Puasa Lebih 12 Jam Selang Sehari & Ambil Nasi 2 Sudu. Rahsia Bonda Rozita Jadi Kurus & Cantik! Siapa yang tidak mengenali Pengasas Rumah Hutan Terapi Alam, Bonda Rozita Ibrahim seorang personaliti yang juga usahawan sangat popular dan bermotivasi tinggi.
Bergelar usahawan sejak zaman muda menjadikan dirinya seorang figura yang dikenali ramai. Bahkan penampilannya turut jadi perhatian setiap kali muncul di khalayak.
Puasa Lebih 12 Jam Selang Sehari & Ambil Nasi 2 Sudu
Terbaru, ramai memuji penampilan Bonda semakin cantik dengan saiz badan makin langsing menjadikan dirinya kelihatan seperti seorang anak dara.
Ketika bertemu di Rumah Bonda baru-baru ini, sempat bertanya kenapa beliau semakin kurus. Adakah disebabkan sakit, melakukan apa-apa prosedur atau sebaliknya.
Tidak kekok berkongsi cerita, Bonda Rozita memberitahu sebab sebenar dia mahu menguruskan badan.
Menurut Bonda Rozita, dia kurus bukan sebab untuk cantik, tetapi doktor mengesahkan dirinya tidak boleh berjalan lagi lima tahun.
“Saya nak kurus bukan sebab nak cantik, tetapi doktor sahkan saya tak boleh jalan lagi 5 tahun kalau saya terus gemuk.
“Apa yang saya buat ialah saya pun tak percaya saya boleh kurus yang paling ekstrem sejak bulan puasa tahun ini.
“Selepas bulan Ramadhan, saya terus buat puasa enam dan mintak doa pada Allah untuk beri kekuatan pada saya buat puasa Daud, “ujarnya yang menggunakan amalan berpuasa ini untuk mendapat berat badan ideal. Puasa Daud bermaksud puasa selang sehari setiap hari.
Tambah Bonda, selain itu beliau juga turut melakukan beberapa kaedah lain untuk menurunkan berat badan.
“Pertama kali saya kurangkan makan dan cut terus pengambilan karbohidrat. Dan apabila selepas turun betul-betul, saya buat pendekatan baru iaitu saya kena bersenam.
“Daripada bersenam selama 30 minit saya tambah jadi satu jam. Dan sekarang saya bersenam satu jam setengah.
Ads
“Dan saya ambil nasi cuma dua sudu, saya akan banyak ambil ikan. Kalau lapar saya akan ambil buah, sayur dan satu hari saya cuma makan dua kali sehari.
“Saya mesti bangun sahur pukul 5 pagi. Jadi daripada pukul 5 sampai buka puasa, dah berapa belas jam saya berpuasa.
“Dan bayangkan saya tak sangka saya boleh bersenam tetapi saya berpuasa. Dengan syarat pukul 6.30 pagi, sanggup tak jadi macam saya?,” ujarnya yang sentiasa bersikap positif dan bersemangat dalam melakukan apa-apa pekerjaan.
Hasil amalannya itu, tidak hairan Bonda sudah boleh menyarung kembali baju lamanya yang sudah 20 tahun lalu.
Malah apabila sudah kurus dan langsing, penampilan Bonda kelihatan jauh lebih muda dan seperti seorang anak dara. Jadi bagi yang berhasrat untuk mencuba kaedah diet lebih selamat dan sihat, boleh amalkan cara dilakukan Bonda Rozita ini.
Tidak dinafikan penjagaan untuk warga emas di rumah atau hospital memang agak sukar lebih-lebih lagi jika terpaksa memakai peralatan sokongan lain.
Antaranya adalah seperti pengunaan tiub atau kateter kencing yang digunakan untuk menampung pembuangan air kencing pesakit.
Jika tersalah penjagaannya akan menyebabkab kesakitan pada mereka, walaupun pesakit dalam keadaan tidak sedar dan penggunaannya boleh babitkan jangka panjang.
Perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad memberitahu penjelasaan lengkap mengenai penjagaan penggunaan alatan ini.
PENJAGAAN TIUB / KATETER KENCING DI KALANGAN WARGA EMAS
Tiub/Kateter kencing merupakan tiub yang dimasukkan ke dalam pundi kencing untuk megeluarkan air kencing dari pundi. Ini mungkin dilakukan kerana beberapa sebab seperti pesakit mempunyai kudis tekanan, masalah kesukaran kencing atau pengawalan kencing. Tiub ini mungkin diletakkan secara sementara atau jangka masa panjang.
TIP AM PENJAGAAN 1. Sentiasa catitkan jumlah air kencing dalam beg. 2. Sentiasa pastikan air kencing mengalir ke dalam beg tanpa sekatan. 3. Pesakit perlu minum cukup air untuk penghasilan air kencing yang cukup. 4. Beg kencing perlu berada di bawah paras pundi kencing untuk memastikan air kencing dalam beg tidak mengalir balik ke pundi dan menyebabkan jangkitan kuman. 5. Pastikan tiub dan beg berada dalam keadaan baik. 6. Jangan sekali-kali menarik tiub kencing. 7. Pesakit tidak sepatutnya duduk atau baring atas tiub kerana ia boleh menyebabkan sekatan. 8. Periksa bahagian sulit sekeliling tiub untuk tanda-tanda jangkitan kulit – kemerahan, kebengkakan atau discaj cecair. 9. Jangan letak bedak di bahagian tiub dari kemaluan. 10. Beg kencing perlu dikosongkan setiap 8 jam.
PEMBERSIHAN TIUB 1. Sebelum mula, beritahu pesakit apa yang anda akan lakukan. Ini penting khasnya kepada pesakit yang nyanyuk atau keliru untuk menenangkan mereka. 2. Cuci sekeliling tempat tiub masuk ke kemaluan dengan sabun 2 kali sehari. 3. Bersihkan kulit sekitar tiub setiap kali pesakit membuang air besar.
MENGELUARKAN KANDUNGAN BEG Beg kencing perlu dikosongkan sekiranya penuh atau setiap 8 jam. Langkah-langkah termasuk : 1. Kandungan boleh dikeluarkan ke dalam tandas atau ke dalam bekas/baldi. 2. Cuci tangan dengan air sabun. 3. Catitkan jumlah air kencing. 4. Bukakan penyumbat beg kencing dan biarkan air kencing mengalir ke tandas atau bekas yang disediakan. 5. Jangan biarkan penyumbat tersentuh lantai (cuci dengan bersih sekiranya ini terjadi). 6. Setelah beg kosong, tutupkan semula penyumbat dan cuci tangan anda.
MASALAH TIUB KENCING Sekiranya air kencing tidak mengalir dalam tiub : 1. Periksa sama ada tiub tersepit atau terpintal. 2. Pesakit mungkin terduduk atau terbaring atas tiub. 3. Pastikan beg kencing berada di paras bawah pundi. Sekiranya tiub terkeluar atau bocor : 1. Letakkan tuala di bawah pesakit untuk melindungi perabot/tilam. 2. Jangan cuba memasukkan tiub semula (kecuali pesakit/penjaga telah diajar). Sila dapat bantuan daripada anggota kesihatan. 3. Perhatikan untuk tanda kebocoran seperti tiada penambahan dalam jumlah air kencing dalam beg atau tiada kencing dalam beg selepas 6-8 jam atau tilam/ pakaian pesakit basah dengan air kencing.
KOMPLIKASI TIUB Dapatkan bantuan perubatan sekiranya: 1. Air kencing berbau busuk atau keruh. 2. Pesakit berasa demam. 3. Terdapat pembengkakan sekeliling tiub. 4. Tiada air kencing dalam tiub/beg walaupun tiada kebocoran atau pesakit dapat minum air dengan mencukupi. 5. Terdapat kebocoran dalam tiub/beg. 6. Terdapat pendarahan dalam tiub/beg.
Sumber : Portal Rasmi MyHEALTH #HealthDrZubaidi www.drzubaidi.com
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak dinafikan kita akan jadi kurang selesa jika orang di sebelah mempunyai mulut yang berbau.
Terutamanya apabila setelah makan bawang atau petai yang meninggalkan bau tidak menyenangkan. Hendak ditegur bimbang membuat rakan sebelah terasa.
Sebenarnya selain menggosok gigi atau menggunakan pembersih mulut, ada lagi beberapa jenis makanan boleh membantu hilangkan bau mulut ini.
1.Makan Epal
Epal adalah buah yang cukup baik bagi mengatasi masalah bau mulut. Ini kerana epal mengandungi polifenol yang dapat memecahkan senyawa penyebab bau mulut. Tidak hanya itu, epal juga mampu membantu mengeluarkan sisa makanan yang tersekat di celah gigi.
2. Pilih Sayuran Hijau
Sayur-sayuran hijau seperti bayam, sawi dan kangkung sangat bagus untuk melawan bau mulut. Tiga jenis sayuran tersebut dapat membantu menyeimbangkan tingkat pH yang pada akhirnya membantu mencegah mulut daripada kering. Ini kerana mulut kering adalah salah satu sebab penyebab mulut berbau.
3. Kayu Manis
Kayu manis mengandungi minyak esensial yang terbukti memiliki kemampuan melawan bau mulut dengan membunuh bakteria yang mungkin berada di dalam mulut kita.
4. Ambil Timun
Timun cukup kaya dengan kandungan air yang mampu menghilangkan bau mulut. Air timun dapat mencegah mulut kering dan membersihkan sisa makanan yang mungkin terselit di celah gigi selepas makan. Jika tak suka timun, boleh gantikan dengan batang saderi yang memberi kesan sama.
5. Sentiasa Minum Air Putih
Air putih membantu menghasilkan air liur dalam membersihkan sisa makanan dan menghalang pertumbuhan bakteria jahat dalam mulut. Apatah lagi, air putih cukup baik untuk kesihatan secara keseluruhannya.
6. Amal Minum Air Lemon Setiap Pagi
Pada waktu pagi, biasanya mulut akan mengeluarkan bau kurang enak. Bagi mengatasinya minum air lemon pada waktu pagi. Air lemon dapat merangsang produksi air liur sehingga masalah bau mulut hilang.
Setiap kali melihat perkembangan Datin Lisa Surihani, rasa sejuk mata memandang. Bermula dengan tukar penampilan memakai hijab dan terus memilih pakaian longgar dan terkini baiki bacaan al Quran.
Selayaknya dia dijadikan inspirasi buat wanita yang mahu ‘berhijrah’ dalam fesyen dan gaya hidup.
Datin Lisa Surihani Baiki Bacaan Al Quran
Datin Lisa ada berkongsi tentang penglibatannya dalam sebuah program tadarus al-Quran. Kalau ikutkan dia rasa kurang yakin dengan bacaan ketika mengaji namun bagi menangani situasi itu, Lisa atau nama penuhnya Lisa Surihani Mohamed, 37 tahun mengambil pelbagai inisiatif dengan menyertai pelbagai kelas mengaji termasuk usaha melawan masalah pelat huruf R.
“Beberapa kali dipelawa untuk terlibat dalam program tadarus al-Quran tetapi saya selalu menolak dengan baik sebab terfikir cara bacaan agak merangkak, segan dan banyak lagi alasan diberi.
“Sementara itu, saya pasang niat supaya hubungan dengan al-Quran diperbaiki lagi. Saya cuba sertai kumpulan tadarus bersama qariah kejiranan kawasan perumahan, mengaji online dan mendaftar kelas tajwid serta tadabbur.
“Subhanallah memang sukar ditambah pula dengan pelat sebutan huruf R. Syukur saya dikelilingi keluarga dan sahabat rapat yang banyak memberi dorongan,” tulisnya dalam Instagram.
Usah Fikr Negatif Cakap Orang
Pelakon itu turut berpendapat tidak mengapa bacaan kurang sempurna namun sekurang-kurangnya mempunyai usaha untuk menjadikan al-Quran sebagai sahabat baik.
“Tahun ini saya berdoa agar dipasangkan niat dengan betul. Anggap ini satu kelas mengaji yang dipantau oleh qari dan qariah.
“Sekiranya penglibatan saya ini dapat membuka pintu hati mereka yang lalui kesukaran seperti saya untuk jadikan al-Quran kawan baik mereka, bukakanlah pintu ruang dan peluang itu untuk mereka dan permudah usaha mereka,” jelasnya.
Ujarnya lagi, setiap individu juga tidak perlu terlampau memikikan pandangan negatif orang ramai sekiranya bacaan al-Quran masih kurang mahir.
Bahkan, meskipun seseorang itu sudah fasih membaca al-Quran, kita tetap perlu belajar atau berguru kerana masih banyak intipati tersirat yang boleh diteroka.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!