
Siapa tidak kenal dengan anak kepada penyanyi Jamal Abdillah, Osama Yamani yang juga turut terbabit dalam bidang seni.
Sebelum ini dia yang muncul dalam program Big Stage melihat penampilan fizikalnya yang agak berisi.
Tetapi kini penampilan Osama Yamani sudah berubah apabila berjaya mencapai berat badan ideal selepas dua tahun mengamalkan diet dan pemakanan sihat.
Artikel Lain: Lepas 5 Bulan Bebas Kanser Tahap 4, Berat Elyana Kini Makin Bertambah. Akui Makin Sihat & Ceria!
Menurut Osama, dia mengambil inisiatif untuk menguruskan berat badan bagi menjaga imej dan keterampilannya sebagai seorang penyanyi.
Kalau dulu berat badannya mencecah 89kg dan kini sudah turun kepada 75 kg di mana berjaya melenyapkan 14 kg dalam masa setahun. Tambahnya lagi diawal-awal dulu berat cecah 69kg sahaja.
Walaupun bulan puasa, tetapi tidak menjadi masalah buat penyanyi berusia 21 tahun ini untuk kekal berdisiplin menjaga diet pemakanannya.
“Sebenarnya saya amalkan pemakanan dengan mengurangkan gula dan jaga waktu pemakanan. Biasanya malam memang saya tidak makan.
Artikel Lain: Dr Izzar Terangkan Penyakit Kawasaki, Boleh Sebabkan Komplikasi Pada Jantung Kanak-Kanak
“Tetapi apabila bulan Ramadan, sebenarnya lagi membantu diet saya sebab waktu makan cuma sekali sahaja.
“Biasanya kalau saya nak makan dalam pukul 10 malam ke atas pun saya hanya ambil makanan seperti bubur sahaja,” kata anak kepada Raja Pop Datuk Jamal Abdillah.
Sumber: Media Hiburan
Artikel Lain: Makan Bersukat & Berjalan Seribu Langkah, Rahsia Wanita Ini Turun Berat Badan Dengan Cepat!
Lepas 9 Bulan Diet, Berjaya Dapat Berat Ideal. Gadis Kongsi Menu Sihat Seminggu Diamalkan!

Setiap dari kita pastinya mengimpikan bentuk badan ideal untuk membantu penampilan agar tampil lebih menarik.
Namun disebabkan beberapa faktor, kadang kala apa yang diimpikan tidak kesampaian.
Walau begitu, ia bukan jadi alasan untuk terus putus asa mencuba, sebaliknya mereka yang mempunyai masalah berat badan akan cuba mendapat mencari penyelesaian terbaik.
Artikel Lain: Makan Portion Kecil. Jurulatih Kecergasan Ini Kongsi Tip Elak Badan Naik Syawal Nanti!
Seperti perkongsian wanita ini, Connie Roxanne Jiwin yang memberitahu dia melakukan perjalanan diet bermula May 2020 dengan berat badan sebelum 124 kg.

Dan kini setelah setahun 9 bulan, dia akhirnya berjaya menurunkan berat badan lebih 60kg dengan berat terkininya adalah 62.4kg.
Dia masih lagi mahu mencapai berat diimpikan iaitu sekitar 57kg.
Ayuh, ikuti perkongsiannya yang boleh dijadikan panduan bagi mereka yang mahu menurunkan berat badan cara lebih sihat dan selamat.
Turut diberikan adalah perkongsian menu seminggu yang diamalkan sepanjang proses diet.
Setahun Turun 60Kg, Ini Menu Seminggu Diamalkan
I started my diet on May 2020 and my weight was 124kg . Now only weigh 61.6kg .. Total lost for 1 YEAR and 9 MONTHS is 62.4KG .EFFORTS WILL NEVER BETRAY THE RESULTS. Trust me ..!! Road to 57kg .
By the way ini tips diet masa mula start diet . Memandangkan banyak yang menanya menu diet saya, jadi saya kongsi di sini .
Artikel Lain: Wanita Gembira Dapat Berat Ideal Tanpa Guna Produk. Kongsi Menu Diet Sihat Diamalkan!
And saya buat treadmill workout(masa ni dapat berjalan atas treadmill saja sebab badan masih berat untuk berlari.) masa mula-mula dulu lepas tuu sudah turun belas-belas kilo baru saya buat kettlebell workout and lastly dumbbell workout .

*Menu Diet*
Monday
– Breakfast : Fruits & boiled egg or oat
– Lunch : Wholemeal bread, chicken meat (breast skinless ) or fish fillet… (boiled or steam)
– Dinner – Chicken salad or fish salad
Tuesday
– Breakfast : Same as monday
– Lunch : Same as monday
– Dinner : 3 boiled egg salad & fruits ( green apple or orange)
Wednesday
– Breakfast (Same as monday)
– Lunch : Wholemeal bread + low fat cheese with tomatoes (make sandwich)
– Dinner : Salad + chicken atau fish fillet
Thursday
– Breakfast (Same as monday)
– Lunch : Fruits
– Dinner (Same as wednesday)
Friday
– Breakfast (Same as monday)
– Lunch : Sandwich tuna (in water)
– Dinner : Salad and 3 boiled egg
Saturday
– Breakfast : Same as monday
– Lunch : Salad + chicken or fish fillet
– Dinner : Fruits
Sunday
– Breakfast : Same as monday
– Lunch & Dinner : Veggies and chicken or fish fillet (steam)
Artikel Lain: Guna Kaedah Intermittent Fasting Untuk Capai Berat Ideal. Akhirnya Gadis Ini Teruja Gayakan Baju Raya!
Individu Cacat Atau Normal? Ini Fakta Menarik & Kelebihan Tersendiri Pemilik Si Tangan Kidal!

Hari ini sempena 13 Ogos cukup istmewa untuk mereka yang menggunakan tangan kiri kerana merupakan Sambutan Hari Kidal Sedunia.
Namun sebenarnya kita yang normal ini tertanya-tanya adakah mereka ini selesa bekerja menulis dan melakukan apa saja menggunakan tangan kiri bukan kanan.
Adakah mereka ini dikategorikan sebagai insan cacat. Apakah pula kelebihan mereka yang dianugerahkan Tuhan menggunakan tangan kiri untuk melakukan semua tugasan.
Ini adalah antara fakta menarik orang tangan kidal atau left handed yang memilih 13 Ogos bagi meraikan individu bertangan kidal sejak 1976 lagi.
1. Tangan Kidal & Struktur Otak
Buat pertama kalinya, satu kajian terbaharu telah mengenal pasti bahagian genom yang berkaitan dengan tangan kidal dan mengaitkan kesannya terhadap struktur otak. Kajian dilakukan oleh Universiti Oxford tersebut telah mengaitkan perbezaan genom itu dan hubungannya dengan sambungan antara kawasan otak yang berkaitan dengan bahasa.
Kajian tersebut mengenal pasti beberapa varian genetik yang berkaitan dengan tangan kiri dengan menganalisis genom 400,000 individu dari UK Biobank. Seramai 38,332 daripada mereka adalah individu yang bertangan kiri.
Sebanyak 3 daripada 4 bahagian genom yang dikenal pasti berkaitan dengan penglibatan protein dalam pembangunan dan struktur otak. Secara khusus, protein ini berkaitan dengan microtubules, yang merupakan sebahagian daripada perancah di dalam sel, yang disebut sitoskeleton. Sitoskeleton membimbing penghasilan dan fungsi sel-sel dalam badan.
Para penyelidik telah mendapati, kesan genetik ini dikaitkan dengan perbezaan struktur otak dalam saluran bahan putih, yang mengandungi sitoskeleton otak yang bergabung dengan kawasan yang berkaitan dengan bahasa.
2. Tangan Kidal & Bahasa
Menurut Dr Akira Wiberg, bagi mereka yang bertangan kidal, bahagian bahasa yang berada di sebelah kiri dan kanan otak berkomunikasi antara satu sama lain dengan cara yang lebih terarah.
Ini menimbulkan kemungkinan yang menarik untuk penyelidikan masa hadapan yang mungkin menunjukkan kelebihan mereka yang bertangan kiri dalam melakukan perkara-perkara berkaitan lisan.
Bagaimanapun, perlu juga diingat bahawa perbezaan ini hanya dilihat sebagai satu jumlah purata sebahagian besar individu yang diteliti. Tidak semua mereka yang bertangan kiri akan mempunyai kesan yang sama.
3. Adakah Mereka Ini Pelik?
Siapa cakap bahawa mereka yang bertangan kiri ini pelik? Mereka mungkin golongan yang jarang dijumpai dan sedikit pelik di mata anda. Akan tetapi, mereka juga mungkin mempunyai penguasaan pertuturan dan bahasa yang lebih baik berbanding mereka yang bertangan kanan.
Pokok pangkalnya, jangan wujudkan perbezaan antara mereka yang bertangan kanan atau kidal. Kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri dan tiada siapa yang lebih kurang berbanding orang lain.
4. Yakin Capai Impian
Menurut penelitian, individu kidal lebih kreatif dan imaginatif. Mereka percaya pada impian dan lazimnya yakin mampu memenuhi mimpi dan aspirasi mereka.
5. Anak Kidal Lebih Peka
Laporan dibentangkan Pusat Perubatan Universiti Georgetown, Amerika Syarikat menyebut pendengaran anak kidal lebih tajam. Mereka mampu membezakan jenis suara dengan baik.
Itu berbeza dengan anak dominan tangan kanan yang lebih dinamik dan mudah berubah hingga tidak sensitif dalam membezakan jenis suara.
6. Lebih Penakut
Ini ada satu fakta yang ditemukan oleh Persatuan Psikologi British yang membuat penelitian terhadap beberapa orang kidal dan mereka yang dominan tangan kanan.
Semua responden diminta menonton filem seram. Hasilnya, kanak-kanak kidal mengingati dengan jelas setiap adegan yang menyeramkan dalam filem dan cenderung mengalami trauma.
7. Cepat Pulih Daripada Strok
Tak hanya itu, penelitian juga mengungkap, orang yang kidal biasanya lebih cepat pulih daripada strok. Meskipun alasan yang sebenarnya masih belum diketahui, diyakini bahawa orang kidal dapat menggunakan tangan non-dominan mereka dengan cara yang lebih baik, yang membuat mereka pulih daripada penyakit itu.
8. Multitasking
Orang kidal juga dikatakan sebagai seorang multitasking. Ini kerana menggunakan tangan kiri memaksa otak anda untuk berfikir dan respons dengan cepat. Para pengkaji telah menemukan bahwa ketika ada diskusi antara orang kidal dan tangan kanan, orang kidal dapat merespons lebih cepat.
9. Ingatan Tajam Atau Pintar
Mereka yang berasal daripada keluarga orang kidal cenderung memiliki ingatan yang lebih baik. Padahal, individu itu sendiri tidak kidal tetapi keluarga merekalah yang orang kidal.
Otak si kidal dikatakan lebih berstruktur, menjadikan kemampuan intelektualnya lebih tinggi dalam pelbagai bidang. Mensa, sebuah organisasi yang menghimpunkan pemilik IQ tertinggi di dunia menyatakan sekurang-kurangnya 20 peratus ahlinya adalah kidal.
10. Mudah Berubah Mood
Segelintir daripada mereka tidak mempunyai keseimbangan dalam memproses emosi di otak kanan dan kiri. Anak kidal mudah berubah mood dan lebih sensitif.
11. Membuat Keputusan Lebih Baik
Orang kidal membuat keputusan yang lebih baik. Menurut para ilmuwan, orang kidal meluangkan waktu untuk hal-hal yang tidak mereka fahami dan mereka cenderung memikirkan konsekuensinya. Ini membuat mereka menjadi pengambil keputusan yang lebih baik.
12. Kreatif
Sebahagian besar daripada mereka lebih berbakat dalam bidang seni dan artistik. Itu fakta yang ditemukan dalam satu hasil kajian terhadap lebih 2,000 orang kidal.
13. Lebih Baik Di Bidang Olahraga
Tahukah anda bahawa 25 peratus pemain besbol Liga Utama adalah orang kidal? Satu penelitian yang dilakukan pada tahun 2006 mengungkapkan bahawa orang kidal cenderung memiliki reaksi yang lebih cepat daripada orang yang tidak kidal.
Sumber: HelloDoktor & Sinar Plus
Artikel Berkaitan:
Sebagai Lambang Kesucian. Mas Aliza Anggun Gayakan Busana Warna Putih Di Majlis Pernikahan!
Pantang 100 Hari, Rahsia Siti Nurhaliza Kembali Langsing & Hilang 20 KG Lepas Lahirkan Anak Kedua
Hilangkan Tumit Kaki Merekah, 5 Minit Je Hasilnya Terus Bersinar. Hanya Guna 2 Bahan Dapur Je!
Gembira Dah Tak Alami Gastrik & Migrain. Hanya Guna Kaedah Defist Kalori, Rahsia Kurus Wanita Ini!

Bukan semua mereka yang berhasrat untuk kurus adalah kerana mahu tampil cantik semata-mata, tetapi kerana masalag kesihatan dialami.
Bayangkan sebelum ini mengalami masalah seperti gastrik, pedih ulu hati, migrain dan tumit pecah.
Tetapi selepas perjalan diet yang betul berjaya mendapat berat ideal dan tiada lagi berdepan masalah kesihatan.
Artikel Lain: Makan Bersukat & 10 Ribu Langkah, Rahsia Wanita Ini Turun Berat Badan Dengan Cepat!
Perkongsia sahabat grup Diet Suku-Suku Separuh, Lili Intan Payung memberitahu method diet digunakan sehingga berjaya melenyapkan 22 kg dalam masa tidak kurang setahun.
Turun 22KG Hampir Setahun Amal Diet Sihat
22.2.2022(cantik tarikh harini kan,happy birthday Lili Intan Payung ,im proud of you!)
32kg lost genap umur 32 (insyallah)
22kg lost dalam 3 bulan 1 tahun lebih (start diet oktober 2020)
Daripada 82kg – 60kg
Daripada obese kelas 2 – overweight(sikit lagi nk ke normal weight)
Tinggi 150cm


Pemakanan
– Defisit kalori(pahamkan betul2 your bmr,dcr&dci),suku2 separuh,intermittent fasting, rajin puasa sunat Isnin & Khamis)
– Dalam setiap meal pastikan ade makronutrient (karbo,protein,fiber(buah&sayur) dan mikronutrien(vitamin&mineral)
– Lebihkn protein, lebihkan fiber, kurangkan karbo (kurangkan bukan cut)
– Biasakan makan dulu protein & fiber, last baru makan karbo (teknik ini yang saya amalkan untuk capai saya punye saiety(kepuasan) bila makan.
– Tak cut gula, tak cut garam, tak cut minyak,makan ape saje janji dlm defisit kalori (tapi kena tengok jugak makro & mikronutrientnye)
Minum banyak air kosong
Artikel Lain: Amal Makan Pisang Untuk Kembali Langsing. Kisah Diet Wanita Ini Jadi Sumber Inspirasi!


Senaman
– Lebihkan senaman beban(weight,strenght,resistance training)sy wajib buat senaman beban 3 or 4 kali seminggu(anggaran masa 1jam or 1jam lebih)
– 10k steps (cara saya untuk dapatkan 10k steps kalau tak joging kat luar, sebab jenis jarang keluar rumah, pagi lepas subuh jalan keliling rumah untuk dapatkan 3 ribu steps,athen lepas buatkan sarapan untuk mak, mula senam, ikut utube yang walk2 tu(joanna soh&leslie sensone) dapatkan lagi dalam 3ribu steps or 5 ribu steps, kalau tak cukup lagi, time masak tengahari cuba lg dptkn sampaikn cukup 10k steps or bahagikan pagi n petang,tp biasa pagi dah capai dah 10k steps tu
– Tak semua org mampu berlari,sy pon hanya brisk walk or slow jog je or jalan lenggang kangkung janji dapat 10k steps.

Apa yang saya dapat lepas dah lost 22kg dalam setahun lebih;
– Lebih sihat & fit ,hadiah paling bernilai birthday tahun ini, tak cepat penat buat kerja, badan rasaa ringan, senang bergerak, tak cepat mengah, tak cepat letih,(sangat beza rasa dulu & sekarang, dulu buat apa-apa mesti cepat letih, joging 2km pon balik muntah, migrain, tapi tak sekarang, memang lain sangat rasanya,syukur alhamdulilah)
– Untuk ksihatan mental & fizikal(perbezaan bila kerap senam,release tension & boost happy mood)
– Nak senang beribadat sebab dulu pernah mengah time solat
– Nak senang pilih baju/seluar,sbb dulu susah nak pilih baju sbb pilihan baju/seluar yang ade,nak jugak pakai baju cantik-cantik, sekarang dah senang hati nak pilih baju sebab semua dah boleh pakai, baju makin lama makin longgar
– Dulu kerap gastrik, pedih ulu hati, tumit pecah, migrain, sekarang jarang dah rasa semua tu, syukur alhamdulilah
– Moga dapat teruskn journey jaga makan & senam ini sepanjang hidup in syaa-Allah, cabaran memang akan ada tu willpower kene kuat

Tips paling penting
– KONSISTEN!
– KUAT MENTAL&FIZIKAL
– SMALL PROGRES STILL A PROGRES
– JANGAN PUTUS ASA&SABAR
– LOST WEIGHT JOURNEY BUKAN PERTANDINGAN SIAPA KURUS DULU,SIAPA MAKAN NASI PALING SIKIT TAPI PERTARUNGAN DENGAN NAFSU SENDIRI,MENTAL,NAFSU&WILLPOWER KENE KUAT.
– CARI ILMU(ni lg penting sebenarnye,xkira apa jenis diet yg anda amalkan, pastikan ada ilmu sebelum buat, search je ilmu@info diet, pemakanan, senaman, melambak je kat social media tapi pastikan daripada sumber yang betul & sahih bukan merapu)

Boleh follow dorang ni untuk dapat lebih bnyak ilmu mengenai diet&senaman,dengan folow dan amalkan ilmu dorang bagi la saya berjaya lost 22 kg,tips semua org leh bagi, tapi ilmu hanya yang betul2 berilmu je boleh bagi, dari segi penyampaian saja dah boleh tahu die berilmu atau x;
Sam Abd Rahman Daniel Lee Han Yuan Muhida Mahmood,eda sharip,farah wahid dpgfitnes,jennie yafee,mohd khairul azwan,syaza nutrionist,taufiq tajuddin,rafsanjaini zainal,izzat mazlan,hanisah abdullah,amar osem,bob harun,wes kono,coach shazly(try tag tapi xkeluar pulak biru tu,mana dan jelah ye,maaf)
Artikel Lain: Obesiti Hingga Lutut Sakit & Gastrik Melampau. Wanita Tekad Buat Bariatrik Kurangkan Berat Badan!!