Bukan setahun dua penyanyi dan pelakon ini berjuang dengan kanser yang dihidapi.
Tetapi lebih 10 tahun dirinya menderita kanser limfoma hingga mengakibatkan dia berdepan masalah setahun hilang berat badan, tumpah darah dan sebagainya.
Dan hari ini, penderitaan berakhir apabila Elyana memaklumkan dirinya kini bebas dan pulih daripada kanser limfoma yang dihadapi sesak 11 tahun lalu.
Perkhabaran itu dikongsi melalui laman Instagramnya dengan memuat naik sekeping foto dan video hasil imbasan bersama doktor untuk tatapan umum.
Menurut Elyana, dia sentiasa menunggu detik bahagia ini selain tidak putus berdoa agar dirinya kembali sihat.
Sebaik muat naik posting, ramai rakan selebriti dan netizen turut mengucap syukur dengan perkembangan terbaru dirinya itu. Rata-rata terus memberikan kata-kata semangat pada Elyana untuk meneruskan kehidupan.
Selain badan, bahagian paling dititik beratkan bagi seorang wanita adalah pada wajah.
Apabila kulit mengalami jerawat hingga mengakibatkan breakout pastinya akan membuatkan seseorang itu akan rasa rendah diri.
Pelbagai cara sudah dicuba tetapi masalah berkenaan tidak diatasi dengan mudah hingga menyebabkan kita berputus asa untuk menyelesaikannya.
Walau bagaimanapun, perkongsian wanita ini yang memberitahu cara mengatasi kulit breakout dalam masa yang pantas.
Kenali punca, tips dan cara mengatasinya.
Masalah breakout ini biasanya terjadi di sebabkan banyak faktor. Kadang faktor-faktor ni kita tak pernah tau pon adalah punca terjadinya efek, iritasi dan alergi pada kulit.
Biasanya breakout adalah di mana kulit ditumbuhi jerawat yang banyak dengan tiba-tiba, gatal kemerahan dan alergi.
Tapi yang untungnya ada pelbagai cara untuk mengatasinya. Memang takkan pulih sekelip mata tapi jika di rawat dari awal InsyaAllah ia boleh pulih.
Di sini ibu kongsikan beberapa nota berkaitan serta tips dari pengalaman ibu sendiri sebelum ni. Seperti biasa sebarang komen membina dan pendapat amat di alu-alukan. Semoga post ini menjadi forum yang baik untuk kita sama-sama belajar sesuatu yang baru.
Jom sama-sama kongsikan kebaikan ni pada mereka yang kemurungan di landa breakouts. Semoga sedikit sebanyak dari perkongsian ini dapat beri impak positif.
Biasanya breakout terjadi di sebabkan banyak faktor. Ni adalah faktor-faktor yang mungkin menyebabkan kulit anda mengalami breakout.
Hormon
Kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon. Mungkin juga disebabkan datang bulan.
Stress
Lagi banyak stress, lagi banyak jerawat akan keluar. kenapa? sebab adrenalin dan hormon androgen akan keluar secara berlebihan bila stress dan jerawat pun berlumba-lumba jugalah kat kulit.
Penggunaan Produk Kosmetik
Tak cuci dengan betul, berkongsi tools mekap, tak cuci tools mekap dengan bersih juga boleh jadi punca. Kandungan produk yang digunakan berkemungkinan jadi salah satu penyumbang kepada breakout.
Persekitaran
– Keadan cuaca seperti terlalu panas yang memgakibatkan kulit peluh dan berminyak.
Makanan
– Makanan yang terlalu berminyak dan pedas boleh mendorong dan mengaktifkan jerawat.
Ubat-ubatan
– Efek dari ubat-ubatan yang di ambil juga diet yang tidak seimbang.
1. Dahi
– Tidur tak menentu
– Diet tidak seimbang
– Pemakanan tidak seimbang
2. Pipi Kanan
– Terlebih pengambilan produk tenusu
3. Pipi Kiri
– Alahan dan stress
4. Hidung
– Penghadaman dan aliran darah tidak lancar
5. Mulut/Dagu
– Hormon tidak seimbang
– Stress
– Masalah buah pinggang
Kalau baca dari list ni pon kita semua faham tanpa perlu di ulas dengan lebih panjang. Betul kan?
Cuba korang perbaiki semua list kat atas ni dan tengok result dia macam mana. At least sebulan. Mesti korang bangga dengan hasil dia.
Kulit jangan sentuh sesuka hati, tangan kita ada bakteria. Dah la lepas melombong tetiba pegang pipi, ehh !!
Minum air kosong ikut keperluan. Wajib. Jangan asyik milo kepal je. Air manis penyumbang jerawat tau tak?
Tidur secukupnya 7 – 9 jam. Tapi betul la tidur ni paling susah nak buat.
Handphone kita kilik 24/7 kadang masuk toilet pon bawak. Duduk meja makan pon bawak. Lepas tuh ketak dalam poket baju/seluar ata beg yang dalam tuh macam-macam ada. Lepas tuh bergayut elok je letak dekat pipi dan muka.
Jadikah pengguna bijak. Tak salah invest pada skincare yang lebih baik. Mahak pon takpela muka ni ada satu je. Nak biar elok.
Yang sarung bantal tuh mungkin tak ramai yang cakna. Tapi kat situlah bakteria bermula dan membiak di muka kita ni. Kita syok tido konon bantal best padahal? Sambung sendiri
Pakai sunblok tau. Kadang kulit yang terlalu terdedah boleh merosakkan kulit. Jadi hati-hati.
Yang penting kandungan produk yang di guna tidak merbahaya. Jangan taksub nak cepat sembuh.
Jerawat ni kalau picit dia sama ada kecut takpon dia makin merebak. Dah tuh tinggal parut. No no no
Ni adalah antara produk yang anda boleh cuba. Semua produk ini adalah berdasarkan review dari pembaca dan pengguna yang telah berpuas hati.
Suka di ingatkan yang tak semua orang sesuai. Tapi kebarangkalian 70% bakal tamatkan masalah breakout dengan list barangan ni.
Yang penting kita try and error. Semua dalam list ni boleh dapatkan dari farmasi.
1. Cetaphil Oil Skin Cleanser
Sangat sesuai di gunakan sekiranya anda ada masalah breakout. Tekstur dalam bentuk gel di mana lepas cuci muka pon kulit masih lembap.
2. Himalaya Purifying Neem Face Wash
Paling femes dalam menghapuskan jerawat. Tapi ada yang tak sesuai. Jadi boleh cuba kalau nak tau sesuai ke tak sesuai.
3. Safi Gamat Pembersih Muka Anti Jerawat
Sangat best, jerawat kecut kulit lebih bersih dan jerawat pon segan nak datang lagi.
4. St. Ives Green Tea Face Skrub
Yang ni lebih sesuai kerana tekstur lebih halus. Kalau skin tengah breakout elakkan skrub terlalu kerap dan jenis skrub yang kasar nanti sakit kulit akan makin merebak.
5. Simple Soothing Facial Toner
Toner wajib ya. Toner ni sangat sesuai dan harga mampu milik. Takde warna takde bau.
6. Aiken Tea Tree Toner
Toner ni tanpa bau dan toner ni membuang kotoran yang melekat di muka,serta mengecilkan pori muka
7. Esentiel Calamine Lotion
8. Mario Badescu Drying Lotion
Dedua ni untuk jerawat dan boleh rawat iritasi pada kulit. Tekstur macam bedak sejuk. Best.
9.True Island Honey Bee Venom
Ni antara moisturizer paling ajaib sebab ada kandungan racun lebah dan madu. Macam yang kita tau racun lebah mampu mengubati jerawat dan madu sangat elok untuk kulit.
10. 11. 12. 13
Ni adalah antara ubat atau dalam bahasanya ‘lotion’ yang paling elok anda cuba sekiranya anda ada jerawat. Ia dalam bentuk cecair yang mudah resap. Di jamin pakai dalam 1 minggu pon jerawat dah kecut dan nyah terus.
Syarat wajib !
Pengambilan air putih adalah mengikut berat badan. Cara pengiraan adalah 1 liter untuk setiap 25kg berat.
Jadual atas ni yang ibu buat adalah *anggaran keperluaan. Jadi pandai-pandai la korang ye bajet2 lebih kurang.
Air ni tak boleh banyak sangat minum. Macam tumbuhan bila terlalu kurang tak boleh terlalu lebih pon tak boleh jugak. Tapi kalau nak cepat pulih wajib ambil air putih.
Ni antara penawar kepada masalah kulit anda. Jadi anda sangat di galakkan untuk simpan siap-siap list ni nanti bila nak guna semua bahan dah tersedia.
Madu :
Membersihkan Liang Pori. Menghilangkan sel kulit mati. Menyembuhkan luka.
Pisang :
Pisang mempunyai beberapa kandungan gizi yang sangat baik diantaranya Vitamin B, B6, C, Magnesium, Kalsium, Fosfor dan Besi. D
Lemon :
Baik untuk kesihatan tubuh dan kecantikan wajah iaitu vitamin B, vitamin C, protein, karbohidrat, dan potanium. Buah yang memiliki rasa manis keasam-asaman ini berperanan sebagai antibakteria dan antiseptik.
Kunyit :
Kunyit kaya akan vitamin B6, C, zat besi dan magensium. Selain itu juga mengandung sifat anti aging dan dapat membantu mencegah munculnya garis-garis halus.
Betik :
Buah betik bukan sahaja bermanfaat untuk kulit tetapi ia juga membantu menjadikan muka kelihatan lebih segar dan awet muda.
Tea Tree Oil :
Untuk mengecutkan jerawat serta menghilangkan parutnya dengan kadar segera.
Telur :
Dalam putih telur ada lima komponen enzim lysozyme, riboflavin, protein, kalium, serta magnesium di mana sangat baik untuk wajah kita. Protein yang terkandung di dalam putih telur dapat menggalakkan pertumbuhan sel-sel kulit yang baru jadi wajah automatik kelihatan lebih bersih, cerah dan memudarkan kedutan serta garis halus.
Cuka Epal :
Mengandungi good enzymes, bacteria, pectine, minerals. Benda ni semua bagus untuk kulit kita.
Jangan bazir masa fikir mask apa yang sesuai. Nah cuba 4 jenis mask ni untuk rawat breakout anda. Terbukti berkesan dan selamat !
Serbuk Kayu Manis + Serbuk Buah Pala + Madu
Kalau baca review memang semua kata power. Jerawat terus kecut, parut hitam pudar dan tekstur kulit bertambah baik. Wajib cuba sebab mask ni paling ibu suka.
Madu + Garam Bukit
Garam bermanfaat untuk mengangkat sel kulit mati dan mempercepat sembuhnya jerawat. Garam juga dapat memerangi tanda penuaan seperti menyamarkan garis halus dan kedutan di wajah. Tapi hati-hati kalau kulit anda luka lebih baik elakkan.
Kunyit + Madu
Paling kerap buat. Kunyit dan madu gabungan hebat. Yes jerawat kecut serta merta, kulit lebih cerah dan sangat lembut. Minyak muka juga berkurangan.
Lemon + Madu + Baking Soda
Mampu menghilangkan flek hitam pada wajah. Mengecilkan pori. Mengecutkan jerawat dan mencerahkan kulit.
Ibu nak kongsi cara ibu pulak rawat breakout. Harap korang sudi baca. Tips ni mungkin ada yang sesuai ada yang tidak. Tapi kita boleh boleh cuba.
Ibu breakout teruk akhir tahun 2016 sebab masa tuh decide untuk stop segala jenis produk warna warni di aidilfitri tuh. Sebulan free kan muka dan masa tuh la segala jenis mak nenek jerawat keluar. Tapi redha sebab memang niat nak betulkan jalan balik. Terlalu lama sesat
So masa breakout kita tak di galakkan pakai sebarang mekap untuk elakkan muka jadi lagi teruk. Cuma perlu pakai sunblok untuk pastikan kulit terlindung dari sinar uv. Tapi gigih tetap cantikkan kening dan pakai liptint.
Lepas survey dan survey akhirnya ibu jumpa produk yang paling suits dengan skin ibu. Masa tuh produk ni selalu berlegar-legar di wall ibu. Ye produk ni dari Korea. Kadang on off jugak jerawat ni sebab hormon, kadang stress dan kadang tak cukup tidur. Haihh.
Gambar kecik-kecik yang bawah sekali tuh lepas 1-2 bulan kejadian. Sebelah kanan tuh setahun selepas kejadian.
Tips :
First ibu buat double cleansing start dengan cetaphil, lepas tuh pakai cleanser honey bee. Jangan risau tak kering kan kulit pon sebab dedua ni masih melembapkan kulit.
Dalam seminggu atau 2x seminggu ibu skrub guna Green Tea dan Honey Bee Goomage untuk make sure sel kulit mati dapat di singkirkan. So proses nak baik kan kulit lagi cepat. Dedua ni pon ok sebab tekstur dia lebih halus dan tak menyakitkan kulit. Oh ya goomage tuh ada almond oil memang lepas skrub kulit masih lagi lembut.
Wajib tiap-tiap malam bila lepas cuci muka ibu tuam muka dengan ais tomato ni. Kesan dia pada kulit pori kecik, jerawat kecut dan parut pudar. Kesan nak pulihkan kulit berganda-ganda pantas.
Yes serum ni memang masa memula pakai tak sangka la result dia sangat memuaskan padahal baru firstime dalam hidup pakai serum. Tekstur kulit berubah lebih pejal. Parut hitam pudar. Ada jeragat halus halus gone. Dan deep scar dah tak berapa deep. Tapi yang ni ambik masa sikit la. Yang penting konsisten.
Tips :
Paling risau nak cuba mask yang selain dari buat sendiri sebab selalu naik rashes. Tapi pakai yang ni alhamdulillah best. Maybe sebab kandungan timun dan almond kot so boleh serasi dengan kulit.
Oh ya untuk toner ibu just pakai lemon yang di campur dengan air. Alhamdulillah serasi. Lupa nak snap pic time tuh. Sekarang pakai toner alaska.
Moisturizer Honey Bee ni ada racun lebah. Kalau jerawat ni memang makanan dia la. Dia bagi kaw kaw sampai jerawat nak datang balik pon takut. Kulit jadi sangat moist.
Yang ni pon wajib kalau nak lagi cepat proses sembuh kena pakai. Banyak pilihan dekat drugstore tapi ni antara paling top. Dia punya hestek #sapusaputeruskecut
Ibu jugak ada ambik supplement vitamin C ni untuk percepatkan proses dari dalam. Cebion ni tak rasa macam makan vitamin sebab sedap gilos. Jadi takla rasa terbeban. Sebab biasanya kalau dengar je ubat terus malas.
Selain tuh ibu akan buat diy mask 2-3 kali seminggu wajib. Sekarang dah tahap addicted. Setiap kali rasa kulit nak buat hal. Diy mask la penawar.
Boleh tengok perubahan tekstur kulit kepada lebih pejal akibat penangan susuk lebah. Parut hitam pudar. Jerawat bertempiaran lari. Ni hasil lebih kurang 1-2 bulan dengan syarat gigih dan rajin amal.
Nak rawat breakout please jangan tepek terlalu banyak benda atas muka. Muka pon kadang need a break jugak. Ni ibu sediakan checklist siap-siap untuk korang.
Pernah atau tidak sebagai wanita anda membayangkan tiba-tiba satu hari akan kehilangan rahim disebabkan beberapa masalah kesihatan.
Nampak menakutkan tetapi sebenarnya jika anda menghidap penyakit antaranya seperti kanser, pembuangan rahim memang digalakkan bagi membantu menjalani kehidupan lebih sihat.
Perkongsian Dr Chu Peng Teng, Pakar Obstetrik & Ginekologi dari Mahkota Medical Centre menerangkan lebih lanjut tentang proses pembuangan rahim dan kesannya lepas pembedahan.
Menurutnya prosedur ini akan dijalankan jika seseorang wanita itu mengalami masalah seperti ada fibroid, endometriosis ataupun sebab adanya kanser.
“Histerektomi merupakan procedure pembedahan di mana organ atau rahim wanita dikeluarkan dari badan.
“Antara sebab-sebab yang mewajibkan kepada prosedur ini adalah sebab kanser atau masalah bukan kanser.
“Antara masalah kanser berkenaan seperti servis, kanser ovari, kanser rahim, dan antara sebab bukan kanser seperti masalah disebabkan haid berlebihan, endometriosis ataupun mempunyai ketumbuhan besar sebabkan sakit dan ketidak selesaan seperti fibroid,” katanya katanya yang memberitahu ada kebaikan dan keburukan selepas menjalani prosedur Histerektomi.
“Ada kebaikan prosedur ini seperti membuang penyakit secara menyeluruh, di mana contoh pendarahan haid tidak boleh dikawal, atau penyakit kanser ketumbuhan boleh dikeluarkan secara menyeluruh.
“Dan selepas itu sekiranya penyakit adalah dari peringkat awal, tidak perlukan rawatan susulan.
“Keburukannya tiada kaitan dengan prosedur boleh menyebabkan hubungan kelamin merosot. Tetapi lepas pembedahan ada juga banyak pasangan alami perubahan baik dalam hubungan kelamin.
“Ini kerana penyakityang menganggu wanita itu tiada dalam badan dan memberi hubungan kelamin lebih baik.
“Biasanya dalam jangka masa satu atau dua tahun selepas pembedahan buang rahim dijalankan,” jelasnya yang turut berkata ada tempoh tertentu untuk pulih selepas itu.
“Tempoh pulih ini berbeza. Jika dilakukan kaedah minima pesakit akan cepat turun dari katil dalam jangka masa satu atau dua hari.
“Tetapi lain halnya jika prosedur dilakukan secara terbuka, tempoh sembuh selalunya dalam tujuh hari.
“Dan selepas pembedahan secara minima juga wanita itu akan rasa kurang sakit dan kurang makan ubat tahan sakit. yakin menjaga diri dan luka tersebut,” tambah Dr Chua yang berkata luka juga bergantung pada tahap serius mana pembedahan berkenaan.
“Jika pemebedahan minima, selalunya luka sepanjang 1-2 cm sahaja, tetapi jika secara open pesakit perlu buka jahitan selepas pembedahan.
“Malah pesakit itu juga perlu rehat sehingga 6 minggu untuk luka dalam perut itu betul-betul kembali pulih sepenuhnya.
“Manakala penjagaan makanan pula kenalah seimbang. Pengambilan protein, fiber, masakan kukus juga perlu untuk memastikan tahap kesihatan kembali pulih seperti sediaka kala,” terangnya lagi sebelum mengakhiri perbualan.
Pusat Perubatan Sunway Velocity, Lancar Pusat Kesuburan Penuhi Keperluan Komuniti Setempat. Diketuai oleh pakar berpengalaman, pusat kesuburan ini menawarkan pelbagai rawatan dan teknologi perubatan terkini untuk menyelesaikan masalah ginekologi dan kesuburan.
Mendapatkan zuriat semestinya menjadi impian pasangan yang sudah berkahwin. Walaubagaimanapun, tidak semua pasangan mudah mendapatkan zuriat disebabkan masalah yang berkaitan dengan kesuburan.
Selalunya apabila timbul masalah ini, golongan wanita sering dipersalahkan. Mereka dianggap punca tidak subur sehingga menyukarkan proses kehamilan.
Hakikatnya, masalah berkaitan kesuburan ini boleh berlaku sama ada kepada lelaki mahupun wanita.
Seiring perubahan zaman, pelbagai teknologi diwujudkan bagi mengatasi masalah sukar mendapatkan cahaya mata.
Antara yang sering menjadi pilihan adalah teknologi persenyawaan in vitro (IVF) atau rawatan bayi tabung uji.
Sejajar dengan komitmennya untuk memenuhi keperluan komuniti yang semakin berkembang baru-baru ini , Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV) melancarkan Pusat Kesuburan Sunway di hospital tersebut.
Terletak bersebelahan dengan Pusat Wanita dan Kanak-Kanaknya, fasiliti seluas 7,222.5 kaki persegi ini dilengkapi dengan kemudahan yang komprehensif seperti bilik konsultasi, dewan bedah, bilik rawatan, bilik pengumpulan sperma, makmal andrology, makmal embriologi, bilik pengawetankrio, bilik dan wad pemulihan harian (daycare) serta teknologi dan sistem terkini untuk pelbagai prosedur kesuburan dan sakit puan (ginekologi)
Diketuai oleh Dr Farah Leong Rahman dan Dr Ashley Chung Soo Bee, Pakar Perunding Perbidanan, Sakit Puan dan Perubatan Kesuburan, perkhidmatan lain di Pusat Kesuburan Sunway di SMCV.
Ini termasuklah ujian penilaian kesuburan, inseminasi intrauterine (IUI), persenyawaan in-vitro (IVF), suntikan sperma intrasitoplasmik (ICSI), ujian genetik plaimplantasi (PGT), pengawetankrio, analisis penerimaan endometrium (ERA), pembedahan laparoskopi serta rawatan untuk penyakit sakit puan.
Dengan pelancaran pusat kesuburan baharu ini, SMCV kini boleh menyediakan pelbagai rangkaian perkhidmatan berkaitan kesuburan serta penjagaan wanita dan kanak-kanak di bawah satu bumbung yang sama, serta menyelaraskan pengalaman rawatan kesuburan kepada pasangan yang ingin menimang cahaya mata.