Jika tahun lalu Sinar Harian melalui hasil laporan cemerlang telah dinobatkan sebagai pemenang Hadiah Kajai iaitu kategori utama Hadiah Kewartawanan Malaysia – MPI Petronas 2020.
Dan tahun ini sekali lagi rezeki berpihak kepada Kumpulan Media Karangkraf apabila dipilih menjadi sebagai penerima Anugerah Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2022 pada majlis kemuncak sambutan Hawana di sini semalam.
Berdiri megah sebagai syarikat penerbitan sejak 40 tahun lalu menyaksikan Kumpulan Media Karangkraf dipilih sekaligus membawa pulang trofi, sijil sera wang tunai RM10,000 pada kemuncak sambutan Hawana di Banda Hilir, Melaka.
Penyampaian anugerah itu disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub.
Dalam ucapan selepas menerima pengiktirafan ini, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub berkata, anugerah itu merupakan penghargaan bagaimana wartawan, akhbar dan organisasi media tersebut boleh memberi impak kepada masyarakat.
Menurutnya, ini termasuk beberapa siri program dan kempen yang diperkenalkan serta dilaksanakan seperti Rumah Ngaji, kempen World #QuranHour dan #RasuahBusters.
Katanya, pengiktirafan itu juga menunjukkan bahawa apa yang diusahakan selama ini bukan setakat menyampaikan berita, namun dapat menukarkan budaya dan juga mengembalikan integriti yang telah hilang kepada masyarakat.
“Di mana nilai moral dan karakter bangsa yang telah runtuh sebelum ini dapat dipulihkan melalui usaha-usaha yang telah dibuat oleh wartawan.
Ads
“Syukur Alhamdulillah, Karangkraf diiktiraf pada hari ini dan di Karangkraf kita berpadu tenaga,” katanya.
Hadiah disampaikan oleh Perdana Menteri.
Tambahnya, kejayaan sedemikian juga tidak akan dicapai tanpa sokongan media-media lain untuk memulakan kempen-kempen tersebut.
Hari Wartawan Nasional merupakan satu pengiktirafan kepada golongan wartawan yang merupakan “insan di sebalik tabir” melaporkan peristiwa penting berlaku di seluruh dunia.
Selepas dua tahun tidak diadakan kerana Covid-19, Hawana 2022 diadakan sekaligus mengiktiraf Kumpulan Media Karangkraf sebagai media terbaik.
Ads
Antara kriteria untuk dipilih sebagai penerima anugerah itu adalah berdaftar dan menunjukkan hasil kerja cemerlang, kupasan isu yang mendalam, berkualiti serta berimpak pada tahun yang dinilai.
Selain berdaftar, ia juga mengamalkan tatakelola serta nilai kewartawanan yang baik, selain menyumbang kepada pembangunan industri kewartawanan dan media di negara ini, manakala hasil karya terlibat harus menyumbang kepada pembangunan insan, keamanan dan kesejahteraan sejagat.
Mengimbau penubuhan Kumpulan Media Karangkraf, gergasi media ini membuat kemunculan pertama pada 1978 dengan Mingguan Kanak-kanak dan pada 1990, organisasi itu kemudiannya melebarkan skop perniagaan dengan penerbitan beberapa genre buku menerusi Alaf 21 dan Karya Bestari.
Pada 2006, kumpulan itu melahirkan akhbar kompak wilayah, Sinar Harian yang kemudiannya mencatat sejarah sebagai akhbar paling cepat berkembang di Malaysia.
Kini kumpulan media itu berdiri gah dalam industri dengan 13 keluaran majalah, penerbitan novel, percetakan, saluran media Internet dan pemberitaan akhbar.
Hargai peranan wartawan
Ads
Pada 2015, kumpulan itu memperkenalkan program Malaysia Ngaji disusuli Kempen World #QuranHour pada 2016 serta beberapa siri rantaian seperti Malaysia #QuranHour, Merdeka #QuranHour dan World #QuranConvention yang secara kumulatifnya merekodkan 2.475 bilion penyertaan.
Pada Februari 2021, inisiatif agresif membanteras rasuah diperkenalkan kumpulan itu menerusi #RasuahBusters membabitkan gabungan media, individu, pertubuhan serta syarikat swasta dengan kolaborasinya kini melibatkan 550 rakan strategik.
Anugerah Hawana 2022 bertujuan mengiktiraf dan sebagai penghormatan kepada wartawan profesional, individu atau organisasi yang memberi sumbangan besar bukan sahaja dalam bidang kewartawanan tetapi dalam membentuk minda rakyat menerusi karya-karya dihasilkan.
Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional sempena penerbitan pertama akhbar di Malaysia iaitu Utusan Melayu pada 29 Mei 1939, yang menjadi platform pertama media di Malaysia.
Kali pertama Hawana diadakan adalah pada 11 April 2018 di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade Kuala Lumpur. Sambutan julung kali bertemakan ‘Membela Bangsa, Membina Negara’ itu dihadiri kira-kira 1,000 pengamal media dari seluruh negara.
Pada 30 November 2021, kerajaan bersetuju mengekalkan tarikh 29 Mei setiap tahun sebagai Hari Wartawan Nasional. – Sinar Harian / Bernama
Berita baik buat kita semua apabila bakal menerima vaksin Covid-19 tidak lama lagi.
Namun yang menjadi keraguan berkenaan hukum penggunaan vaksin ini adakah dibolehkan mengikut hukum syarak.
Bagi mengelak sebarang kekeliruan, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata hukum penggunaan vaksin ini adalah harus.
Ini selepas mengambil ketetapan Jawatankuasa Muzakarah Majlis kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam.
“Saya juga ingin berkongsi bahawa Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam telah memutuskan hukum penggunaan vaksin Covid-19 adalah harus, dan wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan.
“Menentukan kemaslahatan komuniti bagi melindungi manusia daripada dijangkiti penyakit berbahaya bukanlah perkara asing dalam perspektif syarak,” katanya.
Beliau juga berkata garis panduan dan kaedah penentuan bagi individu yang perlu mengambil vaksin ini akan dihebahkan dalam masa terdekat.
Katanya lagi, program vaksinasi ini dijangka berjalan secara berperingkat sehinggalah tempoh keseluruhannya selama 12 bulan.
“Ini bermakna kumpulan pertama yang dijangka menerima vaksin adalah pada awal mac. Ia dapat meliputi lebih daripada 80 perarys atau hampir 27 juta penduduk Malaysia menjelang suku pertama tahun 2022,” tambahnya lagi.
Lambakan produk kecantikan yang dijual di pasaran secara terbuka menyebabkan ramai rambang mata melihat promosi dilakukan penjual tanpa melihat adakah produk ini selamat atau tidak dibeli.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia,orang awam digesa elak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik Brilliant Skin Essentials Whitening Facial Cream kerana dikesan mengandungi racun berjadual.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, notifikasi produk kosmetik tersebut telah dibatalkan Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan ianya tidak lagi dibenarkan dijual di negara ini.
“Produk yang mengandungi tretinoin adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.
“Produk yang mengandungi tretinoin adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.
“Penggunaan produk yang mengandungi bahan tersebut tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini seperti bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari,” katanya.
Justeru, penjual dan pengedar produk kosmetik tersebut digesa untuk menghentikan penjualan serta pengedarannya serta-merta, malah ia turut melanggari Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Individu yang disabit bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga (3) tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama, serta denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan berikutnya.
Manakala syarikat yang melakukan kesalahan tersebut boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 bagi kesalahan seterusnya.
“Orang awam yang sedang menggunakan produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers,” tambahnya lagi.
Orang awam digalakkan menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik melalui laman sesawang rasmi www.npra.gov.my atau melalui aplikasi NPRA Product Status yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store.
Keguguran rambut memang menjadi masalah kepada setiap wanita. Malah jika waktu mandi pasti akan dilihat segumpal rambut berguguran di lantai bilik air.
Bukan saja wanita tidak berhijab, yang memakai tudung juga tidak berkecuali mengalami masalah ini.
Banyak faktor berlaku keguguran rambut dan salah satunya penggunaan bahan kimia yang banyak. Jangan risau kerana ada cara paling mudah untuk menyelesaikan masalah ini.
Perkongsian Najwa Abdulrahman di Facebook yang berkata petua ini diberi oleh orang Arab untuk mengatasi masalah ini dan kesannya memang sangat mujarab.
Petua ini hanya memerlukan satu bahan sahaja dan ia selamat untuk digunakan.
Guna Satu Bahan Je Elakkan Rambut Gugur
Hanya ambik bunga cengkih berapa biji masukkan dalam shampoo .. dan selamat guna..
Najwa dah kali kedua guna petua ni.. mmg puas hati alhamdulilahhh
Bunga cengkih banyak kegunaan dia lain di guna untuk masak.. salah satu najwa guna dia untuk hilang masalah najwa alami lama dah..
– Kelumumur – Rambut berminyak – Rambut gugur
Mana-mana shampoo pun boleh.. tapi Najwa beli untuk baby sebab anak-anak boleh guna sama, bagi rambut lebat sikit..
Sebenarnya petua ini untuk lebat kan rambut tapi kesan dia banyak lagi..
Najwa takdak gatal-gatal lagi-lagi time pakai tudung panas-panas macam sekarang ini..
Rambut kering takdak berminyak rasa kembang fresh gitu, alhamdulilah rambut tak gugur berkilo..
*Najwa ambik petua ini dari orang arab* bagi tahu siap-siap satgi ada orang bising pulak