Setiap wanita yang berkahwin pasti menginginkan kehadiran zuriat untuk menambah kemanisan hidup berumah tangga.
Namun begitu anugerah terindah ini dikurniakan oleh Allah dalam pelbagai cara sama ada cepat atau lambat.
Seperti perkongsian Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman yang memberitahu telah melalui pelbagai pegalaman dalam mendapatkan zuriat sendiri.
Beliau dan suami Noh mencuba cara dan rawatan untuk hamil seperti IUI, IVF selama bertahun-tahun, tetapi menurutnya Allah telah menganugerahkan anak melalui cara lain.
“Saya boleh mengatakan bahawa dia adalah mahram saya sekarang. Perjalanan yang panjang untuk sampai ke tempat kita hari ini, melalui operasi iui, ivf, selama bertahun-tahun, Allah menganugerahkan kita bayi yang manis ini melalui cara lain, dan itu semua sudah pasti.
“Jika Allah menghendakinya untuk anda, tiada apa yang dapat menghalangnya daripada sampai kepada anda dan Hanya Dia yang mengetahui masa yang sesuai untuk segala-galanya jatuh ke tempatnya. Segala ujian dan perjuangan adalah bersebab,”
Dalam posting di laman Instgaram Mizz Nina memberitahu dia kini dikurniakan seorang anak bernama Musa yang sudah tiga bulan menjadi sebahagian daripada hidup mereka berdua.
Menurut Mizz Nina, dia mengambil masa lebih daripada setahun untuk membuka diri dan akhirnnya bersedia mengambil Musa sebagai anak angkat.
IKLAN
Dia juga berkata, aktiviti kemanusiaan yang mereka berdua giat lakukan juga menjadi antara penguat semangat untuk dirinya membuka hati untuk membuat keputusan tersebut.
“Saya masih ingat saya mengambil masa lebih setahun untuk membuka diri dan bersedia untuk usaha ini.
“Perjalanan kemanusiaan kami juga membantu saya dalam membuat keputusan ini, banyak bayi dan kanak-kanak di luar sana tanpa seorang atau kedua-dua ibu bapa, atau tempat yang boleh mereka panggil rumah dengan keluarga yang menyayangi mereka,”
Ternyata perkongsian ini mendapat perhatian banyak pihak. Malah rata-rata gembira serta terharus atas kehadiran si kecil ini dalam menceriakan lagi kebahagiaan rumah tangga di bina.
Mizz Nina dan Noh mengakui sangat bersyukur kerana diberi anugerah yang tidak ternilai dan berpeluang menjadi ibu bapa selepas lama hidup berdua.
“Semoga menjadi cahaya bagi ummat, Semoga Allah melindungi keluarga kecil kita di dunia dan akhirat serta mengizinkan kita termasuk orang-orang yang diredhai-Nya Aamiin”.
Perkongsian Mizz Nina itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan netizen yang turut tumpang gembira serta mengucapkan rasa syukur di atas kehadiran orang baru dalam keluarga pasangan itu.
lisasurihani Syukur Alhamdulillah, by the will and grace of Allah swt, Musa now has a family and with you both. May Musa for always be the coolness of both your eyes and may you all for always be on the path of righteousness. May Allah ease. Aamiin Allahumma Aamiin.
umminazeera Alhamdulillah!! mashallah.. Such great news! Enjoy parenthood mommy & daddy! May Allah ease
kupu_kupu Alhamdulillah!! I am so happy for both of you.. hello baby Musa!!
IKLAN
Mizz Nina mendirikan rumah tangga dengan Noh pada 1 Julai 2011. Sehingga kini, pasangan itu belum dikurniakan cahaya mata lagi. Sebelum ini, Mizz Nina juga pernah menjalani rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF).
Selain melakukan senaman, menjaga pemakanan adalah satu cara seseorang itu untuk membantu menurunkan berat badan.
Ada aturan pengambilan pemakanan yang betul dapat membantu mengurangkan berat bada tanpa sebarang penggunaan produk suplemen.
Seperti perkongsian lelaki ini Harith Faisal yang turun 10 kg dalam masa 2 bulan (perkongsian tahun 2017) dengan mengamalkan diet melalui pemakakan.
Menurutnya dia mengamalkan pengambilan sarapan yang dibuat secara homemade. Cara membuatnya tidak susah dan paling penting sedap seperti minuman lain.
SARAPAN OAT INI BANTU SAYA TURUN 10KG DALAM MASA 2 BULAN TANPA SUPPLEMEN
Straight to the point. Dua minggu lepas perkongsian saya viral dengan lebih 25,000 shares pasal saya guna teh hijau untuk turunkan 10 kg berat dalam masa 2 bulan. Memang betul. Sebab bila saya amalkan teh hijau tu, perut rasa selesa, tak kembung, tak berangin.
Kali ni saya nak kongsi pula apa sarapan yang saya ambil sepanjang 2 bulan tu. Sepanjang tempoh diet, saya sarapan dengan oat smoothies home made je. Ala, bukan susah pun. Kejap lagi saya bagitau caranya.
Yang paling penting, bila sarapan dengan oat smoothies ni, perut boleh tahan sampai tengahari. Kalau setakat pukul 12 tengahari tu, biasanya memang tak rasa lapar sangat pun. Dalam pukul 10 pagi sampai 11 pagi, kau layanlah teh hijau segelas dua. Memang best!
Gambar sebelum dan selepas. Orang kata, nampak makin muda. Jangan jeles.
SARAPAN NASI LEMAK PARU
Nak ceritanya, dulu-dulu saya ni peminat tegar nasi lemak tambah paru sambal. Memang sedap ya amat. Dalam seminggu, empat lima hari memang itulah sarapan saya. Sekarang dah insaf taubat nasuha. Okay habis cerita nasi lemak.
Saya punya resepi oat smoothies ni sebenarnya try and error je. Masa mula-mula diet, saya buat overnight oat. Sebelum masuk tidur, siap-siap campurkan oat dengan susu sebab nak bagi kembang elok. Esok pagi, makan. Tapi muak gila, macam nak termuntah.
Lepas tu, saya dapat idea dan ilham untuk buat oat smoothies ni. Sampai sekarang saya sarapan benda ni je pagi-pagi. Okay, dah ready nak belajar buat oat smoothies, kan.
BAHAN-BAHAN
300 ml susu segar rendah lemak
4-6 sudu besar oat
2 sudu Nestum
Guna tiga bahan ni saja. Masukkan tiga bahan ni dalam blender. Switch on blender, siap terus. Tunggu dalam 5 minit bagi dia kembang sikit. Kemudian, boleh minum dengan nikmatnya. Gila mudah dan pantas.
Kalau kau takda blender, kau campur dan rendam je 3 bahan tu selama 15 minit. Boleh juga. Tak payah nak pening-pening kepala, okay.
Ini bahan-bahan dia. Tapi bahan yang utama, 3 benda tu je. Susu segar, oat, nestum.
PAKAI SUSU SEGAR JENAMA APA
Sebelum mula diet, sejak kecik saya memang jenis tak suka minum susu segar rendah lemak ni. Biasanya kalau beli Dutch Lady tu, mesti beli perisa Coklat atau Strawberry.
Tapi dah nama pun nak diet, kan. Takkan kau nak buat oat smoothies campur susu perisa Coklat dan Strawberry yang manis tu. Memang kencing manis dan bertambah gemuklah kau dan aku. Haha!
Saya pakai susu segar jenama Farm Fresh. Boleh cari yang tutup oren atau tutup biru. Yang tutup biru lebih rendah lemak. Harga sama, takda beza walaupun lemak tutup oren lagi banyak.
Try and error. Sebelum nak tekad tetap dengan brand Farm Fresh, saya dah cuba buat oat smoothies dengan susu segar jenama HL, Dutch Lady, Summerfield, GoodDay, semuanya tak kena dengan tekak.
Bagi saya brand Farm Fresh yang paling sedap, tak muak. Yang paling penting, terang-terang dia kata “No sugar. No preservative”. Saya akan beli yang 2 liter punya, boleh tahan 6 hingga 7 hari. Tapi sebab anak saya pun suka, 3 hari habislah.
Ini rupa pisang Cavendish yang saya biasa guna.
BOSAN SARAPAN YANG SAMA
Biasalah manusia ni cepat bosan, kan. Saya pun bosan juga asyik sarapan benda yang sama je berminggu-minggu. Jadi, saya fikir saya kena tambah sesuatu dalam oat smoothies saya tu.
Jenuhlah fikir akhirnya dapat idea untuk tambah pisang. Tak susah pun. Tiga bahan yang sama macam tadi, kau tambah saja dengan separuh pisang. Kau akan dapat rasa pisang dia sikit-sikit. Kalau nak letak sebiji terus pun boleh. Lagi sedap dan pekat wei.
Pisang apa yang saya pakai? Saya pakai pisang jenis Cavendish. Ala, pisang yang cantik-cantik kat supermarket tu. Saya tak pernah cuba pisang lain untuk buat banana oat smoothies ni. Kau nak cuba, dipersilakan.
Sekali sekala saya akan buat juga Nescafe oat smoothies. Saya pakai Nescafe Gold. 3 bahan yang sama, cuma kau tambahlah separuh sudu Nescafe Gold tu. Rasa dia memang terangkat beb. Lagi sedap daripada kopi Starbucks!
JADUAL MAKAN SEHARI
9.00 am: Oat smoothies + air kosong
11.00 am: Teh hijau + air kosong
1.00 pm: Buah + teh hijau
3.00 pm: Air kosong
6.00 pm: Ayam dan sayur grill + air kosong
9.00 pm: Teh hijau
Untuk makan malam, saya memang ambil sebelum pukul 7 malam. Nasi suku pinggan masa makan malam. Tapi saya tak makan nasi hari-hari pun. Ikut mood.
Ada yang tanya, saya ni diet atkin ke. Jawapannya tak. Saya diet ikut suka saya. Saya enjoy turun berat 10 kg dalam 2 bulan. Saya cheat day 2 hari seminggu. Biasanya, saya cheat day hari Sabtu dan Ahad.
Kau faham-fahamlah, weekend kan. Banyak jemputan kenduri itu ini, balik kampung pula ibu dan mak masak sedap-sedap takkan tak nak makan beb.
Saya makan nasi suku pinggan pada hari diet. Kadang-kadang sehari saya tak makan nasi sebab tak teringin sangat dah dengan nasi tu. Makan ayam dan sayur grill tu pun dah kenyang.
Kadang-kadang kitorang masakkan untuk anak. Anak-anak makan tak habis, saya tolong habiskan juga. Tapi masih jaga kuantiti makanan tu lah. Kena faham pasal pengambilankalori.
Yang paling penting, saya enjoy jaga makan, tak stress, tak berlapar sebab sarapan dengan oat smoothies, tak kembung perut sebab teh hijau sangat membantu. Tau-tau dalam masa 2 bulan dah turun 10 kg. Best sangat.
PENAFIAN
Panjang dah saya kongsikan dalam artikel ni. Kalau kau perasan, kat wall Facebook saya banyak sharing pasal kewangan dan hartanah je sebelum ni. Tapi apalah guna jaga kewangan saja kalau tahap kesihatan ke laut.
Jadi, supaya orang tak salah faham, saya nak tegaskan kat sini yang saya bukanlah dietitian, dan bukan juga doktor. Apa yang saya cerita ni adalah apa yang saya lalui sendiri.
Hari tu masa viral pasal teh hijau, dengar cerita banyak tempat kehabisan stok teh hijau terutamanya Speedmart. Entah-entah kali ni, susu Farm Fresh pulak yang habis stok. Baik kau cepat-cepat beli kejap lagi. Haha! – HF
Tidak dinafikan apabila seseorang itu mengalami masalah kenaikan berat badan akan di pandang seorang orang lain.
Tetapi sebaliknya bila badan sudah kembali langsing. Bukan saja dipuji tetapi juga menambah keyakinan dengan penampilan terbaru.
Seperti perkongsian wanita ini Ella Hussain yang sebelum itu mempunyai masalah kenaikan berat badan berlebihan berjaya menurunkan 9 kg dalam masa hanya 3 minggu.
Tidak puas hati dengan berat begitu, dia berazam untuk mendapatkan berat sekitar 50kg dengan cara potong air manis terus dan hanya ikut cara diamalkan grup sahabat Diet Suku-Suku Separuh.
Hilang 9KG Dalam 3 Masa Minggu
Bila gemuk tak di hargai…bila kurus auto di gilaii. Saya tak ada tips apa-apa. Sebab saya mkan semua nya…tapi kuantiti yang sikit
Makan nasi 2 kali. Lauk saya makan apa saja yang orang lain makan…cuma stop air manis. Tapiiii tetap minum juga sekali sekala sekadar rasa.
Berbekalkan bakat dan wajah manis gadis Melayu, Vanidah atau mesra disapa Vee, nampak ayu dan manis dengan bertudung.
Namun, ini tidak menyatakan Vee sudah bertudung sepenuhnya. Masih belajar dan apa yang terbaik, doakan yang manis-manis.
Ayu Nampak Vanidah Bertudung
Menginjak usia 50 tahun, raut wajah dan bentuk fizikalnya memang termasuk kategori awet muda. Pasti ramai yang tidak menyangka usia sebenar bintang filem The Red Kebaya ini.
Terkenal dengan gerak tarinya yang lincah sehingga bergelar juara dalam sebuah pertandingan tarian popular membabitkan barisan selebriti suatu ketika dulu, Vanidah yang berdarah keturunan India – Jawa sememangnya seorang wanita cantik yang sarat dengan nilai wanita Timur penuh kelembutan.
Namun, dalam kelembutan ibu dua anak ini, seorang yang sangat aktif dan menggemari aktiviti lasak.
Dalam negara pula, dah banyak larian marathon yang disertai Vanidah. Bukan setakat itu saja, dia juga merupakan ahli persatuan silat cekak. Terinspirasi sangat dengan amalan gaya hidup sihat Vanidah Imran.
Pakai Tudung Itu Satu Proses
Berkongsi lebih dekat mengenai pakai tudung, menerusi portal Xtra Vee mahu bersedia sepenuhnya jika membuat keputusan untuk berhijrah malah mengakui perkara tersebut adalah proses.
“Doakan, kita nak tutup mulut tempayan susah. Di usia begini, saya tak ambil peduli sebab ia satu proses.
Untuk saya berhijrah, saya perlu betul-betul pasti, saya tahu ia tuntutan dan wajib. Saya tak mahu nanti kalau saya pakai tudung, tapi jiwa saya meronta. Saya masih lagi nak fit (berbaju ketat).
Jadi bagi saya belajar dulu, bila saya pakai tudung itu proses. Allah tahu, saya selalu percaya pada itu.” Jelasnya.
Tambahnya, dia juga bimbang sekiranya hati berbolak balik jika sudah mengenakan hijab kelak. Sebaliknya dia mahu mahu menguatkan jiwanya terlebih dahulu.