Sebelum saya mulakan , saya harap di sini cukup jelas bahawa setiap yang saya lakukan semasa proses penurunan berat badan adalah sangat berkesan dengan diri saya. Saya BELUM CAPAI target berat badan saya, tapi ramai yang PM untuk minta TIPS dan cara pemakanan saya selama 3 bulan.
Saya rasa sangat rendah diri dan daif sebenarnya. Saya belum kurus ya. Saya tidak ambil apa-apa ubat kurus, protein powder, air detox, krim pembakar lemak atau apa-apa pun ubat ubatan. Jangan risau ini bukan skrip jualan produk
Apapun jua, jika ada segala silap melanggar peraturan yang tidak sepatutnya atau tidak sihat, saya mohon sila PM saya. Saya cuba sebaiknya untuk kongsikan beberapa tips dan amalan yang saya buat supaya kita sama- sama SLIMFIT 2020.
PALING PENTING ‼️
1.Sentiasa letakkan Allah swt dalam segala urusan. Percaya bahawa setiap apa yang terjadi adalah atas kehendak Allah. Kita dah usaha, hanya tinggal keizinan daripadaNya sahaja. Teruskan usaha. Jika niat anda untuk berhenti dan putus asa, sentiasa ingat keizinan Allah seiring dengan usaha kita. Adakalanya, berat anda statik dan inchiloss tak bergerak. Sentiasa ingat kita dah buat dengan betul, cuma perlu sabar dan hadapi hari-hari menuju kemenangan.
2.Jaga disiplin. Jika anda rasa jalan ini sangat membebankan, ingat kembali asbab kenapa kita mulakan. Dah mula kan? Jadi habiskan.
3.Nawaitu(Niat). Perbetulkan niat supaya kita sentiasa didorong ke jalan yang betul. Semoga Allah sentiasa memellihara aurat kita terutamanya apabila Dia telah memberikan kenikmatan tubuh badan yang sihat dan cantik.
Ini adalah diari Diet SAYA:
BULAN PERTAMA 8KG (TIADA SENAMAN)
Bulan Pertama
1 JUN 2020
Ads
-Air Kosong ikut keperluan badan anda. Setiap 25kg = 1 liter.
-Sarapan (7 Pagi-9 Pagi)
-3 biji telur rebus
– (untuk berat badan 100kg ke atas, sila kurangkan 2 biji setelah berat badan anda turun ke 2 digit sahaja)
-*cheat* kalau rasa loya tekak nak telan telur kosong, saya tambah setengah sudu kicap masin. Jangan ‘strict’ dan stres dalam berdiet. Itu yang buat anda ke laut sudahnya.
10 pagi
-Pisang 1 biji
Tengahari (12 tengahari-2 petang)
-Eat Clean (DIET SUKU SUKU SEPARUH)
-Tengahari saya tak ambil karbohidrat.
-Protein besar tapak tangan (Prep dengan garam,blackpeper dan daun dill sahaja)
-Sayur Salad
Ads
-Jagung Rebus Kosong
3 petang
-Epal Hijau 1 biji
Malam
-(Ulang makanan tengahari) + KARBOHIDRAT (nasi 3 sudu/roti wholemeal sekeping)
Untuk jaga selera, saya akan ulang makanan yang sama setiap minggu. Contoh minggu pertama saya cuma makan Suuhoon Goreng Sihat, jadi selama seminggu tu saya cuma makan itu sahaja sehingga jemu. Minggu seterusnya saya akan tukar menu lain, contohnya Tacos Plain Chicken.
Saya hanya cheat day sekali sebulan sahaja. Jika graf penurunan berat badan anda turun dengan baik, tolong jangan cheat day. Waktu yang sesuai untuk cheat day adalah sewaktu berat anda tengah statik.
Bagi yang malas bersenam macam saya, saya tidak lakukan apa-apa senaman pada mulanya semasa bulan pertama. Akan tetapi, sewaktu bulan pertama itu, saya banyak belajar tentang senaman .
Guna dumb bell 1kg untuk permulaan, dan sekarang saya masih 3kg. Slowly but surely. Kalau tak dapat buat 3 round, buatlah 1 round sahaja. Pastikan setiap hari ada peningkatan dalam senaman.
Skipping (Cardio)
Buat 20 kali dahulu sehingga dapat buat sampai 1000 lompatan sehari.
Torso (guna penyapu)
10 minit.
Saya percaya yang turun 20kg ini hanyalah air sahaja. Sekarang saya dah masuk dalam fasa penurunan lemak dan binaan otot yang sebenarnya agak mencabar. Doakan saya sentiasa istiqamah, kerana doa kalian semua dah mendorong saya sehingga sekarang.
Semoga bermanfaat!
Untuk mengetahui pemakanan saya setiap hari, bolehlah follow instagram story/highlight saya
Buat sis di luar sana yang mahu berubah juga tapi tiada semangat, jadikanlah kisah Ainun ini sebagai motivasi. InsyaAllah anda juga boleh lakukannya!
Sebelum pakai anda kena tahu tip pilih foundation yang betul dulu, barulah nampak kemas solekan dan tidak tebal.
Wanita Asia ada banyak tona dan berbeza seperti memiliki undertone hijau, kemerahan serta kebiruan.
Jadi kalau nak sebati elok dengan warna kulit, anda perlu bijak memilih warna foundation yang sesuai dengan kulit.
FAIR
CERAH KEMERAHAN
Kulit putih kemerahan sesuai dipadankan dengan foundation cerah.
Anda boleh memilih foundation daripada variasi Porcelain, Ivory, Natural Ivory dan Light Beige untuk disesuaikan dengan jenis kulit cerah kemerah-merahan.
Walaupun foundation membuatkan wajah lebih berseri, anda harus berhati-hati ketika memakainya. Jika tidak kena caranya, kulit wajah akan kelihatan lebih pucat.
Jika bersiap di dalam bilik yang agak gelap, gunakan vanity mirror supaya kamu jelas melihat hasilnya. Iyalah, kadangkala foundation bercapuk dan tidak sekata. Apapun, natural lighting merupakan pilihan terbaik.
MEDIUM
KUNING LANGSAT & KEPERANGAN
Jika urat nadi pada tangan kelihatan biru kehijauan atau hijau kebiruan, jenis tona kulit anda adalah natural atau pun kuning langsat.
Anda boelh pilih foundation seperti Yellow, Beige, Golden, Medium Buff atau pun Classic Ivory.
Biasanya, individu yang memiliki jenis kulit medium tidak susah untuk memilih warna yang sesuai agar warna kulit sekata dengan solekan dan terlihat natural. Kadangkala ada juga beauty guru yang memilih warna foundation kategori kuning langsat yang lebih gelap sedikit agar memberi ilusi 3 dimensi pada bentuk wajah.
TAN
SAWO MATANG
Biasanya, kulit dengan tona asas sawo matang agak sukar untuk mencari warna foundation yang sesuai dengan kulit wajah. Pilih foundation dengan pilihan shade seperti Warm Honey, Golden Caramel, Coconut, Cappucino atau Classic Tan untuk memperlihatkan kulit wajah yang flawless!
Penting untuk memilih warna yang sesuai supaya wajah sentiasa berseri dan tidak nampak bercapuk.
Owh ya, sila pilih berus beauty blender atau patting device yang betul bagi memastikan calitan foundation memenuhi celah-celah wajah yang tidak dapat dicapai dengan jari.
Cara sapu juga perlu dilakukan dengan betul. Mulakan sapuan ke bawah, ikut arah bulu roma kulit wajah. Hasilnya, foundation akan lebih sekata dan tekstur pun menjadi lebih flawless.
Apa yang best, tak perlu lagi untuk cover up wajah dengan solekan tebal.
Tip Sapu Foundation
Sebenarnya ada cara nak pakai foundation bagi nampak kemas. Betul caranya, muka tak akan nampak kusam dan bedak asas tahan lebih lama.
1. Letakkan sedikit foundation di dahi, pipi, tepi hidung, batang hidung dan dagu. Sapukan mengikut anak panah.
2. Blend foundation menggunakan jari sehingga rata pada seluruh wajah.
3. Gunakan beauty blender untuk ratakan lagi foundation.
4. Gunakan tisu dan dap dap di muka untuk hilangkan sisa sisa minyak.
5. Set foundation dengan setting powder supaya foundation tahan lebih lama.
Pastikan blend mengikut anak panah macam mana yang ditunjuk dalam gambar, sesuai dengan pori pori dan bulu halus dekat muka.
Apa yang penting sekali ialah, pastikan pilih shade foundation yang bersesuaian dengan kulit. Jangan terlalu cerah dan tidak terlalu gelap.
Hasilnya akan nampak warna kulit lebih rata, pori pori tertutup dan foundation nampak natural.
Kurang yakin bila kulit sawo matang? Eh, sepatutnya anda berbangga dengan warna kulit sendiri. Pasti ada kelebihan dan nampak unik walau tak cerah atau putih gebu. Yang penting tiada masalah kulit di wajah!
Pencuci muka paling jimat kosnya dan sangat berkesan untuk semua jenis kulit, cukup dua bahan sahaja. Kalau anda nak guna, boleh ikut rahsia cantik yang dikongsikan oleh Puan Sharifah Zahidah di laman facebook miliknya yang tular.
Pastikan anda ada buah lemon dan sebotol madu asli untuk hasilkan produk skincare yang selamat tanpa racun.
Dua Bahan Ini Paling Terbaik Jadi Pencuci Muka, Kosnya Pun Rendah
Sungguh, dua bahan ni adalah bahan paling terbaik yang pernah jadi pencuci muka saya, baca sampai habis kalau nak tahu rahsia jaga kulit dengan kos rendah, cara sayalah.
Lebih 30 tahun, saya hidup tanpa secalit bedak. Lebih kuranglah… Sejenis low maintenance. Kecuali bab kediaman. Itu kita macam high sikit sebab sangat pentingkan keadaan kediaman dan persekitaran. Wajib bersih, damai dan selesa.
Bab skincare, low maintenance.
Masa nikah pun, tak sapu apa pada muka. Cuma bila dah makin menginjak dewasa, saya mula concern sikit pasal kesihatan kulit muka. Saya tengok semua orang takut dengan jeragat. Saya pun terjebak takut sama. Jadi mulalah pakai bedak, cream dan serum.
Konon-kononlah kan nak jaga kulit muka. Dipendekkan cerita, dari kulit elok terjaga, habis naik jerawat dan parut segala lepas belajar nak berskincare ni.
Betul, kalau anda jumpa saya sekarang anda boleh lihat betapa tak sihat kulit saya sekarang. Banyak paruit jerawat dan agak kusam.
Fikir punya fikir, mana silap? Kenapa teruk sangat kulit saya sekarang. Lama-lama barulah saya perasan, kulit jadi teruk sejak saya pakai macam-macam di wajah. Padahal saya memang jenis berprinsip, less is more.
Lagi kurang letak barang kat muka, lagi mudah nak jaga kulit muka sebenarnya. (Skincare yang saya guna sangat bagus. Cuma maybe bukan rezeki jenis kulit saya.)
Jadi saya pun macam tersedar dari mimpi dan teringat apa saya buat dulu untuk jaga kulit muka selama ni.
Sebab ramai tegur lately, kenapa dengan muka saya? Jadi nak tahu apa saya buat dulu?
Tak buat apa-apa pada muka adalah berbuat sesuatu yang amat bermakna untuk kesihatan kulit saya sebenarnya.
Cara Guna Lemon Dan Madu
Ya, tak buat apa pun dulu. Buat basuhan yang asas saja iaitu campurkan perahan lemon dengan madu asli.
Cucikan ke muka, urut lembut. Bilas dengan air.
Buat seminggu sekali atau 2 kali saja. Jangan lebih. Itu saja. Jalan ke mana-mana memang tak bawa pencuci muka.
Cuci guna cara ni saja. Lemon + madu.
Yang penting, ratio lemon dan madu asli tu seimbang.
Lemon jangan banyak, madu jangan kurang.
Tekstur dia macam melekit-lekit tapi masih berair. Itu tekstur tepat bancuhan.
Jadi bila dah sedar, saya kembali ke rutin biasa saya sekarang ni. Hasil, kulit saya sekarang mula recover dengan sangat pantas.
Sebab gembira tengok kulit dah makin baik, saya pun teruja nak kongsi hal ni dengan anda semua.
Inshaa Allah banyak khasiat daripada penjagaan ringkas macam ni. Dah invest beli ratusan RM sebotol serum-serum jenama mahal dan jenama antarabangsa.
Tetap, resipi 2 ini yang paling sesuai dengan saya.
Harap-harap lagi sebulan kulit saya kembali sihat seperti biasa. Saya yakin dengan 2 bahan ni. Dah bertahun saya jadikan ia rahsia jaga kulit saya.
Tak apa, kita orang perempuan ada concern yang sama semua kan. Jadi tak salah kita kongsi benda-benda gini kan.
Kemudian kongsi apa anda punya kesan lepas guna petua ini.
Tapi kalau alah madu, sila jangan cuba okey. Okay itu saja petua cantik kali ini, selamat mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hari ini pastinya detik paling menggembirakan buat selebriti yang juga pengacara, usahawan popular Neelofa apabila sah diijabkabulkan dengan pasangannya Haris Ismail atau lebih dikenali dengan nama PU Riz.
Pasangan ini dinikahkan oleh adik kandung Neelofa, Mohd Aqief Mohd Noor.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memberikan khutbah dan tazkirah ringkas pada hari bahagia pasangan itu.
Dapat dilihat majis berjalan cukup sempurna dengan kehadiran 200 tetamu terdiri daripada sanak saudara serta rakan terdekat kedua-dua-dua pihak.
Dekorasi dewan cukup indah ini seperti berada di sebuah taman dengan hiasan bunga segar memberi ketenangan kepada pengantin dan tetamu yang datang.
Bertemakan ala kayangan dengan rona putih menghiasi seluruh dewan yang diserikan dengan keindahan bunga segar seperti berada dalam taman.
Dikatakan sebanyak 4 tan bunga segar berwarna putih digunakan untuk menghiasi pelamin yang direka berbentuk Jabal Rahmah ini oleh Reeka Temor, yang sering dikaitkan sebagai lokasi untk memohoh jodoh.
Terdapat sekitar tujuh jenis bunga berwarna putih digunakan termasuk mawar, orkid dan baby breath.
Malah bukan itu saja tetamu yang hadir pula berpakaian baju kurung, berbaju Melayu atau jubah berwarna putih yang menjadi tema atas permintaan pihak pengantin.
Pengantin baru Neelofa juga tampil sangat antik mengenakan dress labuh warna putih ditaburi batuan indah rekaan pereka fesyen Alia Bastamam.
Biarpun mengenakan niqab, namun terserlah keserian dan kejelitaan pengantin baru mendapat sentuhan jurumekap Sharman Yee, disebalik niqab dipakai. Malah turut mendapat pujian netizen.
Mengulas detik perkenalannya, Neelofa yang juga seorang usahawan berkata, dia mengenali PU Riz pada Jun, 2017.
“Bagaimanapun, saya bekerjasama buat kali pertama dengan suami untuk sebuah projek pada 2018.
“Selepas kolaborasi ini, kami tidak berhubung sehinggalah setahun kemudian. Dari titik pertemuan semula ini, kami mula mengenali hati budi masing-masing,” katanya.
Bekas pengacara MeleTOP itu berkata, suami seorang yang sangat baik, lemah lembut dan matang.
“Apabila berbual dengannya, saya boleh bincangkan banyak hal dan ia membuatkan saya berasa selesa.
“Dia juga pendengar yang baik dan sentiasa cuba membantu memberi solusi jika saya menghadapi sebarang kesukaran dan masalah,” kata Neelofa.
Rapi ucapkan Selamat Pengantin Baru buat Neelofa dan Pu Riz, Moga keduanya kekal bahagia till jannah.