Siapa sangka sebelum itu hampir 10 tahun pemilik lagu Tapak Sulaiman, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal menderita kanser limfoma tahap empat.
Sepanjang tempoh itu pelbagai dugaan terpaksa dihadapi berdepan kesukaran sebelum munculnya cahaya kegembiraan.
Ternyata berita gembira penuh kesyukuran diterima akhir Disember lalu memberikan sinar kebahagiaan bukan saja buat dirinya, tetapi suami, Khairul Anuar Husin dan anak-anaknya, Cinta Sumayyah, 11 tahun dan Cahaya Ramadhani, 3 tahun.
“Apabila doktor maklumkan kanser saya sudah hilang, rasa tak percaya, seperti mimpi. Apa yang doakan selama ini akhirnya menjadi kenyataan.
“Saya sangat gembira, sebak. Inilah yang orang kata ‘sabarlah setiap ujian pasti akan ada pelangi di hadapan’. Inilah yang pelangi yang saya nanti-nantikan selepas 10 tahun bertarung dengan kanser.
“Malah anak saya, Cinta turut sama teruja dan gembira. Sehingga ada ketika dia rasa tidak percaya serta bertanya kepada saya, sama ada betul ke saya sudah bebas kanser,” ujar Elyana ketika ditemui pada konsert separuh akhir Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad.
Pada konsert separuh akhir itu, Elyana merupakan antara penerima sumbangan Kongsi Rezeki berjumlah RM10,000 daripada penaja rasmi GV8, Farm Fresh.
Ads
Selain Elyana, beberapa bekas peserta GV lain iaitu Ayai Ilusi, Bad Indigo, Roy dan wakil keluarga Allayarham Gmie Screen turut menerima sumbangan tersebut.
Tambah Elyana, berita gembira yang diterima itu memberi peluang buatnya untuk melunaskan impian yang diharapkan.
“Saya percaya setiap apa yang kita fikir, cakap, itu semua doa. Jadi saya selalu impikan untuk hidup lama supaya dapat menemani anak saya sampai dia besar, sehingga ada yang mampu menjaganya sama seperti saya menjaga.
“Malah Cinta juga selalu berkata, dia berharap saya boleh menjadi ibu normal seperti ibu orang lain, iaitu ibu yang tidak sakit dan boleh menemani dia ke mana sahaja.
Ads
“Selama ini, banyak aktiviti dia terpaksa lakukan sendiri atau jadi dia mahu rasa seperti kawan sebayanya yang ditemani ibu,” jelasnya yang masih perlu menjalani empat sesi kimoterapi bermula Februari ini.
Bukan itu sahaja, pelakon Dunia Baru itu berharap dapat memberi inspirasi kepada orang lain untuk meneruskan kehidupan.
“Selain itu, saya nak sihat untuk memberi inspirasi kepada semua individu yang sedang bertarung nyawa.
“Sebelum ini ada ketikanya bila saya tidak gembira, saya lawan untuk nampak kuat dan gembira, supaya saya boleh beri inspirasi kepada orang lain.
Ads
“Bila mereka gembira, secara tidak langsung saya juga merasainya sama,” ujarnya yang akan tampil dengan sebuah single baharu tidak lama lagi. Lagu tersebut akan menceritakan kisah perjuangan hidupnya selama 10 tahun itu.
Baru-baru ini tular dengan kisah air mineral yang dikatakan mahal berbanding jenama biasa.
Harganya sebotol berharga RM4.50 dan dianggap harga ‘kayangan’ yang hanya diminum oleh golongan atasan.
Kenapa agaknya air mineral jenama Evian ini mahal dan jadi pilihan ramai berbanding jenama lain.
Dikatakan air mineral ini mahal kerana qualiti yang baik dan bagus untuk kesihatan.
1. Baik Untuk Tulang, Jantung & Mampu Turunkan Berat Badan
Ia kaya dengan kalsium dan magnesium yang akan membuatkan tulang kuat, peradaran jantung yang baik dan membantu untuk menurunkan berat badan.
2. Dari Sumber Semula Jadi
Ia adalah daripada sumber air semula jadi yang bukan sahaja menghilangkan dahaga malah membantu tubuh menjadi lebih sihat.
3. Pengiktirafan Dari Segi Kesihatan & Brand ‘Awareness’
Air mineral Avian mendapat pengiktirafan dari segi kesihatan dan brand awareness tidak seperti jenama lain. Bukan sahaja dia melabur dalam pemasaran, namun dalam pelbagai acara termasuk Terbuka AS dan Wimbledon.
4. Air Dari Perancis
Ia datang dari wilayah tenggara Perancis, Rhone-Alpes. Harga air sedikit sebanyak meliputi kos pengedaran global.
Jika di Perancis atau bahagian lain negara Eropah, air ini mungkin lebih murah daripada harga di Malaysia. Namun untuk sampai ke negara-negara di Asia Tenggara, kos untuk mengedar jenama air Evian ini akan menjadi lebih mahal.
5. Botol Dari Bahan Kitar Semula
Demi melindungi bumi, Evian menggunakan botol dari bahan yang mudah dikitar semula. Website mereka mengatakan botol diperbuat daripada polyethylene terephathalate (PET) yang mempunyai proses pembuatan kompleks. Kosnya juga agak mahal untuk menghasilkan botol dengan kualiti 100% PET.
Kulit Kering Dan Jeragat, Guna 4 Barang Ini Je Untuk Pulihkan
Saya nak bagi review untuk newbie yang baru nak mencuba ya. Saya pengguna 4 produk ni.
Produk ini sesuai untuk kulit kering ya. Kulit kering ini biasanya akan ada masalah jeragat, dark spot.
1.Cleanser SENKA
Jenis berbuih yang padat dan byk. Melembap kulit ada double hyaluronic asid. Picit sikit dah cukup. Saya picit macam biji kacang kecil tu. Memang sesuai lah kalau nak jimat banyak. Saya beli harga Rm16 di Guardian.
2. Essence COSMODERM MERAH NO.2
Essence ni dia macam serum tapi kepekatannya cair sikit. Tapi tidak lah cair sangat macam toner. Fungsi 3x melembapkan kulit dan untuk lifting dan firm kulit wajah kita. Bagus sangat saya suka pakai terus meresap dalam kulit. Dalam ini ada bahan Retinol ya. Saya guna tak ada rasa pedih. Yang best bau dia dan cepat meresap tu paling penting. Ada halal jakim lagi. Saya beli ni Rm22 di Guardian.
3. Serum DARK SPOT AXIS – Y
Kulit muka saya memang banyak dark spot. So saya baru cuba produk ni baru 3 hari. Serum ni pun best juga cepat meresap dalam kulit. Boleh dapat di drugstore, shopee atau TikTok.
4. Sunscreen AQUA
Memang jatuh cinta dengan produk aqua ni. Lama dah cari serum yang sesuai dengan kulit muka. Bagi muka saya cerah dan ton sekata. Memang tak tinggal lah sunscreen ni. Kadang malam pun rasa nak pakai je. Best tekstur dia meresap terus dalam kulit tak ada whitecaste bagai tu. Elok la.. saya beli RM35 Guardian.
Ini saya pakai siang ikut step 1234. Malam add on mosturizer Aiken ganti dengan sunscreen. Ini review jujur dari hati.
Hah, macam menarik, bukan? Selepas ini boleh lah jadikan salah satu koleksi di atas meja mekap anda!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bermacam-cara cara diet yang diamalkan bagi mereka yang mengalami masalah kenaikan badan mendadak untuk mendapatkan berat ideal.
Apatah lagi jika usia makin bertambah, semakin digalakkan untuk menjaga kesihatan terutama pemakanan bagi mengelak datangnya pelbagai penyakit.
Jika suami kepada Faezah Elai hanya makan 12 biji terus sehari, cara sama diamalkan seorang lagi pelakon drama, Shah Jaszle yang juga mengamalkan pemakanan sihat.
Dalam artikel di Astro Gempak, pelakon ini mendedahkan dia berjaya turunkan berat badan sebanyak 16 kilogram hanya dalam tempoh 23 hari sahaja.
“Setiap kali sebarang produksi mencadangkan nama saya kepada stesen televisen, mereka akan bertanyakan saiz tubuh pada waktu berkenaan. Justeru, atas nasihat kawan-kawan saya ambil keputusan untuk berdiet.
“Malah peminat juga tidak kenal saya apabila berat badan berisi. Namun sekarang saya sudah mendapat berat ideal,” katanya mengakui tidak mudah untuk mengamalkan gaya hidup sihat.
Apatah lagi di rumah isterinya akan masak masakan sedap dan menyebabkan dia terpaksa lawan keinginan untuk makan dan hadkan pengambilan kalori.