Siapa sangka sebelum itu hampir 10 tahun pemilik lagu Tapak Sulaiman, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal menderita kanser limfoma tahap empat.
Sepanjang tempoh itu pelbagai dugaan terpaksa dihadapi berdepan kesukaran sebelum munculnya cahaya kegembiraan.
Ternyata berita gembira penuh kesyukuran diterima akhir Disember lalu memberikan sinar kebahagiaan bukan saja buat dirinya, tetapi suami, Khairul Anuar Husin dan anak-anaknya, Cinta Sumayyah, 11 tahun dan Cahaya Ramadhani, 3 tahun.
“Apabila doktor maklumkan kanser saya sudah hilang, rasa tak percaya, seperti mimpi. Apa yang doakan selama ini akhirnya menjadi kenyataan.
“Saya sangat gembira, sebak. Inilah yang orang kata ‘sabarlah setiap ujian pasti akan ada pelangi di hadapan’. Inilah yang pelangi yang saya nanti-nantikan selepas 10 tahun bertarung dengan kanser.
“Malah anak saya, Cinta turut sama teruja dan gembira. Sehingga ada ketika dia rasa tidak percaya serta bertanya kepada saya, sama ada betul ke saya sudah bebas kanser,” ujar Elyana ketika ditemui pada konsert separuh akhir Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad.
Pada konsert separuh akhir itu, Elyana merupakan antara penerima sumbangan Kongsi Rezeki berjumlah RM10,000 daripada penaja rasmi GV8, Farm Fresh.
Ads
Selain Elyana, beberapa bekas peserta GV lain iaitu Ayai Ilusi, Bad Indigo, Roy dan wakil keluarga Allayarham Gmie Screen turut menerima sumbangan tersebut.
Tambah Elyana, berita gembira yang diterima itu memberi peluang buatnya untuk melunaskan impian yang diharapkan.
“Saya percaya setiap apa yang kita fikir, cakap, itu semua doa. Jadi saya selalu impikan untuk hidup lama supaya dapat menemani anak saya sampai dia besar, sehingga ada yang mampu menjaganya sama seperti saya menjaga.
“Malah Cinta juga selalu berkata, dia berharap saya boleh menjadi ibu normal seperti ibu orang lain, iaitu ibu yang tidak sakit dan boleh menemani dia ke mana sahaja.
Ads
“Selama ini, banyak aktiviti dia terpaksa lakukan sendiri atau jadi dia mahu rasa seperti kawan sebayanya yang ditemani ibu,” jelasnya yang masih perlu menjalani empat sesi kimoterapi bermula Februari ini.
Bukan itu sahaja, pelakon Dunia Baru itu berharap dapat memberi inspirasi kepada orang lain untuk meneruskan kehidupan.
“Selain itu, saya nak sihat untuk memberi inspirasi kepada semua individu yang sedang bertarung nyawa.
“Sebelum ini ada ketikanya bila saya tidak gembira, saya lawan untuk nampak kuat dan gembira, supaya saya boleh beri inspirasi kepada orang lain.
Ads
“Bila mereka gembira, secara tidak langsung saya juga merasainya sama,” ujarnya yang akan tampil dengan sebuah single baharu tidak lama lagi. Lagu tersebut akan menceritakan kisah perjuangan hidupnya selama 10 tahun itu.
Selain melakukan senaman, menjaga pemakanan adalah satu cara seseorang itu untuk membantu menurunkan berat badan.
Ada aturan pengambilan pemakanan yang betul dapat membantu mengurangkan berat bada tanpa sebarang penggunaan produk suplemen.
Seperti perkongsian lelaki ini Harith Faisal yang turun 10 kg dalam masa 2 bulan (perkongsian tahun 2017) dengan mengamalkan diet melalui pemakakan.
Menurutnya dia mengamalkan pengambilan sarapan yang dibuat secara homemade. Cara membuatnya tidak susah dan paling penting sedap seperti minuman lain.
Straight to the point. Dua minggu lepas perkongsian saya viral dengan lebih 25,000 shares pasal saya guna teh hijau untuk turunkan 10 kg berat dalam masa 2 bulan. Memang betul. Sebab bila saya amalkan teh hijau tu, perut rasa selesa, tak kembung, tak berangin.
Kali ni saya nak kongsi pula apa sarapan yang saya ambil sepanjang 2 bulan tu. Sepanjang tempoh diet, saya sarapan dengan oat smoothies home made je. Ala, bukan susah pun. Kejap lagi saya bagitau caranya.
Yang paling penting, bila sarapan dengan oat smoothies ni, perut boleh tahan sampai tengahari. Kalau setakat pukul 12 tengahari tu, biasanya memang tak rasa lapar sangat pun. Dalam pukul 10 pagi sampai 11 pagi, kau layanlah teh hijau segelas dua. Memang best!
SARAPAN NASI LEMAK PARU
Nak ceritanya, dulu-dulu saya ni peminat tegar nasi lemak tambah paru sambal. Memang sedap ya amat. Dalam seminggu, empat lima hari memang itulah sarapan saya. Sekarang dah insaf taubat nasuha. Okay habis cerita nasi lemak.
Saya punya resepi oat smoothies ni sebenarnya try and error je. Masa mula-mula diet, saya buat overnight oat. Sebelum masuk tidur, siap-siap campurkan oat dengan susu sebab nak bagi kembang elok. Esok pagi, makan. Tapi muak gila, macam nak termuntah.
Lepas tu, saya dapat idea dan ilham untuk buat oat smoothies ni. Sampai sekarang saya sarapan benda ni je pagi-pagi. Okay, dah ready nak belajar buat oat smoothies, kan.
BAHAN-BAHAN
300 ml susu segar rendah lemak
4-6 sudu besar oat
2 sudu Nestum
Guna tiga bahan ni saja. Masukkan tiga bahan ni dalam blender. Switch on blender, siap terus. Tunggu dalam 5 minit bagi dia kembang sikit. Kemudian, boleh minum dengan nikmatnya. Gila mudah dan pantas.
Kalau kau takda blender, kau campur dan rendam je 3 bahan tu selama 15 minit. Boleh juga. Tak payah nak pening-pening kepala, okay.
PAKAI SUSU SEGAR JENAMA APA
Sebelum mula diet, sejak kecik saya memang jenis tak suka minum susu segar rendah lemak ni. Biasanya kalau beli Dutch Lady tu, mesti beli perisa Coklat atau Strawberry.
Tapi dah nama pun nak diet, kan. Takkan kau nak buat oat smoothies campur susu perisa Coklat dan Strawberry yang manis tu. Memang kencing manis dan bertambah gemuklah kau dan aku. Haha!
Saya pakai susu segar jenama Farm Fresh. Boleh cari yang tutup oren atau tutup biru. Yang tutup biru lebih rendah lemak. Harga sama, takda beza walaupun lemak tutup oren lagi banyak.
Try and error. Sebelum nak tekad tetap dengan brand Farm Fresh, saya dah cuba buat oat smoothies dengan susu segar jenama HL, Dutch Lady, Summerfield, GoodDay, semuanya tak kena dengan tekak.
Bagi saya brand Farm Fresh yang paling sedap, tak muak. Yang paling penting, terang-terang dia kata “No sugar. No preservative”. Saya akan beli yang 2 liter punya, boleh tahan 6 hingga 7 hari. Tapi sebab anak saya pun suka, 3 hari habislah.
BOSAN SARAPAN YANG SAMA
Biasalah manusia ni cepat bosan, kan. Saya pun bosan juga asyik sarapan benda yang sama je berminggu-minggu. Jadi, saya fikir saya kena tambah sesuatu dalam oat smoothies saya tu.
Jenuhlah fikir akhirnya dapat idea untuk tambah pisang. Tak susah pun. Tiga bahan yang sama macam tadi, kau tambah saja dengan separuh pisang. Kau akan dapat rasa pisang dia sikit-sikit. Kalau nak letak sebiji terus pun boleh. Lagi sedap dan pekat wei.
Pisang apa yang saya pakai? Saya pakai pisang jenis Cavendish. Ala, pisang yang cantik-cantik kat supermarket tu. Saya tak pernah cuba pisang lain untuk buat banana oat smoothies ni. Kau nak cuba, dipersilakan.
Sekali sekala saya akan buat juga Nescafe oat smoothies. Saya pakai Nescafe Gold. 3 bahan yang sama, cuma kau tambahlah separuh sudu Nescafe Gold tu. Rasa dia memang terangkat beb. Lagi sedap daripada kopi Starbucks!
JADUAL MAKAN SEHARI
9.00 am: Oat smoothies + air kosong
11.00 am: Teh hijau + air kosong
1.00 pm: Buah + teh hijau
3.00 pm: Air kosong
6.00 pm: Ayam dan sayur grill + air kosong
9.00 pm: Teh hijau
Untuk makan malam, saya memang ambil sebelum pukul 7 malam. Nasi suku pinggan masa makan malam. Tapi saya tak makan nasi hari-hari pun. Ikut mood.
Ada yang tanya, saya ni diet atkin ke. Jawapannya tak. Saya diet ikut suka saya. Saya enjoy turun berat 10 kg dalam 2 bulan. Saya cheat day 2 hari seminggu. Biasanya, saya cheat day hari Sabtu dan Ahad.
Kau faham-fahamlah, weekend kan. Banyak jemputan kenduri itu ini, balik kampung pula ibu dan mak masak sedap-sedap takkan tak nak makan beb.
Saya makan nasi suku pinggan pada hari diet. Kadang-kadang sehari saya tak makan nasi sebab tak teringin sangat dah dengan nasi tu. Makan ayam dan sayur grill tu pun dah kenyang.
Kadang-kadang kitorang masakkan untuk anak. Anak-anak makan tak habis, saya tolong habiskan juga. Tapi masih jaga kuantiti makanan tu lah. Kena faham pasal pengambilankalori.
Yang paling penting, saya enjoy jaga makan, tak stress, tak berlapar sebab sarapan dengan oat smoothies, tak kembung perut sebab teh hijau sangat membantu. Tau-tau dalam masa 2 bulan dah turun 10 kg. Best sangat.
PENAFIAN
Panjang dah saya kongsikan dalam artikel ni. Kalau kau perasan, kat wall Facebook saya banyak sharing pasal kewangan dan hartanah je sebelum ni. Tapi apalah guna jaga kewangan saja kalau tahap kesihatan ke laut.
Jadi, supaya orang tak salah faham, saya nak tegaskan kat sini yang saya bukanlah dietitian, dan bukan juga doktor. Apa yang saya cerita ni adalah apa yang saya lalui sendiri.
Hari tu masa viral pasal teh hijau, dengar cerita banyak tempat kehabisan stok teh hijau terutamanya Speedmart. Entah-entah kali ni, susu Farm Fresh pulak yang habis stok. Baik kau cepat-cepat beli kejap lagi. Haha! – HF
Kalau anda tak tahan dengan bau ketiak, mungkin boleh cuba pakai barang yang digunakan wanita ini, katanya sangat membantu.
Tidak perlu godek buat bahan di dapur, anda cuma perlu sapu sahaja. Siap!
Saya nak kongsi cerita, sebelum ni saya ada bau ketiak disebabkan hormon. Bau tu bukan selalu ada, hanya ketika period sahaja. Tapi ketika mengandung, bau badan disebabkan hormon lagi kuat lagi-lagi kat ketiak.
Dah macam-macam tip dan petua saya cuba tapi tak menjadi. Saya cuba pakai brand Amway pun tak sesuai dengan saya malah apabila berpeluh lagi kuat bau kat ketiak, sehinggakan suami tegur bau tu.
Saya dah tukar pelbagai jenis deodorant untuk anti peluh/stain/bacteria. Jaga pemakanan. Rajin-rajin scrub, licinkan bulu. Mandian pun sama.
Akhirnya saya berkenan dengan yang ini sebab kat situ ada tulis habbatus sauda. Saya rasa dah hampir nak give up pasal ketiak ni. Tapi untuk pertama kali saya cuba, gembira sangat seban bau tu memang dah hilang. Takda langsung!
Walaupun saya kurang berkenan dengan botol picit sebab kadang tersilap picit habis trkeluar terlebih dos melekit ketiak. Anda boleh cuba tau.
Lupa beli ni berapa harga , saya beli kat watson. Tu pun dah banyak habis tinggal beberapa botol je lagi.
Saya panggil deodorant Ali. Biasanya kalau saya pakai siang, walaupun dah mandi ketiak saya dah tak berbau lagi sehingga malam. Jimat la juga.
Owh ya, saya tak ada masalah berat badan jadi bau ketiak tu takda kaitan dengan obesiti.
Hah, selepas ini anda pun boleh cuba guna ‘barang baik’ ini untuk hilangkan bau ketiak dan badan. Siapa tahu, serasi!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah Supermodel Bella Hadid begitu viral baru-baru ini. Ini kerana beliau dikatakan lantang bersara mengutuk kekejaman rejim Zionist terhadap Palestin di Brooklyn , Amerika Syarikat.
Dek kerana sokongan dan turut terbabit demonstrasi berkenaan, salah satu jenama popular telah menggugurkan Bella Hadid menjadi model mewakili jenama terkenal berkenaan.
Bella sebelum ini sudah beberapa tahun menjadi wajah untuk kempen kecantikan jenama mewah dari Perancis itu.
Rupanya cerita sebenar Bella Hadid ini mempunyai darah palestin. Ini kerana ayahnya Mohamed Hadid yang dilahirkan 1948 di Nazareth, Palestin dan berketurunan darah Raja Palestin berkongsi kisah duka bagaimana beliau pada ketika itu berusa lebih kurang sebulan serta ahli keluarga menjadi pelarian setelah rumah dan tanah milik mereka dirampas Yahudi Israel.
Selain itu nama Bella Hadid juga bukan sebarangan kerana beliau juga dinamakan sebagai wanita paling cantik di dunia mengalahkan beberapa jelitawan lain termasuk saudaranya, Gigi Hadid.
Turut tersingkir dalam senarai calon adalah selebriti seperti Beyonce, Cara Delevingne dan Katy Perry.
Menurut Golden Ratio of Beauty Phi – skala pengiraan untuk kecantikan fizikal yang dibangunkan di zaman Greek menggunakan Matematik mendapati model berusia 25 tahun itu mencapai markah tertinggi iaitu ketepatan 94.35 peratus.
Malahan dagu Hadid, kedudukan mata dan dahinya didapati antara yang paling sempurna menurut teknik penghasilan gaya.
Berdasarkan skala pengiraan itu, Beyonce menduduki tangga ke dua dalam senarai, diikuti Amber Heard, Ariana Grande dan Taylor Swift.
Menurut laporan media, penilaian dilakukan pakar bedah kosmetik wajah terkemuka di Londor, Dr Julian De Silva.
“Jelas sekali Bella Hadid adalah pemenangnya apabila semua elemen pada wajah yang dinilai menjurus kepada kesempurnaan fizikal.
“Dia memperoleh markah tertinggi untuk dagunya dengan 99.7 peratus hanya 0.3 peratus daripada kadar kesempurnaan,” kata Dr Julian mengenai model Amerika Syarikat itu kepada The Daily Mail.
Berikut antara penampilan menarik Bella Hadid atau nama sebenarnya Isabella Khair Hadid.