Hari ini Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Melihat kepada personaliti, beliau dianggap individu paling layak memegang portfolio orang nombor satu negara.

Walaupun sering dilihat agak serius setiap kali membuat pengumuman di kaca TV, sebenarnya beliau juga insan yang mudah didekati.

Sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dan beliau juga dikatakan akan meluangkan masa untuk bersarapan pagi bersama isteri tersayang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ismailsabri60 (@ismailsabri60)

Selain itu dalam satu trivia melalui program Borak Kopitiam penghujung tahun lalu, Datuk Ismail Sabri memberitahu sisi peribadinya yang ramai tak tahu.

Suami kepada Datin Seri Muhaini Zainal Abidin dan juga bapa kepada empat  cahayamata, Nina Sabrina, penyanyi Dafi, Nashriq dan Iqbal, Datuk Seri ismail Sabri juga cukup sporting ketika ditanya kedua penyampai berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ismailsabri60 (@ismailsabri60)

IKLAN

Ayuh, kita lihat Trivia Menarik Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob:

1. Menyukai durian Musang King berbanding Udang Merah

2. Memilih persalinan batik daripada suit

3. Memberitahu sepanjang waktu beliau paling produktif kecuali waktu tidur

IKLAN

4. Serangga paling ditakuti adalah ulat.

5. Beliau juga menyukai nasi Lemak berbanding roti canai.

6. Turut memilih helikopter berbanding kereta kebal.

7. Sebagai peminat kelab Chelsea, beliau menyukai Drogba sebagai penyerang.

IKLAN

Sekalung tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Ismail Sabri atas perlantikan sebagai Perdana Menteri ke sembilan. Moga terus berkhidmat untuk kesejahteraan rakyat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ismailsabri60 (@ismailsabri60)

Kredit Foto: Instagram DS Ismail Sabri Yaacob

Artikel Berkaitan:

Bahaya Kuku Tangan Ada Garis Putih Melintang Ketara, Mungkin Petanda Dijangkiti Covid-19

Jangan Makan Kentang Bertunas & Tukar Warna Hijau. Pakar Kimia Jelaskan Bahaya Toksin Di Dalamnya!

Pernah Viral Berusaha Turunkan Berat Badan Hampir 300KG, Wani Comel Meninggal Dunia Akibat Covid-19