Sebut sahaja namanya, pasti perkara pertama yang terlintas di fikiran adalah gaya penyampaian Zakiah ketika mengacarakan Program 999 suatu ketika dulu.
Biarpun sudah lama meninggalkan program berkenaan namun aura wanita ini masih terkesan di hati penonton.
Meninjau media sosial terkini personaliti TV ini macam tak makan dek usia! Tetap cantik seperti dulu. Apatah lagi, dia menginjak usia 57 tahun pada Januari lepas.
Ads
Paling tak sangka, sudah dewasa anak-anak Zakiah Anas. Segak dan lawa. Memang mewarisi kecantikan ibu tersayang.
Tetapi nampak dia juga sangat aktif hiking bersama suaminya dan rakan-rakan terdekat. Patutlah body maintain cantik, rajin keluarkan peluh.
Sekadar rekod, Zakiah mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta, Raja Shahrul Azmi Raja Sahar pada 12 Disember 2012.
Ads
Pastinya, tumpuan Zakiah Anas kini lebih kepada keluarga tercinta namun kerinduan terhadap dunia pengacaraan masih menebal.
Berbekalkan pengalamannya selama lebih 20 tahun dalam bidang tersebut, sayang rasanya kalau bakat itu disia-siakan begitu saja.
Jika dulu wajahnya sering menghiasi program di kaca televisyen tetapi kini Zakiah Anas lebih selesa menjadi pengacara di majlis-majlis rasmi anjuran syarikat swasta dan kerajaan serta menyumbang suara latar, voice over untuk pelbagai program.
Ads
Tidak hanya manis dengan penampilan sopan dan bertudung, figura yang sudah melewati usia 50 tahun ini juga kekal sihat dan menawan seperti zaman kegemilangannya suatu masa dulu.
Anak lelaki sulung, Aiman Muzzammil misalnya meniti usia 29 tahun sementara anak kedua pula berumur 26 tahun.
Biarpun anak-anak dah besar tapi Zakiah tetap mencuri perhatian kerana penampilannya yang kekal awet muda.
Melihat perkembangan terkini Zakiah seolah-olah tiada apa yang berubah melainkan penampilannya yang lebih sopan selepas memutuskan untuk berhijab. Ternyata, nampak lebih ayu dan manis dipandang.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sukar Tidur Jantung Berdegup Kuat. Pengalaman Wanita Ini Hidap Masalah Berkaitan Darah. Sebelum ini tidak pernah diuji dengan dugaan yang tidak pernah disangka-sangka. Apatah lagi membabitkan masalah kesihatan yang serius.
Namun kejadian awal Oktober lalu menjadi pengajaran sangat berguna pada wanita ini. Daripada tidak tahu mengenai penyakit Thrombotic Thrombocytopenic Purpura (TTP) , akhirnya terpaksa membuat kajian bagaimana masalah gangguan pada darah ini boleh terjadi.
Perkongsian Puan Mini Fadzil di laman sosial Facebook mengenai masalah dialami diharap dapat membuka mata ramai orang diluar sana betapa bahaya jika tidak dirawat dengan sebaiknya.
Tragedi Oktober bermula pada tengah hari 8 Oktober 2022. Petangnya dihantar ke Hospital Selayang dan pada 9 Oktober dipindahkan ke Wad Hematologi Hospital Ampang. Saya deep sleep dari 8 Okt dan hanya tersedar sepenuhnya pada 10 Okt. Itupun tak boleh jawab bila nurse tanya nama dan berada di mana, jadi bengong dan tak boleh nk bercakap.
Bermula saat itulah saya jadi penghuni wad darah sehingga 8 November 2022. Ada yg bertanya selama sebulan di Hospital Ampang, apa rawatan yg saya jalani? Panjang sikit, kalau nak baca silakan. Kalau tak mo baca swipe jerrr.
Rutin harian kat hospital lebih kurang sama, seawal 5 pagi nurse pasang lampu, nak ambik bp, ambik darah, cek gula. Disebabkan kita dah biasa bangun awal, jadi kita tunggu nurse datang ke katil. Selesai tugas nurse baru pi mandi.
Lepas sarapan, nurse dah hantar segenggam ‘gula-gula’ utk ditelan. Selalunya saya akan padankan utk telan 2-3 biji sekali. Antaranya pil-pil utk kuatkan tulang, elak gastrik dan vitamin untuk elak kesan sampingan ubat utama. Cuma yg tak boleh dielak ialah gula naik dan kena cucuk insulin setiap mlm sedangkan saya memang tak ada diabetis.
Paling last ubat yg amat tidak disukai tapi amat penting kalau nak baik – Pred – awal2 kena telan 60mg, lps tu dikurangkan kpd 50mg, 40mg, 30mg sekarang 25mg. Pahitnya melekat dalam mulut, apa dimakan semua jadi pahit.
Untuk info…Pred atau nama penuhnya Prednisolone atau Prednisone adalah steroid anti keradangan yang berkesan. Namun di sebalik kebaikan, ada kesan sampingan yang buruk jika diambil dalam jangka masa lama. Peringkat awal Dr akan beri dose yang tinggi dan akan dikurangkan selepas itu.
Kalau dah telan Pred, kesan paling ketara ialah moon face…ni memang tak boleh elak. Jantung akan laju sehingga boleh dengar degupan jantung sendiri dan satu lagi jadi kerap lapar.
Ingat lagi 4-5 tahun lalu ketika masuk wad akibat asthma, Pred adalah ubat utama yg diberikan utk atasi keradangan paru2. Punyalah kuat sampai saya minta Dr stopkan dulu sebab tak boleh tidur, bunyi degupan jantung yg kuat mcm jantung dok ada kat sebelah telinga.
Rutin seterusnya seperti biasa lawatan Dr2 terdiri daripada Konsultan, Dr. Pakar, Ketua Jabatan dan Dr2 lain, kadang2 sampai 5-6 orang. Dorang akan update laporan depan pesakit, apa rawatan seterusnya, apa cadangan Dr dan apa pula cadangan Konsultan. Masa ini juga kadang2 Konsultan akan test pengetahuan Dr2 lain. Tanyalah apa juga mereka akan jawab sebaiknya. Selalunya saya akan terus google nama ubat atau istilah2 yg Dr sebut untuk tambah ilmu tentang penyakit yg rare ni.
Seterusnya bergantung kpd keputusan Dr samada tambah darah merah dulu (4 paket ditambah), antibiotik dulu atau tunggu dibawa untuk proses 4 jam Plasma Exchange (PE). Setiap hari Dr akan maklumkn bacaan platlet dan hemoglobin. Ada hari naik, ada hari turun sikit.
Pada peringkat awal PE, daripada 9 platelet dah mencapai 200.
Tiba2 20 Okt, Dr kata platelet saya menurun hingga jadi 17. Jadi Konsultan maklumkan kena buat PE setiap hari sampai 1 Nov, lepas tu rest untuk tengok perkembangan platelet. Keseluruhannya saya jalani 19 kali PE menggunakan 396 pack plasma darah. (Kurang 4 ja daripada Mus May)
Pesakit TTP juga diberikan Rituximab, saya mendapat 4 dose, 3 dose diberikan melalui drip dan satu dose disuntik terus (pedih oooo rasa ubat tu mengalir). Setiap satu dose melalui drip mengambil masa lebih kurang 5-6 jam utk habis.
Pernah diberikan lebih kurang 5 ptg, ditambah dengan suntikan allergi, saya hanya tersedar jam 11 malam. Hampir 12 tghmlm baru kuat untuk bangun solat. Selain itu, saya diberikan 2 dose vaksin tambahan utk pesakit yg ambik Ritux utk prevent covid.
Sekarang ni berehat di rumah, makan ubat, makan macam biasa, cuma lebih memilih. Buat senaman ringan untuk kuatkan tangan dan kaki, senaman untuk pernafasan kerana mudah semput.
Kaki masih tak boleh jalan jauh mungkin disebabkan sebelum ini port femoral untuk PE dipasang pada paha kanan selama 1 bulan dan pada paha kiri pula kesan port yg tak jadi dipasang.
Alhamdulillah setakat ini belum ada kesan-kesan sampingan lain akibat ubat seperti yg saya baca dalam support group TTP luar negara.
Semoga Allah permudah segala rawatan yg saya jalani dan kembali kuat dan bertenaga. Terima kasih kepada penderma plasma darah, mungkin plasma darah anda antara yang berada dalam badan saya.
Terima kasih atas doa dan ingatan keluarga dan sahabat2 semua. #terimaksihatasdoasemua
Sebelum memulakan aktiviti senaman, seseorang itu dinasihatkan untuk lakukan warm up atau memanaskan badan bagi memastikan tubuh bersedia untuk lakukan sebarang aktiviti.
Tidak perlu ambil masa lama, hanya sekitar 5 minit dengan melakukan beberapa rengangan tertentu.
Warm up ini merangsang penambahan oksigen dalam tubuh dan mengaktifkan pengeluaran hormon yang akan membantu dalam proses penyaluran tenaga ke bahagian otot.
Ayuh kita kongsi kebaikan lakkan warm up sebelum lakukan aktivti senaman ringan ataupun berat.
Secara umumnya penambahan intensiti dalam aktiviti memerlukan tenaga, sehubungan itu jantung memainkan peranan untuk menyalurkan oksigen dan nutrisi ke seluruh tubuh badan.
Saiz salur darah mengembang bagi memudahkan proses penyaluran darah yang lebih efisien.
Peningkatan pengaliran darah ke bahagian otot meningkatkan penghantaran bekalan tenaga ke seluruh badan. Menyediakan sistem kardiovaskular untuk bersedia menghadapi aktiviti yang lebih berat yang akan memberi impak kepada jantung
Peningkatan kadar rembesan hormon endorfin, serotonin, dopamin dan hormon-hormon lain yang membantu meningkatkan kadar kepekaan, mengurangkan stres dan meningkat kadar metabolisma.
Peningkatan kadar cecair Synovial di bahagian sendi bagi memberi pelinciran sendi untuk mengurangkan geseran serta melancarkan pergerakan.
Peningkatan suhu otot secara tidak langsung menambah keanjalan otot. Peningkatan kadar oksigen dan hormon di bahagian otot membantu melancarkan pergerakan dan mengurangkan risiko kekejangan.
Rembesan hormon meningkatkan kawalan motor dalam pergerakan otot
Liang roma akan terbuka bagi memudahkan proses penyejukan badan. Peningkatan suhu otot merangsang proses penyejukan otot.
Merangsang transmisi dan penyaluran neuron (maklumat) saraf antara otak dan sel motor otot (peningkatan kadar oksigen di bahagian otak merangsang sel –sel otak untuk berhubung dengan lebih baik).
Meningkatkan kadar rembesan hormon endorfin, serotonin, dopamin dan adrenalin.(Happy Hormon/hormon baik). Merangsang pemikiran untuk lebih peka kepada aktiviti, meningkatkan sistem kawalan motor otot dan meningkatkan kawalan koordinasi dalam menjalankan aktiviti fizikal.
Pergerakan otot menjadi lebih efisien dan lebih teratur. Mengurangkan risiko kekejangan otot di mana sistem; telah dibekalkan dengan oksigen dan elektrolit dari penyaluran darah yang efisien.
Proses penceraian antara hemoglobin (sel yang mengikat oksigen) dengan oksigen berlaku dengan lebih jitu. Proses pengumpulan asid laktik dapat dilengahkan
Otot yang diregang dan dipanaskan sebelum larian menjadikan ia lebih mudah bergerak. Sendi juga boleh berfungsi dengan lebih baik. Aktiviti ini akan menjadikan senaman kita lebih berkesan.
Patutlah nampak seri Mona Allen lain macam, rupanya sudah berbadan dua. Dan pelakon wanita itu juga mendedahkan bakal menimang cahaya mata kedua menjelang awal tahun hadapan.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam Instagram, Mona atau nama lengkapnya Munna Hafiraneza Allen, 37, memberitahu kandungannya kini sudah pun memasuki trimester kedua.
“Bismillahirrahmanirrahim. Syukur alhamdulillah, saya dan suami, Pekin Ibrahim bakal menerima seorang lagi cahaya mata iaitu adik kepada Petra.
“Insya-Allah awal tahun hadapan. Alhamdulillah sekarang saya sudah masuk trimester kedua,” katanya.
Ujar Mona lagi, sudah sampai masa dia mendedahkan kehamilannya untuk pengetahuan pengikut dalam Instagram.
“Sudah tiba masanya saya berkongsi berita gembira ini dalam Instagram. Masya-Allah. Doakan perjalanan kehamilan saya dipermudahkan segala-galanya. Amin,” tulis Mona.
Pada masa sama, pelakon drama Kebaya Kasut Kanvas itu turut menzahirkan ucapan terima kasih buat keluarga serta peminat atas doa yang tidak putus-putus untuk dirinya.
“Terima kasih juga atas doa keluarga, sahabat dan rakan-rakan yang tidak putus mendoakan saya. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas jasa kalian semua.
“Jangan tanya dah kenapa saya gemuk,” pesan Mona.
Dalam ruangan komen, ramai pengikut Mona turut melahirkan rasa gembira dengan meninggalkan ucapan tahniah atas kehamilannya.
“Alhamdulillah. Tahniah. Semoga semuanya dipermudahkan,” ujar seorang netizen.
“Syukur alhamdulillah. Semoga awak dan juga bayi dalam kandungan sihat,” kata seorang lagi pengikutnya.
Terdahulu, Mona dikurniakan rezeki menimang cahaya mata sulung selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.
Berita gembira itu dikongsikan Mona selepas dia tidak boleh lagi menyembuyikan perutnya yang semakin membesar selepas kandungannya memasuki usia enam bulan.
Menurut Mona, dia dan suami telah melakukan pelbagai usaha untuk mendapatkan cahaya mata, termasuk ikhtiar rawatan perubatan Islam.
Pelakon selamat menimang cahaya mata pertama yang diberi nama Petra Pekin pada 31 Ogos 2022. Mona mendirikan rumah tangga bersama Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim pada 7 Disember 2018.