Teruja Diberi Peluang Jadi Ibu. Neelofa Ucap Terima Kasih Pada Baby Bilal Realisasikan Impian!

Share

Viral baru-baru apabila pasangan Neelofa dan suaminya Pendakwah Bebas, Harris Ismail memberitahu kutipan duit raya anak sulung mereka mencecah RM14K.

Walaupun baru pertama kali sambut Syawal memang menjadi rezeki Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari lalu mengutip duit raya sebanyak itu.

Dalam pada itu selain keterujaan menyambut Syawal bersama anak sulungnya, Neelofa juga turut mendedikasikan ucapan terima kasih buat anakandanya Bilal kerana menjadikan dirinya seorang ibu.

Artikel Lain: ‘Look So Beautiful….” – Persalinan Serba Putih Serikan Penampilan Neelofa Di Majlis Nikah

Dalam ciapan di Twitter sempena hari ibu baru-baru ini, Neelofa meluahka rasa syukur kerana diberi kesempatan untuk merasai nikmat bergelar seorang ibu.

Ternyata pengalaman mengandung dan melahirkan Bilal adalah perkara yang melengkapi kehidupan bagi Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor.

Perkongsian Neelofa itu mendapat pelbagai reaksi daripada warga Twitter yang turut tumpang gembira serta mengucapkan selamat hari ibu kepada selebriti itu.

Biarpun sehingga kini ramai menantikan wajah Bilal, namun pasangan ini belum bersedia mempamer wajah Bilal kepada umum.

Artikel Lain: Tak Sampai Sebulan Berpantang, Neelofa Dah Rasa Terkurung? Minta Kongsi Nasihat & Pengalaman Pengikutnya!

Neelofa dan suami berkahwin pada 27 Mac 2020 lalu di sebuah hotel dalam satu majlis penuh meriah.

Setahun berkahwin pasangan ini dikurniakan cahayamata pertama Muhammad Bilal yang dilahirkan di sebuah hospital di ibu kota Januari lalu, setelah mengalami kontraksi selama 14 jam sebelum proses melahirkan selamat.

Artikel Lain: “Layan Kontraksi 14 Jam, Sakit Macam Period Pain Je” – Neelofa Kongsi Pengalaman Lahirkan Anak Sulung!

IKLAN