Pelbagai motivasi yang menjadikan seseoran itu berazam untuk memiliki tubuh yang langsing dengan berat ideal.
Tidak kira apa juga alasan, jadikan ia sebagai satu sebab nak kurus supaya lebih mudah untuk beribadah.
Namun begitu tidak ada jalan mudah untuk kurus, sebaliknya dengan menjaga pemakanan konsisten salah satu cara berjaya bagi mendapatkan berat badan yang konsisten.
Seperti perkongsian salah seorang sahabat Diet Suku-Suku Separuh, Muslaini Chin yang memberitahu berjaya kurangkan 4 kg setelah 4 minggu mencuba kaedah DSSS ini.
Turut berkongsi 12 menu yang membuatkan dirinya turun 4 kg dalam masa sebulan.
Tidak dinafikan pisang memang mempunyai banyak khasiat terutama untuk kesihatan dan kecantikan.
Tetapi bagaimana pula dengan teh pisang. Apa pula khasiatnya Jika dicampurkan kedua-dua bahan makanan ini atau menggunakan bahan herba lain.
Sebenarnya, ada sesetengah wanita waima lelaki telah mengamalkannya untuk kecantikan. Campuran bahan utama pisang bersama herba lain dikatakan baik untuk kesihatan tubuh.
Minuman itu juga dikatakan elok dinikmati sebelum tidur. Ayuh, kita lihat manfaat serta cara membuatnya.
Teh pisang kaya dengan mineral penting seperti magnesium dan kalium yang terbukti dapat membantu mengurangkan tekanan darah dan menurunkan risiko strok dan penyakit jantung.
Menurut kajian yang diterbitkan dalam British Journal of Nutrition, sejenis antioksidan yang disebut catechin yang terdapat dalam teh pisang dapat menurunkan risiko penyakit jantung.
Pisang adalah sumber magnesium dan kalium yang sangat baik dan terbukti dapat meningkatkan kualiti tidur kerana sifat relaksasinya pada otot.
Pisang juga mengandungi asid amino L-triptofan yang menghasilkan hormon serotonin dan melatonin yang merangsang tidur.
Pisang mengandungi dipamine dan asid amino yang disebut L-triptofan yang menghasilkan serotonin.
Kedua-duanya bertanggungjawab untuk berfungsi dengan baik otak dan diketahui dapat mengurangkan gejala kemurungan dan kegelisahan.
Teh pisang mempunyai kemampuan untuk membantu menurunkan berat badan kerana kandungan kalori yang rendah dalam pisang.
Sebagai tambahan dalam sebahagian daripada diet, pisang akan membuka selera makan, meningkatkan metabolisme dan membuat anda rasa kenyang untuk jangka masa yang lebih lama.
Teh pisang yang kaya dengan kalium dan mineral yang penting untuk mengatur tekanan darah, keseimbangan cairan dan pengecutan otot.
Ia mampu mencegah masalah kembung dengan mengatur kadar natrium dalam badan dan dapat mengurangkan kembung yang disebabkan oleh garam.
1. Isi periuk dengan 2 hingga 3 cawan iaitu antara 500 hingga 750 mililiter air dan didihkan.
2. Kupas sebiji pisang dan potong kedua-dua hujungnya.
3. Masukkan pisang ke dalam air mendidih.
4. Kecilkan api dan biarkan ia mendidih selama 5 hingga 10 minit.
5. Kemudian, masukkan kayu manis atau madu (pilihan).
6. Angkat air didihan tadi lalu dibahagikan menjadi 2 hingga 3 cawan.
Bagaikan tidak menyangka dirinya kini tidak mempunyai rahim. Ini adalah kerana keputusan terpaksa membuang rahim selepas terdapat ketumbuhan pada organnya.
Bagi pemilik nama Nourul Deep ini, keputusan itu dibuat sebagai langkah berjaga-jaga bagi menyelamatkan nyawanya.
Tambahnya lagi, jika dapat mengesan dari peringkat awal, peluang untuk dirawat jadi lebih tinggi.
Penyanyi yang popular dengan lagu Kerana Terluka ini berkongsi cerita itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagramnya miliknya mengenai prosedur menjalani pembedahan membuang rahim.
Ujar Nourul, perkongsian itu dibuat sebagai rasa tanggungjawab sebagai seorang wanita dalam memberi kesedaran kepada umum mengenai betapa pentingnya pencegahan terhadap sebarang ketumbuhan pada tubuh badan.
Tambahnya lagi, dia berasa bersyukur kerana ketumbuhan pada rahimnya itu diketahui pada peringkat awal dan dapat mengambil langkah berjaga-jaga untuk menyelamatkan nyawanya.
Meskipun sudah setahun menjalani prosedur pembuangan rahim itu, Nourul memaklumkan sebarang ketumbuhan yang ada pada tubuh badan harus diperiksa oleh doktor bertauliah.
7 September lalu genap setahun penyanyi popular Nourul Depp menjalani pembedahan pembuangan rahim selepas disahkan mempunyai ketumbuhan.
Menurut Nourul ini adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai untuk peka dengan kesihatan dalaman. Dia tahu ramai yang takut dengan pembedahan namun ia lebih baik daripada menanggung sakit dalam tempoh lama.
“Cerita setahun yang lalu.. Terpaksa remove uterus (rahim) bila doktor terjumpa something yang boleh memudaratkan di masa yang akan datang.
“Apa yang kami nak cerita kat sini ialah buat medical check setiap 12 bulan. Semua ni gambar 5,6,7 September 2020. Tak akan lupa perasaan bila doktor break the news. Genetically kami memang jenis ada ketumbuhan ni. Memang dari sebelah arwah abah. Sebab tu jaga diri dan bersenam.
“Takut? Siapa tak takut nak bedah. Tapi lebih baik sakit sat (tak lama) dari sakit berpanjangan seperti penyakit kanser dan sebagainya.
Dalam pada itu, Nourul berkata dia tidak berfikir panjang selepas dimaklumkan doktor yang dia perlu menjalani pembedahan. Ujarnya, dia perlu sihat demi anak-anaknya yang masih kecil.
“Kami tak tunggu lama. Kami kata buang!!! Booked date terus jalan! Kami tak tunggu dah. Anak anak masih kecil. I have to live for them. Allah perkenankan Alhamdulillah Allah permudahkan.
“Itulah kisahnya. Kami cerita ini sebab ramai yang takut nak pi bedah bila kena bedah. Takut tu sat ja. Dengan ubat doktor bagi tu, awak akan lena. Best rasa. Dapat rehat. Semua doktor adalah bagus dalam bidang depa. Mereka nak selamatkan nyawa. Jadi mereka jaga kita sepanjang dibedah.
Kata Nourul, selain daripada faktor genetik, antara punca dia mengalami ketumbungan tersebut adalah disebabkan tekanan yang melampau.
“Genetically kami memang jenis ada tumbuh-tumbuh ni. Memang dari belah arwah abah. Sebab tu jaga diri dan exercise. 30% adalah gene kita, 70% gaya hidup.
“Kes kami berlaku sebab stress atas satu perkara berlaku November 2018. Simpan dalam diri bawak penyakit. Tercabar ego dan kebijaksanaan kami apabila ditipu oleh seorang Dato dan wanita untuk album bahasa Perancis kami.
Sekadar rekod, Nourul dan suami, Eric Daniel Depp berkahwin pada 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary, 8, Raphael, 6, dan Isabella 2.
Sementera menerusi perkahwinan terdahulu bersama komposer Ajai, Nourul dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ayu Nazirah, 23 tahun.
Baru sahaja bergelar ibu hujung bulan lalu menjadi momen terindah dalam hidup selebriti popular Neelofa.
Pengalaman melahirkan anak sulungnya yang diberi nama Muhammad Bilal di sebuah hospital swasta di ibu kota pasti tidak akan dilupakan sampai bila-bila.
Jika sebelum ini Neelofa tidak mendedahkan kisah kehamilan pada umum, tetapi kali ini berkongsi pengalaman saat melahirkan anak pertamanya.
Menerusi entri Instagram miliknya, Neelofa menyamakan kesakitan melahirkan bayi pertamanya itu seperti sakit datang bulan yang dialaminya sebelum ini.
“Masa ini macam tidak percaya dan tidak boleh hadam, betul ke sakit nak beranak ini… kerana macam lebih kurang sakit datang bulan sahaja (period pain).
“Sebab sengugut ku sangat ekstrem ya setiap bulan. Haris balik kerja malam itu, terus dia cakap jom kita pergi hospital dan saya seperti… ya ke sayang?
“Kot-kot (kalau) ‘false alarm’. Jadi saya mula rakam setiap kali sakit,” kongsinya di Instagram.
Neelofa turut memberitahu walaupun sudah pun berada di dewan bersalin, dia tidak pasti apa yang berlaku sekitar jam satu pagi pada hari yang sama.
“Jadi pada jam satu pagi saya sudah terbaring di dewan bersalin. Masih tidak pasti ‘betul ke dah nak beranak (bersalin) ini’.
“Pak Ustaz (suaminya) buat solat sikit sambil menunggu doktor. Masa ini sampai-sampai sudah dua sentimeter (CM),” katanya.
Tambah bekas pengacara Meletop itu lagi, dia menahan sakit kontraksi selama 14 jam sebelum Bilal selamat dilahirkan jam 3.44 petang, pada hari yang sama.
Sebelum itu juga dia sempat menemani suaminya breakfast setelah menahan sakit berjam-jam menahan kontraksi sebelum sebelah petang segala urusan dipermudahkan Allah.
Diakhir bicaranya Neelofa yang kini sedang menjalani tempoh berpantang turut menzahirkan penghargaan buat suami tercintanya, PU Haris kerana sentiasa ada di sisinya sepanjang berada di hospital.
“Sentiasa ada di sisi, terima kasih suamiku. Walaupun mencabar the first five days di hospital, tapi tu antara hari atau momen terindah bersama suami sepanjang berkahwin,” tulisnya di IGS.
Pasangan ini mendirikan rumahtangga 27 Mac tahun lalu di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.