Nampaknya bilangan jangkitan Covid-19 varian Omicron semakin tinggi apabila telah mencecah lebih 30 ribu kes semalam.
Salah seorang yang turut disahkan positif adalah pelakon Waw Zainal. Dia yang reda disahkan terkena jangkitan itu selepas menjalani penggambaran untuk produk baharu keluarannya.
Tidak pasti mana puncanya, Wawa memberitahu dia disahkan positif COVID-19 selepas menjalani penggambaran untuk produk baharu keluarannya.
“Sebenarnya tiga hari lepas saya ada penggambaran dan balik rumah saya demam. Buat ujian kendiri keputusan negatif dan saya ingat saya hanya penat sebab tak cukup tidur
“Bila masih demam saya buat lagi ujian COVID-19 sekali lagi semalam dah ia menunjukkan positif.
“Tak pasti saya dapat dari mana kerana setahu saya tiada kontak rapat,” katanya kepada Astro Gempak.
Ads
Mengulas lanjut mengenai simptom yang dialami, Wawa memberitahu dia mengalami demam panas dan sakit kepala yang agak teruk.
“Selalunya saya jadi kontak rapat sahaja dan belum pernah dijangkiti sehingga ada orang kata saya ni kalis COVID-19.
Tapi kali ini, kalau Tuhan kata dia nak bagi penyakit tu kenalah, kan? Sekarang ni baru merasa, seksa juga COVID-19 ni.
Ads
“Selain demam saya tidak tahan kerana mengalami sakit kepala yang amat kuat. Saya sejenis jarang sakit. Bila sakit ni saya tak gemar kalau boleh nak cepat-cepat sembuh,” ceritanya.
Walaupun begitu Wawa bersyukur kerana suaminya, Aeril Zafrel dan juga anak-anak selamat dan negatif COVID-19.
“Saya bersyukur setakat ni semua masih terima keputusan negatif bila buat ujian kendiri. Saya sahaja kuarantin di dalam bilik rumah ini. Aeril yang akan menjaga anak-anak,” ujarnya yang terpaksa membatalkan banyak urusan pekerjaan yang melibatkan perniagaannya selepas disahkan positif COVID-19.
Ads
Sebelum ini suaminya Aeril yang telah dua kali dijangkiti COVID-19 dan melakukan kuarantin kendiri di rumah.
Perjalanan seseorang itu untuk mendapatkan berat badan ideal bukanlah satu tugas yang mudah.
Perlu banyak berkorban masa dan paling penting kekal semangat untuk mendapat berat badan ideal supaya jadi lebih sihat.
Seperti perkongsian wanita ini, Najmia Mamat, 34 tahun yang mengambil masa 2 tahun dalam perjalanan menurunkan 21kg. Sebelum ini mempunyai berat 69 kg dan kini beratnya sekitar 48 kg.
Dia yang mempunyai ketinggian sekitar 151 cm ini berkata tidak mahu terburu-buru kerana lebih suka diet secara sihat dan santai.
Dan akhirnya berkat usaha serta disiplin yang tinggi berjaya mendapatkan berat idaman tanpa pengambilan sebarang produk.
Hanya mengamalkan diet suku-suku separuh dengan pengambilan makanan mengikut kuantiti dalam piramid makanan disyorkan KKM.
Selain iu dia juga turu menjaga portion dan mencukupkan nutrisi diperlukan tubuh.
“Menu yang disediakan banyak juga. Kalau masak Mia akan pastikan olah bahan supaya dapat kawal pengambilan garam, gula & minyak. Jadi apa yang Mia masak untuk keluarga itulah makanan diet Mia.
“Kaedah suku suku separuh ini memang jadi guideline untuk kawal cara makan kita supaya makan cukup nutrisi dan seimbang. Paling penting dapat jadikan gaya pemakanan yang lebih sihat sampai bila-bila,”
“Senaman 2x HIIT dan 3x strength atau weight training. Semua buat kat rumah saja dan lebih mudah untuk kita menentukan masa itu,” ujarnya yang turut melakukan aktiviti senaman 3 hingga 5 kali seminggu.
Dia juga turut mengingatkan tiada jalan mudah untuk berjaya. Turut memberi pesanan bagi yang sedang berusaha jangan sesekali putus asa.
Tidak rugi cari ilmu untuk makan dengan cara yang betul. Paling penting kurus dengan cara tanpa produk, sebaliknya hanya pengambilan makanan natural food.
Selain demam berpanjangan salah satu simptom diserang virus Covid-19 adalah sesak nafas. Jika ini berlaku cepat-cepat berjumpa doktor untuk lakukan swab test.
Namun begitu, sesak nafas juga boleh terjadi disebabkan beberapa faktor lain seperti alahan pada debu atau terdedah pada semburan bahan kimia atau mempunyai masalah anaemia.
Perkongsian menarik dari Doktor Zubaidi Hj Ahmad mengenai gejala sesak nafas yang jarang kita ambil tahu punca dan tindakan apa perlu dibuat jika terkena serangan ini.
SESAK NAFAS
Sesak nafas adalah keadaan di mana seseorang itu mengalami kesukaran bernafas atau semput dan biasanya keadaan ini lebih ketara semasa melakukan aktiviti fizikal.
Sesak nafas ini boleh berlaku secara akut dan kronik :
1. Sesak nafas akut adalah gejala datang secara tiba-tiba dan hilang dalam jangka masa beberapa hari setelah rawatan.
2. Sesak nafas kronik adalah keadaan di mana sesak nafas berlaku secara berterusan dalam jangka waktu yang lama.
Sesak nafas adalah gejala yang perlu diberi perhatian kerana ia mungkin memberi petanda seseorang itu mengalami penyakit sistem pernafasan atau sistem kardiovaskular.
Penyakit sistem pernafasan yang biasa berlaku sesak nafas adalah asma, jangkitan paru-paru akut (pneumonia), jangkitan paru-paru kronik seperti tibi, paru-paru berair (pulmonary oedema), penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik (Chronic Obstructive Airways Disease) dan kanser paru-paru.
Penyakit kardiovaskular yang boleh menyebabkan sesak nafas adalah kegagalan jantung, serangan jantung dan kelainan denyutan jantung (cardiac arrhythmias).
Keadaan lain yang boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah sesak nafas adalah kekurangan darah merah (anaemia), alahan , resdung, kegelisahan (AnxietyDisorders) dan kegemukan.
GEJALA SESAK NAFAS
1. Jika anda mengalami sesak nafas secara tiba-tiba disertai sakit atau ketat dada, kemungkinan anda mengalami serangan jantung, pneumothorax (udara berada antara paru-paru dan dinding dada) atau pulmonary embolism (darah beku dari bahagian kaki telah bergerak ke paru-paru).
2. Jika anda mengalami sesak nafas mengikut episod disertai oleh bunyi seperti wisel (wheezing) atau batuk, anda mungkin menghidapi serangan asma atau jangkitan yang menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit.
3. Jika anda mengalami sesak nafas yang berterusan dan semakin teruk disertai dengan sejarah pendedahan kepada asap rokok, habuk dan semburan bahan kimia anda mungkin menghidapi penyakit saluran pernafasan obstruktif kronik (COPD).
4. Jika anda pernah bekerja di tempat yang mendedahkan anda kepada asbestos, habuk kayu, semburan bahan kimia, anda mungkin menghidapi penyakit paru-paru berkaitan pekerjaan (Occupational Lung Diseases).
5. Jika kaki anda bengkak dan mengalami sesak nafas semasa baring mendatar, anda mungkin mengalami kegagalan jantung (heart failure).
6. Jika anda cepat berasa letih, kelihatan pucat dan sesak nafas terutamanya bila melakukan aktiviti fizikal, anda mungkin mengalami anaemia.
7. Jika anda bernafas dengan cepat disertai dengan rasa pening atau berasa kebas pada tangan atau sekitar mulut, anda mungkin mengalami hyperventilation (bernafas keterlaluan biasanya disebabkan oleh aktiviti fizikal yang berlebihan dan tekanan emosi).
8. Jika anda sesak nafas disertai demam, batuk atau batuk darah dan kehilangan berat badan,anda mungkin menghidapi jangkitan seperti tibi atau kanser paru-paru atau pulmonary embolism.
9. Jika anda demam, disertai hingus berair dan batuk berkahak anda mungkin mengalami jangkitan saluran pernafasan (bronchitis) atau jangkitan paru-paru (pneumonia).
TINDAKAN
Sekiranya anda mengalami salah satu gejala yang dinyatakan, sila pergi ke Jabatan kecemasan hospital atau klinik kesihatan dengan atau hubungi perkhidmatan ambulan dengan serta-merta, sekiranya anda mengalami sesak nafas secara tiba-tiba dan disertai oleh sakit atau ketat dada, serangan asma teruk, bibir dan jari anda menjadi biru dan rasa seperti hendak pengsan.
Sila berjumpa doktor dengan segera sekiranya anda mengalami sesak nafas hanya dengan melakukan aktiviti fizikal ringan, sesak nafas semasa baring dan perlu bersandar dengan beberapa bantal untuk melegakannya, nafas berbunyi, sesak nafas disertai demam dan batuk.
Jika anda mengalami sesak nafas yang berterusan kerana menghidapi penyakit paru-paru kronik, anda digalakkan untuk berhenti merokok, lakukan senaman secara berkala mengikut kemampuan fizikal anda, elakkan dari terdedah kepada udara tercemar dan bahan alahan dan berterusan mengambil ubat-ubatan yang dibekal oleh doktor mengikut arahan.
DIAGNOSA DAN RAWATAN SESAK NAFAS
Doktor akan bertanya lebih lanjut dan membuat pemeriksaan fizikal serta melakukan ujian tertentu bagi mengenal pasti penyakit anda.
Antara ujian yang mungkin dilakukan oleh doktoradalah X-Ray dada, electrocardiogram (ECG), ujian fungsi paru-paru (PEAK FLOW METER / SPIROMETER), pemeriksaan darah dan kahak.
Rawatan yang diberi adalah khusus untuk penyakit yang menyebabkan gejala sesak nafas tersebut.
Baru-baru ini penyanyi dan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat mendapat perhatian warganet apabila tampil sopan dalam sebuah perkongsian di media sosial miliknya.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Syafinaz memuat naik satu rakaman video yang memaparkan dia sedang membuat promosi mengenai sebuah karnival.
Datuk Syafinaz Dipuji Cantik Bertudung, Tak Nampak Langsung Umur Dah 50an
Lebih menarik perhatian, dalam rakaman tersebut pelantun lagu Ingin Bersamamu itu tampil sopan dengan mengenakan hijab serba gelap.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja melihat penampilan Syafinaz yang sopan berhijab itu.
Malah ramai juga mengagumi kecantikan penyanyi itu yang kekal jelita biarpun usianya kini mencecah 50 tahun.
Amalan Cantik
Berkongsi sedikit tentang amalan kecantikan, Datuk Syafinaz seorang yang mengamalkan pakai mask muka dengan kerap.
“Saya selalu memakai mask muka. saya tidak tipu apabila saya cakap saya mempunyai lebih 10 jenis mask, tak kira mahal atau murah, saya akan beli dan pakai.
“Kadang dalam sehari saya memakai mask sebanyak dua kali. Dan saya juga memastikan setiap pagi saya bangun tidur, saya akan minum dua gelas air kosong,” ujarnya.
Jadi melihat kecantikan kulit Syafinaz dalam usia 50an, anda juga boleh biasakan pakai mask. Tak perlu setiap hari tetapi cukup anda biasakan pakai walau dalam dua kali seminggu.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!