
Jika sebelum ini tidak pernah ambik kisah dengan kenaikan berat badan hinggalah terngiang-ngiang kata-kata seorang kawan menyebabkan dirinya nekad untuk berubah.
Namun dek kerana agak terasa dengan kata-kata seorang teman menyebabkan Saidatul Nazrah dengan diam-diam cuba mencari jalan untuk jadi kurus dengan cara lebih sihat.
Apatah lagi ketika itu dalam masa sama kaki menjadi sakit ketika sujud setiap kali mahu bersolat menjadikan dirinya bersemangat untuk berusaha menurunkan berat yang telah mencecah 80 kg.

Tidak menggunakann sebarang produk sebaliknya melihat semula posting terdahulu dalam Grup Diet Suku-Suku Separuh (DSSS) bagaimana mendapatkan berat badan ideal yang sesuai dengan BMI dan apa sesuai dimakan.
Untuk tiga bulan pertama, dia cuba menepis godaan mengurangkan minuman manis, fast food atau processing food. Malah dia juga rajin membawa bekal ke tempat kerja.
“Saya juga rajin berpuasa Isnin dan Khamis bagi mengelakkan untuk makan di tempat kerja.
“Malah pada bulan Rejab lalu, boleh kira berapa hari saja yang saya tak berpuasa. Dalam perjalana diet ini, saya memang tak ambil sebarang suplemen kerana nak cabar diri boleh atau tidak berjaya dengan menggunakan cara DSSS ini.

“Selain itu saya juga turut melakukan senaman tetapi tidak terlalu berat sangat. Misalnya zumba atau jalan kaki.
“Atau kadang-kadang berulang alik jalan dalam rumah untuk cukupkan 10 ribu langkah,” ujarnya yang menjaya menurunkan berat badan daripada 77 kg hingga 60.5 kg dalam masa 6 bulan.
Tambahnya lagi dia mula diet bermula November tahun lalu hinggalah sekarang. Walaupun masih mengidamkan untuk mencecah angka 57 tahun tetapi bersukur kerana berjaya menurunkan berat lebih 17 kg dengan cara sihat dan selamat.
Antara Menu DSSS Yang Diambil:









Artikel Berkaitan:
Umur 72 Tahun Tapi Badan Kekal Langsing, Ini Rahsia Awet Muda Pereka Terkenal Dunia Vera Wang
Ganggu Rawatan Pesakit Kanser? Pakar Jelaskan Vaksin Covid-19 Boleh Lindungi Kadar Jangkitan!
Tanpa Produk, Pilih Gaya Hidup Aktif. Lelaki Kongsi Kisah Turunkan Berat Badan Dari 190KG Ke 90KG!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lepas 23 hari Ditidurkan Sebab Jangkitan Varian Delta, Isteri Pelakon Badrol Shah Akhirnya Meninggal Dunia

Sebelum ini viral dikatakan isteri kepada pelakon kerdil, Badrol Shah, iaitu Farah Sheila Mazlan telah meninggal dunia tetapi rupanya berita itu tidak benar.
Namun pagi ini selepas 45 hari bertarung termasuk 23 hari ditidurkan akibat positif Covid-19, isterinya telah disahkan meninggal dunia.
Allahyarham yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur mengembuskan nafas terakhir selepas dijangkiti varian Delta awal Julai lalu.
Dalam laporan Mstar Badrol berkata dia sempat membacakan dua kali shahadah untuk isteri tersayang ketika doktor membuat penggilan video sekitar jam 8 lagi.
Pernah alami trauma dengan berita kehilangan isteri sebelum itu, dia berkata kali ini reda dengan pemergían Allahyarham. Sekarang ini (ketika artikel ditulis) pihak hospital akan menguruskan jenazah dan selewatnya dikebumikan selepas solat Zohor.
Menurutnya ketika pertama kali pihak hospital membuat kesilapan mengatakan isterinya sudah meninggal dunia memang dia tidak dapat menerima kenyataan itu.
![]()
Tetapi kali ini dia serta seluruh keluarga sudah reda dengan pemergian Allahyarham.
Dia yang juga pelakon filem Busut Bonang barkongsi berita sedih dengan pemergian isterinya yang juga neorang guru agama di Sekolah Rendah Agama Lembah Keramat Kuala Lumpur di laman Instagramnya.

Takziah diucapkan kepada seluruh keluarga Badrol, semoga tabah menerima berita kehilangan akibat virus Covid-19.
Artikel Berkaitan:
“Cara Pakai Kena Betul & Bukan Produk Tiruan” – Dr. Izzar Kongsi Cara Pilih Face Mask Yang Sesuai
Berat Kembali Turun 35KG, Elyana Akui Setiap Hari Rasa Sakit. Mohon Diberi Semangat Luar Biasa!
Bukan Je Tersebar Diudara Dalam 15 Saat, Varian Delta Juga Boleh Tumbuh Dalam Hidung
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Elak Yang Proses. Pilih Daging Merah Asli, Untuk Sumber Makanan Lebih Sihat & Berkhasiat!

Setiap kali hari raya korban yang baru kita sambut Selasa lalu pastinya akan mendapat sedekah daging daripada mereka yang membuat korban.
Ketika inilah carian untuk masakan berasaskan daging popular di internet kerana mahu menyediakan sajian buat keluarga tersayang.
Kita juga selalu di beritahu bahawa daging merah iaitu daging lembu atau kambing adalah tidak elok untuk kesihatan kerana kononnya ia menyebabkan kanser dan penyakit jantung.
Terdapat maklumat yang berkonflik tentang kebaikan atau keburukan daging merah ini.
Sekarang terdapat banyak kajian telah menunjukkan kelebihan dan khasiat daging merah kepada kesihatan untuk mencegah pelbagai jenis penyakit kronik dan bukanlah punca penyakit sebenarnya.
APA ITU DAGING MERAH?
Daging merah adalah daging haiwan berkaki empat seperti lembu, kerbau, kambing, unta dan rusa yang boleh di makan. Ia berbeza dengan ‘daging putih’ daripada haiwan seperti ayam, ikan, udang, sotong dsbgnya.
Daging merah akan berwarna merah sebelum di masak dan akan menjadi warna gelap apabila di masak. Daging merah mengandungi bahan ‘myoglobin’ yang lebih banyak iaitu sejenis protin yang menjadikan warna nya merah. Myoglobin adalah tisu yang berfungsi untuk membawa dan menyimpan oksigen untuk otot.

FAKTA NUTRISI DAGING MERAH
Daging merah adalah makanan yang sangat berkhasiat dan mengandungi pelbagai zat-zat nutrisi yang penting untuk kesihatan. Kandungan nutrisi di dalamnya adalah berbeza bergantung kepada sumber, jenis daging dan kaedah memasaknya.
Secara umumnya, daging lembu seberat 85 gram mengandungi :
• 180 kCal
• 0 g Karbohidrat
• 22.5 g protin
• 9.5 g lemak
• 5.7 mg Zink
• 2.1 µg vitamin B12
• 18.4 µg Selenium
• 4.4mg Niacin (Vitamin B3)
• 164 mg Fosforus
• 0.3 mg Vitamin B6
• 2.5 mg Zat Besi
• 0.1mg Riboflavin
• 255mg Potassium
Di samping nutrien yang di senaraikan di atas, daging juga mengandungi magnesium, asid pathothenic, kuprum dan vitamin E. Jika daging lembu itu adalah daripada ‘lembu kampung’ yang di ternak secara fitrah iaitu lembu yang di ternak secara bebas untuk meragut rumput secara bebas di padang maka daging embu itu akan mempunyai kandungan asid lemak omega 3 dan CLA (Conjugated Linoleic Acid) yang lebih tinggi berbanding lembu yang di ternak dengan hanya di berikan makan dedak.
KONTROVERSI MAKAN DAGING KEPADA KESIHATAN
Sejak beberapa dekad terbaru ini kita selalu di fahamkan bahawa pengambilan daging merah mempunyai risiko yang tinggi kepada kesihatan.
Daging merah di katakan mempunyai kandungan ‘lemak tepu’ yang tinggi dan ia meningkatkan risiko penyakit jantung koronari. Kajian telah di terbitkan dalam jurnal perubatan Annals of Internal Medicine pada tahun 2014 menunjukkan bahawa tiada bukti saintifik yang kukuh yang menyokong saranan mengambil lebih tinggi lemak tidak tepu (PUFA) dan mengurangkan pengambilan lemak tepu (SFA) untuk mencegah penyakit jantung. Yang lebih menarik adalah kajian ini mendapat dana sumbangan daripada British Heart Foundation.
Kajian lain pula menunjukkan pengambilan lemak tepu yang terlalu tinggi melalui pengambilan daging merah yang berlebihan akan meningkatkan paras LDL jahat yang akan menngkatkan risiko pengerasan saluran darah iaitu masalah atherosklerosis yang akan menyebabkan masalah saluran darah jantung menjadi sempit dan akan tersumbat akhirnya.
Kata kuncinya di sini adalah BERLEBIHAN..iaitu jika kita mengambil daging merah secara berlebihan seperti amalan masyarakat di Barat yang makan daging setiap hari akan menyebabkan masalah.
Terdapat kajian yang telah mengaitkan pengambilan daging merah meningkatkan risiko penyakit jantung iaitu satu kajian yang di jalankan di Boston menunjukkan pengambilan daging merah yang tinggi di kaitkan dengan masalah kegagalan fungsi jantung di kalangan doktor. Kajian lain juga menunjukkan pengambilan daging merah meningkatkan risiko kematian akibat penyakit jantung dan kanser.
Beberapa kajian juga menunjukkan kaitan di antara pengambilan daging merah dengan kanser. Oleh kerana itu, pada tahun 2015, pihak WHO telah mengklasifikasikan daging merah sebagai ‘berkemungkinan bersifat karsinogen kepada manusia’ berdasarkan kajian-kajian yang ada.
Tetapi, jika kita melihat dengan lebih mendalam kajian-kajian ini, maka kita dapati bahawa kajian-kajian ini telah mengambil data dengan mencampurkan semua jenis daging tanpa membuat pengasingan di antara ‘daging merah asli’ yang tidak di proses dengan ‘daging proses’ seperti daging burger, sosej,bebola daging dan sebagainya.
Sebenarnya kita perlu membuat perbezaan di antara ‘daging proses’ dengan daging merah asli kerana kajian menunjukkan bahawa sebenarnya daging proses adalah berisiko tinggi menyebabkan masalah kesihatan.
Ini kerana kandungan karbohidrat dan bahan-bahan pengawet dan sebagainya yang tinggi di dalamnya sedangkan pengambilan daging merah asli tidak menunjukkan kaitan dengan penyakit jantung.
Kajian tentang kaitan daging proses dengan penyakit jantung ini adalah satu kajian yang sangat besar yang melibatkan seramai 448,000 peserta dan merupakan satu kajian yang kukuh dan boleh di jadikan rujukan saintifik yang kuat.
Satu kajian lain dalam tahun 2015 yang di terbitkan dalam PloS One membuat kajian melibatkan 134,000 orang peserta yang ingin mengkaji kesan pengambilan daging merah dengan risiko kanser.
Kesimpulan akhir kajian ini menunjukkan bahawa pengambilan DAGING PROSES sebenarrnya yang meningkatkan risiko kanser terutama kanser kolorektal dan tiada bukti yang kukuh menunjukkan kaitan secara lansung di antara pengambilan ‘daging merah asli’ dengan risiko kanser kolorektal.

Terdapat saintis penyelidik yang mencadangkan terdapat faktor lain yang menetukan samada daging itu sihat atau tidak iaitu berkaitan dengan kaedah daging itu di masak dan disediakan.
Kajian menunjukkan, memasak daging dan makanan lain dengan suhu yang terlalu tinggi akan menyebabkan terhasilnya bahan yang bahaya seperti bahan AGE (Advance Glycation Endproduct), HA (Haterocyclic Amines) dan PAH (Polycyclic Aromatic Hydrocarbons) yang merupakan bahan karsinogen penyebab kanser.
Memasak dengan suhu yang lebih rendah seperti masakan berkuah (stewing) atau masak kukus (steaming) boleh mengurang pembentukan bahan-bahan tersebut.
Terdapat juga sesetengah orang yang mempunyai alahan atau allergi dengan daging merah walaupun ianya agak jarang berlaku.
Apabila seseorang makan daging merah, maka ia akan menyebabkan kesan seperti loya, sakit kepala, gatal-gatal,muntah dan sakit perut. Jika anda mengalami gejala ini setiap kali makan daging merah, maka anda tidak sesuai untuk makan daging merah ini.
KHASIAT DAN KELEBIHAN DAGING MERAH
Pengambilan daging merah asli dalam jumlah yang sederhana adalah satu bentuk pemakanan yang sihat. Daging merah adalah makanan yang berkhasiat dan tinggi nutrien dan merupakan sumber vitamin, mineral seperti zink, vitamin B12, selenium dan niacin yang baik. Nutrien mikro ini adalah sangat penting untuk kesihatan yang lebih baik.
Kajian menunjukkan Zink adalah nutrien untuk sistem imuniti yang kuat dan membantu melindungi tubuh daripada jangkitan kuman dan penyakit.
Kajian juga menunjukkan vitamin B kompleks yang kaya dalam daging merah adalah penting untuk penghasilan tenaga, fungsi otak dan pemulihan sel-sel tubuh.
Daging merah juga adalah sumber zat besi iaitu sumber mineral yang penting untuk penghasilan sel-sel darah merah. Kekurangan zat besi ini akan menyebabkan masalah ‘anemia’ (kurang hemoglobin) yang akan menyebabkan rasa lesu, lemah, kuku rapuh dan rasa susah nafas .
Daging merah juga adalah sumber protin yang tinggi yang sangat penting untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan tubuh, sistem imuniti yang kuat, pembentukan otot yang kuat dan pemulihan luka yang cepat .
Kajian juga menunjukkan bahawa protin yang tinggi dalam daging merah ini akan membantu menurunkan berat badan. Ini adalah kerana pengambilan lebih tinggi protin dan lemak dalam daging merah maka ia akan membantu menurunkan paras hormon ghrelin yang meransangkan rasa lapar. Kerana penurunan paras ghrelin ini,maka kita akan rasa cepat kenyang apabila makan daging.
Berdasarkan laporan kajian dalam jurnal American Journal of Clinical Nutrition tahun 2005 menunjukkan pengambilan makanan berprotin tinggi seperti daging merah akan menyebabkan penurunan selera makan yang ketara dan akan menyebabkan seseorang akan kurang makan serta menyebabkan berat badan menurun.
BAGAIMANA UNTUK MAKAN DAGING MERAH
Pengambilan daging merah secara sederhana adalah kunci kepada pengambilan daging merah yang sihat. Pilihlah daging merah asli dan elakkan pengambilan makanan daging proses seperti burger, nugget, hotdog, bacon dan sosej.
Memasak dengan berkuah dan menggunakan santan seperti masak lemak cili api, masak kari, asam pedas dsbgnya dengan suhu sederhana akan mencegah pembentukan bahan merbahaya seperti AGE, HA dan PAHs.
Elakkan makan daging yang di bakar sehingga ‘hitam’ hangus (charred, smoked , burnt) kerana ia mungkin mengandungi bahan merbahaya.
Kajian menunjukkan, dengan memerap daging dengan jus lemon, bawang putih, bawang, garam, kunyit dan rempah ratus akan menghalang pembentukan bahan kimia merbahaya.
Elakkan mengambil daging setiap hari dan ambil dalam jumlah yang sederhana adalah kaedah yang lebih baik. Saranan oleh American Institute for Cancer Research adalah pengambilan daging merah hanya 3 kali seminggu sahaja .
Dalam seminggu, kita boleh makan lebih banyak ayam, ikan, makanan laut, telur sebagai sumber protin yang lain.
KESIMPULAN:
Pengambilan daging merah adalah sumber makanan yang berkhasiat jika kita mengambilnya secara sederhana. Daging daripada haiwan yang sihat akan memastikan kita mendapat sumber nutrisi yang cukup dan lengkap untuk kesihatan tubuh kita yang lebih baik.
Kolesterol dalam daging merah adalah sumber kolesterol yang sihat dan tidak akan menyebabkan kolesterol darah meningkat. Kajian juga menunjukkan pengambilan daging merah bukanlah punca kepada penyakit jantung koronari.
Oleh kerana itu, sempena Hari Raya Aidil Adha ini, boleh lah kita makan dengan rasa gembira dan bersyukur kerana makan daging adalah makanan yang sihat dan berkhasiat di samping itu ianya juga adalah makanan amalan sunnah Nabi Muhammad SAW dan juga nabi-nabi sebelumnya sejak beribu-ribu tahun dahulu. Insyaallah.

MBBS (Manipal),MScAARMMA (UCSI)
MNM (ACNEM) , FAGE (MAHE)
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Muka Kavita Sidhu Tak Makan Dek Usia, Dah 51 Tahun Pun Masih Cantik!

Sungguh terpesona melihat muka Kavita Sidhu tak makan dek usia pun walau dah masuk 50-an, itu satu anugerah dengan badannya pun tinggi lampai. Masih cantik!
Kavita Sidhu, satu nama yang tidak asing dalam dunia peragaan. Apatah lagi selebriti jelita ini membuka mata dunia menerusi kecantikan semula jadi yang dimiliki apabila dinobatkan sebagai Miss Charm International pada tahun 1990.
Muka Kavita Sidhu Tak Makan Dek Usia, Dah 51 Tahun Pun Masih Cantik!
Menjengah ke akaun TikTok Kavita, selebriti ini memuatnaik video bersama kapsyen pendek. Rakaman yang dikongsikan tersebut memaparkan Kavita menggayakan busana baju kurung dan gaun yang sopan.
Meski video peragaan yang dikongsikan cukup ringkas, namun penampilannya sederhana itu berjaya memukau warganet yang mengenali selebriti ini.
@kavita_sidhuLooking back !♬ original sound – Kavita Sidhu-Guiati
Penampilan Sopan Dan Anggun

Melihat video yang dimuatnaik model dan selebriti jelita ini membuatkan warganet terpegun seketika, mana tidaknya Kavita bukan saja cantik malah penampilan sopan yang digayakan menyerlahkan lagi keperibadian yang sederhana dan juga keanggunan diri.
@kavita_sidhuSalam 💕 Wearing one of fave Baju Kurungs…event at Pavilion KL for Chloe with Valiram group 💞♬ original sound – Kavita Sidhu-Guiati
Dipuji Netizen Sebab Awet Muda
Meninjau diruangan komen dan rata-rata ramai warganet terpukau melihat kejelitaan dan kesopanan yang dipamerkan Kavita, dan dalam masa yang sama masih mampu buatkan sesiapa yang memandangnya terpegun tanpa perlu menggayakan fesyen yang terdedah.
“Sentiasa cantik dan sederhana orangnya.”
“Sungguh sopan penampilan akak.”
“Sopan-sopan baju, Kavita pun dah terserlah cantik tak perlu dedah sana sini.” komen mereka.
“Masih cantik dari dulu sampai sekarang, suka sangat.”
“Cantik. Dia nampak sangat lawa pakai pakaian tradisional. Hebat!”
“Sangat anggun dengan kesopanan” komen mereka lagi.
Kejelitaan Tak Makan Dek Usia

Dalam pada itu, ada juga yang warganet yang memberi komen tentang kecantikan Kavita yang tak makan dek usia walaupun kini selebriti serba boleh ini sudah berusia 51 tahun.
“Dulu masa sekolah suka tengok dia. Sekarang umur aku dah 43. Kenapa dia tak tua-tua.”
“Cantiknya dia, dari aku sekolah menengah sampai sekarang dia sama je tak berubah-ubah mukanya.”
“Dari dulu memang cun.” komen mereka.
Umur dah masuk 50 seperti ini pun, masih nampak macam zaman ratu cantik era 90an. Memang tak makan dek usia Kavita ni!

Sekadar info, Kavita bukan saja dikenali sebagai peragawati terkenal malah selebriti ini turut menerokai dunia lakonan, penerbitan filem, pereka fesyen dan juga menjadi usahawan.
Kredit Video dan gambar: kavita_sidhu & Kavita Sidhu
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!


