Sebelum saya mulakan , saya harap di sini cukup jelas bahawa setiap yang saya lakukan semasa proses penurunan berat badan adalah sangat berkesan dengan diri saya. Saya BELUM CAPAI target berat badan saya, tapi ramai yang PM untuk minta TIPS dan cara pemakanan saya selama 3 bulan.
Saya rasa sangat rendah diri dan daif sebenarnya. Saya belum kurus ya. Saya tidak ambil apa-apa ubat kurus, protein powder, air detox, krim pembakar lemak atau apa-apa pun ubat ubatan. Jangan risau ini bukan skrip jualan produk
Apapun jua, jika ada segala silap melanggar peraturan yang tidak sepatutnya atau tidak sihat, saya mohon sila PM saya. Saya cuba sebaiknya untuk kongsikan beberapa tips dan amalan yang saya buat supaya kita sama- sama SLIMFIT 2020.
PALING PENTING ‼️
1.Sentiasa letakkan Allah swt dalam segala urusan. Percaya bahawa setiap apa yang terjadi adalah atas kehendak Allah. Kita dah usaha, hanya tinggal keizinan daripadaNya sahaja. Teruskan usaha. Jika niat anda untuk berhenti dan putus asa, sentiasa ingat keizinan Allah seiring dengan usaha kita. Adakalanya, berat anda statik dan inchiloss tak bergerak. Sentiasa ingat kita dah buat dengan betul, cuma perlu sabar dan hadapi hari-hari menuju kemenangan.
2.Jaga disiplin. Jika anda rasa jalan ini sangat membebankan, ingat kembali asbab kenapa kita mulakan. Dah mula kan? Jadi habiskan.
3.Nawaitu(Niat). Perbetulkan niat supaya kita sentiasa didorong ke jalan yang betul. Semoga Allah sentiasa memellihara aurat kita terutamanya apabila Dia telah memberikan kenikmatan tubuh badan yang sihat dan cantik.
Ini adalah diari Diet SAYA:
BULAN PERTAMA 8KG (TIADA SENAMAN)
Bulan Pertama
1 JUN 2020
Ads
-Air Kosong ikut keperluan badan anda. Setiap 25kg = 1 liter.
-Sarapan (7 Pagi-9 Pagi)
-3 biji telur rebus
– (untuk berat badan 100kg ke atas, sila kurangkan 2 biji setelah berat badan anda turun ke 2 digit sahaja)
-*cheat* kalau rasa loya tekak nak telan telur kosong, saya tambah setengah sudu kicap masin. Jangan ‘strict’ dan stres dalam berdiet. Itu yang buat anda ke laut sudahnya.
10 pagi
-Pisang 1 biji
Tengahari (12 tengahari-2 petang)
-Eat Clean (DIET SUKU SUKU SEPARUH)
-Tengahari saya tak ambil karbohidrat.
-Protein besar tapak tangan (Prep dengan garam,blackpeper dan daun dill sahaja)
-Sayur Salad
Ads
-Jagung Rebus Kosong
3 petang
-Epal Hijau 1 biji
Malam
-(Ulang makanan tengahari) + KARBOHIDRAT (nasi 3 sudu/roti wholemeal sekeping)
Untuk jaga selera, saya akan ulang makanan yang sama setiap minggu. Contoh minggu pertama saya cuma makan Suuhoon Goreng Sihat, jadi selama seminggu tu saya cuma makan itu sahaja sehingga jemu. Minggu seterusnya saya akan tukar menu lain, contohnya Tacos Plain Chicken.
Saya hanya cheat day sekali sebulan sahaja. Jika graf penurunan berat badan anda turun dengan baik, tolong jangan cheat day. Waktu yang sesuai untuk cheat day adalah sewaktu berat anda tengah statik.
Bagi yang malas bersenam macam saya, saya tidak lakukan apa-apa senaman pada mulanya semasa bulan pertama. Akan tetapi, sewaktu bulan pertama itu, saya banyak belajar tentang senaman .
Guna dumb bell 1kg untuk permulaan, dan sekarang saya masih 3kg. Slowly but surely. Kalau tak dapat buat 3 round, buatlah 1 round sahaja. Pastikan setiap hari ada peningkatan dalam senaman.
Skipping (Cardio)
Buat 20 kali dahulu sehingga dapat buat sampai 1000 lompatan sehari.
Torso (guna penyapu)
10 minit.
Saya percaya yang turun 20kg ini hanyalah air sahaja. Sekarang saya dah masuk dalam fasa penurunan lemak dan binaan otot yang sebenarnya agak mencabar. Doakan saya sentiasa istiqamah, kerana doa kalian semua dah mendorong saya sehingga sekarang.
Semoga bermanfaat!
Untuk mengetahui pemakanan saya setiap hari, bolehlah follow instagram story/highlight saya
Buat sis di luar sana yang mahu berubah juga tapi tiada semangat, jadikanlah kisah Ainun ini sebagai motivasi. InsyaAllah anda juga boleh lakukannya!
Menjaga kecantikan kulit wajah menjadi keutamaan bagi mengelak berlakunya masalah jerawat yang boleh mengakibatkan breakout.
Perlu tahu cara penjagaan yang sesuai dengan memilih produk bersesuaian dengan kulit wajah.
Paling penting mengetahui cara menjaga wajah yang basic iaitu proses membersih, menyegar dan melembapkan.
Perkongsian di laman twitter pemilik akaun @rjsarahhhh memberitahu cara untuk menjaga wajah dan mendapat kulit halus dan flawless seperti glass skin hanya guna bahan dapur.
Cara jimat nak dapatkan glass skin
Lelaki atau perempan wajib kena pakai cleanser & cari sesuai jenis kulit
Kemudian kena pakai toner sebab cleanser tak bersihkan 100% kotoran. Muka jadi segar dan kotoran melekat pada kapas
Pilih pula moisturizer dengan sesuai dengan jenis kulit, bertujuan untuk melembapkan kulit muka
3 step ini paling penting dalam penjagaan wajah
Untuk buang white head dan black head, sarankan guna skrub muka. Buat dua minggu sekali
Juga selalu letak air batu setiap pagi di wajah. Untuk pengalirah darah & melambatkan proses penuaan. Muka jadi lebih segar.
Juga suka gunakan tomato yang dipotong dadu yang diletakkan semalam dalam peti sejuk. Apply di wajah perlahan-lahan dan elok untuk hilangkan sunburn dan segarkan kulit
Boleh juga pakai mask yang beli di drugstore. Tapi pakai seminggu sekali bimbang mungkin ada bahaya bahan kimia tak elok untuk kulit wajah jadi kusam dan tona tak sekata
Kalau nak jimat pakai mask yang buat sendiri, Lebih selamat & jimat
Atau buat mask buat sendiri guna putih telur yang dicampur madu dan 2 sudu lemon. Letakkan di wajah dan jangan skip buat
Ambil masa sebulan untuk dapatkan glass skin, guna bahan dapur je
Kulit jenis berminyak bila pakai air batu dan tomato barulah kulit jadi ok
Yogurt juga baik untuk muka, boleh segarkan dan merawat kulit kusam atau kering. Akhir sekali banyakkan minum jus buahan dan makan sayur
Tiada alasan sebenarnya bagi mereka yang sedang melalui fasa pasca Covid-19 untuk tidak berpuasa, malah jika kesihatan mengizinkan, mereka sangat dituntut untuk melakukan kewajipan ini.
Perkara ini dijelaskan oleh Doktor Perubatan di Klinik Swasta, Shah Alam, Dr Arisman Wenge Abdul Rahman.
Menuru Dr Arisman,tiada ada alasan kuat untuk pesakit PascaCovid-19 dengan gejala Long Covid-19 ringan untuk tidak boleh berpuasa, kecuali yang berada dalam kondisi teruk, memerlukan rawatan dan disarankan oleh doktor untuk jangan berpuasa sehinggalah sembuh sepenuhnya.
Begitu juga halnya dengan pesakit pascaCovid-19 yang memiliki penyakit kronik tertentu seperti kegagalan buah pinggang tahap teruk atau penyakit ulser dalam perut yang sedang aktif dalam rawatan.
Ini kerana mereka tidak boleh berpuasa kerana boleh meningkatkan keparahan penyakit dan boleh memudharatkan kesihatan.
Ketika ditanya pula sama ada kekebalan tubuh golongan itu dapat ditingkatkan dengan berpuasa, doktor perubatan tersebut berkata, ia tidak boleh dipastikan.
Namun demikian, banyak kajian di seluruh dunia menyokong bahawa dengan berpuasa, ia dapat memulihkan sistem (kekebalan) tubuh manusia.
“Ada juga penyelidikan yang menyatakan bahawa perantara atau mediator keradangan seperti inflammatory cytokines, oxidative stress markers dan C-reactive protein mampu dikurangkan dalam tubuh orang yang berpuasa,“ ujarnya lagi kepada Sinar Plus.
Berdasarkan fakta juga, kata Dr Arisman, berpuasa selama tiga hari sudah mampu membuatkan badan seseorang menghasilkan sel darah putih baharu yang penting untuk melawan jangkitan kuman.
Laju viral manisan tanghulu di media sosial, ramai yang berkongsi cara buat malah ada yang gemar makanan tinggi gula ini.
Nampak menarik, makanan yang popular di China dan Korea ini dibuat dengan menyalut buah-buahan seperti strawberi, anggur atau limau dengan air yang tinggi kandungan gulanya.
Viral Manisan Tanghulu
Kemudian, manisan ini perlu dicelup ke dalam air sejuk bagi menghasilkan gula yang rangup.
Namun, kandungan gula yang tinggi ini mula menimbulkan kebimbangan sesetengah rakyat Malaysia yang bimbangkan tentang masalah kesihatan.
Memetik laporan Hellodoktor, terdapat lima kesan akibat pengambilan gula yang terlalu tinggi.
1. Pertambahan berat badan (obesiti)
Minuman manis tidak menyekat rasa lapar, sekali gus menjadi punca pertambahan berat badan.
Ia juga meningkatkan jumlah lemak viseral (lemak dalam perut) yang dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti diabetes dan penyakit jantung.
2. Risiko diabetes jenis 2
Pengambilan gula berlebihan untuk tempoh panjang mendorong kepada rintangan insulin (hormon dihasilkan pankreas untuk mengawal glukosa).
Keadaan tersebut boleh menyebabkan paras gula dalam darah naik mencanak dan meningkatkan risiko diabetes.
3. Tahap kemurungan meningkat
Makanan tinggi gula tambahan dalam makanan dan minuman boleh meningkatkan peluang untuk mengalami kemurungan.
Ini bertentangan dengan makanan diet sihat yang membantu meningkatkan emosi seseorang.
4. Mudah lesu (kehabisan tenaga)
Kadar insulin dan gula dalam darah yang naik mendadak boleh meningkatkan kadar tenaga.
Namun, lonjakan tenaga ini adalah untuk tempoh sekejap saja dikenali sebagai sugar crush.
Kesannya, individu itu akan lebih kerap mengantuk.
5. Hati berlemak
Pengambilan fruktosa tinggi secara konsisten dikaitkan dengan peningkatan risiko hati berlemak kerana karbohidrat sederhana atau gula ini hanya dicernakan oleh hati.
Selain kesan dinyatakan di atas, terdapat beberapa masalah kesihatan lain disebabkan pengambilan gula seperti penyakit buah pinggang, kesihatan gigi dan risiko gout.
Hah, fikir-fikir lah sebelum nak ikut mencuba makan viral. Rasanya lebih selamat amalkan pengambilan buah-buahan yang jauh lebih sihat dan tidak memudaratkan kesihatan.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!