Cukup tersentuh dalam lakonan Risik Pada Hati, pelakon, Ummi Nazeera yang mempunyai wajah tak makan dek usia hebat membahagikan masa untuk keluarga dan diri sendiri.

Namun sibuk dengan kerjaya dan juga keluarga, bukan alasan ibu kepada dua cahaya mata ini untuk menghargai dirinya dengan cara tersendiri.

Ummi Nazeera Bijak Hargai Diri

Pada 8 Jun lepas iaitu kira-kira dua bulan awal dari tarikh hari lahirnya yang ke-33 tahun,  Ummi telah memberi hadiah buat dirinya sendiri berupa sebuah kenderaan MPV mewah berwarna putih.

Ummi Nazeera Bijak Hargai Diri, Sibuk Bukan Halangan Nak Bahagia

Tulis Ummi, “Alhamdulillah! Finally picked up my early birthday present for myself Memandangkan hari ini hari cuti saya, sempatlah pick up. As a mother, my top priority has always been my children.

IKLAN

“I forgot that a happy mother means happy children too. So, I decided to pamper myself and show myself that I love myself with a big gift this year. Weee.. and yes mothers. It feels good! Don’t forget to pamper yourself ok!”

Seronok Melayan Anak-anak

Semakin matang melayari kehidupan dan jelita dalam kelas tersendiri, pelakon wanita berbakat besar ini juga dilihat cukup suka melayan karenah anak-anaknya dan rajin di dapur.

Ummi Nazeera Bijak Hargai Diri, Sibuk Bukan Halangan Nak Bahagia

IKLAN

Apa yang menarik dalam kehidupan rumah tangganya, kelihatan suaminya selalu menemaninya ke majlis tertentu dan ternyata pemilik nama penuh, Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin bahagia dengan keluarga kecilnya itu.

Suami Pandai Beli Jiwa Ummi

Dijodohkan dengan Dr. Mohd. Izzar Anwari, Ummi bertuah kerana suaminya sentiasa peka dengan penampilan dan pantas merapikan semula busana Ummi sekiranya kelihatan tidak kemas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Izzar Anwari (@izzar)

 

IKLAN
Selain itu:  Kulit Maryam Bersih Tanpa Cela, Ini Rutin Nak Cantik Cara Kilat

Izzar juga turut menyarankan golongan suami mempelajari ilmu berkaitan tudung agar membantu isteri mendapatkan bentuk tudung yang kemas dan cantik.

Sekadar info, pada 23 Julai lalu, Ummi menyambut ulang tahun perkahwinan keenam bersama Dr Izzar. Ummi Nazeera sah bergelar suri hati kepada Dr Izzar Anwari pada 23 Julai 2017.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan Ayra Aneesah berusia empat tahun dan Aysha Arsylia berusia dua tahun.

Kredit gambar dan video: Ummi Nazeera

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI