Tidak dinafikan seronok melihat perkongsian mereka yang sudah berjaya menurunkan berat badan.
Menjadi pemangkin semangat untuk orang lain berusaha mendapatkan berat ideal.
Seperti perkongsian lelaki ini Muhammad Hanif yang seronok melihat ramai yang sudah berjaya kurus dalam satu perkongsian di Grup Diet Suku-Suku Separuh.
Justeru dia juga turut berkongsi result dirinya yang turut terbabit dalam perjalanan mendapatkan berat badan ideal.
Walaupun perjalanan dietnya masih jauh tetapi membakar semangat untuk berusaha mendapat berat diidamkan.
Menurutnya dia enjoy dalam perjalanan diet ini. Dia hanya melakukan cara Diet Suku-Suku Separuh (DSSS) sahaja tanpa potong gula dan minyak.
Ads
Walau bagaimabapun dia hanya mengawal pengambilannya ditambah dengan bersukan dua tiga kali seminggu.
Hasilnya setelah setahun mengamalkan cara ini, dia berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 15 kg iaitu dari 72 kg kepada 57-59 kg.
Ads
Memandangkan saya tengok ramai kakak-kakak dan abang-abang yang berjaya kurus share gambar dlm grup, asya pun rasa nak share jugak la saya punya result walaupun tak banyak and masih jauh lagi perjalanan.
Genap lebih kurang setahun saya berdiet dari berat 72 kg hinggalah 57 kg and sekarang naik balik dalam 59 kg
Tapi tak apa saya enjoy dengan diet saya, saya hanya buat DSSS jer tak cut pun gula and minyak, cuma kawal jer ditambah bersukan 2,3 kali seminggu.
Ads
Saya ingin bagi semngat la kepada abang-abang atau kakak-kakak yang masih berjuang untuk menurunkan berat badan dalam grup ini semoga kita semua dapat badan yang kita inginkan amin…
Kalau pun mata nampak perubahan penyanyi, Aizat Amdan, janganlah ditegur. Nak-nak pula di depan orang rumahnya, mana tak down. Body shaming ini boleh buat orang rasa tak selesa, jadi beringat lah sebelum menegur lebih-lebih.
Baru-baru ini Aizat telah memberi respons padu kepada netizen selepas dirinya menjadi mangsa body shaming.
Menurut Aizat, dia terkesan apabila orang akan memberikan fokus terhadap keadaan terbaharu tubuh badannya.
“Contoh tentang body saya. Sampai sekarang saya buat festival show, beribu-ribu orang datang cakap tentang badan saya. Benda tu saya tak puas hatilah.
“Saya faham tapi masalahnya sekarang orang kena faham yang body shaming tu dah tak cool dah. Saya rasa dalam fatwa pun dosa, kenapa awak nak sebarkan dosa sampai semua orang kena body shaming?” luah Aizat.
Aizat ditemui ketika majlis rumah terbuka Aidilfitri FYP Media dan Indigital Music di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya, semalam.
Tambah penyanyi lagu Hanya Kau Yang Mampu ini, isu ‘body shaming’ juga mungkin menjadi sebab dia kurang berkongsi perkembangan di laman sosial.
“Body shaming tu macam awak boleh cakap je badan kau dah naik, muka kau dah hitam, benda tu tak sedaplah didengar.
“Mula-mula saya tepis benda ni, ada satu masa bila isteri saya dengar. Saya luahkan yang sebenarnya benda ni beri kesan dekat saya. Itu mungkin sebab saya tak post banyak benda,” katanya.
Untuk rekod, Aizat telah mendirikan rumah tangganya bersama wanita pilihannya, Elyssa Alia Ilias pada 14 Ogos 2022.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pernah atau tidak anda melihat mengalami sendiri masalah kecacatan pada jari kaki atau dikenali dengan nama Bunion.
Agak asing mendengarnya tetapi masalah ini juga dianggap sebagai kecacatan apabila jari kaki terkeluar.
Jika tidak diatasi masalah ini akan menjadi lebh teruk terutama apabila memakai kasut yang sempit.
Perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad dilaman sosial Facebook menjelskan apa yang dimaksudkan dengan masalah Bunion ini.
Bunions disebut sebagai hallux valgus atau hallux abducto valgus adalah masalah jari kaki pertama yang membengkok ke dalam sehingga tulang pada pangkal jari kelihatan terkeluar dari penjajaran dan menghasilkan “bonggol” (bunion) itu.
Bunions berlaku secara beransur-ansur mengubah sudut tulang selama bertahun-tahun. Semakin lama keadaan akan menjadi lebih teruk.
Gejala biasa dialami adalah rasa sakit terutama apabila memakai kasut yang sempit.
Doktor akan mengambil x-ray untuk menentukan tahap kecacatan yang berlaku.
Jika keadaan tidak terlalu teruk atau sebelum pembedahan, doktor mungkin menyarankan:
1. Memilih kasut yang sesuai yang mempunyai pembukaan jari lebar.
2. Pelapik diletakkan pada kawasan bunion untuk mengurangkan sakit.
3. Elakkan aktiviti yang menyebabkan kesakitan seperti berdiri untuk jangka masa yang lama.
4. Pengambilan ubat tahan sakit NSAIDs seperti ibuprofen, untuk mengurangkan kesakitan dan keradangan.
5. Menuam pek ais beberapa kali sehari membantu mengurangkan keradangan dan kesakitan.
6. Suntikan steroid untuk merawat keradangan bursa (kantung berisi cecair yang terletak di sekeliling sendi)
7. Dalam sesetengah kes, peranti ortotik diberikan untuk membentuk bunion di peringkat permulaan.
Jika rawatan tanpa pembedahan gagal untuk melegakan kesakitan bunion dan mengganggu aktiviti harian, doktor akan mencadangkan pembedahan untuk membuang “benjolan” tulang, membetulkan perubahan struktur tulang, dan memperbaiki perubahan tisu lembut yang mungkin juga berlaku. Matlamat pembedahan adalah mengurangkan kesakitan.
Tempoh masa pemulihan bergantung pada prosedur yang dilakukan.
Ikuti perkongsian pengalaman dan pengetahuan sepanjang lebih 25 tahun menjadi doktor Pengamal Perubatan Am di Telegram. https://t.me/PerkongsianDrZubaidiHjAhmad
Tidak dinafikan setiap rumah pastinya ada menjadikan kotak simpanan ubåt sebagai persediaan bila diserang sakit.
Namun tahukah kita ubat yang disimpan ini boleh bertukar menjadi racun. Tidak kira dalam bentuk tablet, cecair atau krim.
Malah dikatakan ia akan bertukar jadi racun sekiranya tidak digunakan mengikut peraturan disarankan.
Perkongsian Dr Zubaidi Ahmad menjelaskan mengenai perkara ini dan mengingatkan agar ubat-ubatan ini dijauhkan dari kanak-kanak kerana boleh mendatangkan kemudhratan.
Apakah keracunan ubat-ubatan?
Hampir setiap rumah mempunyai atau menyimpan ubat sama ada dalam bentuk ubat biji atau cecair yang boleh dimakan, atau bentuk yang tidak boleh dimakan seperti ubat sedut, supositori, krim, salap, losyen dan ubat titis.
Setiap ubat adalah racun sekiranya tidak digunakan mengikut peraturan yang disarankan.
Oleh itu, setiap arahan penggunaan pada label atau yang diberitahu oleh doktor dan petugas di kaunter farmasi mestilah difahami dan dipatuhi untuk mengelakkan risiko keracunan.
Selain itu, keracunan juga boleh berlaku akibat kelalaian ibu bapa atau penjaga dalam mengambil langkah-langkah tertentu memastikan semua ubat-ubatan dalam rumah sentiasa dijauhkan daripada kanak-kanak.
APAKAH KERACUNAN TANPA DISEDARI DAN KERACUNAN TIDAK SENGAJA?
Keracunan ubat-ubatan pada kanak-kanak boleh berlaku secara tidak disedari atau tidak sengaja. Keracunan tanpa disedari biasanya terjadi kerana salah anggapan ibu bapa atau penjaga terhadap ubat. Kebanyakan kita menganggap bahawa ubat adalah ‘sangat selamat’ dan mengambil sikap sambil lewa semasa memberikan ubat tersebut kepada anak. Untuk mencegah, beberapa perkara berikut adalah disarankan:
1. Pastikan anda memahami betul-betul arahan yang tercatat pada label ubat contohnya dos atau sukatan ubat yang betul, masa penggunaan dan cara penggunaan ubat yang tepat. Selain itu, arahan tambahan yang diberikan oleh petugas di kaunter farmasi juga perlu difahami dengan baik.
2. Sukatan ubat cecair mesti tepat dan menggunakan penyukat yang betul.
3. Elakkan memberi formulasi ubat untuk orang dewasa kepada kanak-kanak.
4. Goncang botol ubat cecair dahulu sebelum menyukat untuk memastikan kandungannya dicampurkan dengan baik.
5. Buang semua ubat-ubatan yang telah luput atau rosak seperti:
a. Ubat yang telah berubah warna, bau atau rasa.
b. Ubat yang telah tamat tarikh luput atau melebihi dua tahun dalam simpanan anda.
c. Krim atau salap yang telah berubah warna serta pecah.
d. Ubat cecair antibiotik lebihan yang tidak habis dimakan.
e. Ubat titis mata yang tidak habis dipakai.
Elakkan mengambil ubat yang telah dipreskripkan kepada orang lain walaupun anda mempunyai tanda-tanda sakit yang serupa.
BAGAIMANA MENCEGAH KERACUNAN UBAT?
1. Elakkan daripada mengambil ubat di hadapan kanak-kanak kerana mereka selalunya akan cuba meniru perbuatan orang dewasa.
2. Jangan panggil ubat-ubatan sebagai ‘gula-gula’.
3. Gunakan penutup botol jenis yang tidak dapat dibuka oleh kanak-kanak untuk menyimpan ubat dan produk kesihatan lain. (Orang dewasa yang menghadapi masalah untuk membuka penutup botol jenis tersebut boleh minta untuk mendapatkan penutup botol jenis biasa yang senang untuk dibuka).
4. Simpan kesemua ubat (preskripsi dan bukan-preskripsi) di dalam bekas asal masing-masing.
5. Sentiasa pasangkan lampu semasa memberi atau mengambil ubat.
6. Semak tarikh luput ubat anda dari masa ke semasa. Sekiranya ubat anda tidak dilabel dengan tarikh luput, anda boleh membuat anggapan bahawa ubat tersebut akan luput dalam tempoh 6 bulan selepas anda beli.
7. Elakkan daripada membuang ubat ke dalam tong sampah yang tidak bertutup di bilik masak atau bilik mandi kerana kebanyakan ubat orang dewasa adalah merbahaya dan ini boleh menyebabkan kematian kanak-kanak dan binatang kecil.
8. Berhati-hati dengan cara penyimpanan vitamin, terutamanya produk yang mengandungi zat besi kerana ia boleh menyebabkan keracunan jika diambil dalam dos yang tinggi. Kanak-kanak adalah lebih mudah mengalami kesan advers berbanding dengan orang dewasa jika terambil dos vitamin berlebihan.
9. Sekiranya bekas ubat tidak mempunyai sebarang label, atau labelnya tidak jelas dan anda tidak dapat membaca cetakan atas label dengan jelas, jangan gunakan ubat berkenaan.
10. Pastikan beg yang mengandungi ubat-ubatan disimpan jauh daripada kanak-kanak pada setiap masa.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.