masker pisang

Nak kulit cantik tanpa sebarang cela, boleh amalkan pakai masker pisang. Cara ini boleh diguna tanpa serum atau nak lagi cun, boleh titik beberapa titis serum.

Sebenarnya anda boleh je guna masker pisang tanpa menambah sebarang serum, tetapi jika ada boleh lah

Kulit Cantik Amal Masker Pisang, Pakai 20 Minit Je Dah Cukup

Apa kata cuba petua ni. Hanya menggunakan buah pisang berangan sebagai bahan campuran bersama bahan-bahan yang lain, ia dijadikan sebagai masker untuk kulit kembali berseri.

Nak cuba? Jom ikuti perkongsian oleh Rusmida Rusdi

Bahan-bahan:

Kulit Cantik Amal Masker Pisang, Pakai 20 Minit Je Dah Cukup

IKLAN

1/2 pisang berangan
3 titis Serum ( untuk cepat resap dalam kulit )
1/2 sudu kecik kulit kayu manis
1 sudu kecik madu
1 sudu air masak

Cara-cara:

1. Lenyek pisang, campur madu, kulit kayu manis tu parut boleh tumbuk pun boleh.
2. Letak serum untuk cepat resap masuk kulit.
3. Cuci muka dan tangan.
4. Apply kat muka. Biarkan 15-20minit kat muka. Bilas. Akan rasa best sangat muka akan lebih mulus dan cerah.

Kulit Cantik Amal Masker Pisang, Pakai 20 Minit Je Dah Cukup

Kulit Cantik Amal Masker Pisang, Pakai 20 Minit Je Dah Cukup

IKLAN

KHASIAT:

Pisang

Ada vitamin A,B, E yang penting untuk kulit lebih segar dan mulus.
Buang sel sel kulit mati yang lambatkan pembaruan sel kulit baru.
Cerahkan kulit muka.

Madu

IKLAN

Kulit lebih halus bila di pegang lebih lagi campur dengan pisang.
Lembap kan kulit yang kering.
Cerahkan kulit dan sekatakan tona kulit.
Remajakan kulit dari nampak tua.

Kulit Kayu Manis

Menghilang garis halus.
Menghilangkan parut hitam atau putih.
Mencerahkan kulit.
Menghilangkan jerawat.

Serum

Tujuan serum menambahkan penyerapan berganda dari khasiat bahan lain.
Remajakan kulit.
Khasiat bergantung atas bahan dalam serum.

Sumber: Rusmida Rusdi

Selain itu:  Lepas Try & Error, Wanita Kongsi Produk Bersesuaian Atasi Rambut Gugur Hampir Segenggam
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI