Melihat aksinya di Sukan Olimpik lalu menujukkan betapa komitmenm\ cukup tinggi ditunjukkan penerjun negara, Datuk Pandelela Renong.
Biarpun tidak memenangi sebarang pingat kali ini, tetapi semangat juang ditunjukkan tetap tinggi di sukan berprestij ini.
Ternyata segala keazaman dan kerja keras ditunjukkan selama ini berbaloi apabila baru-baru ini beliau telah dianugerahkan Darjah Panglima Setia Bintang Sarawak di Bangunan Lapau, Dewan Undangan Negeri Sarawak yang membawa gelaran Datuk.
Foto Kredit: Bernama
Ayuh kita litat fakta menarik Datuk Pandelela Rinong yang mana kejayaan diraih sangat membanggakan kita seluruh rakyat Malaysia.
Fakta Menarik Datuk Pandelela Rinong
1. Dilahirkan pada 2 Mac 1993 di Kupuo Jugan, sebuah perkampungan di Bau, Sarawak.
2. Beketurunan Bidayuh dan berketinggian 5’3″ serta memiliki berat badan 52kg.
4. Pada usia tujuh tahun Pandelela dipilih menjadi perenang negeri dan menyambung latihan di Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Ads
3. Beliau menjadi pembawa bendera wanita pertama Malaysia ketika mengetuai kontinjen negara pada pembukaan Sukan Olimpik London 2020.
4. Beliau juga merupakan atlet wanita negara pertama yang meraih pingat dalam Sukan Olimpik pada Temasya London 2012 bagi acara terjunan 10 meter platform wanita.
4. Atlet kelahiran Sarawak tersebut pernah meraih pingat perak dalam acara 10m papan anjal seirama bergandingan dengan Cheong Jun Hoong pada Temasya Rio 2016.
Ads
5. Juga menjadi pemenang pingat emas pada Piala Dunia Tokyo, selain satu perak dan empat gangsa (Kejohanan Dunia).
6. Anugerah Datuk yang diterima berkenaan merupakan memori yang terindah. Beliau turut ingin menjadikan penganugerahan itu sebagai pembakar semangat buat dirinya dan inspirasi untuknya terus berjuang dalam bidang sukan terjun.
7. Selain itu, Pandelela juga pernah menerima pingat Ahli Mangku Negara dan Jasa Bakti Sarawak setelah mencapai kejayaan pingat perak di Sukan Olimpik Rio De Jeinero, pada 2016.
Ads
8. Beliau kini mengambil Ijazah Sains Sukan di Universiti Malaya.
Buah tembikai adalah antara buah-buahan yang sering menjadi pilihan untuk dijadikan pencuci mulut.
Buahnya yang berwarna merah dan manis ini boleh dibuat penghilang dahaga kala cuaca panas.
Sama ada elok dimakan begitu saja atau dikisar menjadi jus buahan tanpa dimasukkan sebarang pemanis. Disenaraikan antara khasiat buah tembikai untuk kesihatan.
Khasiat Buah Tembikai
1. Membantu Menyihatkan Jantung
Tembikai mempunyai satu nutrisi yang dipanggil lycopene. Lycopene ini membantu melindungi sel badan dari rosak dan membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
Ianya terbukti dengan kajian yang dilakukan Universiti Purdue. Selain itu, satu lagi kajian yang diterbitkan pihak Jurnal Hipertensi Amerika juga menunjukkan tembikai dapat membantu mengurangkan tekanan darah tinggi orang dewasa yang obesiti.
2. Sifat Anti-Radang
Lycopene juga mempunyai sifat anti-radang dan mampu bertindak sebagai anti-oksida untuk meneutralisasikan radikal bebas dalam badan.
Sifat anti-radang ini sangat membantu bagi mereka yang mempunyai masalah sakit lutut, arthritis atau penyakit-penyakit yang berpunca dari stres, merokok dan juga pencemaran.
3. Membantu Membekalkan Air Kepada Badan
Kandungan tembikai yang penuh dengan air dapat membantu badan dari kehilangan air. Selain itu juga, air tembikai juga adalah konduktor yang baik dan ini sangat bagus untuk menghalang dari berlakunya strok haba. Jadi, kalau cuaca panas terik, teruslah mencari buah tembikai untuk dimakan ya.
4. Memberikan Kebaikan Pada Kulit Dan Rambut
Vitamin A sangat penting untuk kulit anda dan tembikai mampu membekalkan nutrisi ini kepada badan anda. Vitamin A juga membantu melembapkan kulit dan rambut sekaligus menggalakan pertumbuhan sel kolagen dan elastik yang baru setiap hari.
5. Menghilangkan Sengal Dan Lenguh Pada Otot
Minum satu cawan jus tembikai sebelum melakukan aktiviti sukan atau lasak mampu mengurangkan lenguh dan sengal otot selepas aktiviti tersebut. Fakta ini dibuktikan dengan satu kajian yang diterbitkan Jurnal Agrikultur dan Sains Makanan pada tahun 2013.
Selain itu, satu lagi kajian telah dibuat dan menunjukkan tembikai dapat membantu meningkatkan prestasi ahli sukan yang mengamalkan tembikai sebelum menjalankan sukan tersebut.
6. Menghalang Kanser
Seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang lain, tembikai dikatakan dapat mengurangkan risiko kanser melalui sifat anti-oksida yang ada. Lycopene secara amnya mempunyai perkaitan yang rapat dengan pengurangan kanser prostat menurut Institut Kanser Kebangsaan Amerika.
7. Membantu Buah Pinggang
Setiap hari, anda terdedah dengan pelbagai jenis toksin. Sebahagiannya datang melalui pemakanan dan udara persekitaran anda. Jadi, tugas buah pinggan sangat penting bagi mengeluarkan toksin-toksin tersebut dari badan anda.
Dua nutrisi penting yang ada di dalam tembikai, iaitu potasium dan kalsium dapat membantu buah pinggang dalam proses mengeluarkan toksin dari badan. Jadi, amalkan makan tembikai setiap pagi untuk kesihatan yang lebih baik.
Fakta Nutrisi Tembikai
1 cawan buah tembikai yang telah dipotong seberat 152 gram mengandungi dan membekalkan:
– 43 kalori
– 0 gram lemak
– 2 miligram garam
– 11 gram karbohidrat
– 1 gram serat
– 17% vitamin A yang diperlukan setiap hari
– 21% vitamin C yang diperlukan setiap hari
– 2% zat besi yang perlu setiap hari &
– 1% kalsium yang diperlukan badan setiap hari
Pernah mengalami masalah kenaikan berat badan selepas melahirkan anak, namun bagi pelakon dan juga usahawan Tya Arifin. Tidak pernah mengalah untuk tampil cantik.
Baginya penampilan yakin dan menyenangkan memberi aura positif setiap kali bekerja memandangkan dirinya juga seorang usahawan.
Mempunyai cara tersendiri dalam menjaga kecantikan diri, Tya Ariffin tidak lokek berkongsi amalannya.
“Tiada rahsia tertentu menjaga kecantikan. Cuma saya banyak minum air kosong dan setiap pagi amalkan minum jus Mutyara. Saya juga akan sentiasa bersihkan wajah yang mekap bila sudah pulang ke rumah.
“Seawal pagi rutin haria saya akan bangun sekitar jam 5 pagi dan waktu itu saya akan terus bersemangat memulakan kerja.
“Kemudian saya akan ambil sarapan pagi sihat seperti bijiran dan sayur dan tidak dilupakan suplemen Mutyara sebagai penambah tenaga untuk kekal cergas sepanjang hari,” ujarnya yang sentiasa murah dengan senyuman ini.
Menurutnya memang dia akan masuk tidur lewat sekitar jam 12 malam tetapi akan bangun awal pagi untuk memulakan rutin harian.
“Walaupun masuk tidur agak letat, tetapi alhamdulillah masih diberi tenaga berpanjangan untuk kekal cergas keesokan harinya.
“Saya masih ingat lagi ketika masih kecil lagi sudah diajar oleh ibu saya agar mengamalkan minuman herba yang dibuat olehnya. Minuman herba ini diperbuat daripada campuran halia, kunyit dan beberapa bahan lain dan rasanya memang pahit. Tetapi mempunyai banyak khasiat dalam mengekalkan kesihatan tubuh.
“Jadi apabila suda ada produk sendiri ini,Tya jadikan ia seperti herba yang dibuat ibu tya untuk diamalkan setiap hari sehingga hari ini. Kesannya memang Tya akan kekal bertenaga sepanjang hari.
“Idola dalam menjaga kecantikan pula, adalah mereka yang berumur 50 tahun ke atas tetapi masih boleh menjaga badan dan kesihatan dalam dengan sangat baik sekali.
“Saya sangat respek dengan mereka yang pandai menjaga kecantikan diri luar dan dalam dan inilah yang Tya idamkan satu hari nanti. Jadi untuk capai impian itu inilah apa yang saya lakukan dengan menjaga kesihan diri sebiak mungkin,” jelasnya lagi.
Bercerita perihal kerja pula, menantu kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, berkata dia bakal bergelar pengacara untuk satu program television.
Bukan tamak mahu melakukan semua cabang kerja, namun ibu kepada Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa ini akan mengendalikan program bual bicara dalam talian, Bersama Tya.
Malah pandemik COVID-19 yang sudah lebih setahun melanda dunia juga turut menjentik semangat Tya Arifin berkongsi hal positif dan suntikan inspirasi menerusi program berkenaan.
Bersiaran secara langsung setiap Isnin, Selasa dan Rabu jam 10 malam di ‘Instagram Live’ sejak 14 Jun lalu, Tya juga dalam masa sama membiasakan norma baharu bekerja dari rumah.
Terdahulu, isteri kepada Asyraf Khalid ini pernah berlakon, menyanyi dan menceburi perniagaan jus kesihatan, Mutyara.
“Dalam membiasakan norma baharu sekalipun berdepankekangan tertentu di era pandemik ini, kenapa tidak saya manfaatkan platform media sosial seperti Instagram hingga ke YouTube.
“Sebenarnya, dulu di negara kelahiran sendiri, Indonesia… saya pernah juga jadi penyampai radio. Cuma tak sempat berjinak jinak jadi pengacara,” katanya.
Malah dalam membiasakan norma baharu ini juga, segala serbikerja dilakukan sendiri wanita kelahiran Palembang, Indonesia ini.
“Untuk tugasan program ini, saya banyak melakukan semua kerja sendirian. Awalnya pasukan kerja saya yang menguruskan set program, tetapan gajet, bahan grafik dan sebagainya. Lagi pun saya sudah terbiasa buat ‘live’ di Instagram, jadi tidak canggung.
“Selepas itu, pendek kata semua saya uruskan sendiri. Termasuklah menata rias diri, menentukan pakaian yang mahu dipakai. Malah tetamu atau panel jemputan pun saya sendiri yang undang.
“Lagipun mudah kerana saya bersiaran di rumah. Anak pula jam 9 malam sudah masuk tidur. Jadi masa ‘live’ saya tak diganggu mereka. Pembantu rumah hanya ‘standby’ tekan butang ‘live’ di telefon bimbit saja,” katanya.
Setakat ini sudah lebih 30 episod bersiaran yang kemudiannya turut dikongsi di pelbagai platform termasuk di ‘feed’ Instagram dan dimuat naik di saluran YouTube Tya Arifin.
Tidak hanya mengundang rakan artis dan personaliti di Malaysia, Tya atau nama penuhnya, Nurtria Wulandari Arifin ini turut mengundang selebriti dari Indonesia.
Datuk Seri Siti Nurhaliza, Tengku Zawiyah, Nina Ismail Sabri, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad antara yang pernah diundangnya.
“Saya fikir ketika pandemik ini ramai yang bergelut. Malah terlalu banyak hal negatif di media sosial. Setidak tidaknya perkongsian inspirasi dan positif daripada tetamu jemputan boleh menyebarkan aura baik.
“Isu yang dikupas juga sangat dekat dengan kita. Malah ada yang bersifat semasa dan terkini. Malah saya juga tak bataskan hanya tetamu jemputan di kalangan wanita saja. Nanti tetamu lelaki pun ada. Dulu perkongsian atau motivasi saya mungkin terbatas di kalangan usahawan.
“Tapi sekarang ini, sesiapa saja yang mengikuti saya di media sosial boleh mendapat benda sama. Malah saya juga ada kumpulan telegram Tya Arifin. Menerusi saluran itu banyak juga hal dikongsi. Boleh juga ke Instagram @bersamatya,” katanya yang meminati Ellen Degeneres dan Mata Najwa.
Dalam pada itu, Tya juga berharap suatu hari nanti dapat mengundang wanita berpengaruh termasuk Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali sebagai tetamu jemputan.
“Dapat jemput Tun Dr Siti Hasmah jadi tetamu pasti saya akan rasa bangga. Begitu juga di kalangan figura wanita yang menjadi kekuatan pemimpin di Indonesia.
“Malah saya bercita cita mengundang tokoh pemimpin dan motivasi lain selepas ini,” katanya.
Di akhir bicara, Tya tak lepas ditanya mengenai kerinduannyaterhadap keluarga di kampung halaman selepas dua tahun tidak bersua.
“Bab rindu ini sebenarnya bagaisudah kering air mata. Kerinduan itu terlalu berat. Tapi apa daya kita melawan ujian pandemik ini. Nak rentas negara, bukan perkara mudah. Saya reda,” katanya yang sudah lengkap dos dua vaksin.