Masih tampil dengan imej yang sopan dan menutup aurat dengan sempurna, pelakon, Wan Sharmila selalu menjadi inspirasi kepada golongan wanita yang mahu melawa dengan gaya menutup aurat.
Penampilan Wan Sharmila
Sejak mengambil keputusan untuk berhijab, penampilan pelakon manis ini sering menjadi buah mulut netizen berikutan pemilihan pakaian yang semakin longgar dan tudung yang semakin labuh.
Menerusi hantaran di laman Instagramnya (IG), pelakon berusia 42 tahun ini yang lebih mesra dipanggil Lala banyak berkongsi momen ketika menghadiri majlis ilmu di salah sebuah masjid dengan berpakaian patuh syariah.
Ads
Susulan daripada itu, rakan artis serta peminatnya meluahkan rasa kagum dengan penampilannya yang cantik dan manis ketika menutup aurat dengan sempurna di samping turut mengenakan niqab dalam video berkenaan.
Ads
Jaga Wajah Dengan Produk Organik
Menyentuh soal kecantikan, Lala ada berkongsi tentang penggunaan skincare di media sosial miliknya. Dilihat lebih suka memilih produk organik yang sudah tentu tidak membahayakan kulit wajah. Patutlah maintain cantik, ya!
Ads
Apa pun, didoakan moga Wan Sharmila istiqomah menjaga penampilannya yang dilihat mampu menarik minat anak muda untuk turut memilih pakaian longgar dan bertudung mengikut syariat.
Selepas dua tahun berkhidmat di Ireland, anak sulung Datuk Ziela Jalil, Dr Puteri Julia Nabilah Tan Sri Megat Junid mengukir kejayaan selepas menerima anugerah perkhidmatan cemerlang daripada Mercy University Hospital, Cork, Ireland.
Pakar bius berusia 31 tahun itu menerima Gold Award in Anaesthesiology 2024 pada Julai lalu.
“Alhamdulillah Ya Rabb. Dua tahun berkhidmat di negara orang, Allah bagi rezeki dianugerahkan pingat dan Certificate of Excellence. Tergamam tak terkata. Sesungguhnya rezeki ALLAH tu luas dan mewah.
“Doakan semoga ALLAH permudahkan juga perjalanan menjadi Consultant Anaesthesiologist in the future insya-ALLAH. Aamiin,” kongsi Dr Julia.
Kejayaan manis puteri sulungnya pada Julai lalu itu turut dikongsikan Ziela menerusi hantaran di Instagram
Jauh merantau dari Malaysia dan bekerja di luar negara tidak mematahkan semangat doktor muda ini untuk memberikan yang terbaik.
“Masya-ALLAH Tabarakallah. Rezeki ALLAH datang dalam berbagai cara. Rezeki yang tidak ternilai buat anakku yang solehah.
“Ini hasilnya berkhidmat kerana ALLAH, penuh keikhlasan, bersungguh-sungguh, disiplin yang tinggi, Alhamdulillah.
“Berkhidmat di negara asing, diberi penghargaan walaupun dia abukan Irish. Yang membanggakan dan paling penting dia (Dr Julia) adalah Asian-Malaysian, wanita Muslim yang bertudung bekerja di negara orang dan dihargai.
“Syukur Alhamdulillah Ya Rabb di atas pencapaian anakku yang solehah ini,” kongsi pelakon popular pada era 80-an dan 90-an.
Dalam pada itu, Ziela turut menitipkan doa buat ibu kepada dua cahaya mata itu.
“Semoga ALLAH sentiasa melindungi dan meluaskan rezekinya dengan rezeki yang penuh barakah dunia serta akhiratnya.
“Aamiin Ya Rabb Ya Mujib Ya ALLAH. #My1stborn #Abahwillbeproudofyoukak #allofussoproudofyou,” kongsi Ziela.
Sekadar makluman, Julia, 30, merupakan doktor perubatan yang memulakan pengajian di Royal College of Surgeons pada tahun 2012 dan menamatkan pengajian pada tahun 2017.
Permata sulung Ziela Jalil itu mendirikan rumah tangga dengan suami tercinta, Dr Dziya Faqhran Datuk Mahmod Fauzi pada 11 Julai 2018 selepas mengikat tali pertunangan selama dua bulan.
Genap enam tahun mendirikan rumah tangga pada bulan lalu, pasangan itu diserikan dengan kehadiran dua cahaya mata, Tun Alayna Zeeya, 5,dan Tun Ameena Zeeya, 2.
Dr Julia dan suami telah berangkat ke Ireland pada tahun 2022 dan kini bertugas di sana.
Kehilangan bapanya tersayang, bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub tidak mematahkan semangat bakal pakar perunding bius itu untuk terus mencipta masa depan yang cemerlang.
Sekadar info, Julia merupakan puteri sulung daripada perkahwinan Ziela dengan Megat Junid pada tahun 1991.
Selain Dr Puteri Nabilah, Ziela dikurniakan seorang lagi anak lelaki iaitu Megat Jufri Nasrullah, 29, dan seorang anak angkat, Ibrahim Junid, 11.
Salah satu jenis kulit wajah yang sering mendatangkan masalah seperti jerawat adalah jenis kulit berminyak.
Antara faktor kulit berminyak adalah daripada jenis pemakanan yang kita ambil setiap hari tanpa disedari.
Sebenarnya terdapat pelbagai makanan yang dapat memicu penghasilan minyak berlebihan yang sekali gus menyebabkan pelbagai masalah kulit seperti jerawat dan kulit berminyak.
Ayuh, kita lihat beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan kulit anda berminyak.
Garam adalah salah satu makanan yang memberi kesan buruk kepada kesihatan kulit.
Pengambilan garam berlebihan dapat menyebabkan dehidrasi selain pengekalan air di dalam badan. Ia juga boleh meningkatkan kadar minyak ketika kulit cuba melawan dehidrasi akibat garam.
Sebaik-baiknya, hindari makanan yang tinggi kandungan garam dan sekiranya memasak kurangkan penggunaan garam dalam masakan seperti sup atau menggoreng.
Daging merah mengandungi lemak tepu yang tinggi. Lemak tepu ini dapat meningkatkan keradangan pada kulit dan menyebabkan penghasilan minyak berlebihan.
Sebagai alternatif gantikan diet anda dengan daging putih seperti ikan dan ayam.
Jika garam mampu membuatkan kulit menjadi berminyak, bagaimana pula dengan gula? Rupa-rupanya gula turut memberi kesan yang sama seperti garam.
Kajian juga menunjukkan makanan dengan kadar gula yang tinggi akan meningkatkan penghasilan IGF-1, iaitu hormon peptida yang merangsang penghasilan minyak berlebihan pada kulit.
Kajian mendapati susu rendah lemak cenderung memicu pertumbuhan jerawat akibat kulit berminyak kerana ia mengandungi IGD-1. Alternatif untuk produk susu yang tidak menyebabkan kulit berminyak adalah susu segar.
Makanan bergoreng tinggi kandungan lemak tepu yang berpotensi menyebabkan keradangan kulit dan akhirnya kulit menjadi berminyak.
Gunakan minyak zaitun untuk memasak yang dapat menghindarkan lebihan minyak pada kulit anda.
Mungkin ada ramai yang nak beli baju online, tetapi tak kurang yakin sebab risau tak muat dan terlalu besar.
Memang boleh tapi kalau salah teknik, sampai-sampai tetap tak muat.Boleh jadi terlalu besar dan sangat ketat!
Haa… untuk mengelakkan kerugian dan perkara sama berlaku, anda boleh cuba tip yang dikongsikan oleh Ida Ismail ini.
1. BAHU
Diukur di bahagian belakang daripada tulang bahu kanan ke tulang bahu kiri. Lalukan sedikit di atas pangkal leher.
2. DADA
Diukur keliling dada dari belakang sehingga melalui mercu dada.
3. PINGGANG BAJU
Ukuran pinggang untuk baju sahaja iaitu keliling pinggang yang paling ramping.
4. PINGGANG KAIN
Ada yang sama ada yang tidak dengan pinggang baju. Bagi yang memakai low waist, ukur dibahagian tersebut
5. PUNGGUNG
Ukuran diambil daripada puncak punggung yang paling menonjol sehingga ke perut . Bagi yang perut agak buncit atau mengandung, ukur dari belakang punggung hingga perut yang paling tinggi . Jika tidak sendat nanti kain di bahgian perut.
6. LABUH LENGAN
Bengkokkan sedikit tangan dan ukur dari tulang bahu ke labuh lengan yang dikehendaki. Tangan dibengkokkan untuk memberi labuh yang sebenar.
7. LEHER
Ukur dari belakang leher sehingga ke tulang leher hadapan.
8. LABUH BAJU
Sebaik-baiknya ukur dari hadapan melalui dada sehingga labuh yang dikehendaki. Ukuran melalui dada supaya baju tidak terjongket atau singkat.
9. LABUH KAIN
Ukur daripada pinggang kain terus ke lantai atau bawah tapak kaki. Pastikan anda tidak memakai kasut. Kalau untuk kasut tumit tinggi, lebihkan sedikit ukurun untuk tumit.
10. LABUH JUBAH
Ukur daripada bahu bersebelahan dengan pangkal leher melalui dada sehingga labuh yang dikehendaki.
Pastikan ukur betul-betul ya. Kalau terlalu kecil atau besar, rugi beli tak muat nak pakai. Besar boleh kecilkan, tetapi kalau terbeli yang saiz lebih kecil daripada tubuh anda, langsung tak boleh pakai.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Boleh ke makan telur setiap hari? Jangan risau, sis! Ketahui fakta sebenar tentang kolesterol dan bagaimana protein dalam telur boleh bantu anda kekal kenyang, bertenaga, dan ramping dengan cara yang sihat.