Tidak dinafikan perjalanan diet seseorang itu tidak mudah seperti disangka. Lagi-lagi jika seseorang itu sukar untuk mengawal nafsu makan atau orang sekeliling yang tidak memberi sokongan.
Namun jika ada usaha berterusan dan disiplin tinggi, tidak mustahil perjalanan diet itu dipermudahkan dan akhirnya berjaya dapat berat ideal.
Seperti perkongsian Lili Suraya Adnan yang berjaya mendapat berat ideal setelah hampir empat tahun melakukan diet.
Menurutnya dia start diet pada April 2018 apabila mula sakit lutut dan jadi cepat mengah. Malah dia juga akui tidak dapat untuk mengejar anak-anak apabila berjalan bersama kerana saiz fizikal terlalu besar.
Memikirkan masalah ini dia akhirnya nekad untuk berubah dengan mula menolak pengambilan makanan dan minuman yang merepek.
Dia juga mua menjaga pengambilan kalori dan start join mana-mana grup exercise yang berkaitan. Maklumlah katanya jika seorang perjalanan diet memang tidak akan ke mana.
Tambahnya lagi walaupun perjalanan dietnya perlahan tetapi ada perubahan. Untuk mengetahui saiz saudh mengecil atau tidak adalah dengan melihat lubang pada tali pinggang.
Biarpun beratnya susah nak turun walaupun sudah diet dan latihan exercise 4-5 kali seminggu tetapi dengan penanda lubang baru berkenaan jadi tanda ada perubahan fizikal. Dia juga berkata penimbang bukanlah kayu pengukur segala-galanya.
Perubahan paling menggembirakan apabila dia membezakan gambar raya tahun sebelumnya apabila sebelum itu beratnya 94KG tetapi pada tahun lalu beratnya capai 69KG.
Ads
Ternyata dia berjaya melenyapkan 24KG untuk mengenakan persalinan menarik raya tahun lalu. Dia kelihatan langsing dengan penampilan baru yang sangat berbeza dari sebelumnya.
Satu lagi yang paling ketara ketika saiz badannya besar, mahu duduk silang kaki juga agak payah berbanding ketika saiz badan sudah mengecil.
Ads
Akhirnya yang lebih menggembrakan, dia yang dulunya menyarung baju saiz XXL kini sudah boleh mengenakan baju bersaiz M dan kadang-kadang S.
Pesannya pada orang lain, tiada yang mustahil untuk berubah, apa yang penting usaha berterusan untuk mendapat hasil terbaik. Antara tipnya tidak jemu buat exercise (4-5 kali seminggu) dan juga diet makanan (kira kalori defisit) diambil.
Berkat usaha berterusan selain memakai baju saiz, M ukuran pinggang juga berubah menjadi sekitar 32-33 sahaja.
Kalau nak cerahkan kulit kusam, anda boleh cuba petua orang dulu-dulu, jimat! Kali ini hanya menggunakan beras pulut yang sememangnya diakui bukan sahaja bermanfaat untuk masakan, malah juga untuk kecantikan.
Menurut Ika Mat Bakhir, beras pulut ini sangat membantu menghilangkan bekas jerawat, jeragat, serta mendapatkan kulit yang bersih dan cantik.
Cerahkan Kulit Kusam
Tulisnya di laman facebook miliknya, “dah puas cuba produk macam-macam, yang telan atau yang sapu tapi kesan kena tunggu kadang berminggu. Nak makan suplemen sejak mengandung ni malas pun ada. Ini petua akak nak kongsi, sejam je dah cerah sikit kulit.
Tak kusam dan paling penting kulit makin lembut kalah chezeee kek uols! Ni langkah dan buktinya. Selamat mencuba.
Bahan-bahan:
Beras pulut
Garam sesudu
Gula sesudu
Cara membuat:
Masukkan semua bahan tadi dalam kuali dan goreng tanpa minyak dalam 5 minit biar gula garam sebati dengan beras.
Apabila beras kuning-kuning sikit terus masuk dalam pengisar, campur air panas sikit. Jangan banyak nanti cair tak best sangat nak tepek dan skrub kat kulit. Guna air panas sebab nak bagi jadi macam paste ala-ala paste tomyam lembik-lembik gitu.
Inilah hasilnya.
Mula-mula ambil secolet kemudian skrub satu muka. Tunggu biar sejuk sikit paste tadi baru sapu/skrub/buat mask kat muka tau.
Tip:
Ambil lagi paste and tempek kat muka macam mask, sapu rata-rata kat satu muka macam mask.
Biarkan sehingga kering betul-kering sampai sejam tau. Jangan terus cuci. Dah kering skrub perlahan-lahan dan peel off semua yang kering-kering kat muka tu.
Dah peel off dan skrub semua paste yang kering tu barulah basuh sisa-sisa tertinggal guna air yang bersih dan lap hingga kering.
Kalau muka anda berjerawat bermasalah akan rasa sedikit pedih-pedih manja je tak sakit pun. Macam saya kulit kering sikit, jadi rasa juga la pedih manja tapi tak membahayakan.
Cuba juga kat tangan dan celahan lain, semua saya bahan skrub dan tepek sebab memang gila nak cantik.
Nampak menarik kan petua wanita ini? Selepas ini anda pun boleh cuba buat ya. Pastikan pakai dalam masa sejam sahaja untuk hasil terbaik.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Betul atau tidak bila kita diet kena pilih makanan yang sihat dan berkhasiat. Malah ada antaranya yang mengamalkan diet eat clean yan boleh mempercepatkan proses penurunan berat badan.
Namun sebenarnya walau sedang berdiet, kita masih lagi boleh menikmati pelbagai hidangan yang sedap lagi berkhasiat.
Melalui perkongsian dari Fitness Coach Azzatie Intan Suraya yang menyenaraikan produk boleh kita pilih sebagai healthy food.
Menurutnya kebanyakan makanan ini dibeli di pasar raya. Dan segala barangan ini boleh dijadikan sajian untuk sarapan pagi, tengah hari dan juga malam.
Tambahnya lagi sayuran serta buahan segar jadi keutamaan dalam melakukan misi diet.
1. Bahan Tenusu
Kalau nak cari keju, boleh pilih jenis slim cheese sebab 1 keping cuma 43kcal berbanding 99kcal bagi keju cheddar biasa.
Bagi yang suka yogurt, carilah natural yogurt atau Greek yogurt untuk breakfast parfait atau sebagai snek.
Yang penting, elakkan yogurt berperisa yang manis. Susu pun sama, pilihlah susu segar kalau nak buat overnight oat atau sekadar untuk snacking.
2. Bahan Perapan
Saya suka pilih sos hoisin, plum sauce dan Kicap Enaq sebab ianya non-GMO sebagai bahan perapan.
Kemudian, boleh beli parsley, rosemary, oregano flakes, cajun, paprika, mustard dan chilli powder untuk menambahkan lagi perisa.
Kalau nak pilih sos cili, boleh pilih Lingham. Sos cili Lingham ada 3 jenis iaitu Sweet & Spicy, Thai dan Sriracha. Yang Sriracha tu rasanya cuma 19kcal per tablespoon. Tapi jenis ni agak susah nak jumpa.
Salad dressing ni memang boleh buat sendiri guna lemon, minyak zaitun, lada sulah, mixed herb dan lain-lain.
Tapi ini saya bagi cadangan untuk memudahkan sesiapa yang selalu kesuntukan masa. Setakat ini yang saya jumpa, salad dressing jenis ini paling kurang kalori. Kalau 1 tablespoon (tbs) cuma 20kcal.
Mayonis pula jenis Kewpie Half. 1 tbs cuma 54kcal. Berbanding mayonis biasa 1 tbs 90kcal.
Sebagai pengganti gula, boleh cari molasses atau raw sugar cane. Kalau sebelum ini biasa guna garam halus, boleh gantikan dengan Himalayan rock salt.
Boleh gunakan madu juga sebagai pemanis semulajadi. Pilih jenis raw honey.
3. Roti & Jem
Untuk pilihan roti, selalunya saya beli Roti Gardenia jenis Canadian Wheat. GI Value (Glysemic Index) pun paling rendah. Kalau tak ada, wholemeal bread pun dah cukup baik.
Kalau tak ada Canadian Wheat, biasanya saya akan ambil jenis Sommerset macam dalam gambar di bawah ini.
Bagi penggemar wraps, always go for 6 Grains Wrap. 1 keping cuma 143kcal.
Contoh jem yang baik lebih banyak perasa buah. Contohnya jem St Dalfour, ada banyak perisa. Kalau tengok di labelnya ada tertulis yang ia sesuai untuk pesakit diabetes.
Saya guna jenis ini. 100% strawberi dan sugar free.
Banyak juga pilihan untuk natural peanut butter. Kena rajin periksa label untuk semak kandungan minyak, garam, gula, dan kalorinya.
4. Makanan Dalam Tin
Untuk sumber protein segera, boleh makan Tuna Chunks In Water. Kurang lemak dan kurang garam berbanding jenis yang lain. Buat sandwich tuna tetap sedap.
Antara contoh baked beans yang tidak mengandungi gula tambahan.
5. Biskut
Ada banyak contoh biskut untuk snacking. Contohnya Multigrain Crackers jenama Tesco ini kalau 6 keping baru 143kcal. Saiz besar dan sangat mengenyangkan.
Ramai fitness coaches suka makan Weet-Bix ni sebagai snek. Kenyang dan sedap.
Tesco Wheat Crackers ni 6 keping baru 139 kcal.
Jenis ini pun OK.
6. Oat
Organic rolled oat jenama kegemaran saya Love Earth, 4tbs 90kcal. Rendam dalam susu atau yogurt untuk buat overnight oat.
Boleh juga masak untuk buat bubur atau pancake.
7. Kopi / Teh
Kopi jenis ini antara yang paling rendah kalori. 1 sachet cuma 7kcal.
8. Minyak Masak
Minyak jenis macam ni saya guna untuk stir fry. Kalau ada yang tanya, saya tak makan deep fry.
Saya cuma makan air fry, jadi tak pakai banyak minyak. Rasanya tetap sedap.
9. Beras
Beras parboiled maksudnya partially boiled. Berbanding beras putih biasa, beras parboiled mengandungi dua kali ganda lebih banyak fiber banding beras biasa. Kadar GI pun sangat rendah berbanding beras putih biasa.
10. Frozen Food
Kadang-kadang tak ada masa, mesti nak simpan juga sikit stok frozen food kan. Nak cepat pun, boleh pilih yang sihat.
Contohnya wholemeal pau ini sebiji cuma 150kcal.
Yang macam ini pun best untuk buat sandwich. Tanpa lemak.
Sesekali nak makan roti canai atau paratha. Boleh ambil dengan 2 tbs homecooked kari. Pilih yang jenis whole meal.
Ini pula favourite saya, Edamame. Pengganti telur sabab saya tak suka telur. Kacang edamame ni mengandungi sumber protein, kalsium dan zat besi yang baik. 1 paket begini boleh bahagikan untuk 5 kali makan.
Boleh cari dekat area sweet corn, sweet peas. Nanti adalah terselit Edamame ni.
11. Snek
Macam biasalah, antara pilihan fitbar, muesli, granola untuk fast breakfast.
Sesekali sweet cravings tak salah pun nak makan coklat. Pilihlah dark chocolate macam ni. Tak ada gula tambahan.
Yang Penting Check Label
Sememangnya makanan homemade dan segar adalah pilihan yang terbaik. Tapi tak semua orang ada masa untuk sediakannya setiap hari.
Jadi dengan contoh dan tips ini, diharapkan dapat membantu mereka yang nak makan sihat tapi selalu kesuntukan masa untuk menyediakan homemade food. Jadi, tak ada alasan lagi untuk teruskan diet atau makan secara sihat.
Yang penting, kena rajinkan diri untuk periksa label supaya dapat buat pilihan yang baik. Macam-macam boleh makan sebenarnya, cuma kenalah bersederhana dalam menjaga kuantitinya.
Masih mengekalkan aktiviti senaman berkumpulan, Rapi Werk It 2.0 muncul dengan aktiviti Pound Stick. Menjadi trend bersenam menggunakan dua batang ‘neon green stick’, Pound It Out ‘Unleash Your Inner Rockstar’ mendapat sambutan yang menggalakkan melibatkan 100 orang peserta dan tiga orang Pro yang cukup berpengalaman.
Mampu Bakar Kalori Yang Banyak
Kalau nak tahu, Pound ini merupakan gabungan senaman kardio, yoga dan pergerakan yang diilhamkan dari pilates, mampu membakar sekitar 500 – 1000 kalori dalam satu sesi. Bukan biasa-biasa ya, banyak sangat tu dan sangat berbaloi join!
Diketuai oleh Pro Faiza dan dibantu oleh Pro Dian dan Pro Puteri, iringan muzik rock sememangnya menaikkan semangat peserta biar pun ada yang kali pertama mencuba aktiviti Pound ini.
Lokasi Di EV Arena Shah Alam
Bertempat di EV Arena Shah Alam, ruang padang konsep terbuka ternyata memberi impak berbeza kali ini. Seawal jam 7.30 pagi peserta sudah hadir dan mendaftar untuk mendapat tempat di barisan hadapan. Masing-masing lengkap dengan pakaian sukan sambil memegang ‘Exercise Mat’ yang dah dipesan awal untuk bawa bersama. Cukup semangat!
Bayangkan suasana di padang dengan deretan peserta yang memegang stick hijau neon, seragam betul! Menyerlah warnanya ditambah dengan step yang sama.
Bermula dengan sedikit penerangan mengenai senaman Pound dari Pro Faiza dan diikuti dengan senaman memanaskan badan. Penting ya untuk ‘warm up’ supaya tubuh badan lebih bersedia agar aktiviti ‘Pound It Out’ dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Sebaik sahaja muzik rancak dimainkan, Pro Faiza mula beraksi dan diikuti kesemua peserta. Sporting habis!
Selesai sahaja tiga lagu, Pro Dian mengambil alih dengan beberapa lagu ‘trending’ antaranya lagu The Offspring berjudul Come Out & Play dan Beggin’. Pro Puteri juga tak kurang hebatnya. Tangan dan kaki sama-sama bergerak ligat tapi pada masa yang sama masih mengekalkan step yang mudah diikuti kesemua peserta.
Siap Ada Lucky Draw Dan Banyak Hadiah!
Sejam ber’Pound It Out’, kini tiba masa yang ditunggu-tunggu, sesi Lucky Draw! Jika sebelum ini, kami menyediakan tiga hadiah untuk pemenang bertuah, kali ini tambahan 7 hadiah lagi menjadikan kesemuanya 10 hadiah secara keseluruhan. Hadiah-hadiah ini ditaja oleh beberapa jenama yang dikenali antaranya Gardenia, Raqtive, Good Virtues.Co, Suci Cup dan Sofearose.
Bukan hanya yang bertuah sahaja pulang dengan senyuman, tapi kesemua peserta cukup gembira. Mana tidaknya, sampai tak cukup tangan masing-masing bawa pulang goodies istimewa yang disediakan. Apalah ertinya jika hadir ke Event Rapi Werk It! tanpa membawa pulang goodies hebat-hebat kan?
Antaranya serum muka daripada @innisfree_malaysia, pengilat kuku dari @razowa, produk makanan dan sabun pencuci dari @aeonretail.my dan juga produk penjagaan diri dari @goodvirtuesco. Bukan itu saja, kesemua peserta juga diberi sebuku roti Gardenia Breakthru yang cukup sesuai untuk mereka yang mengamalkan gaya hidup aktif.
Rapi Werk It! kali ini bukan hanya melibatkan barisan Pro yang hebat, malah Tini Spa juga berbesar hati menyediakan ruang untuk peserta mencuba servis urutan bahu dan kepala yang ditawarkan secara percuma sepanjang acara berlangsung. Rata-rata yang hadir tidak melepaskan peluang untuk mencuba sejurus selepas habis sesi Pound It Out! Terima kasih @tinispa!
Owh ya, terima kasih juga buat para penaja yang sentiasa menyokong Rapi Werk It! terutamanya Rapi Werk It! Pound It Out kali ini.
Sekalung penghargaan buat @evarenadotco di atas tajaan lokasi untuk acara kali ini. Buat barisan Pro yang hadir, terima kasih kami ucapkan di atas kerjasama ini.
Tidak ketinggalan, setinggi-tinggi ucapan terima kasih buat para peserta yang menyertai Rapi Werk It! Pound It Out kali ini. Ramai yang mohon untuk diadakan acara yang sama bulan hadapan. Kita tengok nanti, ya! Ada rezeki, pasti kami war-warkan lagi!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!