Sejuk mata memandang melihat air wajah bekas pengacara Majalah 3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain yang terkini dengan bertudung dan berlesung pipit di pipi. Itu jadi ‘bonus’ penyeri wajahnya.
Walau berstatus ibu kepada empat orang anak, tetapi wajahnya tetap kelihatan cantik dengan auranya tersendiri.
Nurul Syuhada Suka Hiking
Ala-ala wanita Turki pun ya! Meniti usia 38 tahun, wanita kelahiran Seremban, Negeri Sembilan itu sekarang sedang menikmati momen indah seorang ibu.
Namun sesekali ibu muda ini juga dilihat rajin hiking bersama teman-temannya, ini merupakan aktiviti yang bagus untuk jaga kesihatan.
Ads
Fokus Pada Keluarga
Nurul Syuhada yang berkahwin dengan Raja Amir Shah Raja Azwa di The Binjai On The Park, KLCC, Kuala Lumpur pada 16 Julai 2012 kini dikurniakan empat cahaya mata yang comel.
Sudah lama tidak ke udara, Nurul Syuhada kini sibuk menumpukan kepada keluarga dan aktif di laman sosial Instagram berkongsi perkembangan anak-anak.
Ads
Pernah tular sekeping foto yang dimuat naik Nurul Syuhada menarik perhatian warga maya yang rata-rata memuji kecomelan anak-anaknya.
Malah ada yang terpesona dan menganggap anak-anak pengacara itu memiliki genetik menarik lantaran rupa paras yang menawan.
Disebabkan wajah si kecil persis kacukan, ada yang bertanya sekiranya juara Malaysian Top Host 2005 itu atau suaminya memiliki darah campuran Inggeris atau Arab.
Ads
Anak Mewarisi Wajah Kacukan
Rupanya telahan warga maya tepat kerana cahaya mata bekas pengacara Malaysia Hari Ini itu sememangnya mewarisi darah kacukan dari sebelah bapa mereka.
Suami Nurul Syuhada, Raja Amir berdarah kacukan Melayu-Australia dari sebelah ibunya.
Selama 10 tahun melayari bahtera rumah tangga, Nurul Syuhada dan Raja Amir dikurniakan empat cahaya mata termasuk sepasang kembar iaitu Raja Abdul Mateen dan Raja Nour Emaan, 8, Raja Ahmad Shah dan Raja Aasiya Amaal, setahun.
Cara nak pudarkankan jeragat tak mudah ya, tetapi kalau anda biarkan tanpa rawatan langsun, nanti kulit muka akan nampak kusam dan makin gelap.
Bagi anda yang mengalami masalah ini, cubalah petua-petua yang dikongsikan ini untuk menangani masalah jeragat di kulit wajah.
Cara Pudarkan Jeragat
Petua 1:
Ambil segenggam beras, rendam dalam air anggaran selama sejam. Toskan beras dan tumbuk bersama anggaran 1cm kunyit hidup hingga lumat. Gaulkan bersama perahan sebiji limau nipis dan sebiji putih telur hingga mesra. Sapukan keseluruhan muka sebagai masker. Biarkan hingga kering. Bilas dengan air suam untuk kekalkan kelembapan kulit. Buatlah setiap hari sehingga berpuas hati.
Petua 2:
Ambil sesudu susu tepung dan gaul dengan perahan limau nipis sehingga membentuk paste. Sapukan ke seluruhan muka sebagai masker. Biarkan hingga kering. Bilas dengan air suam untuk kekalkan kelembapan kulit.
Petua 3:
Kutip beberapa helai sireh muda dan simpan dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai dan terus gosok di sekitar tempat jeragat tersebut.
Petua 4:
Ambil 2 inci daun betik, 1 genggam beras, air dan 1 inci kulit kayu manis. Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman. Setelah ia kembang, kisar ataupun tumbuk dengan sedikit air bersama daun betik dan kulit kayu manis. Setelah siap, sapukan di seluruh muka anda dan biarkan ia kering lebih kurang 20 hingga 30 minit. Kemudian, lembabkan muka anda, gosok (seperti scrub) dan cuci. Bagi mendapatkan kesegaran, cuci muka anda dengan air suam.
Petua 5:
Ambil hampas kelapa dan gosokkan di seluruh muka anda. Biarkan selama 15 minit atau lebih. Amalkan selalu. Jeragat anda akan hilang dan kulit muka menjadi halus dan gebu. Buatlah setiap hari sehingga berpuas hati.
Hah, jangan pandang rendah dengan petua lama ini ya sebab orang dulu-dulu pakai elok saja kulitnya. Malah tak ada istilah rosak wajahnya sebab setia dengan bahan alami. Jadi, selamat mencuba semua!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jisoo Blackpink cuma mampu hidup dan bergambar sahaja walau teringin sangat nak makan donat, ini bagi memastikan penampilannya sentiasa dalam keadaan baik.
Allkpop melaporkan Jisoo perlu memastikan berat badannya kekal pada angka 44 kilogram dan penyanyi itu cuba mengekalkan susuk tubuh langsing dengan mengamalkan diet tertentu.
Jisoo Blackpink Rindu Donat Dan Kopi, Mampu Bergambar Saja Demi Diet!
Bagaimanapun Jisoo mendedahkan dia juga seorang manusia biasa dan adakalanya berdepan masalah untuk mengekalkan rutin diet yang diamalkan.
Malah perkongsian penyanyi itu memuat naik foto secawan kopi bersama sebiji donat bukti Jisoo juga penggemar makanan ringan seperti orang lain.
Penyanyi lagu Flowers itu juga mengadu sering berasa lapar kerana diet diamalkan dan hanya dapat menatap foto makanan kegemarannya itu.
“Saya lapar… Rindu donat dan kopi. Mesti sedapkan?,” tulisnya.
Ramai peminat meminta agar Jisoo tidak terlalu menekan dirinya hanya ingin mengekalkan standard saiz badan selebriti di Korea Selatan.
Jadi, anda kalau nak badan cantik macam Jisoo Blackpink, kena jauhkan diri dari donat juga. Mungkin badan akan cantik tanpa lelemak, macam Jisoo!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nak cuci muka pun ada caranya, malah kalau silap gaya memang kulit akan jadi rosak. Sebagai seorang wanita, kecantikan kulit wajah sangat dititik beratkan.
Tidak sempurna dan lengkap penjagaannya jika tidak dimulai dengan step membasuh muka dan seterusnya.
Namun begitu, walaupun wajah dicuci bersih setiap hari, tetapi tetap kelihatan kusam dan lebih memeningkan timbul jerawat. Adakah cara cucian wajah tidak betul atau penggunaan produk tidak bersesuaian dengan kulit.
Sebenarnya, kesalahan mencuci wajah juga boleh menyebabkan kulit bermasalah serta merosakkan kulit. Jadi bagi mengelakkan wajah menjadi kusam, elakkan 12 kesalahan ini ketika anda mahu mencuci muka.
Elak 12 Kesalahan Waktu Cuci Muka
1. Cuci Muka Dengan Tapak Tangan Kotor
Jika anda membersihkan wajah tanpa membersihkan telapak tangan terlebih dahulu, sama saja anda sedang memindahkan semua kotoran dan bakteri yang ada di telapak tangan ke wajah. Maka pastikan untuk membersihkan telapak tangan terlebih dahulu sebelum membersihkan wajah.
2. Pakai produk Tidak Sesuai Dengan Kulit Wajah
Pemilihan produk yang sembarangan dan tidak sesuai dapat menimbulkan masalah kulit wajah seperti minyak berlebih, flek hitam, jerawat, dan lain sebagainya. Oleh kerana itu, anda harus mengenali jenis kulit dulu sebelum mencari produk cuci wajah yang sesuai dengan kulit wajah. Pembersih muka yang baik dapat menghilangkan sisa solekan, debu yang melekat, dan menghilangkan kotoran pada wajah. Inilah kesalahan utama saat mencuci muka menggunakan sabun tidak bersesuaian.
3. Guna Suhu Air Yang Salah
Sebahagian besar anda menggunakan air panas untuk membuka pori-pori dan air dingin untuk menutup pori-pori. Namun, sebenarnya pori-pori tidak memiliki otot untuk membuka dan menutup sehingga tidak perlu melakukan hal ini dengan menggunakan air panas, dapat membuat kulit muka iritasi dan kering. Tinggalkanlah kebiasaan ini dan gantilah dengan cara mencuci wajah yang benar iaitu menggantikan air dingin dengan air hangat agar lebih sesuai untuk kulit wajah.
4. Terlalu Kerap Cuci Muka Atau Lakukannya Sekali Sehari
Mencuci muka dengan lebih kerap, lebih dari tiga kali sehari. Sebaiknya cucilah hanya dua kali sehari, iaitu sebelah pagi dan malam. Melakukan pencucian wajah terlalu kerap dapat menipiskan kulit wajah.
5. Asyik Lakukan Skrub Pada Wajah
Dinasihatkan melakukan skrub hanya satu hingga tiga kali seminggu. Jangan lakukannya secara berlebihan dan menggosok skrub tanpa kaedah yang betul. Keadaan ini akan menyebabkan kulit menjadi iritasi, nipis, infeksi dan kering. Sekaligus akan dapat menyebabkan jerawat timbul pada kulit wajah.
6. Bilas Wajah Dengan Cepat
Jika kita lakukannya dengan cepat, tidak akan hilangkan minyak pada wajah. Sepatutnya luangkan masa selama dua minit dengan menggosok secara betul. Berikan urutan lembut pada bahagian dahi dan hidung yang biasanya lebih banyak mengeluarkan minyak.
7. Pakai Produk Mengandungi Bahan Kimia
Berwaspada dengan produk kecantikan yang mengandungi bahan kimia harus agar tidak salah dalam memilih produk cuci muka. Lihatlah dulu kandungan dari produk tersebut apakah kandungannya selamat dari bahan pewarna, wangian, dan kimia. Hindari pemilihan dengan kandungan pH yang tinggi, sodium lauril sulfat atau SLS. Kedua bahan ini dapat berisiko untuk terjadinya iritasi dan reaksi alergi pada kulit wajah.
8. Tidak Memakai Face Oil
Ahli dermatologis dan kecantikan menjelaskan bahawa penggunaan minyak sesuai dengan semua jenis kulit dan umumnya, minyak akan larut jika bertemu sesama minyak. Oleh kerana itu, dengan adanya minyak ini akan memecah bakteria dan kotoran penyebab jerawat yang sering timbul pada wajah berminyak. Selain itu, kelembapan kulit juga akan terjaga sehingga akan terjadi keseimbangan kadar pH pada kulit wajah.
9. Elak Gosok Muka Dengan Kuat Bila Pakai Masker
Jangan sesekali menggosok muka dengan kuat ketika memakai masker. Terutama pada kulit keting kerana dapat mempengaruhi ketegangan kulit wajah. Tunggulah wajah mengering sendiri setelah mencuci muka atau anda boleh menepuk-nepuknya sahaja dengan kain bersih.
10. Pilih Produk Sesuai, Mahal Tak Semestinya Bagus
Ramai beranggapan penggunaan produk mahal akan memberi kesan lebih baik pada kulit wajah. Namun jangan terpedaya dengan strategi marketing setiap produk dijual. Uji dulu kesesuaian sesuatu produk dengan membeli sample atau kecil dulu. Lihat hasilnya dan jika sesuai barulah membeli yang lebih besar. Boleh juga menggunakan pembersih dengan bahan alami dan kandungan yang bermanfat dalam jangka panjang, seperti moisturizer dan serum vitamin.
11. Cuci Wajah Tanpa Bersih Solekan
Jika anda masih menggunakan solekan pada wajah seharian, maka anda harus membersihkannya. Sebelum mencuci muka, anda harus menghapus solekan terlebih dahulu dengan pembersih atau make up removal. Membersihkan dengan make up removal akan membantu kita untuk membersihkan solekan yang menempel pada pori-pori kulit wajah.
12. Guna Tuala Kasar Boleh Sebabkan Kerengsaan
Setelah membersihkan wajah jangan menggunakan tuala dengan bahan yang kasar, hal ini boleh mengakibatkan wajah kegatalan. Gunakan tuala khusus untuk wajah yang berbahan lembut.