Siapa sangka sebelum itu hampir 10 tahun pemilik lagu Tapak Sulaiman, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal menderita kanser limfoma tahap empat.

Sepanjang tempoh itu pelbagai dugaan terpaksa dihadapi berdepan kesukaran sebelum munculnya cahaya kegembiraan.

Ternyata berita gembira penuh kesyukuran diterima akhir Disember lalu memberikan sinar kebahagiaan bukan saja buat dirinya, tetapi suami, Khairul Anuar Husin dan anak-anaknya, Cinta Sumayyah, 11 tahun dan Cahaya Ramadhani, 3 tahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elyana Emrizal (@elyanaofficial1)

“Apabila doktor maklumkan kanser saya sudah hilang, rasa tak percaya, seperti mimpi. Apa yang doakan selama ini akhirnya menjadi kenyataan.

“Saya sangat gembira, sebak. Inilah yang orang kata ‘sabarlah setiap ujian pasti akan ada pelangi di hadapan’. Inilah yang pelangi yang saya nanti-nantikan selepas 10 tahun bertarung dengan kanser.

“Malah anak saya, Cinta turut sama teruja dan gembira. Sehingga ada ketika dia rasa tidak percaya serta bertanya kepada saya, sama ada betul ke saya sudah bebas kanser,” ujar Elyana ketika ditemui pada konsert separuh akhir Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad.

Pada konsert separuh akhir itu, Elyana merupakan antara penerima sumbangan Kongsi Rezeki berjumlah RM10,000 daripada penaja rasmi GV8, Farm Fresh.

IKLAN

Selain Elyana, beberapa bekas peserta GV lain iaitu Ayai Ilusi, Bad Indigo, Roy dan wakil keluarga Allayarham Gmie Screen turut menerima sumbangan tersebut.

Tambah Elyana, berita gembira yang diterima itu memberi peluang buatnya untuk melunaskan impian yang diharapkan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elyana Emrizal (@elyanaofficial1)

“Saya percaya setiap apa yang kita fikir, cakap, itu semua doa. Jadi saya selalu impikan untuk hidup lama supaya dapat menemani anak saya sampai dia besar, sehingga ada yang mampu menjaganya sama seperti saya menjaga.

“Malah Cinta juga selalu berkata, dia berharap saya boleh menjadi ibu normal seperti ibu orang lain, iaitu ibu yang tidak sakit dan boleh menemani dia ke mana sahaja.

IKLAN

“Selama ini, banyak aktiviti dia terpaksa lakukan sendiri atau jadi dia mahu rasa seperti kawan sebayanya yang ditemani ibu,” jelasnya yang masih perlu menjalani empat sesi kimoterapi bermula Februari ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elyana Emrizal (@elyanaofficial1)

Bantu Beri Inspirasi Pada Orang Lain

Bukan itu sahaja, pelakon Dunia Baru itu berharap dapat memberi inspirasi kepada orang lain untuk meneruskan kehidupan.

“Selain itu, saya nak sihat untuk memberi inspirasi kepada semua individu yang sedang bertarung nyawa.

“Sebelum ini ada ketikanya bila saya tidak gembira, saya lawan untuk nampak kuat dan gembira, supaya saya boleh beri inspirasi kepada orang lain.

IKLAN

“Bila mereka gembira, secara tidak langsung saya juga merasainya sama,” ujarnya yang akan tampil dengan sebuah single baharu tidak lama lagi. Lagu tersebut akan menceritakan kisah perjuangan hidupnya selama 10 tahun itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elyana Emrizal (@elyanaofficial1)

Kredit Foto: Instagram Elyana

Artikel Berkaitan:

Setahun Tiada Selera Makan & Pernah Tumpah Darah. Pengalaman Elyana 10 Tahun Hidap Kanser!

Berat Kembali Turun 35KG, Elyana Akui Setiap Hari Rasa Sakit. Mohon Diberi Semangat Luar Biasa!

Lepas 11 Tahun Berjuang, Elyana Kongsi Berita Gembira Kini Bebas Kanser Limfoma