Pelakon dan pengacara popular, Uyaina Arshad yang kini sedang sarat hamil anak sulung berdepan dugaan apabila abang sulungnya, Mohd Attaful Uzair Arshad, 35 tahun telah disahkan meninggal dunia pada jam 9 malam tadi akibat serangan jantung.

Mohd. Attaful yang bertugas sebagai doktor di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan dipercayai mengalami serangan jantung ketika menjalani aktiviti berbasikal.

Perkongsian khabar duka ini dikongsi nama sebenar Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 29, itu menerusi Instagramnya, pagi tadi.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UA (@uyainaarshad)

IKLAN

Ini Rupanya 10 Sayuran Wajib Ambil Seminggu, Elak Penyakit Merbahaya Jantung, Strok & Kanser!

Uyaina dalam posting itu memberitahu dirinya seakan tidak percaya dengan pemergian insan kesayangannya itu memandangkan mereka baru meluangkan waktu bersama malam tadi.

IKLAN

Malah dalam pertemua terakhir itu, Allahyarham meninggalkan pelbagai pesanan berikutan keadaan dirinya yang sarat hamil dan bakal melahirkan dalam tempoh terdekat.

Lebih menyedihkan, luah Uyaina, tarikh pemergian abangnya bersamaan hari ulang tahun kelahiran ibu mereka, Siti Noor Farah Jaafar, hari ini.

IKLAN

Sebelum ini juga, Uyaina Arshad juga turut pernah dimasukkan ke hospital untuk seketika apabila disahkan pakar kardiologi mempunyai masalah jantung setelah membuat pemeriksaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UA (@uyainaarshad)

Artikel Lain: Fit Rapi: Pernah Alami Komplikasi Jantung, UYAINA ARSHAD Kini Lebih Hargai Kesihatan

Tanda-Tanda Penyaki Jantung:
Sakit Dada
Sesak Nafas
Keletihan
Terkadang Rasa Loya
Badan Berpeluh
Pitam/Pening
Jantung Berdebar
Kadangkala Sakit di Ulu Hati Sebagai Tanda Gejala Utama

Artikel Lain: Didiagnos Kanser Darah Tahap 4 Lepas Alami Sakit Perut. Doktor Kata Jangka Hayat 6 Bulan Je!

Selain itu:  Rupanya Seseorang Boleh Dapat 2 Penyakit Mental. Wanita Kongsi Pengalaman Hidap Anxiety Disorder 4 Tahun Lalu!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI