Setiap kali seseorang wanita itu melahirkan anak, pasti akan ada waktu berpantang untuk tempoh tertentu bagi mengembalikan semula tenaga yang hilang.
Kalau ikut orang dulu-dulu, sangat mementingkan penjagaan berpantang ini untuk tempoh 44 hari atau lebih. Ini bagi memulihkan kembali tenaga yang sudah hilang ketika waktu melahirkan anak sebelum itu.
Namun ketika ini terpulang pada seseorang itu untuk berpantang ikut cara traditional atau moden. Semua ini bergantung pada badan seseorang menerima perubahan memandangkan badan nak pakai lama.
Walau bagaimanapun, bagi seorang doktor popular, Dr Say Shazril, dia tidak menyuruh isteri tercinta, Dr Azura untuk berpantang selepas bersalin.
Menurut doktor berusia 33 tahun itu, dia menjelaskan setiap kali isterinya bersalin, Dr Azura tidak akan berpantang.
Hal ini kerana, mereka hanya fokus pengambilan makanan seimbang seperti ayam, ikan telur, pisang dan sebagainya.
Jelasnya lagi, makanan yang dikatakan punca ‘gatal’ atau ‘bisa’ itu tidak logik kerana ia hanya akan berlaku jika seseorang itu mengalami masalah elergik.
Walau bagaimanapun, Dr Say berpendapat setiap ibu mempunyai kepercayaan tersendiri. Jadi, terpulang kepada mereka mahu berpantang secara moden atau tradisional. Apa yang penting ibu sentiasa gembira dan tidak stres dalam tempoh selepas bersalin.
Ahaa ramai jugak yang dm tanya soalan ni memandangkan saya rasa ada yang baru follow ig saya. Kalau yang follow sejak zaman Ace dulu mesti tau dah cerita ni. Tapi takpe saya cerita sekali lagi.
Jawapannya, sejak anak pertama & termasuk anak kedua ni bini saya tidak berpantang. “Whats? Tak pantang? Badan nak guna lama kot” jerit makcik bawangs di FB.
Sekali lagi sy ingin tekankan yang kami tidak menentang sesiapa yang ingin berpantang. Nak pantang silakan, taknak pantang pun silakan.
Kalau cakap pasal badan nak guna lama meh saya bagi kisah yang paling senang nak diterima akal. Kalau masa berpantang ini ibu-ibu jaga makan dengan makan ikan haruan, ikan kering & seangkatan dengannya.
Then habis pantang hari ke-45 ibu-ibu me-ngappp ayam goreng Mekdi, Kepchi, Mary Perang with honey butter biscuits Texus Chicken on the side, logik akalnya tidakkah makanan2 sebegini akan merosakkan badan ibu-ibu yang selama ni berpantang?
Kunci utamanya adalah pengambilan makanan yang sihat & seimbang, tu je. Ayam, telur, ikan, sayur-sayuran & buah-buahan macam kangkung, timun, tembikai, pisang boleh je nak makan sebab ni semua tergolong dalam makanan yang sihat & seimbang.
Kalau nak cakap “gatal” atau “bisa”, dari segi perubatan there is no such thing cuma kalau memang allergic, elakkanlah. In a nutshell, bergantung kepada kepercayaan ibu tu sendiri sama ada nak amalkan pantang-larang ini atau tak.
Yang penting jangan terlalu extreme supaya ibu2 sentiasa cergas, ceria dan sihat semasa dalam pantang. Kalian macam mana? Pantang modern or tradisional? Open conversation k?
Menurut Dr Say juga sepanjang tempoh berpantang, mereka tidak menggunakan khidmat Confinement Lady sebaliknya menguruskan segalanya berdua.
Malah sepanjang 30 hari, beliau mengosongkan jadual sebelum itu untuk menemani isteri tercinta.
Walaupun tahu isterinyanya kuat untuk berpantang sendiri, tetapi dia sentiasa memberi sokongan padanya terutama menguruskan anak kedua yang dilahirkan secara pembedahan.
Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza nampak begitu bahagia bercuti bersama keluarga sempena Hari Lahirnya untuk tahun 2023. Awet muda walau sudah masuk 40-an, malah ada anak dua lagi!
Usia dikatakan sering menjadi penghalang buat wanita untuk tampil cantik dan berkeyakinan apatah lagi selepas melahirkan anak.
Namun berbeza dengan penyanyi nombor satu ini, beliau memang memiliki wajah cantik dan berkulit putih sejak muda remaja lagi. Namun menginjak ke umur 44 tahun pun, beliau nampak masih memiliki rupa paras jelita dan bentuk badan mengancam.
Mesra dengan panggilan TokTi, bentuk badannya tetap ‘helok’, sukar untuk tidak jatuh cinta dengan penyanyi idola negara yang digelar sebagai “Malaysian Sweetheart”.
Memuat naik gambar di laman Instagram, Dato’ Siti Nurhaliza kembali mencuri tumpuan ramai apabila penampilannya dikatakan sangat cantik dan berseri diselit dengan aksi dua anaknya yang bermain salji di Turki.
Kecantikan yang dimiliki dikatakan seperti pakej lengkap apabila bentuk badan penyanyi ini kembali langsing seperti penampilannya ketika remaja.
Memeluk bahagia di Istanbul, Dato’ Siti Nurhaliza dilihat cukup bertuah dapat membawa dua anaknya bermain salji di sana.
Menerusi komen Instagram miliknya, rata-rata peminat mahupun netizen mendoakan yang baik-baik buat artis tersohor ini.
Baik netizen dan rakan artis, semuanya mendoakan manis-manis buat Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Nah, sekeping moment waktu Tok Ti muda remaja, manis tu dari kecil lagi menjadi haknya.
Buat peminat Siti Nurhaliza, kalau nak tahu bakat nyanyiannya mula dikesan ketika usia enam tahun lagi. Sewaktu menyanyikan lagu tradisional berjudul ‘Sirih Pinang’ dalam acara akhir tahun persekolahan di Sekolah Tabika Perkep.
Apa pun, Rapi mendoakan semoga Dato’ Sri Siti Nurhaliza dihujani rezeki dan kebahgiaan hingga ke akhir nafas bersama insan tersayang. Selamat Panjang Umur Tok Ti!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak mudah nak buang jeragat yang sudah meriah di kulit wajah, tetapi kalau dibiar makin teruk lah jadinya. Paling takut jeragat tu makin tebal dan membuatkan kulit nampak gelap.
Jadi suka atau tidak, anda kena juga cari produk yang boleh bantu hilangkan masalah jeragat atau paling jimat guna petua orang lama seperti yang dikongsi wanita ini.
Cerita Puan Asrina Jamiran yang lebih mesra dengan panggilan Kak Sufi, katanya dia memang suka sangat pakai masker semenjak jadi beautician. Hah, patutlah tahu bab petua cantik!
Melalui perkongsiannya, masker adalah diantara rutin wajib penjagaan wajah Kak Sufi.
Apa yang menarik, aktiviti ini boleh buat dengan anak anak. Hasilnya, habis anak dara dapat kulit halus molek. Elok sangat kita kongsi petua orang lama pada generasi muda ini. Jimat poket mak ayah sekali.
Okay ini cara nak elakkan jeragat makin tebal di muka. Nanti amalkan ya.
Jom Buang Jeragat
Apa yang anda perlu ialah:
Segenngam beras
Kunyit hidup
Putih telur
Perahan Lemon / LImau nipis
1. Ambil segenggam beras dan rendam semalaman.
2. Toskan dan tumbuk bersama 1cm kunyit hidup atau boleh juga blend dan gunakan bersama 1 sudu kecil serbuk kunyit. KakSufi guna blend je.
3. Selepas tu campurkan dengan putih telur dan sedikit perahan lemon atau limau nipis.
4. Sapukan ke seluruh muka dan biarkan sekitar 10 minit. Bila dah kering, gosok manja kat semua kawasan masker tu. Kemudian bilas dengan air bersih
5. Untuk hasil yang memuaskan lakukan 2 kali seminggu. Bukan setakat bantu pudarkan jeragat, muka korang rasa anjal lepas pakai.
Senang tak nak cantik? Untuk info, masalah jeragat paling susah nak pulihkan. Jika anda langsung tak pakai pelindung wajah, lagi lah dia makin membiak. Jadi, rajin-rajinkan diri pakai masker ini ya!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kes keracunan makanan biasanya lebih tinggi ketika masuknya bulan Ramadan. Ini disebabkan adanya bazar Ramadan dan ramai yang berkunjung untuk mendapatkan juadah berbuka puasa.
Walaupun begitu, sebagai pengguna kita kena memastikan terlebih dahulu tahap kebersihan atau piawaian kualiti makanan yang disediakan sebelum membelinya.
Justeru itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam perkongsian di Tiktok memberi pesanan kepada orang ramai yang mahu mendapatkan juadah kegemaran di bazar Ramadan agar berhati-hati dalam membeli mencuba makanan dan minuman yang dijuaal.
Ini kerana biasanya kes keracunan makanan meningkat ketika di bulan Ramadan. Beliau turut merujuk kepada kes dua kanak-kanak yang disyaki keracunan makanan selepas berbuka puasa dengan makanan yang dibeli di bazar Ramadan.
Menurut KJ kes keracunan makanan tidak boleh diambil mudah kerana ia boleh memudharatkan kesihatan dan ada juga ada yang boleh menyebabkan kematian.
Justeru, KJ mengingatkan orang ramai supaya mengamalkan 5 perkara ini untuk pastikán makanan bersih dan selamat.
1. Yang pertama jaga kebersihan diri, basuh tangan sebelum dan selepas menyediakan makanan dan sebelum makan.
2. Guna peralatan berasingan untuk makanan mentah bagi mengelakkan pencemaran pada makanan yang telahpun dimasak.
3. Masak makanan dengan sempurna. Dan pastikan dimakan dalam tempoh tak lebih 4 jam selepas dimasak.
Gambar sekadar hiasan.
4. Simpan makanan ready to eat pada suhu sesuai dan simpan tak lebih tiga hari dalam peti sejuk.
5. Guna bahan mentah yang fresh dan air yang bersih untuk memasak. Dan sebelum makan, praktis konsep lihat hidu, dan rasa. Kalau ada bau atau rasa yang pelik, janganlah makan. Pastikan selamat dan bersih sebelum makan.