Kekal muda dan sihat menjadi impian ramai orang, tambah pula bila usia dah menjangkau setengah abad atau 50-an. Tentu ada petua atau rahsia yang membolehkan seseorang itu kekal muda, sihat dan aktif.
Seperti 4 selebriti Hollywood yang tidak asing lagi ini, meskipun masing-masing sudah melepasi usia 50 tahun tapi masih kelihatan muda dan aktif. Bagi mereka usia hanyalah satu angka dan ia sama sekali tidak mempengaruhi penampilan. Ketahui apa rahsia mereka!
Julia Roberts
Lahir pada 28 Oktober 1967, Julia Roberts merupakan bintang Hollywood yang kelihatan awet muda walaupun sudah berusia 55 tahun. Bintang utama filem Pretty Woman ini memulakan kareernya sebagai pelakon sejak tahun 80-an lagi dan sudah membintangi lebih 60 filem.
Menurut laporan E News, antara rahsia aktres ini kekal muda dan aktif adalah sering melakukan yoga, pilates, berenang dan jump training. Selain itu pemakaian sunscreen juga antara yang menjadi rutin untuk mengekalkan kulit muka sentiasa cantik dan lembap. Julia juga memilih diet makanan sihat dalam menu sehariannya.
Ads
foto: Instagram Julia Roberts
Paul Rudd
Pasti ramai yang tidak sangka, pelakon utama Ant-Man ini sudah berusia 52 tahun. Pesonanya masih terpancar jelas dan kerap tampil persis orang muda. Pada tahun 2021, Paul pernah dinobatkan sebagai lelaki terseksi 2021 oleh Majalah People.
Tidak lagi mengambil minuman beralkohol dan melakukan diet tanpa karbohidrat serta sentiasa bersenam adalah tip yang menjadi rutin Aktor kelahiran Passaic, Amerika Syarikat untuk kekal sihat dan awet mudanya.
foto: Instagram Paul Rudd
Celine Dion
Céline Marie Claudette Dion atau lebih dikenal dengan Celine Dion adalah seorang penyanyi dan diva pop dunia. Dilahirkan pada 30 Mac 1968, Celine Dion juga turut tersenarai sebagai bintang Hollywood yang awet muda dan sentiasa aktif.
Ads
Penyanyi lagu My Heart Will Go On itu selalu berkongsi gambar dirinya tanpa sebarang olesan make up namun masih kelihatan cantik dan mempesona. Celine menyatakan bahawa senaman rutin, serta pola makan yang sihat merupakan rahsia awet mudanya.
foto: Instagram Celine Dion
Tom Cruise
Berusia 60 tahun pada tahun ini, bintang utama filem Mission Impossible ini tak nampak seperti usianya. Masih aktif dan menjadi pelakon utama untuk filem-filem hebat, Lakonan Tom dalam filem Top Gun: Maverick masih lagi hebat dan begitu mengujakan para peminatnya.
Uniknya tip yang dikongsikan oleh Tom Cruise ini sebagai rahsia untuk dirinya kekal awet muda. Tom menyatakan bahawa berinteraksi dengan anak-anak muda dapat mempengaruhi dirinya dan membuatnya awet muda.
foto: Instagram Tom Cruise
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejuk mata memandang melihat air wajah bekas pengacara Majalah 3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain yang terkini dengan bertudung dan berlesung pipit di pipi. Itu jadi ‘bonus’ penyeri wajahnya.
Walau berstatus ibu kepada empat orang anak, tetapi wajahnya tetap kelihatan cantik dengan auranya tersendiri.
Ala-ala wanita Turki pun ya! Meniti usia 38 tahun, wanita kelahiran Seremban, Negeri Sembilan itu sekarang sedang menikmati momen indah seorang ibu.
Namun sesekali ibu muda ini juga dilihat rajin hiking bersama teman-temannya, ini merupakan aktiviti yang bagus untuk jaga kesihatan.
Nurul Syuhada yang berkahwin dengan Raja Amir Shah Raja Azwa di The Binjai On The Park, KLCC, Kuala Lumpur pada 16 Julai 2012 kini dikurniakan empat cahaya mata yang comel.
Sudah lama tidak ke udara, Nurul Syuhada kini sibuk menumpukan kepada keluarga dan aktif di laman sosial Instagram berkongsi perkembangan anak-anak.
Pernah tular sekeping foto yang dimuat naik Nurul Syuhada menarik perhatian warga maya yang rata-rata memuji kecomelan anak-anaknya.
Malah ada yang terpesona dan menganggap anak-anak pengacara itu memiliki genetik menarik lantaran rupa paras yang menawan.
Disebabkan wajah si kecil persis kacukan, ada yang bertanya sekiranya juara Malaysian Top Host 2005 itu atau suaminya memiliki darah campuran Inggeris atau Arab.
Rupanya telahan warga maya tepat kerana cahaya mata bekas pengacara Malaysia Hari Ini itu sememangnya mewarisi darah kacukan dari sebelah bapa mereka.
Suami Nurul Syuhada, Raja Amir berdarah kacukan Melayu-Australia dari sebelah ibunya.
Selama 10 tahun melayari bahtera rumah tangga, Nurul Syuhada dan Raja Amir dikurniakan empat cahaya mata termasuk sepasang kembar iaitu Raja Abdul Mateen dan Raja Nour Emaan, 8, Raja Ahmad Shah dan Raja Aasiya Amaal, setahun.
Kehilangan orang tersayang disebabkan pandemik Covid-19 memang sangat memeritkan. Walau sukar untuk menerima hakikat itu tetapi perlu menghadapinya dengan lebih kuat.
Ini kerana untuk yang masih hidup, perjalanan masih luas dan perlu diteruskan. Ternyata pengalaman bergelar pesakit Covid sekaligus kehilangan orang tersayang akan tetap dikenang sampai bila-bila.
Perkongsian Mazura Shafii di laman Instagram memang sangat menyentuh hati. Dia yang turut positif Covid-19 sebelum itu tidak menyangka virus ini turut membawa cinta hatinya sekali.
Suami tersayang, Hazard Safeei telah dijemput menemui penciptaNya pada 9 Ogos lalu setelah hampir sebulan bertarung melawan Covid-19.
Walaupun berdepan kehilangan yang sukar, dia yang juga menghidap Anxiety perlu bangkit meneruskan kehiduoan di samping empat orang anak cahayamata ditinggalkan.
“Puan, jantung suami puan dah stop..Kami doktor di HDU ni terpaksa buat CPR padanya..kami beri masa hanya dalam 30 minit..harap puan bersabar”..
Allahuakhbar..sekuat mana pun hati seorang isteri tatkala mendapat panggilan seperti itu pastinya hancur berkecai berkeping-keping..mengigil habis seluruh badan.. speechless..
Apatah lagi panggilan trauma itu berlaku di dlm kereta yang sememangnya sedang menuju ke tempat si suami dengan harapan si isteri dapat bisikkan sesuatu sebagai penguat semangat supaya suami terus bertahan.
Zura tak pernah selamanya menduga pengakhiran cinta kita akan menjadi sangat tragik seperti ini..sepanjang abang di hospital selama 22 hari termasuk 9 hari ditidurkan tak pernah sekalipun Zura putus harapan dan percaya bahawa umur abang akan panjang dan dapat menempuhi dugaan kesakitan ini..Zura amat percaya abang akan pulang balik ke rumah..galas semula tanggungjawab menjaga Zura dan anak-anak..tapi harapan itu hanya tinggal harapan yang semakin sirna..
Abang..dalam kepayahan Zura gagahkan juga melangkah kaki ke tempat pengakhiran hayatmu..jauhku rentas negeri abang..besar harapan utk melihatmu dalam keadaan masih bernyawa tapi siapalah Zura untuk menidakkan takdir Allah..
Zura hanya dapat menatap wajahmu waktu abang dah terbujur kaku..Innalillahi wainna lillahi Rajuun.
Abang dah tenang di tempat pembaringan abang..tiada lagi reaksi, tiada lagi nafas turun naik..semuanya kaku, sepi, sunyi….
Ia menyedarkan Zura dari lamunan yang tamatlah sudah urusan abang di dunia..abang pergi dengan redha..tenang muka abang..Zura percaya abang pergi dengan Husnul Khotimah..
Abang berikan senyuman sama seperti waktu hidupnya abang yang memang suka tersenyum dan menceriakan keadaan.. Allahuakhbar.Abang..pergilah..syurga sedang menunggumu..
Tinggalkan sengsara kesakitan di dunia ini..virus covid yang kejam yang menyakitkan tubuhmu, namun ia juga mahkluk Allah..takkan terjadi sesuatu dgn keizinan Allah juga..kesakitan yang abang rasa adalah penghapus segala dosamu dgn izin daripadaNya juga.
Abang sayang..tahun ni genap 20 tahun cinta kita bersemi dengan ikatan perkahwinan..
Namun Allah telah tarik abang daripada gengaman tangan Zura..20 tahun yang bukan sekejap kita cipta memori indah bersama..kini hanya tinggal cebisan kenangan yang sangat-sangat meluluhkan hati Zura sebagai seorang isteri dan ibu..
Abang, Zura tahu abang telah redha dengan takdir ini seusai perbualan kita sebelum abang ditidurkan..sempat lagi abang cantumkan gambar selfie abang dan Zura masa tu..momen mahal tu biarlah Zura simpan dalam hati yg paling dalam..
Abang kata ini takdir hidup abang.. abang tak takut, tenang je rasa..seboleh mungkin Zura cuba sorokkan kesedihan pada masa tu..padahal hanya Allah sahaja yang tahu perasaan ini.
Allahuakhbar, sakitnya sebuah perpisahan..sakit lagi kenangan-kenangan yang ditinggalkan.. segalanya seperti wayang gambar yang sentiasa bermain-main di fikiran dan bersemadi di hati..
Zura ingin berdamai dengan takdir Allah.
Takdir yang telah tertulis di Luh Mahfuz.
Abang bukan kepunyaan Zura selamanya..abang cuma pinjaman kiriman Tuhan utk membahagiakan hidup Zura untuk satu tempoh yang telahpun dimeteraikan..
Sedalam mana pun cinta Zura padamu..Allah lebih sayangkan dirimu..Abang terlalu baik..maka Allah ambil balik apa yang Allah telah pinjamkan pada Zura..Allah juga duga Zura dan anak-anak kerana sayangnya Allah pada kami..
Kami sentiasa dalam permerhatian Dia..Kami dicintai Dia..tidak akan beriman seseorang itu kalau dia tidak diuji dan dia kalah dalam ujian tersebut.
Abang..walaupun kita dah terpisah dunia..kasih sayang cinta kita akan bersemi selamanya.
Zura berkali-kali bisik dalam diri sendiri yang Zura dah redha.redha ditinggalkan.. redha keseorangan hidup tanpa cinta hati..Zura redha menjalani kehidupan dengan 4 orang cahayamata kita..
Abang jangan risau..walaupun sepanjang umur abang bersama Zura..Zura memang nampak lemah, kuat nangis, ada anxiety lagi..yelah mungkin manja sangat dan semuanya mengharapkan bantuan abang..
Tapi Zura dah nekad dengan ketiadaan abang Zura boleh bangun kembali..Zura percaya Allah akan beri kekuatan yang luar biasa pada Zura..
Ini cara Hanis Zalikha jaga badan, hasilnya memang langsing walau berstatus ibu anak dua. Ya, kebanyakan wanita nak tubuh cantik walau sudah punya anak. Namun tak mudah dan perlukan usaha yang keras.
Seperti Hanis sendiri, banyak amalan yang dicuba untuk maintain. Ternyata ibu jelita ini cukup disiplin dan konsisten melakukan amalan ketika berpantang. Patutlah Hanis selalu nampak cantik dan berseri.
Antara yang dikongsikan Hanis ialah amalan pemakanan seimbang, sitz bath untuk membantu penyembuhan luka serta amalan memakai bengkung semasa proses berpantang.
Hanis berada selama seminggu di hospital selepas bersalin. Apa yang dilakukan Hanis semasa di hospital sepanjang tempoh tersebut ialah menjaga pemakanan dan memakai stoking.
Semasa berpantang, Hanis juga mengamalkan meminum susu kurma dan jus kranberi selain minuman lain. Jus kranberi adalah kegemaran selebriti ini. Minuman diminum panas-panas.
Berbengkung diamalkan oleh Hanis. Hanis memakai bengkung yang ditempah khas berserta minyak.
Hanis memakai tiga jenis bengkung ketika berpantang. Sebab itu perutnya cepat kempis.
Menggunakan perkhidmatan perawat pantang amat membantu Hanis dalam tempoh ini. Perawat membantu menguruskan hal berpantang dan menjaga Alisa pada sebelah siang.
Hanis juga berkongsi dia mengambil sajian berpantang yang sama setiap hari. Cuma hanya dua hingga tiga kali sahaja dia bertukar kepada ayam dan daging. Selain dari itu, ikan menjadi pilihan Hanis sepanjang tempoh berpantang.
Hanis yang bersalin secara normal berkongsi caranya menjaga luka bersalin. Dia mengikut saranan doktor iaitu dengan membuat rendaman garam (sitz bath) setiap hari selama dua minggu pertama.
Kata Hanis, ia mudah dilakukan dengan menggunakan air suam dan 2 hingga 3 sudu garam dan larutkan.
Hanis juga mengamalkan mandi herba. Air mandian herba pula disiramkan ke tubuh.
Hanis juga turut berkongsi dia turut mengepam susu badan semasa tempoh berpantang. Tetap sediakan stok untuk kecemasan.
Adat berpantang tidaklah diamalkan secara total oleh Hanis. Ibu dua cahaya mata ini mengamalkan pantang yang sesuai dan banyak merujuk doktor sebelum mula berurutm bertungku, bertangas dan sebagainya.
Antara amalan pantang yang kurang digemari Hanis ialah bertangas. Dia bagaimana pun tetap bersauna bagi memastikan diri berpeluh.
Tuam panas menggunakan botol susu lembut bantu Hanis semasa bengkak susu. Warm compress dilakukan Hanis dengan menggelekkan botol pada dada sebelum urut kemudian baru pam.
Hanis mengakui semasa berpantang adakalanya emosi tidak stabil. Justeru untuk mengawal perubahan emosi, Hanis akan memandang Alisa dan mengucapkan kesyukuran kemudian akan mencium anak keduanya itu.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.