Umumnya kita mempunyai kumpulan darah jenis O, A, AB. Bagi kebanyakan penduduk dunia, kumpulan darah jenis positif paling mudah ditemui kerana ramai memiliknya. Namun bagi individu yang darahnya jenis agak rare iaitu susah ditemui, biasanya mereka ini memiliki darah jenis negetif.
Untuk pengetahuan, darah ganjil atau sukar ditemui (rare blood) merupakan kumpulan darah penuh yang tidak mempunyai apa-apa antigen dan antibodi.
Kumpulan darah ini dikategorikan sebagai darah negatif (-) dan berbeza daripada kumpulan darah biasa iaitu positif.
Dikongsi dari fb Tabung Darah Hospital Umum Sarawak, pihak hospital mengucapkan terima kasih kepada penderma darah ganjil (A Negatif), Cik Nurhafizza binti Osman yang telah mendermakan darah beliau di Blood Bank Hospital Umum Sarawak pada 20 Julai 2022.
Cik Nurhafizza binti Osman yang telah mendermakan darah beliau di Blood Bank Hospital Umum SarawakKumpulan darah rare ini amat sukar ditemui
Darah rare ini pada gadis ini mula dikesan pada 16 September 2019 di Petra Jaya.
Ads
“Selamat pagi semua. Hari ini kita amat bertuah menerima seorang lagi Penderma Darah Ganjil (negatif) iaitu Cik Nurhafizza Osman.
“Mula menderma pada 16 September 2019 Di Pasaraya Mydin Petra Jaya sekadar ingin mencuba sahaja.
Ads
“Namun selepas Itu beliau diminta untuk menghadirkan ke Tabung Darah dan dimaklumkan bahawa beliau adalah penderma yang berdarah ganjil dan kekerapan menderma hanya atas panggilan sahaja,” menurut perkongsian itu.
Tambah mereka lagi, diharapkan sumbangan yang diberikan ini, dapat memberi cetusan inspirasi kepada anda di luar sana yang berkeinginan untuk menderma darah, bagi menyokong kelangsungan kehidupan kepada orang lain.
Ads
“Anda Wira kami” tulis mereka.
Untuk info, bagi mereka yang memiliki darah jenis rare begini boleh mendermankan darah kepada kumpulan mana pun namun jika mereka ditimpa musibah, mereka hanya boleh menerima darah dari kumpulan yang sama sahaja.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Viral minggu lalu dengan kisah dua ibu yang baru bersalin tertukar bayi masing-masing. Kejadian ini berlaku di sebuah hospital swasta di Shah Alam.
Walau bagaimanapun masalah ini sudah pun diselesaikan dan kedua-dua pasangan ibu bapa ini telah dapat semula bayi masing-masing.
Terpanggil dengan isu ini, bekas jururawat di labour roomNoor Shafinah Mamat turut menceritakan pengalaman sepanjang bertugas di wad berkenaan.
Viral betul isu tertukar baby vs tag baby hari dua tiga harini kan siap masuk TV# uissshh
Tagging baby ini salah satu juga skop kerja harian kami di labour & wad-wad bersalin HTAR
Selepas ibu bersalin kita sendiri show off kat mother sex baby then suruh mother sendiri sebut ye dapat baby ape ,
Puan dapat anak ape ?
Letih lepas beranak pon i will make sure mother sebut sendiri , girl or boy ! Wajib mak kene sebut !
Baby out je siap-siap buat tag , kena ada saksi ye lagi sorang kawan kena jadi saksi lepas tulis .. kalau tak betul kena tulis balik .. salah ejaan pon kena tulis balik ! Double cek dgn kawan !
Sekali lagi tunjuk lagi kat mother ,
Puan , tengok ejaan nama puan betul tak
Tengok no pendaftaran puan sama dengan tag baby nii ? Sebab itu mak wajib pakai tag nama kat tangan bila masuk wad , jangan nak bukak-bukak ye selagi tak boleh discaj ..
Tag baby ini kita pasang kat kaki baby ye puan ,
No pendaftaran tu MESTI sama dengan no kat tangan puan .
JELAS DAN NYATA KAMI KENA SEBUT ‘
After recheck dengan mother ,
Kita akan counter check pulak dengan staf yg conduct baby tuu. Ulang pulak lagi sekali dengan mother ,
Puan nama ape ye ? Dapat baby ape ?
“Baca no tangan puan mesti sama ye dengan tag baby “ Begitulah rutin skop kerja kami ye kat labour room & Wad-wad bersalin sebab kita lahh #forntliner#hashtag
Orang pertama yang sambut kelahiran baby
Tak habis lagii ye puan puan ,
Lepas beranak kita ambik pulak baby nak cuci bersih bersih cucuk hep b + vitamin k. Settle bab cucuk-cucuk baby pass pulak baby kat mak ,
Tanye lagi mak soalan sama yee
Ulangg ulangg sampai lebam .. letih pon kena jawab ye mak-mak takut benda ini jadi kesilapan sebab kita ini manusia biasa
Ini baruu je kat labour room jee bape kali ulang yang sama , jangan laa u olss jawab dah laa tadi kan dah tanya !
Kadang aku menyirap kalau ibu jawab macam itu , ye tauu penat sakit beranak tapi kalau jadi kes tertukar macam ini. u alls nak blame sape ?
Nurses jugakk. Settle semua jahit , nak hantar balik wad, nak pass over pulak kat staf ward
First dorang akan cek TAG BABY ye kawan kawan. Tanya lagi mak soalan sama ..HAHAHA
Haa nampak tak , kita punya protect u alls tak tertukar baby tu macam manaa
Sekian bebelan Kak Cik misi pencen yang penah keje kat labour room & 5 tahun kat wad bersalin .. itulah rutin kami
Kesalahan ini kami tak tahu punca dari mana & kami tak pasti samada SOP dekat spital swasta sama atau tak. Tapi nak dijadikan kes kan , tak bolehsalah kan sesape jugak ..
Doa saja yang baik-baik ..Ya Allah minta dijauhkan benda tak diingini ,
Ape laa nasib nurse tuu ye ? Janganlah sampai kene buang keje , kesiannya
Yelaa bukan sengaja kantapi kesalahan ini berat.. fb femes pulakk tuu huhu
Moga kami semua dilindungi dari benda bukan bukan , aminn ya Allah
Last baby Kak Cik conduct sebelum resign last year
Semakin cantik dan sopan dengan penampilan terkini, pelakon wanita, Lana Nordin kini jadi perhatian ramai selepas berhijrah kepada fasa yang lebih ‘manis’ dipandang.
Menurut perkongsiannya di ruangan hiburan Kosmo!, dia kini lebih bahagia apabila suaminya yang juga pemain bola tampar Amerika Syarikat, David McKienzie semakin mendalami agama Islam.
Apa yang menarik dikongsikan Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nordin, 42, selepas sembilan tahun berkahwin, suaminya sangat disiplin dalam ibadah solat termasuk tidak pernah meninggalkan solat Jumaat.
Bukan itu sahaja, David juga selalu akan mengejutkan Lana untuk solat subuh walaupun dia sedang berada di luar negara.
“Selama berkahwin perubahan paling ketara dalam diri suami adalah daripada susah solat sekarang menjadi mudah solat.
“Dia juga sangat tepati waktu dan disiplin serta tidak pernah gagal ke masjid untuk solat Jumaat. Jika dia ada pertandingan di luar negara, dia akan hubungi saya untuk memastikan isterinya bangun solat subuh.
“Kami saling mengingatkan antara satu sama lain tentang solat. Pada saya ini adalah kebahagian tetapi saya jarang berkongsi perkara sebegini kerana bimbang penyakit ain,” ujar Lana.
Tambah Lana, suaminya mudah untuk menerima ajaran agama Islam kerana sebelum berkahwin dia pernah menetap di Abu Dhabi, selama tujuh tahun.
Bahkan suaminya kini juga mengikuti kelas mengaji Iqra bersama-sama anak sulungnya.
“Setiap Ahad selama dua jam saya memang jemput ustaz dan ustazah yang merupakan pasangan suami isteri untuk mengajar anak dan suami mengaji bermula daripada Iqra.
“Satu jam mengaji dan satu jam lagi untuk kelas agama. Saya pun tidak sempurna dan pandai, jadi apa sahaja kemusykilan akan ditanya terus jadi suami lebih mudah faham,” kata Lana.
Selain itu kata Lana, anak sulungnya, Gua Quinn, 9, juga sudah melakukan ibadah solat cukup lima waktu.
“Alhamdulillah, sekarang anak saya cukup solat lima waktu dan akan marah jika tidak solat berjemaah bersama daddy.
“Sekarang saya dalam proses mengajar suami menjadi imam dalam solat. Walaupun hanya pandai baca surah al-Fatiha dan tidak tahu surah-surah lain pada saya itu sudah memadai.
“Saya gembira dengan perubahan dia sebab cabaran paling besar untuk saya adalah membimbing suami sebab saya sendiri tidak sempurna dan masih banyak yang perlu dipelajari,” tutur Lana yang kini sibuk dengan perniagaan makanannya, Lana’s Bakery Land.
Untuk rekod, Lana dan David atau nama Islamnya, Mohd. Daud mendirikan rumah tangga pada 15 Mei 2015 dan suaminya itu memeluk Islam setahun sebelum mereka berkahwin.
Hasil perkahwinan pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Gia Quinn McKienzie, 9 , dan William Daud McKienzie, 6.
Mesti ramai yang nak tahu rahsia awet muda wanita ini, umur dah masuk 50 pun tetap nampak kurus dan kecil molek. Cantik pula air wajahnya.
Nampak muda sungguh bila duduk sebelah si menantu, macam sebaya! Jom Rapi ‘bedah’ apa yang dia amalkan dalam gaya hidupnya.
Rahsia Awet Muda
Menerusi satu ciapan Azyani Zamri di Twitter, ramai yang nak tahu apa rahsia mak mentuanya nampak muda. Jadi dia dengan baik hati berkongsi sedikit sebanyak petua cantik yang mungkin orang di luar sana boleh bawa masuk dalam kehidupan harian.
Saya pun nak tahu sangat rahsia kecantikan dia masa mula-mula kahwin dengan anak dia.
Pertama saya nak kenalkan ibu mentua saya. Ya, dia ini lah mak mentua saya.Nama beliau Jaslina Bt Ab Sani. Umur 50 tahun. Seorang guru matematik. Asal Baling, Kedah. Ini gambar Mama dengan cucu-cucunya, anak-anak saya.
Anak pertama saya, Muhammad Adam Furqan dan anak kedua saya, Medina Safiyya. Suamai saya anak sulung dan ini 2 orang cucu Mama. Ya, kalau kami keluar sama-sama, ramai usha semacam je bila Mama cakap kat Adam “Mai kat TokMa mai.”
Azie pun masa mula-mula kenal suami, Azie tengok gambar dia dengan Mama dia, ingatkan awek! Puas dia cuba jujur cakap tu mak dia. Akhirnya memang betul mak dia. Masa pertama kali dia kenalkan Azie pada Mama dia masa tu bulan puasa, kami buka puasa bersama.
Aduhaii… memang muda. Dengan rampingnya, kecil molek, dulu lagi kurus daripada gambar di atas tu. Serius macam anak dara. Tapi masa tu husband Azie umur 20 tahun (2012). Kami kenal 3 tahun, kemudian ambil keputusan untuk berkahwin pada tahun 2015, April.
Ya, bagi yang bertanya dan berteka-teki, mak mentua memang kahwin muda. Umur 18 tahun dia kahwin, kemudian lahirkan suami masa umur 19. Lepas 3 tahun, Mama masuk Maktab dan sekarang masih bekerja sebagai Cikgu di sebuah sekolah rendah di Baling, Kedah.
Sudah tentu Azie korek rahsia awet muda Mama bila dah jadi menantu Mama! Dan segala rahsia?tips/petua/ kecantikannya memang sangat-sangat bagus untuk kita orang perempuan terutamanya sejak anak dara.
Okay jom kita pergi satu-satu apa rahsianya.
1. Mama jenis seorang yang jarang dan boleh dikatakan tak suka minum manis. Di sini Azie senaraikan apa keburukan minum minuman manis. Tapi Azie suka Milo Ais.
2. Mama suka makan buah. Terutama buah yang kaya dengan Vitamin C. Mama cakap malam-malam kalau lapar, makan je buah. Dan buah yang dia selalu amalkan adalah Lemon. Ya, lemon sangat bagus untuk kekalkan keremajaan dan awet muda. Mama amal sejak umur dia 20++ tahun.
Mama dengan anak terunanya, nampak macam awek dengan pakwe kan? I is jeles!
3. Mama suka berkayuh. Haa sebenarnya mak mentua dan ayah mentua saya keduanya suka bersenam dan senaman yang selalu mereka buat sama-sama adalah cycling. Perghh Azie pun tak rajin macam ni. Tapi kena ambil satu masa juga at least exercise 1x seminggu!
Haaa… tengok! Bagus sangat berbasikal ni. Baik untuk kesihatan. Boleh nampak 10 tahun lebih muda tau.
Ni pula gambar ayah mentua berbasikal. Beza 5 tahun dengan Mama. Dan badannya masih fit dan tak boroi.
Okay rahsia yang seterusnya.
4. Mama suka amalkan Doa dan Selawat Syifa’. Mama cakap setiap kali mandi dan cuci muka Mama akan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Dan ini memang Mama amalkan setiap hari, setiap kali mandi dan sehingga sekarang.
5. Mama suka ikut petua orang tua-tua. Contohnya ;
– Mama suka buat wap muka dengan wap air masa masak nasi tu.
– Dulu Tok (Mak Mama) ajar gosok muka dengan kulit pisang emas untuk nampak cantik.
– Minum jus air daun pegaga, peria. Owh… ini memang betul-betul kena kental kalau nak telan.
Wap muka ni Azie pun suka jugak buat dan dia sangat bagus untuk :
• kecutkan/hilangkan jerawat
• buang whitehead/blackhead
• melembapkan muka
• menaikkan seri wajah
• buat kotoran di muka dan muka akan rasa sangat fresh lepas tu!
6. Mama sentiasa selalu gembira, positif dan tak suka negatif. Mama cakap setiap masalah cuba atasi cara positif. Selalu bersangka baik. Yang ni Azie sangat respek sebab Mama memang selalu ceria je. Budak-budak kat sekolah memang suka Mama. Tengoklah gelagat tu.
Mama cakap lagi, mama suka gembirakan orang, contoh dia ceria dalam kelas, budak-budak suka dia, bila budak-budak suka, mereka pasti doakan untuk kita. Bila budak-budak sayang cikgu dia, mesti mereka doa yang baik-baik. Emmm… bestnya kalau ramai doakan kita bila sayangkan kita!
7. Mama jenis yang suka jaga personaliti. Sentiasa nak nampak kemas dan cantik. Orang yang jaga keterampilan. Duduk dalam rumah pun pakai lipstik okay. Yang ni isteri-isteri harus praktik tau. Dalam rumah pun haruslah mekap! Jangan luar rumah je cantik, bila dalam rumah MashaAllah.
8. Mama jarang sangat selsema/batuk/demam. Kalau kehadiran ke sekolah tu memang jarang sangatlah nak amik MC sebab sakit. Alhamdulillah. Mama cakap asbab Mama sentiasa amalkan Vitamin C antibodi dan imuniti badan Mama kuat.
9. Mama suka makan ulam-ulaman. Contoh; ulam raja; pucuk paku, ibu kunyit, pudina, daun selom (daun dalam laksa tu).
10. My mil and fil suka pergi honeymoon! Ya, mereka setiap tahun terutama masa hari ulang tahun memang akan habiskan masa bersama. Dan tarikh-tarikh penting ini sentiasa akan ada memori untuk dikenang. Bagi Mama, itu adalah kebahagiaan yg patut dikekalkan dalam rumahtangga.
Okay yang terakhir, Mama cakap bukan Mama nak riak, tapi ni Tok yang cakap, Mama sentiasa jaga Tahajjud. Dan kelebihan Tahajjud ni sangatlah besar. Ramai orang tahu tapi tak ramai yang buat. Jom kita try bangun tahajjud malam ni!
Alhamdulillah, setakat ini Mama beritahu Azie yang ini lah rahsia cantik dia selama ni. Sharing is caring. Siapa tak suka kan bila umur dah menjangkau 40an tapi masih nampak macam anak dara! Harapnya Azie sebagai menantu Mama dapat jadi awet muda juga!
Nampak tak amalan yang wanita amalkan? Semuanya senang nak buat, semoga bermanfaat buat anda yang suka dengan kecantikan dan awet muda.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!