikan inspirasi. Malah kelembutan yang ada dalam personalitinya, menjadi bonus menyerlahkan lagi bakatnya dalam industri hiburan tanah air. Moga terus terbang tinggi dan menjadi wanita cantik selari dengan ilmu yang dibawa.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap kali datang Tahun Baru Cina, pastinya buah limau Mandarin akan banyak dijual di pasaran.
Rasanya yang manis-manis masam menjadikan buahan ini menjadi popular dikalangan penggemarnya.
Namun yang menjadi persoalan adakah buah ini mempunyai bahan pengawet atau sebaliknya. Bagaimana pula caranya untuk elak daripada mengalami sakit tekak.
Menjawab persoalan itu, Pensyarah Kanan kimia, Universiti Teknologi Mara, Dr Fatimah Salim tampil di laman Facebook rasminya memberi pencerahan.
“Benar, kulit limau Mandarin mengandungi bahan kimia sulfur dioksida (SO2). Bahan kimia SO2 ini digunakan sebagai pengawet (dalam bentuk gas atau garam terbitan) pada buah limau Mandarin bertujuan mengekalkan kesegaran dengan mengelakkan kulitnya berubah keperangan juga menghalang pertumbuhan kulat,” katanya.
Namun, ujar beliau, jumlah SO2 yang digunakan adalah sedikit iaitu tidak melebihi dari dos yang dibenarkan (30 mg/kg) oleh badan bertanggungjawab antarabangsa.
“SO2 dalam kuantiti yang sedikit ini pada kulit limau tidak akan mendatangkan bahaya kerana badan kita mampu untuk detoks secara semula jadi. Ia selamat, sebab itu dibenarkan sebagai pengawet pada makanan,” katanya.
Mengulas lanjut, Dr Fatimah berkata, disebabkan buah berkenaan dijual murah pada musim perayaan, limau dimakan juga mungkin berlebihan.
Justeru, tidak hairanlah jika ada individu yang berasa sakit tekak, batuk, sakit dada atau mengalami kesukaran untuk bernafas.
Sebenarnya, selain bahan kimia pengawet SO2 digunakan pada buah limau Mandarin, ia juga digunakan dalam buah kering seperti kismis, prune, juga dalam minuman berkarbonat dan beralkohol.
Apa-apa produk makanan yang mengandungi bahan kimia SO2 wajib meletakkannya pada label sebagai panduan untuk individu yang sensitif.
Ini kerana mereka (individu yang sangat sensitif) kepada SO2 terutamanya yang mempunyai penyakit asma berpotensi berhadapan dengan masalah pernafasan kronik.
Cuma biasanya pada kotak limau Mandarin, tiada dilabel penggunaan bahan kimia SO2 ini.
Maka, cara mudah untuk membuangnya adalah mencuci terlebih dahulu buah limau Mandarin dengan air sebelum dimakan.
Ini kerana bahan kimia SO2 mudah larut air (H2O) membentuk bahan kimia asid sulfurus, sejenis asid lemah (SO2(g) + H2O(l) –> H2SO3(aq)), jelas pakar berkenaan.
Merendam seketika iaitu selama 10 minit dengan air garam atau baking soda diikuti dengan bilasan air bukan saja boleh membuang pengawet, malah saki baki racun perosak (pesticide) yang terdapat pada sayur atau buah lain juga dapat disingkirkan.
“Untuk individu yang kuat sistem daya tahan badannya, tiada masalah untuk kopek dan makan terus saja limau Mandarin ini. Di sinilah perlunya kita memerhati dan ambil tahu tindak balas badan sendiri terhadap apa juga jenis makanan yang dimakan.
“Ingat, tidak semestinya jika anda terkesan dengan SO2, orang lain juga akan mengalami kesan yang sama. Juga tidak semestinya anda yang tidak terkesan, menidakkan kesannya kepada individu sensitif lain. Usah pukul rata ya.
“Musim perayaan ini, berpada-padalah ya. Jika badan sudah mula memberikan maklumbalas, maka sedarlah. Ingat, apa-apa yang berlebihan boleh membawa mudarat!,” katanya.
Serentak dengan itu, Dr Fatimah berkongsi beberapa fakta menarik mengenai bahan kimia semula jadi yang terdapat dalam buah limau Mandarin:
i) Rasa manis isi limau disumbangkan oleh gula ringkas semula jadi seperti fruktosa, glukosa dan sukrosa. Rasa masam pula disumbangkan oleh bahan kimia bersifat asid terutamanya asid sitrik. Rasa manis dan masam ini perlu seimbang untuk memberikan rasa limau yang sedap dinikmati.
ii) Isi limau Mandarin kaya dengan serat, protein dan pelbagai jenis vitamin (A, B, C, E) serta mineral (kalsium, magnesium, phosporus, potassium). Ia juga kaya dengan fitokimia bersifat antioksida seperti flavonoids dan phenolic acids.
iii) Warna oren kekuningan limau Mandarin adalah disumbangkan oleh bahan kimia pigmen beta-cryptoxanthin.
iv) Bau limau Mandarin adalah disebabkan oleh bahan kimia meruap seperti thymol, dimethylanthranilate, gamma-terpinene dan beta-pinene yang terbebas semasa kulitnya dikupas.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.