Setiap kali seseorang wanita itu melahirkan anak, pasti akan ada waktu berpantang untuk tempoh tertentu bagi mengembalikan semula tenaga yang hilang.
Kalau ikut orang dulu-dulu, sangat mementingkan penjagaan berpantang ini untuk tempoh 44 hari atau lebih. Ini bagi memulihkan kembali tenaga yang sudah hilang ketika waktu melahirkan anak sebelum itu.
Namun ketika ini terpulang pada seseorang itu untuk berpantang ikut cara traditional atau moden. Semua ini bergantung pada badan seseorang menerima perubahan memandangkan badan nak pakai lama.
Walau bagaimanapun, bagi seorang doktor popular, Dr Say Shazril, dia tidak menyuruh isteri tercinta, Dr Azura untuk berpantang selepas bersalin.
Menurut doktor berusia 33 tahun itu, dia menjelaskan setiap kali isterinya bersalin, Dr Azura tidak akan berpantang.
Hal ini kerana, mereka hanya fokus pengambilan makanan seimbang seperti ayam, ikan telur, pisang dan sebagainya.
Jelasnya lagi, makanan yang dikatakan punca ‘gatal’ atau ‘bisa’ itu tidak logik kerana ia hanya akan berlaku jika seseorang itu mengalami masalah elergik.
Walau bagaimanapun, Dr Say berpendapat setiap ibu mempunyai kepercayaan tersendiri. Jadi, terpulang kepada mereka mahu berpantang secara moden atau tradisional. Apa yang penting ibu sentiasa gembira dan tidak stres dalam tempoh selepas bersalin.
Ahaa ramai jugak yang dm tanya soalan ni memandangkan saya rasa ada yang baru follow ig saya. Kalau yang follow sejak zaman Ace dulu mesti tau dah cerita ni. Tapi takpe saya cerita sekali lagi.
Jawapannya, sejak anak pertama & termasuk anak kedua ni bini saya tidak berpantang. “Whats? Tak pantang? Badan nak guna lama kot” jerit makcik bawangs di FB.
Sekali lagi sy ingin tekankan yang kami tidak menentang sesiapa yang ingin berpantang. Nak pantang silakan, taknak pantang pun silakan.
Kalau cakap pasal badan nak guna lama meh saya bagi kisah yang paling senang nak diterima akal. Kalau masa berpantang ini ibu-ibu jaga makan dengan makan ikan haruan, ikan kering & seangkatan dengannya.
Then habis pantang hari ke-45 ibu-ibu me-ngappp ayam goreng Mekdi, Kepchi, Mary Perang with honey butter biscuits Texus Chicken on the side, logik akalnya tidakkah makanan2 sebegini akan merosakkan badan ibu-ibu yang selama ni berpantang?
Kunci utamanya adalah pengambilan makanan yang sihat & seimbang, tu je. Ayam, telur, ikan, sayur-sayuran & buah-buahan macam kangkung, timun, tembikai, pisang boleh je nak makan sebab ni semua tergolong dalam makanan yang sihat & seimbang.
Kalau nak cakap “gatal” atau “bisa”, dari segi perubatan there is no such thing cuma kalau memang allergic, elakkanlah. In a nutshell, bergantung kepada kepercayaan ibu tu sendiri sama ada nak amalkan pantang-larang ini atau tak.
Yang penting jangan terlalu extreme supaya ibu2 sentiasa cergas, ceria dan sihat semasa dalam pantang. Kalian macam mana? Pantang modern or tradisional? Open conversation k?
Menurut Dr Say juga sepanjang tempoh berpantang, mereka tidak menggunakan khidmat Confinement Lady sebaliknya menguruskan segalanya berdua.
Malah sepanjang 30 hari, beliau mengosongkan jadual sebelum itu untuk menemani isteri tercinta.
Walaupun tahu isterinyanya kuat untuk berpantang sendiri, tetapi dia sentiasa memberi sokongan padanya terutama menguruskan anak kedua yang dilahirkan secara pembedahan.
Bagi mereka yang sudah dibenarkan keluar selepas melakukan prosedur di hospital terutama pembedahan pasti badan akan berasa sedikit lemah dan tidak bertenaga.
Kedaaan ini adalah disebabkan kesan bius atau prosedur yang dilakukan. Justeru selepas keluar hopital kita perlu berehat di rumah dalam memastikan badan kembali sihat dan cergas.
Ada juga pesakit yang perlu berehat lama di rumah dan menggunakan kerusi roda atau wheelchair untuk memudahkan pergerakan di sekeliling rumah atau ke tandas.
Jadi wheelchair yang mana sesuai untuk dibeli jika masih belum ada kemudahan ni di rumah. Bimbang tersalah beli akan menyebabkan pembaziran. Maklum saja harganya ada boleh cecah ribuan ringgit.
Perkongsian di laman twitter @MedTweetMyOfficial memberitahu panduan memilih wheelchair yang sesuai digunakan untuk pesakit di rumah.
Kena ukur dulu sebelum beli untuk memudahkan pesakit
Saiz ikut kelebaran tempat duduk, pilih yang ergonomik
Lama tidak kelihatan pelakon, Datin Fouziah Gous di kaca Tv, agak rindu nak melihat aura jelita wanita ini yang sebelum ini aktif dalam bidang lakonan.
Fouziah atau nama penuhnya Noh Fouziah Mohd Gous, sekarang agak selektif dalam pemilihan lakonan sebab tidak mahu muncul dengan karakter sama seperti pernah dibawa sebelum ini.
Bakat Datin Fouziah Gous Selari Dengan Kecantikan Yang Dimiliki
Tidak dinafikan, penampilan Datin Fouziah Gous sering menarik perhatian peminat sejak pembabitan awalnya dalam industri seni. Bukan hanya dikurniakan rupa paras cantik bahkan dia juga dikagumi kerana bakat yang ada dalam diri.
Biarpun sudah berumah tangga dan berstatus isteri, pesona Datin Fouziah tetap memukau. Apatah lagi dia juga ibu kepada dua anak!
“Saya seorang yang sangat simple dan tak ada nak keluar duit banyak-banyak atau every month nak pergi facial dan pusat estetik. Memang jarang sangat. To be honest, sebelum kahwin saya akan pergi ke spa dan buat facial setiap bulan atau sebulan dua kali.
“Tapi sejak ada anak, saya sacrifice. Dari segi pemakanan, diet ‘ketat’ tak ada. Cuma saya kurangkan minuman yang sangat manis dan saya minum FG Walet setiap hari, amalkan pengambilan sarang burung serta exercise setiap minggu.
Kalau sebelum kahwin dulu almost everyday exercise. Saya kira penjagaan tubuh badan dari muda dulu banyak membantu kesihatan saya sekarang. Saya juga seorang yang tak suka makanan yang sangat berminyak dan kalau saya masak sendiri pun saya akan pastikan ia kurang minyak.”
Bercinta Selepas Kahwin
Menyentuh soal perkahwinan, Datin Fouziah dan suaminya memilih jalan bercinta lepas kahwin. Jadi cabaran bercinta lepas kahwin lain sedikit. Ceritanya, “apa yang saya belajar adalah kita kena fokus pada benda yang sepatutnya. Contoh, bila suami kita ada kelebihan, alhamdulillah.
“Itu adalah bonus kita tapi kalau pasangan ada kekuarangan, di situlah ‘resipi’ rumah tangga dan kita kena ‘cintakan’ kekurangan dia. Jangan kita create satu kebencian atau fokus kekurangan dia. Kalau kita terima kekurangan dia dan support dengan kelebihan yang kita ada, kita terima each other, kita tak akan rasa kurang.
Saya tak ada masalah dengan itu dan selalu fikir positif. Kena faham macam mana nak toleransi dengan suami,” kongsinya lagi.
Begitulah kemanisan rumah tangga yang dirasai oleh selebriti ini sepanjang berada dalam industri. Apa pun, doakan yang baik-baik untuk kehidupan Datin Fouziah Gous. Tetapi jika teruja nak cantik macamnya, anda boleh cuba aktif bersenam dan rajin jaga kecantikan dari awal usia.
Cuba semak semua, macam mana cara cuci pakaian yang anda biasa amalkan setiap hari. Salah gaya memang akan buat baju cepat buruk dan rosak!
Haaa… mesti ramai tak sedar perkara ni. Nak basuh baju, bukan pakai campak, ya. Ada beberapa tip yang perlu anda lakukan. Ini adalah 13 kesalahan yang dilakukan oleh kebanyakan orang ketika mencuci pakaian.
TAK ASINGKAN PAKAIAN DENGAN BETUL
Selaian pengasingan mengikut warna, jenis fabrik juga perlu diperhatikan.
TIDAK BERSIH KOTORAN DEGIL TERLEBIH DAHULU
Jika terdapat kotoran degil seperti minyak, cat dan sebagainya, bersihkan sisa otoran tersebut terlebih dahulu sebelum di cuci. Khuatir nanti ia merebak ke pakaian lain
GUNA SERBUK PENCUCI TERLALU BANYAK
Bahaya guna sabun serbuk ni. Nanti tinggal debu-debu putih melekat pada pakaian. Dah kene cuci semula. Nak selamat, buat air sabun terlebih dahulu. Baru masukkan pakaian.
TAK TUTUP ZIP
Ini antara punca zip pada pakaian cepat rosak. Sebaiknya, tutup zip sebelum pakaiana dibasuh. Jika dibiarkan zip terbuka ketika basuh, ia akan menyebabkan giginya rosak
TIDAK MEMBUKA BUTANG
Berbeza pula bagi butang, ia perlu dibuka atau dileraikan daripadanan. Jika tidak, butang mudah tercabut
PELUNTUR BERLEBIHAN
Penggunaan peluntur yang berlebihan dan secara kerap akan menyebabkan pakaian akan mudah mereput dan fabrik menajdi keras
CUCI PAKAIAN DALAM MENGGUNAKAN MESIN BASUH
Ni mesti ramai yang buat kan? campak sahaja semua pakaian dalam mesin basuh. Walaupun anda menggunakan bekas atau beg khas untuk mencuci pakaian dalam ia tetap akan merosakkan bentuk asal. Sebaiknya, ia menggunakan teknik rendaman dan cucian ringan
GUNA PELEMBUT FABRIK PADA TUALA
Kandungan kimia di dalam pelembut pakaian akan menyebabkan tuala mempunyai daya resapan yang kurang.
CUCIAN TERLEBIH BANYAK DAN TERLALU KURANG
Untuk penjimatan dan kecekapan tenaga, pastikan cucian yang dilakukan secara maksimum. Namun, tidak terlalu padat. Okay, kalau anda ada buat beberapa kesalahan ini, jangan ulang ya!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!