Dia yang memulakan diet pada April 2019 ketika beratnya mencecah 104kg. Namun ketika beratnya mencecah 70 kg dia terpaksa berhenti seketika kerana mengandung.
Dan kemudian menyambung semula perjalanan diet selepas 2 bulan melahirkan bayinya.
Buat masa sekarang berat badannya adalah 77 kg dan masih kekal pada angka itu. Menurutnya sebelum itu faktur utama menurunkan berat badan adalah disebabkan masalah period tidak teratur dan kecaman diterima dari orang sekeliling.
Hilang 28KG Dalam Masa 2 Tahun Amal Kaedah Intermittent Fasting
Saya start pada 10 Apr 2019.. masa itu berat 104kg macam tu. Selepas itu sampai berat saya turun 79kg. Saya tak stop.. cuma saya stop kejap masa pregnant lepas melahirkan baby umur 2 bulan saya start semula
Dah lama tak share tips diet. Macam mana aku lost 28kg. From 98kg to 70kg. Ok meh nak citer.
Ok first apa kau kena buat untuk start diet?
Ads
1. ELAKKAN SEGALA MINUMAN BERGULA. Minum air masak je. Tak perlu 2 – 3 liter. Cukup sekadar kau haus, then teguklah air masak. Tak kisahlah air dalam peti, air luar peti, air berais. Semuanya lulus sebab air batu atau air peti tak berkalori. Jangan takut dengan mitos-mitos yang mengatakan bahawa minum air sejuk peti atau berais ni membuncitkan perut. Jangan kau teguk air panas mendidih sudahlah
2. AMALKAN DIET INTERMITTENT FASTING (IF) IF ni macam puasa, tapi bukan macam puasa kita umat islam selalu buat tu. IF ni puasa yang tak boleh makan dan dibenarkan minum sahaja. Itupun minuman tak berkalori. Air kosong!
Kalau ada yang kata, lebih baik kau puasa sunat. Itu terpulang. Pergi main jauh-jauh, jangan memekak islamik bagai kat posting aku
Kau puasa sunat niat nak puasa sunat demi Allah ke demi nak kurus? #sistanyejeh Ok, berbalik kepada topik asal. IF boleh dibuat ikut keselesaan kau. Ada orang buat 12:12 atau 16:8. Apa tu? 12 jam puasa, 12 jam lagi boleh makan. 16 jam puasa, dan 8 jam boleh makan.
Jam yang boleh makan tu jangan kau mentekedarah tanpa henti dalam masa 8 jam atau 12 jam tu. Biarlah berjadual ok.
Ini contoh jadual masa makan untuk IF 12:12 – Sarapan 8 am – Snack 10am – Lunch 1 pm – Snack 5 pm – Dinner 7 pm Selepas pukul 8 pm kau dah tak dibenarkan ambil apa-apa makanan dan minuman berkalori. Cuma air kosong SAHAJA.
3. SARAPAN SEKADAR ALAS PERUT. Pagi-pagi perut masih kosong. Janganlah kau kejutkan dia dengan makanan berat. Nasi lemak, nasi minyak, nasi nasi nasi. Makanlah sekadarnya sahaja. 2 biji telur separuh masak dan 2 keping roti bakar. Atau; Sandwich telur
4. SNACKING Beberapa jam selepas sarapan tu comfirm kau laparkan? Makanlah. Tapi, cukup dengan buah-buahan sahaja dan sekadar alas perut juga. Masa inilah nak latih “makan ketika lapar” Macam tu juga dengan snacking petang.
5. AMALKAN SUKU-SUKU SEPARUH (SSS) Jika kau memilih untuk makan nasi untuk lunch dan dinner amalkan pinggan SSS. Apa tu? – Suku Pinggan Nasi – Suku Pinggan Lauk – Separuh Pinggan Sayur
Jangan gatal tangan repeat pinggan SSS kau tu untuk kedua kali pula. Walauapapun yang terjadi, tolong berhenti makan selepas pinggan SSS kau tu licin. Masa inilah kau nak latih diri kau ‘berhenti sebelum kenyang’.
Ads
6. NO KUIH MUIH OR JUNK FOOD Segala kuih, kek, makanan ringan, makanan segera tolong elakkan. Nak kurus tak? Kau sekolah tak? Nak kurus tolong ikutlah. Tinggalkan sekejap kuih muih, kek, pastry semua tu.
7. SENAMAN Pilihlah apa-apa senaman yang kau mampu. Ringan-ringan saja. Search di Youtube. Buat 30 minit setiap hari.
Ok. Itu saja tips dari aku. Rasanya dah tak ada yang tertinggal kot
Aku bercerita melalui pengalaman aku dan aku bukanlah seorang coach. Jadi kalau tak setuju dengan cara diet aku, itu terserah kau orang. Yang rasa diet aku tak ok untuk kau, sila main jauh-jauh.
Yang rasa diet ni ok, ambil dan amal. Jangan buat pekasam. Sampai bila nak ternak lemak tu? Pastu salahkan aku bagi tips tak menjadi.
Goodluck gais. Enjoy your diet journey Farhana Nazli #tipskurusfarhananazli1
Tular kebaikan minum teh spearmint yang dikatakan buat kulit cantik, jadi inilah masanya untuk mula amalkan!
Rata-rata yang mengamalkan petua ini menjelaskan teh istimewa ini mampu membuatkan kulit mereka jadi lebih bersih. Malah sampai berkaca, kiranya kalau nak kecapi glass skin, amalkan minum teh ini.
Bantu Hilangkan Jerawat
Selepas selidik tentang teh spearmint, ternyata banyak kebaikan jika dijadikan amalan harian. Salah satu untuk masalah jerawat hormon. Sesuai sangatlah buat para gadis yang sentiasa berdepan dengan jerawat setiap kali datang haid. Teh spearmint ini boleh membantu menyelesaikan masalah tersebut.
Baiki Penghadaman
Spearmint adalah herba pudina yang tinggi antioksidan. Ini boleh membantu mengimbangi hormon, menurunkan gula darah dan memperbaiki penghadaman, bahkan juga boleh mengurangkan tekanan dan meningkatkan daya ingatan.
Dipetik dari Byrdie, kajian menjelaskan bahawa teh spearmint mempunyai sifat anti-androgenik, maksudnya boleh mengurangkan pengeluaran sebum. Hal ini baik untuk mereka yang mempunyai kulit berjerawat kerana sebum yang berlebihan boleh mengakibatkan pori-pori tersumbat, kulit berminyak, sehinggalah jerawat.
Berapa lama masa yang diambil untuk teh spearmint membersihkan kulit?
Disyorkan untuk minum sekurang-kurangnya dua cawan teh setiap hari selama sekurang-kurangnya sebulan untuk melihat perubahan pada kulit kamu. Badan akan mengambil masa sekurang-kurangnya 60-90 hari untuk menunjukkan hasil.
Ada kesan sampingan?
Ini adalah pilihan yang selamat, anda boleh mencubanya jika bergelut dengan jerawat hormon. Tidak rugi untuk mencubanya kerana tiada kesan sampingan yang dilaporkan daripada meminum teh spearmint untuk jerawat ini.
Jadi kalau anda nak kulit cantik, teh spearmint adalah remedi semula jadi untuk mengurangkan jerawat hormon.
Baru-baru ini anak kedua kepada pelakon Amyra Rosli telah dimasukkan ke hospital kerana dijangkiti virus Kawasaki.
Keadaan ini amat mencemaskan apabila tahap oksigen menurun hingga Amyra turut meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan Aryssa yang berusia 2 tahun.
Namun begitu dalam perkembangan terkini, Aryssa sudahpun beransur pulih tapi masih lagi dalam pemantauan doktor.
Apa sebenarnya bahaya virus Kawasaki ini hingga boleh menyerang mangsanya terutama kanak-kanak.
Perkongsian di laman twitter MyHeart Community memberikan penjelasan mengenai virus ini yang biasanya menjangkiti budak bawah 5 tahun ke bawah.
Baru-baru ini, anak selebriti Amyra Rosli dijangkiti virus Kawasaki. Virus ini biasanya menjangkiti budak bawah 5 tahun & boleh effect pada jantung.
Apa sebenarnya penyakit ni? Kenapa nama dia macam bunyi2 Jepun? Parents yg ada anak bawah umur 5 tahun kena baca thread ni
Virus Kawasaki pertama kali direkodkan ialah pada tahun 1967 di Jepun oleh Dr Tomisaku Kawasaki. Lebih 75% pesakit Kawaski ialah kanak-kanak berumur bawah 5 tahun & selalu menyebabkab penyakit jantung dalam kalangan kanak-kanak.
Jika pesakit dapat dikesan & dirawat awal, biasanya dapat pulih dalam masa beberapa hari. Penyebab utama virus ini masih tak dpt dikenalpasti tapi penyakit ini tak berjangkit.
Ini adalah tanda & simptom virus kawasaki:
1. Demam panas antara 38.3-39.4 melebihi 4 hari & tak sembuh dengan ubat demam biasa. Simptom lain akan muncul dalam tempoh 14 hari sejak demam bermula.
2. Kelenjar membesar terutamanya di leher
3. Tangan atau tapak kaki membengkak & menjadi kemerahan
4. Konjunktivitis, iaitu mata merah tapi tak berair
5. Lidah merah & bengkak serta pecah bibir
6. Ruam yang sangat teruk pada kulit
7. Kemerahan pada tempat suntikan BCG
8. Kulit terkupas pada hujung jari tangan & kaki selepas 2 minggu.
Gambar sekadar hiasan.
Simptom virus ini datang dalam 3 peringkat. Virus ini boleh menyebabkan masalah jantung pada hari ke 10-14 selepas simptom pertama bermula.
Sesetengah pesakit mengalami radang atau sakit sendi antara masa demam berakhir sampai hari ke 25 virus ini muncul. Virus ini juga boleh berterusan sampai 8 minggu.
Bila perlu jumpa dengan doktor?
Jika parents lihat suhu badan anak sangat tinggi dalam satu tempoh yang lama & tak sembuh dengan makan ubat demam & anak ada salah satu dari simptom Kawasaki, segeralah berjumpa dengan doktor terutamanya lika baby berumur bawah 1 tahun.
Virus ini tak dapat dielak tapi pesakit biasanya akan pulih sepenuhnya dalam 6-8 minggu tapi pesakit masih boleh develop complications.
Lagi cepat pesakit mendapatkan rawatan adalah lebih bagus. Intravenous immunoglobulin (IVIG), a solution of antibodies, and aspirin adalah antara 2 rawatan utama yang digunakan untuk merawat Kawasaki disease.
Moga setiap anak & ibu bapa yang diuji dengan kesakitan ini, diberikan kekuatan dan ketabahan oleh Tuhan.
Jangan lupa follow @MyHeartAssoc untuk tahu lebih banyak tentang isu kesihatan di negara kita.
Lama tidak kelihatan pelakon wanita, Raja Farah di kaca TV, rupanya sekarang dia fokus keluarga dengan mendidik anak-anak di rumah.
Jika dulu, dia cukup aktif dalam industri seni apabila berjaya melonjakkan namanya menerusi lakonan, pengacaraan dan juga model.
Sepanjang pembabitannya sebagai anak seni, Raja Farah sudah membintangi banyak drama dan filem. Ini termasuklah drama Durrani, Manjalara, Gadis Dari Bintang serta filem Apa Kata Hati, Anak Halal, Sal dan Aku Masih Dara.
Sejak mendirikan rumah tangga, dia yang pernah popular dalam filem Haq ini seakan sepi daripada karier seni dan lakonan.
Lebih-lebih lagi apabila sudah bertukar status dan galas tugas ibu dan menjadi insan lebih baik serta menikmati bahagia di samping keluarga. Kini tumpuan Raja Farah pastinya kepada anak-anak tersayang dan suami tercinta.
Untuk rekod, Raja Farah dilahirkan pada 5 Julai 1988 dan kini berusia 35 tahun. Dia mendirikan rumah tangga bersama Iskandar Ismail pada 6 September 2015 dan kehidupan pasangan ini lebih bermakna dengan kehadiran tiga cahaya mata iaitu dua lelaki dan seorang perempuan.
Tiga anak Raja Farah dan Iskandar Ismail ialah Imran, Ilham yang berusia empat tahun dan anak bongsu juga puteri kesayangan, Intan yang genap berusia setahun pada 17 Jun lepas.
Raja Farah mula dikenali sebagai model iklan komersial TV menerusi iklan Beras Floral. Selain berlakon, dia juga berbakat sebagai pengacara TV dan pernah mengendalikan program Voice Out dan Suara Emas Bintang RTM 2007.