Ramai mengetahui pelakon Elfira Loy sedang sarat mengandung tetapi aksinya melompat kolam baru-baru ini mendapat perhatian ramai.
Dalam artikel di Astro Gempak, Elfira menjelaskan situasi sebenar aksi melompat di kolam renang dengan berkasut tinggi mengakui disebabkan rasa mengidam.
Walau tahu perbuatan itu bahaya, tetapi rasa mengidam mengatasi segalanya untuk melakukan aksi melompat berkenaan.
“Masa nak lompat memang fikir sama ada nak buat atau tak dan lihat macam dekat saja. Jadi untuk bekas athlete lompat jauh ni, saya rasa macam kacang saja.
“Tapi bila sampai memang kecut perut. Tapi rasa nak sangat, rasa nak yang macam orang mengidam nak makan sabun tu.
“Saya mengidam nak lompat ni kebab saya dah rancang lama. Tapi saya memang tak cadangkan buat sesiapa yang tak berani untuk lompat,” katanya memberi penjelasan di Insta Storynya.
Sebelum itu aksi yang dimyat naik dalam video melompat dari Tengah kolam ke tepi kolam dengan memakai kasut tuit tinggi.
“Saya banyak tersandung jika pada flats dan kasut sukan dari pakai kasut tuit tinggi. Sebab itu saya berlari memakai kasut tinggi bukan sandals. Kawan-kawan saya semua tahu.
“Jadi kasut tinggi yang Kecil ini seperti kasut sandal bagi saya. KIta dibesarkan dengan cara berbeza okay,” ujarnya yang tidak kisah dengan kecaman diterima kerana mempunyai ramai teman yang mengenali mengambil berat perihal dirinya.
Ads
Elfira mendirikan rumah tanga bersama suami Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan neorang anak lelaki, Muhammad Rayyan Khalaf dan kini sedang menanti kelahiran dan bakal menimang anak perempuan.
Ramai antara kita yang menggemari hidangan telur. Telur merupakan sumber protein paling mudah dan murah dan sangat bagus untuk kesihatan tubuh badan kita.
Namun ramai yang keliru adakah pengambilan telur rebus atau goreng lebih baik dan berkhasiat.
Apakah kandungan telur ini serupa dan bagaimana jika diambil secara berlebihan. Perkongsian dari Syaza Nutritionist menjelaskan perihal telur untuk elak keliru.
Telur Goreng VS Telur Rebus
Telur menjadi salah satu sumber makanan padat nutrien yang paling murah dan paling mudah diakses.
Telur juga boleh dipelbagaikan dari segi masakan, mudah dan boleh digabungkan dengan pelbagai makanan lain.
Cara yang paling mudah dan paling popular adalah telur rebus dan telur goreng.
Pasti anda tertanya-tanya pilihan manakah yang paling bagus jika ingin mengamalkan gaya hidup yang sihat terutamanya melalui kiraan kalori.
Jika mengikut kadar kalori telur rebus mempunyai kalori yang lebih rendah berbanding telur goreng. Jadi ia boleh menjadi pilihan terbaik
Bagi yang ingin mengawal kalori sebagai sumber protein.
Manakala dari segi jumlah vitamin, telur goreng memiliki jumlah vitamin akan berkurangan berbanding telur rebus. Dengan makan telur rebus maka anda akan mendapat 15 peratus daripada nilai harian yang disyorkan untuk riboflavin, 10 peratus daripada nilai harian yang disyorkan untuk vitamin B12 dan 11 peratus daripada nilai harian yang disyorkan untuk vitamin D.
Untuk makluman, riboflavin membantu menghasilkan sel darah merah dan menukar karbohidrat menjadi tenaga. Vitamin B12 adalah perlu untuk sistem saraf dan fungsi otak, manakala vitamin D memainkan peranan dalam fungsi imun dan penyerapan kalsium.
Telur goreng mempunyai kandungan mineral yang sedikit lebih tinggi daripada telur rebus. Mineral yang telur goreng yang terkandung dalam kuantiti yang banyak adalah fosforus, di mana satu telur goreng bersaiz besar menyediakan 10 peratus daripada nilai harian yang disyorkan. Manakala telur rebus menyediakan kira-kira 9 peratus daripada nilai harian yang disyorkan untuk mineral ini.
Fosforus adalah penting untuk tulang yang kuat, menghasilkan DNA, dan penting untuk fungsi buah pinggang.
Ramai yang mengatakan bahawa kandungan kolesterol dalam telur goreng adalah lebih tinggi, kerana ia digoreng menggunakan minyak. Tetapi, nilai kolesterol dalam telur rebus atau telur goreng sama, iaitu 258 mg.
Diet yang sihat had penggunaan kolesterol adalah 300 mg sehari. Jadi, dengan makan 1-2 telur setiap hari, sama ada direbus atau digoreng, sudah cukup untuk memenuhi keperluan badan untuk kolesterol yang baik.
Walaubagaimanapun, makan telur adalah sihat. Tubuh manusia masih memerlukan kolesterol yang baik. Telur kaya dengan vitamin, mineral protein dan mengandungi semua asid amino yang berguna untuk membuat hemoglobin baru, enzim, hormon, dan sel- sel. Jadi makanlah telur untuk mendapatkan manfaat nutrisi tapi ingat kawalan kuantiti adalah penting.
5 Mitos Tentang Telur
Nak amalkan corak pemakanan yang betul biar berdasarkan fakta bukan mitos. Barulah diet yang dijalankan akan lebih berkualiti dan tidak stress.
1. Telur menyebabkan peningkatan kolesterol
Ramai yang beranggapan bahawa makan telur/udang/kambing dan makanan lain yang mengandungi kolesterol akan meningkatkan kolesterol dalam darah dan seterusnyan menjadi penyebab risiko sakit jantung.
Faktanya : Kolesterol dalam makanan memang boleh mempengaruhi kolesterol dalam darah, tetapi sebenarnya majoriti kandungan kolesterol adalah dihasilkan oleh tubuh kita sendiri.
Kolesterol yang tinggi selalunya disebabkan oleh diet dan hidup yang tidak sihat seperti stress, kurang tidur, merokok, kurang senaman dan lain-lain, bukan sekadar disebabkan oleh makan telur, udang, kambing semata.
Buktinya: Ramai je yang dah jadi anti telur, anti udang, anti kambing tapi kadar kolesterol masih tinggi.
2. Telur mentah lebih tinggi kadar protein
Ramai yang beranggapan pengambilan telur mentah boleh membantu mendapatkan kadar protein yang lebih tinggi.
Faktanya: kadar protein dalam telur adalah sama walaupun telah dimasak. Yang berkurangan hanyalah dari segi vitamin dan mineral.
Walaubagaimanapun, kita tidak digalakkan untuk makan telur mentah ini adalah untuk mengelakkan risiko jangkitan salmonella.
Selain itu, penyerapan protein melalui telur yang telah dimasak adalah lebih tinggi berbanding telur mentah.
3. Putih telur adalah lebih baik berbanding kuning telur
Ramai yang beranggapan telur putih adalah lebih baik berbanding telur kuning.
Faktanya: vitamin dan mineral pada telur lebih banyak terkandung dalam kuning telur. Antara vitamin yang ada ialah: vitamin D, vitamin A, vitamin E, Choline, Lutein, Zeaxanthin yang berfungsi untuk menjaga kesihatan tubuh badan.
Jika tidak makan kuning telur, maka sebahagian mineral dan vitamin ini tidak diperolehi.
4. Kuning telur menyebabkan gemuk
Beberapa orang takut nak makan telur kuning sebab risau naik berat.
Faktanya: kuning telur mengandungi protein dan zat bermanfaat seperti vitamin D dan choline dimana membantu menyerap kalsium dan meningkatkan fungsi hati. Ini dapat mengelakkan kejadian hati yang berlemak. Selain itu, menurut The American Heart Association menyatakan 1 biji telur sehari bagus untuk amalan diet yang lebih sihat.
5. Wanita hamil tidak boleh makan telur
Ini sering menjadi dilema buat semua wanita hamil kerana ada larangan untuk pengambilan telur. Ini hanyalah mitos!
Faktanya: telur adalah sumber protein yang tinggi, vitamin, mineral dan asid amino. Jadi wanita hamil amat digalakkan untuk makan telur, ikan dan kekacang. Cuma wanita hamil perlu mengelakkan pengambilan makan telur yang mentah untuk elak risiko jangkitan samonella.
Wajib tahu cara bersihkan dinding conteng, sebab situasi ini akan jadi perkara normal bila ada kanak-kanak tengah membesar dalam rumah.
Walaupun tak banyak, mesti akan ada kesannya. Hasil kreativiti ini kadang-kadang boleh berlaku kat mana-mana dinding rumah. Tak ruang tamu, mesti akan jumpa kesan tu dalam bilik.
Kalau dah banyak sangat kesan contengan itu, sakit juga mata. Sampaikan kalau tetamu datang rumah pun kita rasa serba salah. Nak cat semula dinding tak ada masalah, tapi selagi anak masih belum faham tetap kena lalui situasi ini.
Jadi bagi anda yang mengalami situasi macam ni, apa kata cuba bersihkan kesan contengan itu dengan cara yang dikongsikan oleh Nur Adiba Hassan.
Boleh bersihkan kesan pensil, pensil warna atau krayon. Mudah dan berkesan!
Hilangkan hasil tangan anak bijak soleh dan solehah di dinding.
Bahan-bahan:
1. Cif
2. Berus hijau (tak tau ape nama)
3. Air
4. Tuala
Cara-cara:
1) Letak sikit cif atas berus hijau yang dibasahkan. Gosok bekas contengan.
2) Kemudian lap dengan kain basah bersih. Pastikan kain tu dibilas bersih supaya tak bertompok-tompok.
Ok lah hasilnya. Dapat hilangkan kesan pensil, crayon.
Haa.. selepas anda boleh cuba buat dan tengok hasilnya. Sekurangnya nampaklah bersih sikit dinding rumah. Cubalah!
Sudah lama mengikuti perkembangan selebriti yang juga bekas penyanyi kumpulan Elite, Fiza Abdul Halim sejak dari zaman awal kemunculannya.
Melihat penampilannya sedikit teruja kerana walaupun sudah berusia awal 40-an tetapi wajahnya kelhatan cukup halus, mulus dan cantik walaupun tanpa mnegenakan sebarang mekap.
Menurut ibu kepaa 4 cahayamata ini, dia tidak berbelanja besar untuk menjaga kecantikan wajah.
Malah menurut Fiza lagi tiada penjagaan khusus dipraktikkan kerana dirinya seorang wanita yang ringkas.
“Saya inilah orang yang paling simple. Mungkin sebab saya tak suka mekap kot. Jadi kulit saya tak ada masalah sangat. Petua saya cuma satu je, saya tak suka minum air sejuk dan hanya minum air suam atau air panas.
“Bab kesihatan badan pula saya ni suka vaccum dan mop rumah hari-hari. Bagi saya itulah exercise saya untuk bersenam sebab kalau nak pergi gim bagai memang tak bolehlah dengan anak kecil.
“Biasanya kalau duduk di rumah, saya akan cari apa saja kerja yang boleh saya buat walaupun semua dah tersusun dan kemas.
“Siapa yang kenal saya, tahulah saya ni macam mana. Petua turun-temurun tak ada cuma saya lebih berhati-hati dengan keadaan badan dan kesihatan diri sendiri. Pendek kata, memang saya pantau sendiri.
“Kalau agak-agak badan tu dah naik kalau timbang, saya akan diet sedikit. Kalau bila timbang macam ringan dari selalu, saya akan makan lebih sedikit.
“Sebab saya ni kalau kurus, muka kurus dulu. Cengkung sangat tak elok pula nanti nampak haggard. Apa-apa pun elak minum ais ya,” yang tidak gemar pergi ke spa kerana mengambil masa lama untuk lakukan semua rutin itu.
“Saya tak suka ke spa sebab tak suka tunggu lama-lama dan saya tak pernah pergi. Kalau di rumah pun, saya tak buat macam orang lain, ada rutin harian yang wajib.
“Habis kuat pun saya akan buat skrub dan mask muka. Itu pun boleh kira berapa kali. Agak-agak muka macam kusam, baru saya akan buat. Kalau tak, memang tak buatlah,” jelasnya yang mempunyai tiga anak hasil perkongsian dengan perkahwinan terdahulu.