Kekal muda dan sihat menjadi impian ramai orang, tambah pula bila usia dah menjangkau setengah abad atau 50-an. Tentu ada petua atau rahsia yang membolehkan seseorang itu kekal muda, sihat dan aktif.

Seperti 4 selebriti Hollywood yang tidak asing lagi ini, meskipun masing-masing sudah melepasi usia 50 tahun tapi masih kelihatan muda dan aktif. Bagi mereka usia hanyalah satu angka dan ia sama sekali tidak mempengaruhi penampilan. Ketahui apa rahsia mereka!

  1. Julia Roberts

Lahir pada 28 Oktober 1967, Julia Roberts merupakan bintang Hollywood yang kelihatan awet muda walaupun sudah berusia 55 tahun. Bintang utama filem Pretty Woman ini memulakan kareernya sebagai pelakon sejak tahun 80-an lagi dan sudah membintangi lebih 60 filem.

Menurut laporan E News, antara rahsia aktres ini kekal muda dan aktif adalah sering melakukan yoga, pilates, berenang dan jump training. Selain itu pemakaian sunscreen juga antara yang menjadi rutin untuk mengekalkan kulit muka sentiasa cantik dan lembap. Julia juga memilih diet makanan sihat dalam menu sehariannya.

IKLAN
Usia Dah Setengah Abad, 4 Artis Hollywood Ni Masih Aktif & Awet Muda. Ini Rahsianya!
foto: Instagram Julia Roberts
  1. Paul Rudd

Pasti ramai yang tidak sangka, pelakon utama Ant-Man ini sudah berusia 52 tahun. Pesonanya masih terpancar jelas dan kerap tampil persis orang muda. Pada tahun 2021, Paul pernah dinobatkan sebagai lelaki terseksi 2021 oleh Majalah People.

Tidak lagi mengambil minuman beralkohol dan melakukan diet tanpa karbohidrat serta sentiasa bersenam adalah tip yang menjadi rutin Aktor kelahiran Passaic, Amerika Syarikat untuk kekal sihat dan awet mudanya.

Usia Dah Setengah Abad, 4 Artis Hollywood Ni Masih Aktif & Awet Muda. Ini Rahsianya!
foto: Instagram Paul Rudd
  1. Celine Dion

Céline Marie Claudette Dion atau lebih dikenal dengan Celine Dion adalah seorang penyanyi dan diva pop dunia. Dilahirkan pada 30 Mac 1968, Celine Dion juga turut tersenarai sebagai bintang Hollywood yang awet muda dan sentiasa aktif.

IKLAN
Selain itu:  Wajah Sombong Jung Ho Yeon Jadi Tarikan Squid Game. Ini Fakta Menarik Bekas Peserta Korea's Next Top Model!

Penyanyi lagu My Heart Will Go On itu selalu berkongsi gambar dirinya tanpa sebarang olesan make up namun masih kelihatan cantik dan mempesona. Celine menyatakan bahawa senaman rutin, serta pola makan yang sihat merupakan rahsia awet mudanya.

Usia Dah Setengah Abad, 4 Artis Hollywood Ni Masih Aktif & Awet Muda. Ini Rahsianya!
foto: Instagram Celine Dion
  1. Tom Cruise

Berusia 60 tahun pada tahun ini, bintang utama filem Mission Impossible ini tak nampak seperti usianya. Masih aktif dan menjadi pelakon utama untuk filem-filem hebat, Lakonan Tom dalam filem Top Gun: Maverick masih lagi hebat dan begitu mengujakan para peminatnya.

IKLAN

Uniknya tip yang dikongsikan oleh Tom Cruise ini sebagai rahsia untuk dirinya kekal awet muda. Tom menyatakan bahawa berinteraksi dengan anak-anak muda dapat mempengaruhi dirinya dan membuatnya awet muda.

Usia Dah Setengah Abad, 4 Artis Hollywood Ni Masih Aktif & Awet Muda. Ini Rahsianya!
foto: Instagram Tom Cruise

 

 

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI